Thursday, June 4, 2015

Istanbul Trip #3 : Misya @amazing Blue Mosque! [Belanja foto best!]

Salam semua. Sambung dari Part 2, kini saya ke sebuah Masjid yang sangat terkenal di Turki, dan seluruh dunia iaitu Masjid Biru. Atau nama sebenarnya Masjid Sultan Ahmed. Selalu tengok dalam buku sejarah atau dalam TV je but this time live depan mata! 

MasyaAllah sangat cantik masjid ni. Actually masjid ni bukanlah berwarna biru tapi disebabkan pantulan cahaya dari dindingnya maka ia kelihatan berwarna biru. FYI, masjid ni ambil masa 100 tahun untuk disiapkan! Perghhhhhhhh.....


Pintu masuk ke Blue Mosque... Melihat susunan batu-batan sebagai struktur masjid ni wat saya sangat kagum. How they build this amazing mosque?


Alhamdulillah kami dapat menjejakkan kaki ke Masjid Biru yang tersangat indah ini. 

Dewan solat.. Rasa sangat menenangkan bila berada dalam masjid ni. Hebat kan masjid yang berusia ratusan tahun ni?

Senibina yang sangat mengagumkan! Penuh dengan ukiran, tulisan khat, dan lukisan yang unik.

Cuaca di luar sejuk bangat tapi kat dalam pun sejuk juga. huhu..

Sungguh amazing... Camne lah dia leh wat kubah yang berwarna-warni camtu.. Bayangkan zaman dulu mana ada teknologi atau kren nak angkat segala batu-batan. Dats why ambil masa 100 tahun nak disiapkan. Bayangkan orang yang membinanya perlu melalui 4 musim selama bertahun-tahun! SubhanaAllah..

Di luar masjid ada pameran tentang para Nabi dan sahabat..

Suka saya tengok susur galur Nabi dan Rasul ni. Yang paling best baru tahu ada sesetengah nama English tu adalah asal daripada nama Nabi. Contoh, Ishak jadi Isaac, Nuh jadi Noah, Daud jadi David. Patutla ada sesetengah parents namakan anak dengan nama-nama ni bcos tak salah pun- nama Nabi kot...


Masjid ni tersangatlah luas.. Sebab tu orang Yahudi sangat takut if orang Islam solat jemaah ramai-ramai dalam masjid sebab menandakan kekuatan umat Islam itu sendiri.

Pintu masuk ke dewan solat. Dekat sini kalau nak solat, better ambil wudhu siap-siap di hotel. Sebab anda takkan sanggup nak ambil wudhu dalam keadaan yang sangat sejuk bcos air paipnya sangat sejuk dan tempat ambil wudhu berada di luar masjid. Nak tahan cuaca sejuk lagi, nak tahan air sejuk lagi, plus nak tanggalkan segala pakaian yang memanaskan badan tu agak sukar. So, sentiasa berwudhu siap-siap.

 Masuk je masjid terus je solat. Tanpa perlu memakai telekung sebab orang sini memang gitu. So makesure pakai pakaian menutup aurat ya. =)


Alhamdulillah dapat juga singgah di masjid bersejarah ni. Masa ni suhu kian dingin. Tak sangka makin lama makin sejuk. 

Love memory at Blue Mosque, Istanbul..

Istanbul.... Kami datang!!! 

Istanbul.... Misya Datang!!!

Ok nak ke mana pula? Area Masjid Biru sangat luas. Banyak tempat untuk santai-santai dan bergambar.













Disebabkan cuaca semakin sejuk dan menggigit tulang, terus singgah jap ke kedai kelengkapan winter dan souvenir. 

Girls power! Oh yes!!

Kawasan ni sangat bersih. Tak nampak 1 pun sampah. Ni adalah jentera pembersih yang akan round sekitar kawasan untuk bersihkan lantai.

Apa yang menariknya di sini, sekitar kawasan ni banyak anjing yang berkeliaran. Tapi bukanlah seperti anjing di Malaysia. Anjing kat sini saiznya 3 kali ganda daripada anjing Malaysia. Saya punyalah teruja tak pernah nampak anjing sebesar ini. Dah lah besar pastu sangat jinak. Means bukan anjing liar yang suka kacau orang. They just lepak-lepak, looking around macam penjaga kawasan dan bergurau sesama sendiri. Plus, tak jumpa pun tahi anjing bersepah-sepah. Bau busuk pun takde. Fenomena luar biasa yang saya tak pernah lihat..

Saya tanya hubby, memang anjing kat negara camni besar dan jinak ke? Hubby said ya memang betul. Masa dia study kat Canada dulu memang normal anjing sebesar ini tapi tak liar. Saiz besar maybe sebab iklim sejuk so their food lebih banyak lemak dan protein. Di tempat camni anjing dianggap kawan dan dilayan dengan baik. Erm pelik tapi benar. Orang Turki memang pencinta haiwan rupanya.

Kelihatan tram yang bergerak atas landasan khas. Very convenient dan duration nak tunggu pun tak lama.


 So ok tak saya belanja gambar-gambar di sekitar Blue Mosque ni? Kalau nak lagi feel kena la datang sini! Hehe.. Kumpul duit tanam azam mesti ziarah tempat-tempat sebegini. Especially negara Turki antara negara Islam yang hebat. 


Ok tram saya dah nak sampai.. Lets go to the next destination.

Huhuhu candid..

Dalam tram.. Happy sat sebab dapat memanaskan badan. Kat luar sangat sejuk sampai hidung saya jadi merah!@_@

 Next nak ke mana?? Jom ke entry seterusnya ya! Part 4. Banyak lagi nak story ni. Don't worry...=)



Misya : Islam di Turki memang sangat hebat.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...