Thursday, January 30, 2014

Segmen Bloglist By Wanie

Salam.. Huhu banyak tul segmen bloglist ni. Jom join lagi satu segmen! Klik je banner..


Misya : Suka segmen mudah.

Bloglist Februari 2014

Salam. Lagi segmen bloglist! Jom support.. Klik banner k..



Misya : Kena sentiasa up-to-date.

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Salam. Jom join bloglist mama ni!! Senang aja caranya.. Klik banner..



Misya : Jangan lupa join segmen bloglist saya juga..

Wednesday, January 29, 2014

Hanya Aku by Hyper Act... Lagu Berhantu!!!

Salam semua. Serius saya sudah lama tak sukakan lagu-lagu tangkap leleh ala-ala rock kapak ni. Tetiba my hubby perkenalkan this song to me sebab his officemate hari-hari dok pasang kat tempat kerja. Jadi, my hubby pun dah terikut-ikut nyanyi sampai balik rumah. And finally wife nya ini pun dah terjangkit!! Haha.. memang lagu ni berhantu! Jom kita dengarkan Hanya Aku dari kumpulan Hyper Act.. Dan lagu ni juga baru-baru ni menang Naib Johan dalam Anugerah Juara Lagu ke 28! Perghh memang luar biasa penangan lagu neh. Jom dengar!=)


LIRIK

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku



Misya : Bukan semua cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan dan bukan semua kebencian itu berakhir dengan permusuhan.

Korea Free Trip Part 1 || Fly with Korean Air...

Salam semua.. Wah seperti yang pernah saya janjikan dalam entry sebelum ni, saya akan story about free trip VVIP ke Korea yang saya dapat hasil daripada menjalankan bisnes Elken. Syukur Alhamdulillah rezeki dapat tiket free ke Korea kali kedua bersama-sama dengan husband. Honeymoon lagi sekali! Hoyeahhh... Kali ni musim sejuk tau! Tak sabar mahu pegang salji! Hehe.. Perghhh sampai sekarang terasa-rasa kesejukannya!

At KLIA... Kali terakhir naik flight dari KLIA adalah pada tahun 2008 if tak silap. Masa tu nak ke Vietnam if tak silap. So, memang excited la kan dapat naik fligt dari KLIA. Selalu LCCT je kan. Hehe.. Kali ni naik Korean Air. Dengar cerita flight ni antara yang terbaik. Terujanya!

TQ to my parent sebab sudi iringi kami ke airport. Niat di hati memang nak bawa mereka sekali. InsyaAllah one day nanti nak bagi dorang rasa buat pasport terbang ke oversea. Amin...

Sampai-sampai je airport, disambut dengan bunting Elken. Wahh so proud to be Elkenian!! Memang betul lah trip Elken memang superb dari awal sampailah kita balik Malaysia.. Rugi siapa taknak buat Elken.^^

With business partners, Angah and my leader Enaboy.


Selfie dulu sebelum berlepas.. Ngehehe...

Alas perut dengan KFC... Nak tunggu flight kul 12.00 memang kena makan something dulu.

Di balai berlepas.. Tunggu masa stewardess panggil masuk dalam flight. Huhu excited nya!

Masuk-masuk je perut kapal, wah... Sangat kagum sebab ada TV! Hehe... Macam-macam movie, games, & drama ada! Kira tak bosan lah duk 6 jam dalam flight. Saya sempat habiskan movie Monster Inc. University. Huhu.

Yang paling penting semua kemudahan telah tersedia.. Selimut, bantal, headphone, wet tissue, selipar, berus gigi disediakan! Kami fly jam 11.00pm, so sampai ke Korea jam 6 pagi camtu. Sepanjang perjalanan dihabiskan dengan tidur...

My hubby sangat excited nak ke Korea kali ni sebab mahu rasa musim sejuk di Korea. Nak compare dengan musim sejuk masa dia study di Canada dulu katanya. Terubat rindu dia..

Ready untuk berlepas.....

After 2 jam dalam flight, kami dikejutkan untuk menikmati makanan.. Nyum nyum! 

