Thursday, December 29, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday, December 28, 2016

12 pintu rezeki || Pilihlah mana yang anda mahu..

12 PINTU - PINTU REZEKI


1. Rezeki Yang Telah dijamin.
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya" (Q.S.11:6)

2. Rezeki Kerana Usaha.
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (Q.S.53:39)

3. Rezeki Kerana Bersyukur.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (Q.S.14:7)

4. Rezeki yang Tak Diduga.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya" (QS. At Thalaq :2)

5. Rezeki Kerana Istighfar.
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta” (QS. 71 : 10-11)

6. Rezeki Kerana Berkahwin.
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan kurnian-Nya.” (QS. an-Nur : 32)

7. Rezeki Kerana Anak.
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (QS. al-Isra 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah.
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak" (QS. Al Baqarah 245)

9. Rezeki kerana rajin menjalin tali silaturrahim.

10. Rezeki kerana Iman dan taqwa.

11. Rezeki kerana mengorbankan diri, harta dan masa untuk urusan keagamaan

12. Rezeki kerana istiqamah membaca Al-Qur'an, Surah Al Waqiah, dan Solat Sunat Dhuha.


Ya Allah.. Yaa Rabb.. Yang Maha Kaya, izinkanlah kami berdoa: Luaskan dan lapangkanlah rezeki kami dari arah yang tidak disangka-sangka, rezeki yang halal dan penuh berkat barakah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki. Amin...

SEGMEN JOM BERKENALAN

Klik untuk join

Friday, December 23, 2016

Segmen Bloglisted by Misya 2017

Salam semua. Ahha saya kembali menggegarkan dunia blogger dengan segmen anjuran saya! (Bajet hebat sangat) hehe.. Almaklum dah nak masuk tahun baru 2017 kan. So, blog pun kenalah dikemaskini sejajar dengan tahun baru yang bakal menjelma. Atas tujuan nak update senarai bloglist di blog saya ni, maka saya lancarkan Segmen Bloglisted by Misya 2017!! Marilah join ya sebab saya nak seramai mungkin blogger untuk dimuatkan dalam list bloglisted saya.


Cara nak join?

1. Wajib jadi follower blog saya..:) 

2. Follow Instagram saya :

Instagram

3. Create 1 entry tentang segmen ni dan tepekkan banner serta backlink banner ke entry ini.

4. Dah siap? Komen url entry ke ruangan komen di bawah ya.

Tarikh tutup penyertaan akan diumumkan kemudian bila saya rasa dah cukup list blogger yang join. :)

Misya : Setiap hari adalah hari baru.

SEGMEN BLOGLIST JANUARI TAHUN 2017

Klik untuk join

Masuk Zoo percuma, keluar kena bayar?


Salam Jumaat semua. Anda sihat? :) Jom baca sebuah kisah renungan untuk hari ini.. 

Ada seorang hamba Allah telah membuka sebuah Zoo. Di pintu masuknya, tertulis harga tiket sebanyak RM10.00/orang tetapi tiada seorang pun yang datang ke zoo tersebut.


Disebabkan terlalu lama tidak ada pengunjung maka harga tiket pun diturunkan menjadi RM7.00 tetapi tetap tiada seorang pun mahu datang....

Disebabkan masih tiada seorang pun pengunjung yang masuk, harga tiket diturunkan lagi menjadi RM3.00 dan tetap tiada pengunjung yang masuk!!

Akhirnya satu pengumuman dibuat :

*"MASUK PERCUMA"* 

Kemudian ramai orang mula berebut masuk ke zoo. Ketika pengunjung di dalam penuh, si pemilik zoo membuka semua pintu kandang binatang buas seperti singa, harimau, serigala, ular!! Tetapi pintu keluarnya telah di kunci dan pengunjung tidak dapat keluar!

Kemudian pengumuman dibuat di pintu keluar :

*KELUAR BAYAR RM100.00*

Semua orang berebut-rebut membayar untuk keluar dari zoo tersebut.

