Thursday, March 28, 2019

BabyE dapat warning letter dari bank??

Salam. Di suatu hari, terkejut saya bila Daddy Erina wasap bagitahu babyE dapat surat daripada bank! Haha.. Terkejut, suspen tapi kelakar pun ada. Kecik-kecik dah dapat surat daripada bank. Surat warning plak tu! hihihih..

Dasyat kan budak-budak sekarang kecik-kecik dah dapat surat bank. Hahaha actually surat ni just reminder je supaya aktifkan akaun simpanan babyE. Sebab dah lama takde aktiviti transaksi akaun bank babyE. So bank bagi reminder la supaya akaun babyE tu tak dinyahaktifkan. Yela, mommy nya pun busy sangat sampai terlupa nak masukkan duit dalam akaun babyE. Since habis pantang last year, saya terus bukakan akaun bank untuk babyE selain akaun Tabung Haji. Senang nak simpan duit yang babyE dapat hasil hadiah, duit raya dan sedekah orang yang dia dapat. Alhamdulillah rezeki babyE..

Dalam wasap saya and husband pun membahan ler babyE.. Geli hati sungguh. Yela, seorang bayi kecil yang tak tahu pape tetiba dapat surat warning dari bank, tak kelakar ke? huhu.. Entah bila masa dia gi berurusan dengan bank agaknya. Hahaha.. Macam-macam hal anakku sorang ni.



Misya : Lega bila ada loan dah settle bayar.

Kopi @KOPIESATU, MOA terlalu manis tahap potong kaki?

Salam. Kopi satu!! Huhu.. Tibe jek kan? Tapi memang ada 1 kiosk yang bernama KopieSatu ni wujud. Kat bangunan Ministry of Agriculture (MOA), Presint 3, Putrajaya.  If bosan, kadang kami lepak sambil discuss hal kerja kat sini. Boleh minum-minum kopi sambil bersantai-santai.

Walaupun ni kedai kopi, disebabkan saya tak minum kopi, hot chocolate jadi pilihan. Nice juga taste dia. Tak manis sangat.

My another friends memasing order Cappucino Ice Blended & Mocha Ice. But unfortunately tak berapa kick sangat bcos terlampau manis tahap potong kaki punya! hehe.. Sampai my friend terpaksa minta tambah air kosong beberapa kali untuk kurangkan rasa manis. 

Hope dia wat penambahbaikan la dari segi rasa minumannya. Saya rasa kalau air panas ok kot. But if air berais dia lebihkan gula tu yang jadi terlalu manis. Sebab hot chocolate saya ok je.

Muffin coklat dia sedap. Lembut, gebu, moist.





Last time lepak dengan kakak-kakak otai ni. Kak As & Kak Syifa. Best lepak ngan dorang ni sebab boleh menuntut ilmu as food technologist. Dorang dah senior so banyak pengalaman. Rugi lah tak korek ilmu from them.



Ginilah orang sekarang! Tiap kali nak makan je mesti nak snap gambar dulu. hahaha


Kiosk dia simple je. But bolehlah nak santai-santai sat. Lupa nak snap gambar dari depan kiosk KopieSatu ni. So far tempatnya bersih dan selesa.

So uols bolehla datang sini juga if nak suasana santai sambil mengopi dan membawang. hehehe..


Misya : Try avoid minum air berais.


Wednesday, March 27, 2019

Lunch Date with Nekteh babyE @Vistana Hotel KL

Salam. Everytime saya outstation mana-mana, if tempatnya berhampiran dengan any saudara-mara mesti saya akan roger-roger. Either ajak ngeteh or lunch or dinner sama-sama. Kebetulan hari tu saya ada kursus kat Hotel Vistana, Kuala Lumpur, betul-betul berhampiran dengan office Makteh saya. Apa lagi, saya ajaklah Makteh saya lunch sekali. Tapi disebabkan kesibukan uruskan kursus, kami hanya dapat jumpa pada hari last kursus.

Happy dapat jumpa Makteh saya ni. Makteh saya ni adik kepada ayahanda saya. Jarang dapat jumpa beliau. Office beliau selang 1 bangunan je from this hotel. huhu.. Borak panjanglah kami kat sini sampai habis waktu lunch hour Makteh.

Makteh saya excited la sebab dapat jumpa cucunya, baby Erina. Which Erina kena panggil beliau Nekteh.

Masa saya kecil dulu, selalulah saya luangkan masa bermain dengan beliau. Sebab rumah saya tak jauh time tu. Bila Makteh dah kahwin and saya pun dah kahwin, lagilah jarang jumpa. Sesekali dapat jumpa gini, sonok juga. Makteh pun happy dapat jumpa cucu. If nak tahu, makteh saya ni pencinta kucing. Rasanya kat lebih 20 ekor kot dia bela kucing kat rumahnya. Very lovely person!

Sempat Nekteh selfie dengan babyE. Hope berjumpa lagi di lain hari. Thanks Makteh sudi luangkan masa lunch with us! Hope makteh sentiasa sihat and happy always...:)



Misya : Erina ada ramai atok dan nenek saudara.



