Thursday, June 18, 2015

The Klagan Hotel, Kota Kinabalu || Apa pendapat saya?

Salam. Ahha ada sape-sape nak ke Kota Kinabalu, Sabah? Maybe tak ramai kot nak ke sana since kejadian gempa bumi baru-baru ni. Tapi saya suka ke KK sebab tempatnya peaceful. If ke sana, saya suggest untuk stay di The Klagan Hotel. Kebetulan atas urusan kerja dapatlah jejak kaki ke Sabah lagi. 

Masuk je bilik terus wow! Agak luas, bersih dan nice deco. Hotel terletak betul-betul di tengan bandar KK. Hampir dengan shopping mall dan hotel Le Meridien. Jalan ke depan sikit sampai dah Pasar Filipina tempat shopping wajib gi. Tengok saya shopping di SINI. Rasa macam ada di Korea plak sebab betul-betul tengah town. Senang nak ke mana-mana.

Siap ada meja kerja lagi. Memang sesuai la untuk sesiapa datang atas urusan kerja.

Boleh wat hot water.

Peti besi untuk simpanan barang, almari yang ada pelbagai tempat simpanan.

Ini yang saya paling suka, Ada iron dan sejadah. Bagus hotel ni.


Don't worry towel disediakan. So tak berat lah beg nak naik flight tanpa angkut towel sendiri dari rumah,

Toiletries yang disediakan. 

Bilik air yang sangat bersih.

See.. tengok ruang antara TV dan katil sangat luas. Selesa la if nak bawa family stay sini.

Saya sangat suka kerusi malas ni. Tak pernah lagi jumpa hotel sediakan kerusi malas gini. Huhu. Tak memasal saya berangan nak beli satu letak kat rumah.:p

If uols berminat nak stay di hotel ni bolehlah hubungi alamat dan no. tel berikut. If nak booking via online kena masuk website Agoda/Booking.com & etc. Hope review saya ni dapat membantu anda. Moga rakan-rakan kita di Sabah semua selamat dari bencana gempa bumi. Amin..

Address: Unit 25-28, Ground Floor, Block D, Warisan Square, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-488 908



Misya : Selesa itu penting.

5 comments:

  1. nak kerusi gitu jugak rasanya..

    ReplyDelete
  2. pernah stay di Klagan juga.not bad...kemas dan nampak professional.paling penting di tengah bandar..mudah nak kemana2.

    ReplyDelete
  3. nak kerusi malasa warna merah tu.. cantik sangat

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...