Monday, February 28, 2011

eXciTeD dapAT hAdiAH!!=)

Assalamualaikum semua..=) Apa khabar? Harap uols semua sihat.. Fuh... Lama sudah aku tak update entri blog ni. Asyik takde masa je. Busy ya amat!! Kalau on pun just nengok facebook pastu tengok kalau-kalau ada orang komen kat blog. Nak tulis-tulis, memang tak sempatlah. Tambahan kerja kat office berlambak-lambak. Terpaksa menanggung tugas untuk 2 orang pegawai. Rasa nak patah dah bahu ni. huhu. (Statement over):p

Oklah taknak cerita panjang-panjang kali ni. Just nak habaq sesuatu kat hangpa semua. (Awat loghat utara plak ni?) huhu.. Kalau korang rajin nengok blog aku ni, mesti korang tahu aku pernah join satu contest anjuran Cik Dya yang bernama Lucky Giveaway by Cik Dya. Keputusannya pun telah diumumkan dan aku merupakan salah seorang pemenang contest tu. Rezeki aku agaknya.. 1st time tau aku join contest kat blog. Alhamdulillah menang.. Boleh tengok entri ini.

Then disebabkan ada masalah teknikal sedikit, hadiah yang dijanjikan tak tiba-tiba di rumahku. Aku tunggu-tunggu then aku pun tanyalah pihak penganjur iaitu Cik Dya ni. Rupa-rupanya beliau tak terima emel yang aku kirimkan. Jadi, dia tak hantarlah hadiah tu ke rumah aku. Its oklah, then aku pun hantar emel lagi sekali untuk beritahu alamat aku.

Selang beberapa hari kemudian, sampailah hadiah comel yang dijanjikan iaitu 2 utas keychain!!:) Sangat cute! Terima kasih ye Cik Dya..^__^ Walaupun sekadar hadiah yang simple tapi amat bermakna buat aku. Kadang-kadang kita bukanlah nak hadiah mahal-mahal atau besar-besar atau mewah-mewah pun. Sekadar yang mampu mencuit hati dan naluri ni pun dah mencukupi dan lebih membahagiakan.~~ mendalam maknanya tu. hehe..

Pandangan belakang keychain.. LUCKY U!=)

Pandangan hadapan keychain.. Comel kan?=)

Muka excited dapat gift! hehe...

Thank you Cik Dya for this cute presents..^_^

Cik Mesya : Memberikan senyuman juga salah satu hadiah buat orang lain. Dalam Islam pun dikira bersedekah. Mudah kan? Jadi, mari senyum beramai-ramai! hehehe...(ni tersengih namanya!);P

Sunday, February 20, 2011

aKu amAT MeriNdui LeLaki aGunG ini...

Assalamualaikum.. Hari ni takde nak story pape sangat. Cuma kalau korang semua view blog aku ni akan kedengaran lagu merdu nyanyian Maher Zain bertajuk The Chosen One.. Lagu ni dicipta khas buat Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai. Bila mendengarnya, sangatlah syahdu..:) Sometimes boleh buat aku sangat merindui baginda tatkala mendengar bait-bait melodi lagu ni. Kebetulan Maulidur Rasul baru saja berlalu. Jadi aku jadikan lagu ni as a background for my blog. Sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat.. Jadi aku share lah lirik lagu ni di sini. Sambil-sambil baca blog aku ni kot-kot nak nyanyi sama-sama ngan maher zain, leh ikut lirik ni..:) Sebagai teladan, contohilah akhlak dan keperibadian baginda yang sentiasa terpuji. Beliaulah manusia terhebat yang diciptakan oleh Allah yang wajib dicontohi oleh setiap manusia. Bagaimanakah kita? Tepuk dada, tanya iman.. Sesungguhnya aku amat merindui baginda.. Selamat mendengar..=)

THE CHOSEN ONE... BY MAHER ZAIN

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasul Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One






Cik Mesya : Kadang-kadang sampai menitis air mataku apabila terlalu merindui Nabi Muhammad s.a.w.. Dapatkah aku bertemu dengan baginda di akhirat nanti? Semoga baginda memberikan syafaat kepada umatnya yang dikasihi.. Amin..