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan, bersenam, minum air kosong, supaya mencegah penyakit, ramai org tidak peduli.... 

Tetapi apabila sudah masuk HOSPITAL, tak kisah berapa mahal sekalipun bil Hospital, pasti akan dibayarnya supaya sembuh, walaupun harus menjual segala aset atau berhutang serta mencari sumbangan dan derma.

Begitu juga seperti sedekah. Semasa hidup, RM100 tu tersangatlah berat nak dikeluarkan tetapi apabila dah berada di alam barzakh, agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu-ribu pun dah tak kisah..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal..


Misya : Suka tengok haiwan.

Hokkaido Baked Cheese Tart @ Alamanda, Putrajaya

Salam. Ahha siapa penggemar cheese tart atau siapa pernah makan Macau Egg Tart, cuba try Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Sebab apa? Sebab 1st time saya try wowww rasanya sangat marvelous ok! 


Masa mula lalu-lalu kat kiosk dia di Alamanda, Putrajaya dah tertarik dah macam nak beli. Last-last sebelum balik try la beli sebiji original flavour. RM5.90 harganya. Kalau beli pakej dapatlah murah lagi. Agak mahal tapi mesti ada something special tentang cheese tart ni. Tu saya beli, bawa balik dan makan. 


Oh my.. Sedap giler!! Haha.. Inti dia tebal, lembut dan ringan, pastri dia rangup. Beza la dari cheese tart yang lain. Nampak kecil tapi sebiji tu saya tak boleh habis. Siap boleh share dengan husband. Haha.


So kalau datang Alamanda tryla singgah kiosk Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Berhampiran dengan escalator nak ke Aeon Big, kedai Roti Boy dan kasut Bata. Oh ya ada flavour chocolate if uol nak try. Selamat ber cheese tart! :)


Misya : Cuba diet nasi.

Wednesday, December 21, 2016

Last Call!!!! Modelling Class For Muslimah 2016..

Hello girls!! Tinggal 3 hari sahaja lagi our Muslimah Modelling Class!! Final session before year 2017. Are you ready??

24 December 2016
Bangi
9.00am - 5.00pm

Masih ada 5 kekosongan lagi!!! Diskaun tambahan untuk peserta yang bawa rakan turut serta! 😱😱😱

Cepat daftarkan diri anda dan berpeluang merebut anugerah peserta terbaik 👑 dan menangi hadiah misteri!!🎁🎁🎁 

Peserta terpilih juga berpeluang menjalani sesi photoshoot istimewa bersama-sama model berpengalaman!!


Pm/wasap sekarang 016-9561764

 

Misya : Kongsi ilmu dan pengalaman.

Bergaduh, ego tetap menang!

Salam. Benda yang mostly orang tak suka adalah bergaduh. Termasuklah saya. Biasalah manusia tak lari dari perasaan dan emosi. Kadang-kadang mudah tersentap, tak sabar dan cepat melenting. So saya share tips dengan anda bagaimana nak elakkan pergaduhan. Sebab bergaduh camne sekalipun, yang menang cuma 1 benda. Iaitu EGO. Tak percaya? Jom baca...
  1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan. Walaupun kita menang, pelanggan tetap akan lari.
  2. Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, Walaupun kita menang, tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.
  3. Kalau kita bergaduh dengan bos. Walaupun kita menang, tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
  4. Kalau kita bergaduh dengan keluarga. Walaupun kita menang, hubungan kekeluargaan akan regang.
  5. Kalau kita bergaduh dengan guru. Walaupun kita menang, keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
  6. Kalau kita bergaduh dengan kawan. Walaupun kita menang, yang pasti kita akan kekurangan kawan.
  7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan. Walaupun kita menang, perasaan sayang pasti akan terguris.
  8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun. Walaupun kita menang, kita tetap kalah.
  9. Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.. Yang paling susah adalah mengalahkan ego diri sendiri..



