Friday, June 26, 2015

Tudung baru, nafkah pakaian dari suami...

Salam. Yeay dapat tudung baru! Hehehe.. Tak tahulah sejak bila saya suka tudung atau baju lace-lace ni. Rasa sweet dan elegan gituu. Wakaka.. Saya ni jarang nak shopping tudung sebenarnya sebab susah nak jumpa yang betul-betul berkenan di hati. Almaklum muka saya ni bulat, salah beli tudung nanti nampak sangatlah kebulatan muka saya ni. Huhu takmo.. Tapi baru-baru ni incik suami belanja saya tudung lace putih ni. Serius sangat mudah nak pakai. Ianya labuh menutup dada tapi still boleh bergaya. Sarung je tanpa pakai pin langsung! 

Kat mana saya beli? Hehe saya pun tak tahu nak promote siapa yang jual tudung ni. Sebab saya dapatkan tudung ni daripada Kak Asnah salah sorang yang wat biz Elken dengan saya. Every week jumpa dia mesti dia bawa tudung-tudung dan baju untuk uniform system terbaru untuk dijual. Belum jumpa lagi dealer tudung yang jual tudung camni.

Tq hubby belikan tudung ni. 2 helai plak tu. Satu lagi warna itam. Nafkah pakaian untuk wife katanya. Oh ada ea? Baru teringat Ustaz Azhar Idrus pun pernah cakap. Suami bukan sekadar wajib bagi nafkah dalam bentuk wang tapi dalam bentuk pakaian juga. Alhamdulillah suami saya ingat kewajipan ini. Setiap tahun mesti dia belanja beberapa pasang baju atau tudung. Bila ditanya kenapa, mesti dia jawab nafkah untuk saya. Ala so sweet.. Hahaha [Gedix]


Misya : Berhijab kerana Allah.



Potluck 2 hari sebelum Ramadhan..

Salam.. Erm dah puasa 9 hari baru teringat nak update entry saya berpotluck bersama-sama teman ofis. Meriah beb! huhu. Jangan melelh plak air liur tu ya. ;) Kebetulan kami baru je lepas habis event besar seminggu sebelumnya maka person incharge event tu iaitu Kak As berbesar hati nak belanja 1 ofis makan. So kami pun sama-samalah menyumbangkan potluck masing-masing. Menu utama iaitu nasi minyak di sponsor oleh Kak As sendiri. TQ Kak As!

Ahha meja utama.. Oops, ini baru 1 meja. Ada 3 meja tau. Hehehe. Macam-macam ada. Spageti, lasagna, laksa dan macam-macam lagi.

Meja air dan deserta. Siap ada rojak lagi tuuu..

Meja ketiga penuh dengan manisan dan kudap-kudapan.

Selfie jap. Hehe..

Inilah Kak As.. 


Serbu jangan tak serbu. Almaklum bulan pose nanti takde dah cenggini. Huhu.

Hanya ini yang sempat saya sumbangkan. Kebetulan baru balik dari Kuantan, borong kopok lekor kat sana. Alhamdulillah licin tau dorang makan! Hehehe..

Nasi minyak yang superb marvelous. 

Seronok sekali sekala berpotluck cenggini. Mengeratkan silaturahim. Kalau tak masuk ofis hadap PC, kul 5 punch card balik rumah. Kurang kemesraan di situ. Hope leh wat lebih kerap. Lepas Raya nanti la. Huhu. Ok Selamat Menyambut Ramadhan!=)

Misya : Officemate saya ramai pandai masak.

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Thursday, June 25, 2015

Presint 1 basah ketiak akibat aircond rosak!

Salam.. Allahuakbar.. Today masuk hari kedua saya kepanasan di ofis with another officemate. Sistem aircond rosak keseluruhannya sampaikan seluruh pejabat kerajaan kawasan Presint 1, Putrajaya berada dalam kepanasan tanpa aircond! Dugaan betul bulan-bulan puasa ni tambah musim panas lagi. Huhu sabar jela. Memasing dalam ofis dok berkipas jela sambil tekan-tekan PC. Sian sume orang. Basah ketiak dibuatnya! huhu. Tapi esok dikatakan sistem aircond akan kembali pulih. Fuh lega dengar! Ni gara-gara ada kebocoran saluran utama di Putrajaya menyebabkan seluruh Presint 1 terjejas. Tapi langkah-langkah baikpulih sedang giat dijalankan dan InsyaAllah esok aircond berfungsi semula. 