Friday, February 18, 2011

RagAm pEminAT akU bernaMA "Cik Guest".. hehehe....;)

Assalamualaikum semua.. hehe.. Baru je update entri baru tadi. Jangan lupa amalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat sepertimana Nabi Muhammad kesayangan kita semua amalkan.. InsyaAllah, tubuh badan sihat.. Akal dan pemikiran juga sihat dan bersih dari anasir-anasir jahat godaan syaitan.. Sunnah Nabi tu tau, bagus diamalkan.=) Kalau tak semua pun, amalkan satu dua pun dah ok.. Aku sendiri amat menggemari buah delima. Amat susah nak cari buah ni. Jaranglah ditemui.. Tapi aku memang suka. Dulu masa ibu ku mengandungkan ku, dia mengidam nak makan buah delima tau. Mungkin ada hikmahnya ke atas diriku..:)

Actually ada benda menarik nak cerita ni. Daripada tadi aku tak henti-henti ketawa. Serius!;D Bukan sebab tengok cerita Raja Lawak ataupun ada orang menggeletek aku, tapi disebabkan oleh peminat fanatik a.k.a kesayangan aku.. Siapa? Apa kena mengena dia ngan gelak ketawa aku? hehehe...;)

Korang leh refer kat chatbox aku tu.. Nama dia Cik "Guest"..:) Jangan marah tau Cik Guest. Saya sayang awak sebab minat kat saya! Betul, tak tipu!;) Aku sangat menghargailah atas apa dia lakukan untuk aku yang diminatinya. hehe. Ni bukan perasan tau tapi memang dah lama aku perhatikan dia ni. Setiap benda yang aku buat selagi berhubung kait dengan alam cyber ni mesti dia tau. Contoh, facebook. Aku ada create fb baru tapi guna nama lain. Then aku join contest.. Iaitu Pencarian Gadis Muslimah anjuran Studio Mukmin. Sebagai pemberi motivasi dan semangat kepada diri sendiri, aku pun komenlah sikit-sikit kat dalam contest aku tu yang berbunyi begini.. "eye-me, like u! Tegas tapi tersmbunyi kelembutannya.. natural.. doakan anda menang!! insyaAllah.."

Ok tak? huhu.. Actually tu bukan pujian untuk aku.. Tapi itulah hakikatnya. hehe. Personally aku memang seorang yang tegas. Ada juga kata aku garang orangnya. But seriously, after you know me, i'm not like that. Most of my friends senang berkawan ngan aku. Sebab aku tak banyak songel. Tak kacau hidup orang. Also jenis yang periang means; suka buat kelakar. Tapi tak bermakna orang suka-suka hati nak main-mainkan aku. Tak mudah didekati tapi kelembutan tetap ada. Dan perlu lahir secara semulajadi. Baiknya peribadi dan kecantikan bukan dari paras rupa tapi aura semulajadi dari dalam diri (ini ayat universal). Itulah yang aku maksudkan dalam ayat tu.. Sebab ada yang komen kata aku garang walhal dalam gambar je..:)

Pape pun, dalam pada tegas-tegas, happy go lucky semua tu, yang penting agama.. Solat jangan ditinggalkan. Juga ibadah-ibadah wajib lain. Itu semua menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Sebagai hamba Allah, kita semua tak terlepas dari melakukan kesilapan dan melalui ibadah kepada Allah, kita dapat berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t selain diampunkan dosa-dosa kita. Ni semua dapat memupuk diri kita dari mempunyai hasad dengki, iri hati sesama manusia.. Baik lelaki mahupun perempuan. Soal dosa pahala, banyak mana amalan kita, itu semua ketentuan Allah s.w.t. Bukan hak milik manusia untuk tentukan soal keimanan, dosa dan pahala manusia mahupun kealiman seseorang itu.