Kebiasaannya orang yang lebih tua confirm ada ego lebih sedikit. Tak dinafikan sebab mereka hidup dulu dari yang muda. Lebih banyak pengalaman. Bak kata pepatah lebih banyak makan garam. Tapi tak bermakna yang lebih tua tu tak boleh ditundukkan egonya. Si muda kenalah pandai memainkan peranan ambil hati orang yang lebih tua. Tak susah pun.. :)

Misya : Ego menang bila tiada rasa hormat.

Friday, December 16, 2016

Hong Kong Trip #2 || Beli Octopus & Check-In Hotel

Salam. MasyaAllah punya la saya lupa nak update trip saya ke Hong Kong awal tahun lalu. Haha busy benor Puan Misya ni ya! Sampai leh terlupa plus dah pergi ke negara lain dah pun! Adoyai maaf sangat-sangat. Dari Part 1 Hong Kong Trip, baru ni nak update Part 2. Haha.. Ok jom baca apa saya buat setelah selamat mendarat di Hong Kong International Airport.

Alhamdulillah selamat mendarat selepas 4 jam berada di dalam flight. 

Tengok kat board semua tulisan Cina, ok tak faham. haha..

Benda pertama kami buat adalah dapatkan info dari Hong Kong Tourism Board ni. Sebab kami pergi ni backpacker saja. Tak gunakan agent. So kena rancang dengan teliti supaya dapat visit banyak tempat dengan cara mudah dan murah.


Part-part gini usually memang husband saya yang handle. hehe

This is 1st thing yang wajib beli bila sampai Hong Kong. Kad Octopus untuk digunakan semasa menaiki train/bas. Ala-ala touch & go card gitu.. Nak topup berapa RM?  Better topup dalam RM50 per card. Sebab public transport di HK agak mahal juga sebenarnya. Takut nanti tak sedar baki tak cukup especially bila bercuti secara backpacker begini. Beza duit Malaysia dan HK takdelah banyak. But barang kat sini agak mahal. Jadi kena berbelanja dengan berhemah. :)

Kat HK ni jangan risau tentang jaringan pengangkutan. Sama seperti Korea, public transport bersepah-sepah. Cuma kena tahu route mana kita nak tuju.

Lets go! Tak sabar nak explore apa yang ada kat HK ni..



Untuk ke hotel kami perlu menaiki bas bernombor A21. Saya tak ingat berapa exact amount tiket but i think around RM20 per pax rasanya. (Tak ingat.. tula lama sangat tinggal entry ni!!) Bas ni canggih, siap ada tempat letak bag yang besar, 2 tingkat, plus ada skrin paparan laluan bas untuk panduan orang ramai.

Kami akan menginap di Shamrock Hotel, so kami turun di Prudential Centre.

Alhamdulillah selamat sampai di hotel. Syukur receptionist sangat baik melayan kami. 

Untuk makluman saya biasanya akan booking hotel secara online melalui laman web Booking.Com. Dalam banyak-banyak hotel, kami pilih Shamrock Hotel walaupun rate dia agak mahal tetapi rasanya berbaloi sebab kalau book hotel yang murah even below RM100 per night pun ada, nampak dalam gambar memang cantik, tapi rupanya bilik dia sangat sempit! Plus terpaksa melalui rumah-rumah awam which takkan selesa punya uols nak bercuti. Takpe invest lebih sikit untuk keselesaan bermalam lepas penat berjalan. Untuk Shamrock Hotel ni kami dapat rate RM200 per night. Biliknya? Alhamdulillah rezeki kami dapat bilik yang besar dan selesa. Nanti saya story kemudian ya.

Inilah duit Hong Kong Dollar. Ratenya lebih kurang duit Malaysia juga. Almaklum RM kan jatuh..


Excitednya saya tak sabar nak jenjalan kat luar untuk feel musim sejuk di HK! Ok saya sambung lagi Part 3 ya! (Hope tak lupa baca! Ngeee..)


Misya : Hadiah untuk diri sendiri dan suami.