Makanan halal yang disediakan.. Oklah rasanya. Ada sosej, telur, potato dan kacang pea.. Sedap gak.

Oh mineral water from Jeju Island!! Cewah... 

Alhamdulillah after 6 hours in flight, kami selamat sampai di Incheon International Airport, Korea.. TQ Elken sebab bagi naik flight yang sangat-sangat selesa dan best! Ya Allah hai rasa baru semalam je kami datang sini, then datang lagi ke sini. Seronok sangat-sangat! My hubby said, next month datang lagi! Wakakaka... Dah macam pergi balik Kelantan je rasa. Cewah!

So, apa aktiviti seterusnya? Akan di update kemudian. Tunggu.................

Next : Part 2


Misya : Trip Elken, pengerat kasih sayang.. Honeymoon 3x setahun.

Shooting Promo Klip Video Persijilan MeSTI - 'Makanan Selamat Tanggungjawab Industri'

Salam semua.. Huhu dah lama tak story about my life dalam bidang seni ni. Actually dah lama dah job ni saya wat. Dah nama pun keje di bahagian food safety maka, secara tak langsung saya di invite untuk jadi pelakon dalam klip video persijilan MeSTI -Makanan Selamat Tanggungjawab Industri. Kalau orang-orang yang berada dalam industri makanan mesti kena tahu apa itu MeSTI. Basic food safety scheme yang boleh di apply oleh industri kecil dan sederhana untuk upgrade lagi produk makanan dorang. Jadi, untuk mempromosikan skim MeSTI ni, my division create 1 klip video berkaitan MeSTI ni. Huhu.. 

Saya dan my officemate Nazri (baju hitam) sama-sama terlibat dalam pembikinan klip video ni. Dijalankan di FAMA Selayang, so kami kenalah berlakon seolah-olah memberikan consultation kepada pihak industri makanan.

Hehe muka excited!


Membuat semakan label produk yang bakal dikeluarkan.

If dah ada sijil MeSTI ni, insyaAllah kalau nak apply sijil-sijil lain seperti Halal, GMP, HACCP dipermudahkan. Sebab sijil MeSTI ni adalah paling basic. If basic tak lepas how come you nak dapat sijil-sijil besar yang lain. Sebab tu banyak produk kat luar sana meragukan. So kalau nak beli makanan if ada logo MeSTI tu comfirm selamat dimakan. Sebab memang skim ni untuk mendidik pengusaha industri makanan bertanggungjawab terhadap makanan yang dikeluarkan tu selamat kepada pengguna. Tapi untuk industri besar, dorang lebih advance sistem dan persijilannya tak perlukan MeSTI lagi dah. Biasanya yang menjadi masalah adalah industri-industri kecil dan sederhana. Nak tahu lebih lanjut about MeSTI? Boleh klik guideline di SINI atau ke laman web fsq.moh.gov.my

Tq to Kak Emmy, pegawai incharge dan mereka-mereka yang terlibat dalam pembikinan video klip ni. Tq juga sebab sudi invite saya jadi pelakon. Kalau ada lagi, jemputla lagi. Ahaks...


Misya : Berlakon 1 babak ambil masa berjam-jam.

Tuesday, January 28, 2014

Tak salah nak buat MLM tapi...

Salam semua.. Erm saya tertarik dan terpanggil untuk wat entry ni sebab ramai orang salah faham akibat salah laku pihak tertentu maka orang lain yang tak bersalah pun terkena! Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bak kata pepatah Melayu.. 

Baru-baru ni isu kehalalan satu produk kesihatan yang tengah hot sekarang iaitu Double Stemcell dibangkitkan di sana-sini. Terkejut juga sebab ramai yang beli DS dan join bisnesnya. Benar atau salah tentang apa yang berlaku, saya tak boleh nak komen panjang-panjang. Sebab saya kasihan kat kawan-kawan saya yang dah terjebak dengan bisnes DS ni. Yang mana dah berjaya, tahniah saya ucapkan. Tapi apa yang saya kisah sekarang, adalah tentang MLM atau Multi Level Marketing yang orang dok perlekehkan. 