Storage box besar untuk babyE

Salam. Puas hati dapat beli storage box besar untuk simpan segala mainan dan toys babyE. Lama gak survey kat Shopee sebab banyak pilihan and nak pilih seller yang bagi price terendah. Finally dapat juga untuk saiz XL (besar) tak sampai RM30.00. Oklah. Sebab most of the seller untuk size besar box ni price more than RM30.00. 


Excited babyE dapat box warna-warni ni. Siap ada roda lagi bolehlah  dia bawak main jalan sana-sini. Saya berkenan dengan box ni sebab warna dia cute, plus binaan dia pun selamat untuk kanak-kanak. Takde bucu tajam-tajam. Kalau kotor nak bersihkan pun senang. Saya beli kat Shopee sebab harga jauh lebih murah untuk storage box saiz besar dan berkualiti camni.


Toys babyE makin banyak, mommy nya pula tak suka sepah-sepah, so ada box ni bolehlah simpan semua toys dalam ni. Sebab bekas sedia ada dah tak muat. Akan datang tak tahulah. hehehe..



Misya : Ajar anak mengemas dari kecil.

Belgian, one of my favourite chocolate..

Salam. For those yang suka coklat, this one you should try. Saya jatuhcinta dengan Belgian Chocolate ni since my mom in law bagi sekotak masa dia balik dari travel. Coklat ni hanya jual kat airport je if tak silap. Sejak 1st time makan tu terus teringat-ingat sebab sedap sangat especially yang flavour Milk.


Hari tu balik dari outstation from Kota Kinabalu, Sabah, sampai je KLIA terus borong coklat ni. Kebetulan ada sales beli 2 free 1. Plus tinggal ni je yang ada. Sebab orang lain dah rembat banyak sebelum tu.  Nasib ada rezeki saya dapat beli 3 flavour ni.  Bolehlah makan sepuas-puasnya!


Misya : Coklat menenangkan jiwa..


Nasi Lemak Beras Basmathi, nasib baik menjadi..

Salam and very good morning everybody! Hehe saja pagi-pagi ni belanja uols nasi lemak hasil air tangan sendiri. Tapi belanja gambar je! hehehe.. Dah lama tak masak nasi lemak. Kebetulan my family nak datang rumah, so menanak nasi lemak lah kali ni. Oh ni kisah throwback sebenarnya. hehe.. Tak kisahlah janji blast entry. Giteww...

Amacam terliur tak? Special tau ada ayam goreng crispy lagi. Nak resepi? Huhu saya pun google je resepi.

Actually nasi lemak ni antara part yang paling penting adalah nasinya. Nasi tu dah beberapa kali saya try baru saya tahu rahsianya nak bagi sodap lemak berkrim. Santan kena banyak. Saya guna 1 peket santan segar dan 2 kotak santan Kara. Tapi untuk avoid nasi tu lembik sangat, try guna beras basmathi. Kebetulan saya ada lebihan beras basmathi untuk masak nasi Arab hari tu, so trylah guna wat nasi lemak. Alhamdulillah menjadi. Nasi tak lembik tapi tetap lembut. Syukur ,bertambah-tambah family saya makan. Risau juga if tak menjadi.

Yang menariknya, tupperware merah ni 1st time saya guna selepas beli masa raya last year. Haha.. Bila tengok gini, cantik pulak warna merah dia. Nampak meriah.

Tengok je pun dah terliur dibuatnya. Hehe.. Sonok dapat masak dan makan ramai-ramai dengan family. Plus kalau masak sendiri, puas makan sebab dapat portion banyak and boleh makan banyak kali. Jimat tenaga daripada nak masak menu lain-lain tiap kali nak makan.

Jemput tengok ya... hehe 


Misya : Sesekali menambah lemak dalam badan.

Monday, March 25, 2019

Cadar terakhir selepas 5 tahun perkahwinan...

Salam. Seminggu dua ni agak kelam-kabut sedikit. BabyE tak berapa sihat. Demam sampai muntah-muntah. Akibatnya habis cadar katil kena tukar beberapa kali sampai dah takde cadar nak pakai. huhu.. Last-last selongkar dalam almari nasib baiklah terjumpa set cadar hadiah wedding saya dan husband 5 years ago. Dihadiahkan oleh my cousin, Adzan and his wife Amyra (my U-mate). Sungguh menggamit memori gitu...

Nasib baiklah ada cadar terakhir ni untuk digunakan gara-gara kehabisan cadar dimuntahkan oleh babyE. hehe.. Sweet wishes from Adzan, Amyra and their daughter Adyratna. Dorang ni dok Penang sana. Jarang jumpa but we are always support each other. Tak sangka after 5 years, berguna juga cadar ni. Saya memang simpan elok-elok semua hadiah wedding yang masih belum pakai. Rezeki saya akhirnya dapat guna cadar cute ni. Okla takdela membazir kena beli cadar baru. 