Mungkin Cik Guest lupa tentang hal ni.. Melalui ayat-ayat beliau seperti ini.. "aduhlah...dah tak de org nak mmuji kamu dlm pncarian muslimah (muslimah lah sgt kamu nih)...sanggup kamu create profil bru, dan memuji diri sndiri..."
Melalui perkataan yang diboldkan tu pun saya dah nampak apa yang kamu fikirkan.. Actually more about what inside your heart.. Dalam pada-pada saya bergelak ketawa, saya masih ingat batas-batas saya sebagai orang Islam. Perlu ke nak mempertikaikan sesuatu yang jelas bukan hak kita untuk berbuat demikian? Just like i said, u're truly my fan dear!;) Because u think u have right to do that. Kalau camtu, sape-sape pun leh cakap bukan-bukan tentang diri awak, family awak dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak nampak pape sekarang.. Akan datang it will effect your future life.. Kalau tak kita, mungkin anak-anak, cucu-cucu kita. Yang penting kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran patut berfikir dengan lebih berhati-hati sebab nanti ianya akan memakan diri sendiri.. Kalau saya bukan muslimah, jadi anda adalah muslimah? Jadi nape cakap camtu..? Muslimah kena cakap camtu ek? Saya tak pernah diajar camtu pun, baik oleh ibu bapa saya, baik di sekolah agama saya mahupun dari kuliyah-kuliyah para uztaz dan uztazah. Mana Cik Guest belajar ni..? Emmm...?;)

Sebab apa saya panggil Cik? Tak Encik ke, abang ke, puan ke..? Sebab saya rasa Cik tu merangkumi semua. "Cik Guest"; bagi saya maknanya untuk perempuan yang malu-malu tapi tang lain, MasyaAllah..;) Tapi nanti mesti Cik Guest akan kata, "mana awak tahu saya perempuan?". Takpun, "hehehehe...;)" Takpun "Are you sure ke saya ni perempuan?" Hakhakhak.. Kelakar betul lah.. Agaknya aku dah terbiasa ngan benda-benda camni. Bila ada peminat fanatik camni, dah faham sangat tabiat dorang. Nak autograf, cakap jela... Kan..?;) hihi..

Okla aku cerita panjang lebar ni sekadar suka-suka.. Kalau korang nak tahu ada lagi yang diperkatakan oleh peminat-peminat yang lain dalam chatbox tu.. Tapi takpela aku biarkan je.. Just simpan wat kenangan dalam muzium. hehehe.. Nanti aku wat entri lagi pasal ragam peminat-peminat aku ni. hehe. Yang cakap pasal seks-seks pun ada! Nauzubillah... Kalau orang lain, sorok-sorok. Yang ni dahlah semua orang baca, then Allah juga Maha Melihat, apa dia nak jawab nanti? Aku taknak lah mengaibkan sesiapa. Semua ni sekadar teladan dan sempadan buat aku. Maklumlah dunia serba canggih ni, macam-macam orang leh wat. Semoga Allah beri mereka semua petunjuk... Buat rakan-rakan blogger di luar sana pun, hati-hati tau. Kalau ada peminat camni, layan jela... huhu.. Biasalah tu.. Nakkan perhatian kata orang.. So, wat Cik guest, anda berjaya menarik perhatian saya kali ini. Anggaplah entri ni hadiah bertuah untuk anda. Congratz..! ;D hehe.. Takde orang lain pernah masuk dalam entri saya melainkan awak. Nanti tulis banyak-banyak lagi tau dalam chatbox ni. Saya akan update entri best-best sentiasa untuk tatapan awak. Cayang awak!!;) Muah3x! hihi... ~~ 

Wat Cik Guest, saya ikhlas wat entri ni untuk awak dan saya berharap awak berubah k.. Kalau tak 100% pun, 0.01% pun dah menggembirakan hati saya dan family awak.. Betul..:) Saya juga manusia biasa seperti awak cuma fikiran yang berbeza. Yang menyatukan kita adalah agama.. Islam..:) Juga wat mereka-mereka di luar sana.. Love you all!=) Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa.....


