Wednesday, August 31, 2016

Salam Merdeka ke-59 dari Misya..

Salam. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh warga Malaysia! Syok hari ni cuti. Tengah-tengah minggu pulak tu. But esok kerja semula. Takpela janji semua rakyat Malaysia happy hari ni menyambut Hari Merdeka ke-59 tahun. Syukur Alhamdulillah.. Moga Malaysia terus maju..


Misya : Merdeka dari jenayah rasuah, itulah merdeka paling susah nak dapat.

Tuesday, August 30, 2016

Jangan sia-siakan usiamu..- Tun Mahathir

Salam. Esok Hari Merdeka. Excited ke nak celebrate? Dulu-dulu masa zaman belajar memang excited sebab terlibat dalam persembahan kebudayaan. Bila dah makin dewasa dan dah bekerjaya, semangat tu masih ada tapi tidak berapa teruja nak celebrate means keluar rumah untuk pergi Dataran Merdeka melihat perarakan dan sebagainya. Tapi honestly tengok kat TV pun boleh naik semangat. Especially part perarakan kontinjen unit beruniform. Perghhh boleh sebak tau memikirkan pejuang-pejuang negara mempertahankan kemerdekaan. Almaklum saya ni ada darah pahlawan (cewah!). Arwah atok saya sebelah ibu bekas anggota polis. Bertugas masa zaman-zaman Tragedi Bukit Kepong dulu. Tapi semuanya tinggal kenangan. 


Now apa yang penting generasi sekarang jangan bazirkan usia muda yang ada membuat perkara yang sia-sia macam Tun Mahathir pernah sampaikan. Seriously saya sendiri kadang menyampah dengan anak-anak muda yang leka dan lebih mementingkan gadjet daripada isu-isu yang lebih besar untuk negara. Mana taknya generasi ibubapa sekarang, anak-anak masih kecil dah dijaja dengan gadjet. Saya dulu nak beli handphone Nokia 3310 baling anjing mati tu pun tunggu lepas SPM wat kerja part time dapat gaji baru boleh beli. Ahha.. Alhamdulillah now jadi orang berguna menjadi sebahagian daripada penjawat awam untuk menyumbang bakti. #salammerdeka



Misya : Oppo tetap di hatiku.

Aiskrim Gula Apong Sarawak

Salam. Kalau siapa pernah ke Kuching, Sarawak maybe pernah merasa salah satu desert kegemaran orang sana iaitu aiskrim gula apong. Actually saya tak tahu pun tentang kewujudan aiskrim ni. (haha nampak sangat tak amik tahu). Kebetulan saya ada tugasan kerja di sana, kawan sekerja di sana bawalah saya dan kengkawan lain jenjalan sekitar bandar Kuching. Salah satu tempat yang kami singgah adalah kiosk mejual aiskrim gula apong ni. 

 Rasanya, sedap! Manis-manis buah gitu.. Tabur dengan coklat dan kacang memang nice. Unik lah rasanya sebab menggunakan gula apong atau kat Semenanjung kita panggil gula kabung. 

Original recipe dari orang Sarawak. Rugi tak cuba..:)

Inilah kiosknya. Betul-betul tepi jalan berhampiran dengan Hotel Grand Margheritta. Jalan kaki pun boleh..

Memang nice la dapat makan aiskrim gula apong ni. Siapa datang Kuching maybe wajib try. 

Sementara menunggu giliran wefie dulu.. Ramai orang datang sampai kena ambil nombor. huhu

Muka enjoy dapat makan aiskrim. Maaf gambar tak jelas. hehe.. 


Misya : Mudah batuk if banyak sangat makan aiskrim.

Jue Aziz, Vanidah Imran antara testimoni Sensualite!

Salam. Morning! Apa kata mulakan hari anda dengan sarapan bersama-sama Sensualite. Confirm kenyang sampai lunch! Sebelum ni saya banyak share testimoni Sensualite di kalangan orang-orang biasa saja dan mereka semua berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan pemakanan Sensualite. Today nak share dengan anda bahawa bukan orang biasa je suka Sensualite ni, artis dan selebriti terkenal pun amalkan Sensualite untuk menjaga berat badan dan bentuk tubuh agar kekal langsing dan gojes. See, artis yang dah lawa pun still nak lawa rite? Why not us? Jom tengok siapa artis dan selebriti yang menggunakan Sensualite dalam diet seharian mereka. Antaranya pelakon Jue Aziz, penyanyi Jeslina Hashim dan Vanidah Imran.









Nak tahu lebih lanjut tentang minuman diet Sensualite yang hebat ni, boleh roger-roger saya, Misya di talian call/wasap 016-9561764.


