Monday, October 24, 2016

Adakah Allah yang mencipta kejahatan?

Seorang profesor yang Atheis berbicara dalam sebuah kelas fizik.

Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"

Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."

Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."

(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).

Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.

Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"

Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."

Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas. Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya. Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"
Profesor: "Tentu saja ada!"

Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.

Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh. Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna. Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu. Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya. Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"

Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."

Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga. Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya. Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."

Profesor terpaku dan terdiam!

Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya.. Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita.. Itulah IMAN..

SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..


Misya : Mencari Allah dalam hati.

Jumpa juga Kedai RM2.00 di Kajang..

Salam. Rasa macam dah lama tak update entri. Busy nya saya la hai sebulan dua ni. Sorry ya sume..(Bajet ramai yang baca. Hehehe) Okla just nak share tentang Kedai RM2.00 di Kajang. Bukan apa, team Inovasi di ofis saya bakal anjurkan Kejohanan Boling. So sebagai menghargai para peserta yang bakal sertai, saya ditugaskan mencari hadiah / gift yang bersesuaian dengan bajet yang kami ada. Yela, takkanlah nak biarkan peserta pulang dengan tangan kosong. At least if tak menang pun, dorang ada something nak bawa balik sebagai kenangan. 

Automatic terfikir tentang Kedai RM2.00! Pernah gi 1 kedai dulu masa stay di Selayang. Duk Putrajaya memang takdelah kedai RM2.00 ni. Google punya google, tak jumpa yang berhampiran. Round punya round area Bangi, tak wujud Kedai RM2.00 ni. Ermm.. Takpela nanti cari lagi. But Alhamdulillah kebetulan saya gi ambil Piala Kejohanan yang ditempah area bandar Kajang, tak jauh dari kedai piala tu ternampak Kedai RM2.00 yang dicari!! Apa lagi, jom shopping!!!

Serius rambang mata! 


Macam-macam benda dijual. Keperluan dari depan sampai belakang rumah semuanya ada dengan harga RM2.00 sahaja!

Nak cari gift untuk sangatlah mudah dan murah. Especially untuk even-even yang tetamu tak ramai sangat.

Yang suka hiasan atau deco, pun ada dijual.


Geramnya la hai tengok tupperware macam-macam jenis dengan harga RM2.00 je! Yang bestnya tupperware dia berkualiti tinggi siap tahan suhu microwave. Amazed juga saya dibuatnya.

Rambang mata! Lama juga saya fikir nak belikan apa untuk gift peserta. Dahlah kedai nia da 2 tingkat. Juling gak nak memilih. Hehe..


Pilih jangan tak pilih! Semuanya barangan baru. Mostly saya ke kedai murah camni, confirm barangannya dah berhabuk dan mostly dah rosak. But here, kualiti sangat ok walaupun sekadar RM2.00. Cuma untuk barangan yang besar-besar, janganlah mengharap harganya RM2.00 juga. But still affordable.

Kat mana Kedai RM2.00 ni? Disebabkan saya gi malam, then kena angkat barang sorang-sorang, so tak dapat nak snap proper gambar kedai RM2.00 ni. But actually kalau tau Plaza Metro Kajang, dan bekas pasaraya Billion, haa tak jauh dah tu. Depan sikit tu ada tempat bas-bas menunggu penumpang. Bolehlah  uols cuba datang ke kedai ni.:)


Finally dapat juga barangan yang dicari sesuai dengan bajet diberi. Penuh kereta. Huhu. Excited nak gotong-royong prepare untuk Kejohanan! 

Misya : Macam prepare Majlis Kahwin.

Thursday, October 20, 2016

Fakta menarik bunyi hon kenderaan

Fakta menarik tentang 'hon' kenderaan


Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu di sebaliknya? Saya bongkarkan maksud di sebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda lebih berhati-hati supaya tidak timbul pergaduhan. Please take note yer!

- 1 kali HON PENDEK : Pemandu tu nak cakap “HAI”

- 2 kali HON PENDEK : Pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

- 3 kali HON PENDEK : Pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time                                             dah hijau tak reti-reti nak jalan)

- 1 kali HON PANJANG : Pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara                                                            merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.

- 2 kali HON PANJANG : Pemandu tu marah “HOI!!! BODOH TAKDER OTAK KE???”

- 4 kali atau lebih HON PENDEK : Pemandu tu cakap..... 

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM! TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU...!!!"

Kihkihkihkih...;)


Misya : Elakkan pencemaran bunyi.

BLOGLIST NOVEMBER BY AINUL AQMA

Klik untuk join

Tuesday, October 18, 2016

Segmen Ucing Nak Bloglist

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

GIVE AWAY DARI TDK TRAVEL & TOURS..

Salam. Dah lamanya tak bercuti untuk menenangkan fikiran. Hope ada rezeki dapat free tiket ni. Asyik pi oversea je kan why not try tempat dalam negara pula. :)
Klik untuk join

Tuesday, October 11, 2016

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 Yana Pink Blossom | Dalam usaha untuk memeriahkan lagi dunia blogger ni dan menggalakkan kerajinan untuk blogwalking kat blog korang, Yana dengan sukacitanya melancarkan segmen pencarian bloglist beliau untuk ditempek di blog Yana Pink Blossom mulai November hingga Disember 2016 ini.

Sila klik BANNER untuk join!!!

*Cara Penyertaan*
  1. Buat entry bertajuk Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom;
  2. Copy & paste semua coding yang disediakan di ruangan entri anda (HTML);
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entri asal iaitu entri segmen di blog Yana Pink Blossom. Sekiranya tidak, entri korang tidak diterima;
  4. Publish dan tinggalkan link entri korang di ruangan komen entri asal segmen sahaja. Komen di ruangan entri lain tidak dikira yer;
  5. Klik link yang diminta sebagai sumbangan jujur dan ikhlas (^^,); dan
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah adalah 31 Oktober 2016 jam 12.00 midnight.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...