Putrajaya: Sistem penghawa dingin di seluruh pejabat kerajaan di sekitar kawasan Presint 1, di sini,yang terjejas sejak semalam dijangka pulih secara berperingkat mulai tengah hari esok.

Jurucakap Putrajaya Holdings Berhad (PJH) berkata, ketika ini kontraktor yang dilantik Gas District Cooling Sdn Bhd (GDC) sedang giat melakukan kerja baik pulih.

"Apabila kerja membaiki paip bocor siap, kita perlu menunggu air dingin untuk disalurkan ke bangunan yang terjejas dan proses ini juga mengambil masa."Jadi kami menjangkakan menjelang tengah hari esok sistem penghawa dingin akan berfungsi namun secara berperingkat," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Harian Metro melaporkan sistem penghawa dingin di bangunan seluruh kawasan di Kompleks A yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, Kompleks B, C dan D serta sebuah pusat beli-belah dan hotel terganggu akibat kebocoran saluran paip bekalan air dingin berhampiran Loji Pendingin Air di Presint 1, di sini. - sumber

Hopefully bila pulih oklah aircondnya. Almaklum kadang sejuk sangat-sangat mengalahkan berada dalam peti ais. Pelik! Bila sejuk, sejuk sangat. Bila panas, panas bebenor. Hope selesai dengan segera masalah aircond ni. Kalau tak berlendir ketiak time meeting dengan bos. Hahaha..


Misya : Dahaga dugaan paling berat ketika puasa.

Restoran Nelayan Seremban || Masak lemak cili api N9 terbaik!

Salam.. Ahha sape orang nogori kek sini? Cubo boitau den! Huhu.. Orang nogori comfirm suko makan podeh-podeh kan? Masak lomak cili api la paling tiptop sekali if datang ke nogori sombilan? Apa? Tak faham? hehe sorry la.. Den ni nak kata darah nogori sombilan pure takdola. Tapi belah ayah memang ada keturunan-keturunan minang so memang terbiasa makan pedas-pedas ni. Especially atok belah husband memang orang nogori. Alang-alang bulan puasa ni saya share 1 tempat best if anda peminat masakan Negeri Sembilan especially Masak Lemak Cili Api. Pure reseip turun-temurun negeri sembilan tau! Setiap kali saya ke arah selatan mesti singgah lunch di sini dulu. Nelayan Seafood & Catering. Serius memang terbaeklah tempat ni! Area Rahang, Seremban, ada sekolah, padang dan pejabat kerajaan area sini. 

My feveret, ketam masak lemak cili api, sambal lado petai dan tempe goreng. Perghhhhhhhhh serius sedap hingga menjilat jari kaki! Hahahah [over!]

Time bukan bulan pose comfirm korang meleleh tengok lauk-lauk yang dihidangkan. Macam-macam ada!

If datang ke sini, inilah rupa restoran Nelayan ni dari luar. Nama je nelayan tapi bukanlah dekat tepi laut. Betul-betul tengah bandar Seremban area Rahang. Jauh sangat nak ke Seremban? Don't worry anda boleh datang ke cawangan Putrajaya di Masjid Putrajaya. Boleh baca info lanjut kat SINI.


Misya : Sedap tanpa ajinomoto.

Senarai Peserta Segmen Blogwalking Misya sempena Ramadhan

Salam semua. Haa dah join segmen saya ni? Kalau belum sila kilk banner bawah ya. Senang je cara-caranya. Apa-apa pun jom kita blogwalking beramai-ramai ke semua blog peserta yang sudi luangkan masa join segmen simple saya ni. TQ so much buat anda semua!=)



19. Karen22
29. Athirah

Siapa belum join jemputlah join. Saya buka penyertaan hingga 3 Julai 2015. Ada seminggu lagi tempoh untuk anda join. Nak saya blogwaking blog anda, mai join segmen ni dulu naaa... Selamat Berpuasa.=)


Misya : Rindu jalan-jalan kat oversea.

Friday, June 19, 2015

Segmen: Indahkan Ramadhan bersama Ayuinsyirah

Klik banner untuk join

Istanbul Trip #6 : Geram dengan kucing Turki! Dedicated to cats lover...