Cik Mesya : Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..:)
~~Actually aku dah dapat agak dah sape Cik Guest ni.. Cuma takpelah, tak baik mengaibkan orang. Biarlah dia insaf sendiri..:)




Rasulullah Favorite's Foods...=)

Assalamualaikum.. Lets know about 12 foods that our beloved Prophet, Muhammad S.A.W always eat..=)

1. Barley: Good in fever, while use in a soup form.
  

2. Dates: Rasulullah (SAW) said that a house without dates has no food. It should also be eaten at the time of childbirth.

3. Figs:  It is a fruit from paradise and a cure for piles.

4. Grapes: Rasulullah (SAW) was very fond of grapes – it purifies the blood, provides vigor and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.

5. Honey: Considered the best remedy for diarrhea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm; as a meat preservative, hair conditioner, eye soother and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water.


  
6. Melon: Rasulullah (SAW) said: ‘None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring that is good in countenance and good in character… ‘

7. Milk: Rasulullah (SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, improved the brain, renews vision and drives away forgetfulness.

8. Mushroom: Rasulullah (SAW) said that mushroom is a good cure for the eyes; it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.

9. Olive Oil: Excellent treatment for skin and hair, delays old age, and treats inflammation of the stomach.
  
10. Pomegranate: Rasulullah (SAW) said it cleanses you of Shaytaan and evil aspirations for 40 days. 
(I really loves this fruit!!) =)

11. Vinegar: A food Rasulullah (SAW) used to eat with olive oil. ([That’s now a fashion in elite Italian Restaurants)

12. Water: Rasulullah (SAW) said the best drink in this world is water; when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver.


:: Credited to Nazariah Nazaruddin


Cik Mesya : Useful for me who also work in foods field. Good food gives you better health...:)

Wednesday, February 16, 2011

Apabila lelaki kehilangan tulang rusuknya...

Ahlan Wasahlan... Apa khabar semua..? Harap-harap korang semua sihat-sihat belaka. Aku pula sejak beberapa hari ni batuk-batuk, selesema, sakit tekak, muntah-muntah, loya, demam dan macam-macam lagilah. huhu. Tapi Alhamdulillah sekarang makin pulih walaupun kesan batuk-batuk masih ada.. Musim agaknya sebab ramai juga yang alami batuk-batuk dan selesema.

Oklah, aku nak share something yang menarik perhatian aku sebentar tadi. Aku nak share sebuah artikel romantis tetapi pengakhirannya menyedihkan. Sesungguhnya ciptaan Allah itu saling melengkapi. Kalau kita tidak hargai, ia akan menjadi sia-sia dan membuahkan penyesalan tiada berkesudahan. So, lets read sebuah kisah yang boleh dijadikan iktibar buat kaum Adam dan Hawa di luar sana..=)


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi 
merasakan sakit di hatinya…



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.


LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. 
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang 
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah 
terlambat…


 Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh 
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata 
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan 
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar 
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.




 Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan 
akibat yang akan diterima?



Credited to : PanduanIslam.com 



Cik Mesya : Suka dengan kaitan artikel denagan gambar yang dipaperkan daripada Drama Nur Kasih.. Pape pun, aku berharap dipertemukakan jodoh dengan Adam ku.. InsyaAllah..:)

Monday, February 14, 2011

NO to Valentine but YES to Maulidur Rasul!!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah berjumpa kembali dalam entri aku lagi. Dan bersyukur juga ke hadrat Ilahi yang telah memanjangkan umur aku dan memberi kudrat untuk menulis blog. Syukran...:)

Hari ni 14 Februari 2011... Apa yang korang semua fikir? Cepat fikir... What do you think about this date? Kalau fikir pendek, mungkin akan jadi negatif.. Cuba korang fikir panjang sikit, apa benda ngan tarikh ni? Hanya tarikh je kan? huhu.. 

Bagi aku 14 Februari 2011 merupakan 1 permulaan baru dalam kehidupan ku.. Alhamdulillah banyak juga perkara menggembirakan berlaku hari ini.. Apa tu? huhu..