Kalau anda nak tahu, MLM ni sebenarnya satu-satunya cara paling pantas untuk jana income. TETAPI kena ada cara yang betul dan disahkan. Macam saya sendiri menjalankan MLM secara part time, walhal saya dulu sangat negatif tentang MLM tapi kalau anda kaji mendalam sedikit, pasti anda takkan menolak MLM. Mostly syarikat-syarikat MLM banyak yang tutup gara-gara beberapa faktor dan kebanyakan faktor kemanusiaan-nak cepat kaya tapi tak mahu kerja susah. Lalu, dikeluarkan sistem MLM yang dimodenkan seperti sistem piramid, circle dan pairing/binary. Orang Malaysia memang suka bisnes sebenarnya tapi tak suka fikir panjang. Nak invest sikit tapi untung besar.. Nak untung besar tapi taknak kerja banyak. Itu sikap yang SALAH.

So, macam mana nak pilih MLM yang betul? Ok, saya bagi anda 3 tips dalam memilih MLM yang betul. 

1. Syarikat - Makesure ianya telah beroperasi 10 tahun ke atas. Walau ia international company tapi makesure ia dah ada dan wujud di Malaysia more than 10 years. Kalau company tu dari US contohnya dah bertahun-tahun tapi baru je masuk Malaysia tak sampai 10 tahun, itu bukan kategori stabil. Sebab ekonomi rakyat setiap negara adalah berbeza-beza. Di US mungkin ia sukses tapi belum tentu di Malaysia. Bila company baru wujud, mulalah ramai orang baru berpusu-pusu join SEBAB nak jadi 001 dalam company tu. Paling atas kira paling cepat kaya. Orang bawah kerja macam nak mati, orang atas dapat. Orang atas yang dah kaya tu tak tengok dah orang bawah ni sebab syarikat gagal menghasilkan sistem pendidikan yang betul kepada setiap dealer nya. Selain faktor berapa lama ditubuhkan, kena lihat bangunan/pejabatnya di mana? Sewa ke hak milik sendiri? Kalau asyik pindah-randah, itu lagi bahaya! Lihat kejayaan syarikat tersebut dalam tempoh 10 contohnya, berapa ramai orang yang berjaya telah dihasilkan. Buat perkiraan dahulu.


2. Produk - Ni sangat-sangat penting. Kebanyakan produk MLM sebenarnya bagus dan berkualiti, TAPI bila dah mula berjaya setahun-dua terus lupa pada produk. Duit jadi keutamaan. Tapi ada juga produk yang cikai-cikai tiada kelulusan, tiada testimoni, tiada pengiktirafan, tiada apa-apa pun dijadikan sebagai produk dan di MLM kan! Disebabkan lambakan produk-produk sebegini di MLM, maka MLM jadi tidak berkualiti. Produk hanya untuk cover supaya sistem tu nampak halal dan sah tapi hakikat sebaliknya yang berlaku. So, anda mesti-mesti kena tahu produk yang dijual. Study sedikit try google. Jangan sebab murah, popular dan nampak gambar testimoni sekeping dua sudah percaya 100% keberkesanan produk tersebut. One more thing, MLM yang stabil adalah MLM yang mempunyai lebih dari 1 produk. Tiada company dalam dunia ni boleh bertahan dengan hanya jual 1 produk. (kecuali company yang jual kapal terbang) Dan setiap produk mesti ada kepakaran masing-masing. Yang penting siap-siap ada sijil Halal yang sah-if kita pentingkan Halal.