Salam. Dah baca experience saya 1st time main salji fresh turun from the sky di Istanbul? Kalau belum boleh terjah Part 5 dulu. =) Sambung next story; apa yang wat saya teruja bila melihat kucing-kucing jalanan area Istanbul, masyaAllah gemuk-gemuk dan gebu-gebas! Yang comelnya lagi kucing kat sini spesis berkaki pendek. Bila cuaca sejuk bulu dia agak kembang. So lagilah wat saya geram nak peluk-peluk!! Siapa penggemar kucing comfirm korang akan geram giler dengan kecomelan kucing kat sini. Sampai sekarang teringat kucing-kucing sana. Rindu pun ada nak pelok dorang.. T_T

Salah sekor kucing yang sangatlah friendly! Kat sebuah masjid di Istanbul. Saya sampai je kawasan masjid ni, panggil je terus datang! Mak aihh ramahnya dia. Siap panjat kita lagi.. Manja sangat-sangat!

Tengok tu.. Saya panggil terus dia datang nak saya dukung! Orang-orang keliling pun tersenyum tengok gelagat kucing yang sangat manja ni.

Geram kan? If boleh bawa balik dah lama bawa balik! haha..

Yang luar biasanya husband saya kalau kat Malaysia dia memang tak suka kucing panjat-panjat atau gesel-gesel kat dia. Tapi kali ni dia pula excited bila kucing tu duk atas riba dia. Huhu pelik juga suamiku ini. 

My hubby kata kucing kat sini sangat mesra plus rupa dorang sangatlah comel. Macam dah lama kenal walhal bukan tuan jauh sekali kami nak bagi makan.

Saya berjalan-jalan sekitar masjid ni, MasyaAllah banyak giler kucing kat sini! Semuanya 'sihat-sihat' belaka. Macam-macam warna ada tapi warna oren tetap pilihan di hati. Huhu

Tengok tu, dengan kaki pendek, badan bulat, haishh memang geram!

Kawasan masjid ni merupakan kawasan perkuburan orang Kristian. Luar biasanya Turki ni sebelah masjid ada kubur Kristian. Orang Islam sini tak usik pun perkuburan Kristian ni. Bagus kan? Harmoni sangat-sangat rakyat sini. Tak macam Malaysia orang Melayu suka provok dan rasis. Ooppss!!;P

Antara kucing saya jumpa dan sangat manja. Saya punya tahap kegeraman memang tak tertahan! haha.. Sampaikan brother Turki kat belakang tu senyum-senyum tengok gelagat saya melayan kucing.

Orang Turki memang pencinta haiwan. Sebab tu negara dorang aman makmur. Kucing atau anjing hidup bebas di jalanan tapi negara dorang tetap bersih.

Actually kawasan ni memang ada hamba Allah baik hati tabur makanan kucing di sekitar masjid ni. Ala-ala frieskies tapi comfirm lebih sedap dan berkhasiat dari Malaysia. Sebab tu kucing sini gemok-gemok belaka.

Kalau uols perhatikan berapa ekor kucing kelihatan dalam gambar ni? ;) Cer teka, cer teka...

Kiri dan kanan saya ni kawasan perkuburan Kristian. Di tepi-tepi lorong nila makanan kucing berteraburan. So takdelah dorang kelaparan especially musim winter ni.

Di dalam masjid terdapat makam panglima perang Islam yang terkenal di Istanbul (saya lupa nama beliau). Lepas solat orang ramai akan singgah sebentar di makam ini untuk berdoa.

Berbeza dengan hujan, if turun sekali lepas tu reda dan stop. Tapi salji ni rupanya non-stop. Sekejap ada, sekejap takde. If ada tu sometimes sangat lebat sampai menjejaskan penglihatan. Kuasa Tuhan...

Sambil tunggu yang lain selesai solat kami posing-posing dulu sekitar masjid.

Rupa masjid dari luar. Actually design masjid-masjid di Turki ni lebih kurang sahaja dari segi kubah dan batuan yang digunakan. Bezanya besar atau kecil sahaja.

Paling best masjid ni hampir dengan kedai-kedai untuk shopping! So jalan-jalan sat.

If lapar gerai-gerai jual makanan banyak kat sini.