First, hari ini adalah tarikh aku melaporkan diri ke jawatan tetap dalam government!! Alhamdulillah..:) Dan yang paling best ditempatkan di tempat yang sama iaitu Putrajaya.. Alhamdulillah.. Tak perlu fikir panjang-panjang lagi kot-kot di transfer ke tempat lain.: Thanks kepada pihak pengurusan dan Human Resources KKM yang beri saya peluang untuk berkhidmat dengan Kementerian ini. InsyaAllah saya akan menjawat jawatan ini sebaik-baiknya. Juga terima kasih tak terhingga buat kaum keluarga dan sahabat handai yang mendoakan kejayaan ini. I'm so happy today!!:D Walau pun agak kelam-kabut sikit pagi tadi sebab borang-borang yang perlu diisi masih belum lengkap. Nasib akak tu baik hati bagi tempoh untuk lengkapkan borang-borang tu. hehe.. Thanks kak!!:)

Em korang mesti ingat apa ntah kan? Okla, aku tahu korang mesti fikir 14 Februari ni tarikh untuk menyambut perayaan yang difatwakan haram bagi umat Islam menyambutnya iaitu Valentine's Day. Dah sah-sahlah kan tajuk entri aku pun berkaitan benda ni. hehehe... So far, Alhamdulillah aku tak terjebak dengan perayaan-perayaan sebegini. Bagi aku, kasih sayang perlu disambut everyday, everytime, everywhere and everything! Nak bagi hadiah, bila-bila je leh bagi. Sometimes dengan hanya memberikan senyuman kepada orang lain juga menunjukkan kasih sayang kita terhadap sesama manusia. Sebagai umat Islam, sepatutnya kita semaikan rasa kasih dan sayang dalam diri buat Allah s.w.t dan Nabi Muhammad S.A.W.. Secara tak langsung, kita akan menyayangi dan mensyukuri nikmat disekeliling kita.. Hidup pun lebih aman dan tenang..^_^ 

So, lets say NO to Valentines but say YES to Maulidurasul..!! Itulah yang sebaik-baiknya.. Dan wajib bagi kita sebagai umat Islam menghindari diri kita dari terjebak dengan perayaan Valentine tetapi mengagung-agungkan Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.. Tahun ni, Maulidurasul jatuh pada 15 Februari 2011. Memang bagus sangat-sangat. Jadi marilah kita berselawat ke atas baginda s.a.w sebagai tanda kita mencintai baginda..:) Dan kebetulan jatuh pada hari Selasa. Memang sesuai bangat! Setiap hari Selasa pasti ibu ku mengingatkan untuk berselawat sebab setiap hari mempunyai zikir-zikir yang afdal untuk diamalkan. Jadi, marilah banyakkan berselawat dan berzikir di samping tidak melupakan ibadah-ibadah wajib yang lain.. Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam di dunia ini..:)

Oh! Kedua, ada satu lagi perkara happy yang berlaku hari ini.. Today i got Angpau! Hehe.. Sempena CNY yang disambut oleh kaum Cina.. Ni first time aku dapat angpau..:) Thanks to Pn. Wee, merangkap Pengarah di tempat kerja aku. Gong Xi Fa Chai!! Xie xie ni Pn. Wee.. :) Tak sangka dia sangat baik hati walaupun dia kelihatan sangat workaholic! Cara beliau bercakap juga sangat laju ala-ala lawyer. Semoga tahun baru arnab ni, BKKM terus maju ke hadapan! (Sempat promote ye) hehe..
Excited 1st time dapat angpau! hehe..;)

Ni la angpau nye.. Isinya? Rahsia... Tapi oklah sebab diberi untuk semua staf terlibat..:)

Tahun lepas tahun Harimau. Tahun ni tahun ni tahun Arnab..(Berdasarkan kepercayaan orang cina..:))



Cik Mesya : Walaupun Malaysia ni negara berbilang kaum, sebagai umat Islam kena tahu beza baik dan buruk sesuatu kebudayaan terhadap pegangan agama kita.. Tak sabar nak sambut Raya Aidulfitri.. hehe.. (Pose pun lum lagi):p

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...