3. Sistem Pemasaran - Part ni ramai yang failed. Yang dia nampak duit je.. Cara nak dapat duit tu jarang atau tak pernah dikaji langsung. Kalau MLM, kena tahu bagaimana komisen dikira melalui jualan produk. Then melalui rangkaian. Berapa % keuntungan company yang kita dapat? Adakah investment terlampau besar? Ada MLM company sampai sanggup menghisap darah dealer-dealer nya invest sampai RM20k-40k! MasyaAllah... Tapi masalahnya orang Malaysia ni tetap labur! Sampai yang gadai tanah, rumah, buat loan peribadi dan sebagainya sebab nak cepat kaya! Jadi MLM yang betul-betul MLM tradisional (sahih) ni taknak percaya. Taknak kerja keras katanya. Rajin-rajinkan diri kaji dulu marketing plan sesuatu MLM sebelum join. Invest banyak dapat stok produk, hutang pula dengan bank, stok berlambak kat rumah/dalam kereta. Itu sama saja macam anda buka kedai runcit, beli stock banyak-banyak dan jual. Tapi kalau stock anda semua barang yang sama saja, anda pula bukan salesperson yang pandai bercakap, customer pun bosan dan tak berminat, maka terjadinya lambakan stock sebab tak laku...

Kena terima hakikat bahawa kehidupan setiap manusia pun bertingkat-tingkat - multilevel. Kerja makan gaji- you still ada bos, bos atasan, bos indirect, CEO dan sebagainya. Memang makan gaji anda tak keluarkan duit but are you really sure about that? Anda makan gaji anda invest MASA anda! You selling your time! Anda spend 8 jam sehari settlekan kerja bos anda suruh, then anda dibayar untuk masa 8 jam tu. Tapi kalau anda spend 8 jam pulun wat MLM yang betul-betul tulen, anda boleh demand income lebih daripada apa yang bos anda bayar. Anda nak demand income RM10k bulan ni dengan bos anda, kerja 24 jam tak balik rumah, boleh ke? 8 jam tetap 8 jam sahaja bayaran anda terima. Kalau nasib baik ada OT. Even di rumah pun ada multilevel. Ayah, mak, suami, isteri, anak, orang gaji.. Semuanya telah dicipta ada level masing-masing. Tapi tidak melibatkan wang ringgit. So, jangan pandang rendah pada orang yang buat MLM sebab anda pun sedang buat MLM juga tanpa anda sedari. 

Kalau buat bisnes MLM, anda dari orang biasa-biasa seperti suri rumah, ibu tunggal, atau makan gaji sekalipun tapi anda boleh dapat RM30k sebulan dengan MLM, berbaloi tak? Tapi untuk dapatkan berbaloi tu mesti ikut 3 perkara yang saya list downkan tadi. Kalau tak, anda akan simply join mana-mana MLM, kena tipu banyak kali then fed up terus banned dan anti-MLM. Yang paling teruk hutang makin bertambah. Nauzubillahiminzalik..

Saya sendiri wat MLM tapi memang saya kaji cukup-cukup dulu sebelum join. Saya akan minta pendapat orang lain dulu. Dan Alhamdulillah saya berada di bawah MLM yang sangat best! MLM yang saya jalankan sekarang adalah MLM tradisional yang telah digunapakai berzaman-zaman dan terbukti melahirkan ramai orang yang berjaya dari pelbagai golongan. Benda pertama yang akan wat saya tertarik nak join adalah attitude dealer-dealer nya. Budi bahasa, gaya approach dan cara bercakap tak kira di hadapan atau dalam laman sosial. Orang yang hebat dan berjaya adalah orang yang humble. Dan benda tu saya tak jumpa di mana-mana MLM yang lain. Kalau lihat dari entry Buasir Otak tentang MLM di SINI, memang awal-awal saya dah agak, kerana bahasa diri binasa. Tak jaga tutur kata.. Now, orang jadi benci dengan MLM gara-gara kealpaan dealer-dealer MLM sebegini. A great organization, come from a great culture. Kalau budaya dah failed, how come anda boleh berjaya dengan cara yang baik dan menghasilkan leader yang berkualiti? Don't go for money, money will runaway. Go for success, money will come. :)



Misya : Jayakan diri, jayakan bangsa. 

Monday, January 27, 2014

Doa dijauhkan dari beban hutang..