Ahha ternampak seekor kucing gebu lepak di gerai makanan yang tutup. Apa lagi serbu ler! Manja nya dia bila digosok-gosok.

Amboi bukan main dia posing!!! Menggeliat sebab sejuk la tuuu..

Disebalik celahan pokok dan timbunan salji kelihatan si bulus dua ekor dok bermain-main 1 sama lain. Serius cute sangat-sangat!! ^_^

Geram kan tengok dorang? Panorama yang takkan jumpa di Malaysia..

Entry ni memang saya dedikasi kan untuk pencinta dan penggemar kucing. Kat Malaysia jarang dapat jumpa kucing spesis kaki pendek ni. Dan kebanyakan kucing jalanan di Malaysia kurus-kurus, sakit dan luka-luka di badan. Tapi kat Turki kucing-kucing ni walaupun tiada tuan tapi dorang dijaga baik oleh rakyat Turki sekitarnya. Maybe sebab tu Turki antara negara Islam yang maju dan kuat berkat doa si kucing-kucing ni. If yang tak suka kucing pun janganlah sesekali kucing tu dipukul/disepak/dibaling/didera. Ada rezeki lebih sedekahlah sedikit makanan. InsyaAllah kucing-kucing ni pasti mendoakan anda dilimpahkan rezeki sebab anda share sedikit rezeki dengan dorang. Wallahualam. Boleh baca next part pula ya!=) Part 7 di SINI.


Misya : Kucing haiwan kesayangan Nabi. 

Kula Cakes & Lila Wadi, pemanis mulut terbaik di Kuantan!

Salam semua. Haa baru-baru ni saya ke Kuantan, tak sangka kat Kuantan ni banyak tempat makan yang menarik. Serius saya teruja sebab banyak restoran best-best anda boleh singgah. Plus orang-orang Kuantan ni kreatif dalam mempersembahkan restoran dorang. Salute la!=) One of tempat saya singgah adalah Kula Cakes. Officemate saya yang perkenalkan tempat ni. Rupanya Kula Cakes ni terkenal di Kuantan. Kek-kek dia sangat sedap. Especially frozen cheese cake. 

Antara kek yang dipamerkan untuk jualan. Seriously terliur la if datang sini. :p


Pavlova! My feveret forever.. Benda pertama saya nampak bila masuk ke kedai Kula Cakes ni.

Ini adalah main cake yang orang pasti cari everytime singgah ke sini. Frozen cheese cake! Yang ni perisa Mango. Ada perisa lain juga like Oreo yang anda boleh try.

Kedai dia simple but very nice. Deco ala-ala English style, wat saya macam kagum jap dengan kreativiti orang Kuantan ni. Huhu

Sebelah kedai kek ni adalah kawasan terbiar yang kalau diikutkan jadi tempat terbengkalai tapi betapa kreatifnya owner Kula Cakes ni sampai tempat 'buruk' ni menjadi tempat sangat sweet untuk lepak-lepak. Tema sweet 70s gitu..

Serius sangat nice.. So sambil menikmati Kula Cakes bolehlah santai-santai di tempat ni.

Kula Cakes ni berada di tepi Jalan Besar, Kuantan. So , bolehlah singgah if nak rasa keenakan Kula Cakes yang sangat superb.


If tak dapat ke Kula Cakes, uols boleh singgah makan di restoran Lila Wadi sebab kat sini Kula Cakes ada dijual.

Restoran ni pun nice deconya. Ambil konsep klasik moden wat kan sesiapa saja nak try makan di sini

Menu utama kat sini adalah steamboat. Sape-sape suka makan steamboat bolehlah singgah. Tapi officemate saya tak suggest makan kat sini sebab rasa dan portion makanannya agak kureng. Harga boleh tahan mahal juga jadi tak puas la makan. Huhu katanya la..

Tapi apa-apa pun Lila Wadi ni pernah disinggahi Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan beberapa orang selebriti termasuk pemenang Dewi Remaja 2014/2015, adik tiri Nelydia Senrose iaitu Raysha Rizrose.

If anda penggemar manisan seperti cake, pavlova, deserts bolehlah singgah ke Kula Cakes or Lila Wadi ni. Sebab jarang anak tempatan boleh wat bisnes makanan yang berjaya camni. Try la!=)


Misya : Pandai wat kek coklat je.




Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...