Thank you so much guys for this bed sheet. Sweet sangat warnanya. Brand Akemi memang berkualiti. Tahan kot walaunpun dah simpan 5 tahun. Takde bertahi lalat/ bau hapak/ kain reput/ warna pudar. Maybe sebab saya simpan dalam keadaan proper. Really love it! Walaupun after beberapa hari gunapakai, akhirnya dimuntahkan juga oleh babyE! hahaha.. But now Alhamdulillah babyE dah semakin pulih dari demam.


Misya : 1st time kena muntah atas badan sendiri. 

Wednesday, March 20, 2019

Eat Safe Food for Nutrition Month @IOI City Mall Putrajaya

Salam. One of the activity yang saya terlibat dalam kerjaya saya as food technologist adalah menjaga booth pameran di mana-mana event. Tujuannya untuk promote food safety di kalangan pengunjung yang hadir. Kali ni saya involve dalam pameran di IOI City Mall Putrajaya bersempena Nutrition Month. So pengunjung yang datang majority adalah family dan kanak-kanak. Berbeza sedikit if pameran tu melibatkan industri/pengusaha makanan, this one kena fun-fun sikit. 

Bestnya jaga booth ni, selain dapat tengok macam-macam lagi booth, boleh round and dapatkan macam-macam goodies bag. Plus jualan produk dengan harga yang sangat murah.

Yang paling meriah booth Nestle. Macam-macam ada! 

Disebabkan goodies bag Nestle ni, inilah 1st time saya dapat makan bijirin Cheerios ni. haha. Siap dapat susu segar lagi.

Kira beberapa hari hidup saya dapat makan breakfast yang berkhasiat la. hehe..


Back to exhibition, inilah booth saya yang diberi nama Eat Safe Food. Kami ni agensi kerajaan so servis kami hanyalah untuk educate orang ramai supaya pilih makanan yang bersih dan selamat. Ada games, ada pameran makanan elok dan rosak, ada cenderamata & pop quiz.


With my team yang turut bertugas.

Sambil-sambil jaga booth tu kadang keluarlah maskot dari booth-booth lain. Terhibur gak kekadang. Haha..

Mission accomplished! hehe.. Seronok dapat turun padang jumpa public sesekali camni. Because ramai lagi tak tahu bahaya if tersalah pilih makan makanan yang dah rosak. Food poisoning cases pun makin meningkat sekarang ni sampai ada yang mati. So inilah tugas kami to ensure rakyat dapat bekalan makanan yang bersih dan selamat.



Misya : Hero tak didendang.

Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 Mac 2019, iaitu tepat jam 8.30 pagi sehingga hari esok, 8.30 pagi 21 Mac 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2019.

** jom support Mia Liana....


Makan-makan @Ayam Penyet Best, Wangsa Walk

Salam. Kalau suka ayam penyet, bolehlah try di restoran Ayam Penyet Best kat Wangsa Walk Mall, KL. Kebetulan hari tu saya cuti then pi jenjalan shopping dengan my mom in law with baby Erina, then mama in law ajak lunch sini. Not bad rasa dia.  Selain ayam, ada juga udang penyet. Very nice..

Menu utama, of course la ayam penyet. Sambal dia perghh terangkat juga la! huhu


Saya try order udang penyet juga.

Untuk baby E, saya orderkan tauhu goreng dan french fries ni. Almaklum babyE masih baru nak belajar makan solid food. Kena bagi makanan lembut-lembut je dulu like tauhu ni.


Inilah juadah kami. Setiap set ayam penyet ada nasi dan sup.

Ginilah gelagat babyE with her nenek.. 

Restoran Ayam Penyet Best ni betul-betul berhadapan dengan Orchid Bistro. 


Ni 1st time saya keluar bertiga dengan mama in law saya. Alhamdulillah dapat mom in law yang sporting. Selalu bagi nasihat macam-macam kat saya. Plus if bab-bab shopping memang kami sekepala! hehe.. 



Misya : Menantu perempuan pertama.

Tuesday, March 19, 2019

Baby Erina merenungi luar jendela..

Salam. Sejak ada anak ni apa sahaja benda baru yang anak buat membuatkan kita teruja. huhu.. Salah 1 aktiviti terbaru baby E adalah lepak kat tepi tingkap sambil menikmati pemandangan. Kadang bukan siang je, malam pun sama. Lama duk tengok luar tu. Rumah saya ni mengadap parking basement dan kawasan bukit plus ada taman permainan baru siap dibina. Dia suka la tengok kereta keluar masuk from basement tu dari tingkat 9.

Belum pandai berjalan lagi time ni. Baru nak start bertatih. Ada pagar tu so senang lah dia pegang sambil tengok ke luar tingkap. Kalau balkoni, risau juga saya if nak lepaskan dia gitu je.

Kadang-kadang #siscuba ya nak panjat! haha.. But so far belum berani la nak panjat-panjat ni. Tak tahu lah akan datang camne. Plus dia baby girl mungkin tahap kesopanan dia masih tinggi. hahaha

Bagus juga ada pemandangan bukit hijau kat belakang rumah ni. Sejuk mata dia memandang. Merenungi ke luar jendela giteww.. Berbanding mengadap bangunan lain atau takde view langsung. Ada lah juga view menarik untuk babyE nikmati...



Misya : Suka view laut / tanah tinggi.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...