Salam.. Nowadays ramai yang berhutang. Sana-sini hutang. Student habis belajar pun dah berhutang. Apa lagi kalau bukan PTPTN. Ooppss.. Tapi memang kita semua tak boleh lari daripada berhutang. Ada insan yang tak berhutang tapi jumlah sangatlah sedikit. Nak beli harta sendiri like car, house, semuanya memerlukan hutang. If anda seorang yang jutawan tak payahlah story di sini. Tapi jutawan sekalipun, awal-awal dulu mesti berhutang juga. Ohh teringinnya bebas hutang! Impian setiap manusia di dunia. Mari kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari beban hutang tak kira kecil mahupun besar. If ada hutang pun diharap dapat diselesaikan dengan segera. 


Baginda (saw) bersabda : Pada waktu pagi dan petang bacalah: Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.


Tapi kalau doa sahaja takkan menjadi apa-apa. Rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita bergolek-golek di hadapan TV! Betul tak? Kena usaha...! Anda ingin tambah pendapatan dan menyelesaikan beban hutang anda? Jom kerja part time dengan saya! InsyaAllah komisen RM2000-RM4000 sebulan dalam tangan anda. Yang penting anda memang ada impian mahu mengubah kehidupan anda. Dan impian itu harus kuat seiring dengan semangat dan usaha anda.:) Klik SINI jika nak tahu apa part time job tersebut. Terhad kepada 10 kekosongan sahaja setiap bulan. Siapa cepat dia dapat!


Misya : Kongsi rezeki.

Senarai Peserta Segmen : Jom Masuk Bloglist Misya!

Salam semua.. Haa dah join segmen pencarian bloglist saya di SINI? Belum??? Wah ni nak marah ni.. hehe takdela... Sape-sape yang join automatik saya akan masukkan dalam ruangan bloglist saya selama 6 bulan. Kira nanti senanglah saya nak terjah blogwalking kan.. Sape dah join, jom kita berblogwalking para peserta yang sudi luangkan masa untuk join..:)

1. Banu Syah
2. Msredcheesecake
3. Kathy R'bain
4. Dania Nasreen
5. Amal
6. Nur Farahain
7. Miss Fairytale
8. AyuInsyirah
9. Are'na
10. Karimah Zulkafali
11. Mar Mansor
12. Abak Lorong Cinta
13. Izzah Norlizah
14. Eydafaizal
15. Faez Zainal
16. Cik Alyea
17. JariJemari Menaip 
18. Yang Baik Ishak
19. Aien Syafieqa


-TAMAT-


Siapa yang belum join boleh klik header saya kat bawah ni ya. Cepat-cepat join sebab saya dah nak tutup penyertaan dah. Bila tu? Tungguuuuuu...;)



Misya : Cuba merajinkan diri untuk blogwalking.

Friday, January 24, 2014

Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014

Salam. Meh join! Klik banner...



Misya : Mencari rakan perniagaan.

Malaysia alami musim sejuk??

Salam Jumaat semua.. Perghhh dari semalam balik je rumah buka je pintu kereta, angin sangat kencang bertiup! Bukan angin biasa tau tapi angin yang bersuhu sejuk. Menggigil saya terasa kesejukan hingga ke tulang. MasyaAllah terimbas kembali masa saya ke Korea 2 minggu lepas.. Angin musim sejuknya perghhhhh memang sangat sejuk! Pakai baju berlapis-lapis pun terasa sejuk. Dahlah rumah saya berhampiran kawasan berbukit, angin bukit memang laju, tambah lagi sejuk perghhh dalam hati berkata adakah Malaysia sedang mengalami perubahan iklim musim sejuk? [Berangan!]


Then, on je fb ternampak rumor mengatakan ada salji turun di negara jiran, Indonesia! Alamak ai, benarkah ini? Huhu.. Pagi ni buka blog tengok entry kengkawan, oh berita palsu rupanya! Thanks Aswan Azmy for the info. 

Memang beberapa hari saya terasa sejuk semacam cuaca sekarang. Dalam kereta, on sekejap je air-cond terus rasa nak off. Serius len macam sejuknya. Then buka jela tingkap. Cuaca sangat nyaman. Best sebab jimat minyak! hehe.. Pagi-pagi nak mandi pun, masyaAllah air sangatlah sejuk! Tetiba rasa nak pasang water heater kat rumah, boleh? Haish... kuasa Tuhan menciptakan rupa-rupanya Malaysia memang sedang alami cuaca sejuk akibat tempias tiupan angin dari negara China yang sedang winter. 