Rahsia Surah Al-Fatihah

FAKTA TENTANG SURAH AL-FATIHAH

1.   Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2.   Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3.   Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4.   Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5.   Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bermasalah.
6.   Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7.   Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8.   Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9.   Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.


FADHILAT AMALAN HADIAHKAN AL-FATIHAH


Hari ini saya ingin kongsikan kisah seorang bapa yang sangat dihormati ilmu dan keperibadiannya supaya kita berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterasa sebak lalu menangis teresak-esak. Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. 

Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat ku yang baik, 

Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah, perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca Al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.


Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama-sama kita beramal secara istiqamah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga. Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baraqah yang berterusan hingga ke jannah.

Mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.


Misya : Amal juga ayat 1000 dinar.

3 hari pulang dari Acheh, gempa melanda!

Salam semua. MasyaAllah 3 hari lepas saya pulang dari Banda Acheh, kejadian gempa bumi berskala 6.4 menggegarkan bumi Acheh!! Saya ada maklumkan yang saya pergi bercuti di sana dalam entri INI baru-baru ini. Ramai juga yang mesej dan wasap saya bertanya khabar samada saya sudah pulang ke Malaysia atau belum. Alhamdulillah saya sudah selamat sampai di tanahair 3 hari sebelum kejadian gempa tersebut berlaku. Terima kasih buat semua friends dan family yang bertanya khabar dan mendoakan kami agar tidak apa-apa berlaku jika kami masih di sana.

Untuk makluman, gempa tersebut berlaku  di kawasan Pidie Jaya which jarak perjalanannya lebih kurang 4 jam dari Banda Acheh (tempat saya lawati). Syukur Alhamdulillah Banda Acheh selamat dari gempa. Saya tak tahulah nak kata apa if Banda Acheh terkena nasib yang sama. Baru 12 tahun mereka bangkit dari trauma Tsunami, if berlaku lagi, wallahualam beratnya dugaan mereka hadapi.

Di awal berita ingatkan tak ramai meninggal dunia. Tak sangka makin diselamatkan rupanya makin ramai terperangkap di sebalik runtuhan akibat gempa. Dikhabarkan lebih 100 orang terkorban. :(

Di Banda Acheh, if skala 3.0 mereka masih ok. But more than that memang mereka sudah ready untuk lari daripada Tsunami. Tapi tak sangka tempat yang jauh dari Banda Acheh yang mengalami gempa bumi. Allahu kuasa Tuhan..


But honestly saya sebenarnya tidaklah takut semasa berada di Acheh. Don't know why but banyak perkara ajaib yang saya alami di sana which tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebab tu saya ambil masa nak update entry tentang lawatan saya di Acheh. Personally bumi Acheh bukan tempat sembarangan. Penduduknya diduga dengan sebegitu hebat pasti ada sebab. Kebanyakan mereka kelihatan sudah bersedia untuk mati. Mereka juga sangat baik budi pekertinya. Seronoknya berada di sana walaupun tak lama.. 

Thanks again untuk yang bertanya keadaan saya dan family selepas mendengar berita gempa di Acheh tersebut. Syukur kami semua selamat. 


Misya : Rindu suasana Serambi Makkah.



Thursday, December 8, 2016

Bila Kita Tua...

Bila kita tua...

Bila kita tua, isikan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang daripada kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan.

Bila kita tua, akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, ziarahi seberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, lebih-lebih lagi tentang kematian.

Bila kita tua, jangan susahkan diri memikirkn anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda selesai sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

Bila kita tua, berilah peluang untuk bersama rakan-rakan lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurangan dari masa ke semasa.

Bila kita tua, terimalah penyakit dengan optimis kerana sama ada kaya atau miskin semua akan melalui proses yang sama, iaitu semasa lahir, bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit dan mati.

Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia turut sedih. Jangan cari kawan macam duit syiling depan lain belakang lain.


Misya : Bila orang tak percaya kita dah tua, camne tu?