Misya : Badan sihat dapat hindarkan penyakit.

Monday, August 29, 2016

Nak jadi madu kena rela mati lepas kahwin?

Salam. hehe.. Tengahari gini agak mengantuk. Plus dah kenyang lepas lunch lagilah berat je mata ni. Terbaca 1 posting kat facebook, terhibur juga. :)


Haha deep jawapan si perempuan tu. Kalau si lelaki tak faham, memang cari nahas ler. Better jangan tanya lagi soalan gini. Memang menempah maut nampaknya. hihi.. Ciri-ciri madu yang ditetapkan tu memang takde siapa la volunteer nampaknya. Baru kahwin sehari dah meninggal! hehe.. Sabar ya orang lelaki..;)


Misya : Suami saya suka makan madu campur air minuman.

Seramnya naik MasWing!

Salam. "Misya nanti dari Bintulu ke Kota Kinabalu naik MasWing ya. Kecik sikit. Flight Boeing takde." kata Kak Mas, kerani saya. Saya pun kata "Ok Kak Mas.." Yang sebenarnya saya tak tahu pun dan tak pernah tahu pun yang flight MasWing ni camne. Bayangan "kecil" yang dimaksudkan Kak Mas adalah salah sama sekali apa yang ada dalam kepala otak saya. haha.. Sampai je airport dengan senang hati nak fly ke KK atas urusan tugas, sekali tengok dari luar tingkap airport, oh gini rupanya MasWing! Memang betul-betul kecik!

Bukan sebab size yang bermasalah bagi saya tapi membayangkan kedudukan kipas turbin dia tu betul-betul sebelah tingkap penumpang, uish seram gak rasa. Tapi naik jela.. Takkan taknak naik plak. Urusan koje ni makcik oi.. hehe..

Sementara tunggu gate dibuka, selfie-selfie dulu di sekitar airport Bintulu ni. 1st time saya jejak kaki di sini. Kejap saja dapat luangkan masa sebab habis urusan di Bintulu terus ke KK pula sambung audit di sana.


Tuu dia... Flight saya menanti.. Masuk ikut pintu belakang. Excited tapi takut sebab tak pernah naik pesawat udara sekecil ni. Seat nya pun 2 kiri, 2 kanan. Macam bas ekspress.


Ok tak tahu la nak kata bertuah ke apa tapi tempat duduk saya betul-betul hampir dengan kipas pesawat. Compare dengan pesawat biasa, bunyi kipas tu berpusing lebih kuat. Dah betul-betul kat tepi kita memang boleh pekak dibuatnya.



Yeahhh finally kami di udara.. Actually kipas tu berpusing dengan sangat laju dan tak nampak pun bilah-bilahnya tapi bila snap gambar nampak jelas bilah-bilah kipas tu. 

Ok part paling seram bila dia membelok, serius gayat giler!! Rasa macam naik roller coaster. Mana tak seram sebab kipas turbin tu kat atas, kita kat bawah, jadi bila pilot membelok memang kita akan direct nampak apa di bawah tu. Grrrrr serammm! Macam bungee jumping pun ada.

Fuh Alhamdulillah selamat sampai.. Abaikan muka tembam yang agak selebet tu. Kesan keseraman naik flight MasWing. Hehe.. But actually saya suka sebab dapat tambah pengalaman naik pesawat kecil ala-ala jet peribadi. Ok lets go to work!


Misya : Tiada lagi mabuk naik flight.

Photoshoot tudung labuh Illieya with Bella..

Salam. Sebelum start, saya nak ucap berbanyak thanks kepada Yaya Ismile, owner butik Muslimah iaitu Illieya yang sudi pilih saya sebagai model untuk koleksi tudung labuh. Yang paling best dapat collaborate dengan Bella, my biz partner yang dah lama tak berphotoshoot as model. Kira macam comeback beliau la. Huhu.. Alhamdulillah impian saya untuk menjadi model tudung labuh tercapai. Experience yang paling bermakna buat saya sebab since saya join semula bidang modelling ni memang target saya hanya nak gayakan produk yang betul-betul patuh syariah seperti tudung labuh dan jubah/abaya. Dah kahwin, tak bolehlah ligat sangat. hehe.. Jom tengok hasil beberapa shot saya dengan Bella. Photo by Yaya Ismile sendiri. Even Yaya sendiri pun gadis berniqab, boleh jadi photog juga. Memang serba boleh this girl. Semoga terus maju dengan busana Muslimah Illieya. :) Lokasi di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi), Putrajaya. 

















Misya : Ke arah yang lebih baik.

Saturday, August 27, 2016

Hong Kong Trip #1 || Tertinggal flight!