Keadaan angin ini menyebabkan pantai timur alami suhu terendah iaitu 17 darjah celcius! Wow bestnya! Huhu.. 


SubhanaAllah... Kalau Malaysia alami musim sejuk, bagaimanakah kehidupan kita nanti? Tapi satu je yang bagus musim sejuk ni, semua orang akan menutup aurat dengan sempurna! Sebab apa, takkan nak kua uma pakai baju nipis-nipis lagi kan? Takde lagi nak dedah-dedah sana sini. I like! Hehe.. Gitu plak ye saya fikir! Pape pun, kita sama-sama berdoa moga Malaysia sentiasa dalam keadaan baik. Amin..


Misya : Rindu nak main salji.


Wednesday, January 22, 2014

1001 ALASAN melambatkan proses kejayaan hidup anda!

Salam.. Hayati kata-kata ini. Nowadays ramai yang lebih suka membuang masa daripada berusaha perbaiki hidup dengan cara lebih baik. Ada yang lebih suka membazir wang ringgit dengan membuat loan peribadi untuk dapat keuntungan sementara dan berikan kepada anak-anak dan isteri. Then apa yang terjadi? Ada juga yang gunakan loan untuk jana income melalui bisnes. Tapi bisnes apa? Bisnes 4D? Atau bahasa panjangnya, bisnes Duduk Diam-Diam Dapat Duit- bisnes internet; invest certain amount modal, tunggu setiap hari, minggu dan bulan duit masuk dalam akaun. Tu belum lagi yang beli nombor ekor! MasyaAllah... Banyak sungguh bisnes camni sebab Malaysian lebih suka nak kaya cepat tapi kerja senang. Betul tak? Tepuk dada tanya iman.:)


Ada juga yang beri alasan sibuk. Ya semua orang sibuk. Tiada manusia yang tak sibuk. So, itu bukan alasan. Ada yang bagi alasan. anak, isteri dan suami - penyebab anda tak boleh maju ke hadapan. Kesian mereka! Anak tu tak bersalah pun tapi kenapa gunakan ANAK untuk terus-menerus hidup dalam ketidakcukupan? ANAK tu la sepatutnya jadi inspirasi untuk cari peluang menambahbaik kehidupan. SUAMI atau ISTERI tak bagi? Sebab mereka tak mahu anda kena tipu. Kena tipu ni kadang akibat kecuaian diri sendiri. Bukan salah suami atau isteri. So, anda kena buktikan anda boleh berjaya kalau suami atau isteri tu tak bagi. Bukan sekadar menyerah nasib menjalani kehidupan seperti biasa. Yang saya kasihan adalah suri rumah. Nak pegang duit sendiri tu memang jauhlah harapan tu. Suami pula gaji macam cukup tak cukup. Nak minta lebih, alamak ai nanti macam-macam pertanyaan yang keluar rite? Dah susah nak bagi duit tetiba nak wat bisnes pun tak bagi! Siap perli-perli, lemparkan kata-kata negatif, maki, herdik dan mempertikaikan pula usaha isteri mahu bantu suami dan family. Perghhh rasa macam nak &^%$## je suami-suami sebegini. Huhu. (Yang belum kahwin tolong jangan cari suami camni. haha)

Contoh suri rumah ; pasangan Inaboy dan ibu tunggal Beby yang berjaya keluar dari 1001 alasan dan kini berjaya menikmati kehidupan mereka. Bukan sekadar menjalani kehidupan konon dah cukup dengan apa yang ada - membazir masa muda dan memberi pelbagai alasan supaya dapat menepis tolakan orang-orang yang dah berjaya untuk sama-sama berjaya dalam hidup. Anda dah berjaya sekalipun, apa usaha anda untuk tolong orang-orang yang lebih susah? Takkan anda nak sedekah sorang RM1000 sebulan sedangkan ada peluang terbaik untuk mereka. Anda salurkan ke tak platform itu?