Faedah Jalan Kaki Terhadap Kesihatan

Salam. Zaman sekarang ni manusia makin malas. Even nak bangun dari tempat duduk untuk ambil barang pun terasa sangat malas apetah nak berjalan kaki ke tempat yang jauh sedikit. Hikmahnya orang dahulu yang zamannya tiada lagi kenderaan atau pengangkutan awam, lebih sihat tubuh badan mereka hasil senaman tanpa sengaja iaitu BERJALAN KAKI. Jom saya share apa benefit if kita amalkan berjalan kaki dalam entri ini.


1. JALAN KAKI mencegah serangan jantung kerana jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Apabila sering berjalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki kaki. 


2. JALAN KAKI mencegah strok. Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya resiko serangan strok menurun hingga dua pertiga. 

3. JALAN KAKI membakar lemak. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktivitas berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi. 

4. JALAN KAKI melangsingkan badan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terkikis. Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.

5. JALAN KAKI mencegah kanser. Pergerakan badan dapat melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar menjadi lebih tertib. Jalan kaki juga boleh menurunkan risiko terkena kanserr payudara. 

6. JALAN KAKI mencegah Osteoporosis. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan vitamin D dan kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan merlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis. 

7. JALAN KAKI mencegah kencing manis. Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.

8. JALAN KAKI mencegah depresi. Berjalan kaki dengan cepat bolih mengurangkan depresi.


Misya : Berat bertambah, kaki sakit bila berjalan banyak.

Tuesday, December 6, 2016

Awas dengan Mental Block Manusia!!


Tahukah anda "MENTAL BLOCK" manusia yang menjadi halangan untuk seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang diceburi? Awas dengan perkara-perkara di bawah!


11 MENTAL BLOCK MANUSIA

EGO

Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu di luar kotak akal fikiran.


SKEPTIKAL

Selalu berfikiran negatif dan tidak mencuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. Contohnya "Aku ni boleh ke berjaya?" "Boleh ke aku buat bisnes?" "Kalau orang mengata aku macam mana?".


TAKUT

Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.


TAK YAKIN

Manusia memang ada perasaan nakkan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pun tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa??


TAK LAYAK

Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.


SUKA BERTANGGUH

Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.


BAGI ALASAN

Bila ditanya kau nak berjaya tak? Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.


TUNGGU DULU

Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan seperti tunggu dululah, aku masih sibuk lagi.


IKUT KAWAN NEGATIF

Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "Eh jom keluar malam ni lepak dataran tengok race, kau bukan buat apa kat rumah. Bini kau tidur, kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.


TIDAK BERSUNGGUH

Bila buat sesuatu tindakan, dah bagus tapi tidak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba tempuhi. Last sekali putus asa.


SALAHKAN TAKDIR & AGAMA

Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita. Dalam AL-QURAN disebut "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."


APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT

SEMUA ADALAH DOA

ANDA ADALAH SIAPA YANG ANDA FIKIRKAN...



Misya : Kadang-kadang perlu jadi orang lain untuk melawan kelemahan diri sendiri.

Teruja melawat kesan Tsunami di Banda Acheh, Indonesia

Salam semua. Maaf sesangat lama tak hapdet. Seriously memang masa amat mencemburui saya. huhu. Tapi actually saya baru je pulang dari bercuti di luar negara. Ala takdela jauh mana pun. Seberang laut Selat Melaka je. hehe. Saya bercuti ke Banda Acheh, Indonesia. Selama 4 hari 3 malam saya dibawa melawat pelbagai tempat menarik especially hasil tinggalan dan kesan bencana Tsunami yang pernah melanda Banda Acheh 12 tahun lepas sehingga mengorbankan lebih 100 000 orang di sini. Honestly saya sangat seronok dalam percutian kali ni dan tak sabar dan teruja nak share apa yang menarik dan pengalaman pahit manis sepanjang di sana. Nantikan dalam entri trip Acheh saya akan datang.. :)






Misya : Percutian yang menginsafkan.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...