Salam. Pergh punyalah lama baru nak start entry trip saya ke Hong Kong honeymoon with husband. hehe. Actually saya ke Hong Kong ni pun tanpa dirancang. Memang every year saya dan husband akan bercuti ke mana-mana terutama tempat sejuk untuk honeymoon. Yela selagi belum ada cahaya mata ni, orang kata berjalan lah puas-puas ye dok. Ada rezeki lebih insyaAllah boleh saja. Kebetulan tengok-tengok web Air Asia, terjumpa tiket murah ke Hong Kong. Sebenarnya nak ke negara lain tapi harga tiket semua mengecewakan.. Last-last pilih Hong Kong plus saya pernah ke sana masa study dulu. Kira macam mengimbau kenangan la ni. hehe.. Tarikh pun cantik, musim sejuk (Januari), awal tahun cuti banyak lagi, apalagi, terus book!

Saya memang teruja nak bercuti if ke negara yang ada musim sejuk. Inilah masanya nak melaram fesyen winter especially yang berbulu-bulu saya beli dari merata negara musim sejuk. Orait ready for this honeymoon trip to Hong Kong!

Tapi alangkah sedihnya kami disebabkan flight kami book tu awal pagi around 7.00 am ++, tak tahulah nape kami boleh terlewat sampai di airport. Kecewa sebab Air Asia sangat strict kurang 60 minit dah takleh check-in dah. Huarghhhh!!! TAPI takkan kami nak batalkan trip ni? Ruginya sebab memang teringin nak bercuti tempat sejuk. Untuk hilangkan stress berkerja.

Alhamdulillah nasib baik ada 2nd flight dalam tengahari sikit ke Hong Kong. Kena bayar sikit lah sebagai denda gitu. Hoorayyy masih boleh gi honeymoon! 

Excitednya saya nak fly. Rasa macam dah lama saya dan husband tak bercuti ke luar negara. Rindu masa awal-awal kahwin dulu kami pi Korea, Istanbul, Egypt...


Sementara menunggu flight, breakfast dulu kat McD. 

Yeay dapat meneruskan perjalanan ke Hong Kong..


Disebabkan makanan untuk flight asal dah burn, kenalah beli makanan lain untuk flight ni. Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa 4 jam. Memang laparlah if tak makan. Tak kisahlah tentang harga janji perut tak berkeroncong. Almaklum sampai Hong Kong nanti banyak tenaga nak digunakan untuk bergerak sana-sini.

Menikmati keindahan ciptaan Tuhan... 

Apa yang berlaku bila sampai di Hong Kong? Baca sambungannya ya di Part 2....


Misya : Hadiah perkahwinan.

Excited kawan office masuk TV - Selamat Pagi Malaysia

Salam. Siapa yang tonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di bulan Ramadhan baru-baru ni maybe dapat tengok salah satu slot tentang keselamatan makanan. Pegawai dari office saya merangkap officemate saya yang jadi panel untuk ditemubual dalam slot tersebut. Tahniah Dayah terpilih untuk muncul sebagai wakil department kami. So proud of u! Jadi, apa fungsi saya dalam hal ni? hehe.. Bos saya suruh folo Dayah jadi pegawai pengiring. Katanya untuk saya belajar supaya next time giliran saya dah ada experience sebab dah tengok di sebalik tabir ditemubual untuk rancangan TV sebegini. Memang our responsibilities menyampaikan maklumat dan ilmu kepada rakyat tentang keselamatan dan kualiti makanan. Jom saya share suasana di sebalik tabir saya menemani officemate saya masuk TV. 

 
Baru tahu gini rupanya suasana di belakang tabir bila sesuatu rancangan live ditayangkan. 

Cameraman yang sporting. Siap bagi saya ruang untuk saya snap gambar Dayah lebih dekat!



Sebelum start sempat wefie. Bangga juga bila kawan sendiri masuk TV. Antara officemate yang sangat baik dan happening. Duduk pun sebelah partition saya je kat office. Sunyilah office kalau dia takde. 

Good job Dayah! Walaupun sekejap tapi Dayah dapat beri input yang baik kepada pengacara rancangan.

Walaupun dia sangat nervous masa ni tapi semua soalan dapat dijawab dengan baik. Lagipun slot ni sekejap je. Dalam 10 minit camtu saja. Kacang jela Dayah! Dah memang tugas kita kan. hehe..

At least dengan adanya slot camni, dapatlah kurangkan risiko kes keracunan makanan. Almaklum bulan Ramadhan ni orang jual macam-macam makanan. Kenalah amalkan penyediaan makanan yang bersih dan selamat. 


Misya : Makanan selamat, keluarga sihat.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...