Thursday, October 11, 2012

Cuci mata sampai terbeli Palazzo Merah

Salam.. Lunch hour tadi sempat ke Alamanda, Putrajaya. Saya jalan kaki je okeys. Huhu. Mentang-mentang dekat ngan office. Heh.

Kebetulan ada urusan kat sana. Check power spec mata yang semakin meningkat. But Alhamdulillah tiada perubahan sejak 5 tahun pakai spec. :-) Result tu nanti saya kena bawa jumpa doctor mata saya kat hospital esok. Harap-harap semuanya ok. Amin..

Tapi sempatlah juga saya jalan-jalan cuci mata. Hehe. Last-last grab juga sehelai palazzo warna merah. Gara-gara memikirkan baju apa nak pakai esok untuk event Halfest di PWTC. Pusing-pusing, inilah yang terbaik dijumpai. Beli jela sebab dah tak sempat nak fikir. Huhu alasan! Ngeee..

Takpela nanti mix and match ngan apa yang ada. Bcos tema event tu warna merah. Pandai-pandaila saya nanti. Huhu. And palazzo yang saya beli ni bersekali dengan belt coklat. Okla kot dengan harganya yang agak 'mahal' tuh. (Terpaksa beli!) Nasib baik kualiti kain bagus. Abaikan kedut-kedut tu sebab belum iron lagi. Hehe.

If uols nak beli, saya tak galakkan. Bukan apa, kat Alamanda ni barangnya sama je macam kat luar. Tapi harga berlipat kali ganda mahalnya. Sebab nak cover sewa kedai! Pandai betul saya membebel tapi saya beli jugak! Ngeee.. Ni emergency case. Dah tak sempat dah nak gi shopping tempat lain. Harap dimaafkan. Huwaaa..:-P


Cik Misya : Merah membuatkan saya kelihatan fresh dan berkeyakinan.


4 comments:

  1. salam, bw kat sini. cantik palazzo tu, akak pon suka merah nampak kita lebih segar dan bertenaga kan.

    ReplyDelete
  2. Cik Misya palazzo nampak sama je dengan fie punya, mine is in pink. Heee

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...