Nasib baik saya bekerja. Tapi saya tetap usaha keras untuk tambah keselesaan my family. TQ to my hubby sebab support saya walaupun saya pada awalnya tidak membenarkan langsung saya join mana-mana bisnes lagi sebab pernah ditipu. Tapi saya buktikan saya boleh berjaya tanpa beri sebarang alasan. Kalau bagi banyak alasan bermakna anda melambatkan kejayaan diri anda sendiri. Fikir-fikirkan..:)



Misya: Tak pernah puas untuk bantu lebih ramai orang berjaya.

Monday, January 20, 2014

Candid Camera : Outdoor Shoot Majlis Bertandang [Misya n Japster]

Salam semua.. Wah tak habis-habis lagi story bout my wedding. Hehe. Rileksla.. Baru 4 bulan saya kawen. Masih mood honeymoon lagi. Huhu.. Sebelum ni dah story candid shot masa majlis bertandang dalam entry INI. So, today nak story outdoor shoot after majlis tersebut. Kalau ikutkan takde dalam pakej tapi disebabkan kami sangat sporting, maka jurufoto pun snap juga outdoor sebagai hadiah buat kami.. TQ Fizzy from Andaman23.:)

Persalinan kuning gold.. Pilihan my mom in law.. Teringat persalinan wedding my mom n my dad dulu pun ada juga pakai baju kuning. Raja sehari la katakan...=)

Alamak tersangkut-sangkut la pula.. Baju ni sarat dengan manik, memang senang je benang atau apa-apa benda nak tersangkut. Huhu..
 
So nice!

Hihihi kelakar tak? Angguk-angguk, geleng-geleng... Lenguh leher tuh! Haha..

Abang memperbetulkan tanjak nya..


Posing atas padang rumput hijau yang sangat cantik. Kontra dengan warna baju kami.

Nasib baik ada my lil sis.. Tolong-tolong repair pape yang patut nanti gambo tak cantik. Huhu..

Allah.. Dah duduk dah susah nak bangun! Huhuhu... 


Posing ikan duyung bertemu putera Raja lah konon-kononnya...;p


Cewah..! Macho la tu....;)

Hahahaha ni paling kelakor! Hehehe memang kami request nak gambar dukung-dukung gini..;p

Abang saja je kan kata saya berat tak larat nak dukung!;p

Ni posing gaduh ke apa ni? Huhu

Ahaksss apa yang geli hati sangat tuh??



Cewah! Masing-masing menunjukkan kehandalan berposing.. Huhu.. Kami leh jadi model tak? hehehe..

Haha muka kepenatan....:p

Ok surrender! Tak larat dah.. huhu..


Sesi baling-baling bunga.. Berapa kali try tak jadi-jadi.. Huhu..

Haaa giliran ahli family ku nak berphotoshoot jugak! Huhu..

Excited memasing! 

Macam-macam gaya ada....;)

Busu, Angah, me, my mom and Makteh.. Kebetulan kereta Paksu ku rosak. Sementara nak tunggu repair, tu yang kami sempat berposing-posing ni. Haha..

Cak! Wah happynya dah kawen! Huhu... 

Pengantin dah penat sebenarnya.. Huhu.. 

Posing-posing lagi dengan gajet cameraman la pula.. Nasib tak jahanam lens tu dikerjakan kami! Huhu..

Gangguan cahaya... Tetap nice..^^

Macam comel jek... Macam comel jek...

Bukan main galak yerrr.... Hehehe...

Yang penting kami happy!=) SYukur Alhamdulillah selesai sudah majlis kami.. Terima kasih buat semua yang hadir dan membantu membuat persiapan.:)

Ooooo yesssss!!! Apakah itu?? Wakakakaka..;p


So, itu lah beberapa aksi spontan kami semasa outdoor shoot majlis bertandang. Tak jauh pun kami shoot ni. Di luar dewan sahaja sebab kebetulan ada padang rumput yang menghijau memang banyak lah idea si Fizzy. Tunggu album penuh siap nanti...



Misya : Setiap saat indah adalah berharga untuk dikenang.




Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...