Tuesday, November 14, 2017

Kecewa dengan daging dendeng Acheh..

Salam semua. Siapa suka makan daging Dendeng? Biasanya orang-orang Minang yang pandai masak daging dendeng ni, Masa saya ke Acheh hari tu, saya belilah 1 kotak daging ayam dendeng segera. Saja nak try sedap ke tak. Kata penjual tersebut boleh terus makan lepas dipanaskan. Ok saya memang suka benda-benda segera dan mudah dimakan ni. 

Sekotak ni saya tak ingat sangat harganya. Around RM10-15 ada kot..

Melihat rupanya agak menyelerakan. Daging ayam yang diperap dengan pelbagai rempah dan telah dimasak terlebih dahulu. So kita just tinggal panaskan dan hidangkan untuk dimakan. Saya panaskan dalam kuali untuk rasa yang lebih pure.

Ginilah rupanya daging ayam dendeng ni. TETAPI.... saya agak frustrated dengan rasanya sebab terlalu manis! :( Maaf sangat-sangat tapi memang tak sangka rasanya manis. If setakat manis-manis sedikit tu boleh terima, but this one macam direndam dengan air gula plus rempah-ratus. Honestly tekak saya takleh terima sebab pelik makan ayam manis. Sebab saya bayangkan ayam dendeng ni confirm sedap, nak rasa resipi tradisi orang Acheh. Sayangnya tak menepati citarasa saya. Kalau saya takleh terima apetah lagi husband saya yang memang takkan terima makanan terlampau manis. Tapi sape-sape yang mempunyai lidah yang kurang sensitif terhadap rasa manis maybe suka lah kot dendeng Acheh ni. Try la kalau berani. Hehe..

Nak baca kisah percutian saya di Acheh bolehlah klik SINI.


Misya : Boleh kena kencing manis.

Giveaway by Yanieninie

Klik untuk join

Arpen Bungalow, Acheh || Apa pendapat saya?

Salam. If sesiapa baca entry saya ke Pulau Sabang, Aceh (Part 4)  mesti tertanya-tanya saya stay di hotel mana. Actually saya dan family tak stay di hotel. Sebab di Pulau Sabang ni lebih banyak banglo berkonsepkan homestay dibina untuk pelancong. Jadi tourist guide kami bawa kami stay di Arpen Bungalow yang terletak di Pantai Iboih. Ok ke tak, jom baca review saya seterusnya.

Inilah Arpen Bungalow dari luar. Bungalow ni tak jauh dari jeti tempat kami nak naik bot untuk snorkeling. Sukakan aktiviti snorkeling? Memang Pulau Sabang antara yang sesuai untuk snorkeling. Tak caya boleh baca SINI.

Inilah bilik saya. Sharing dengan 3 orang cousin saya.

Kami berempat so ada 2 katil queen untuk bilik ni. 

Agak besar bilik ni. Nama pun banglo so konsep dia ala-ala di rumah. Tapi kami stay sini untuk 1 malam sahaja. Oklah kan?

Setiap bilik disediakan air sejuk dan panas untuk kemudahan tetamu. Cuma 1 je perlu penambahbaikan, tiada water heater untuk mandi. Honestly pagi-pagi di sini cuaca agak sejuk. Plus airnya (maybe air bukit) serius sejuk sangat-sangat. Saya rasa nak menjerit je sebab kesejukan bila terkena air masa nak mandi. huhu. Hope pihak Arpen Bungalow boleh upgrade tentang ni.

Ok early morning, breakfast time!

Simple saja menu breakfastnya. Ada nasi goreng kampung, bihun goreng dan telur goreng. Ala-ala seperti sarapan di kampung gitu.

Dah nak gerak balik dah.


Entah bila dapat datang ke sini lagi kan? Maybe kalau datang lagi, tempat ni jadi lebih maju dan banyak lagi hotel-hotel akan dibina. Siapa nak invest bisnes di sini ok saja sebab pelancong memang suka datang untuk aktiviti snorkeling. Bolehlah sama-sama membantu ekonomi penduduk di sini.

Restoran@cafe - tempat breakfast kami.

Bungalow ni betul-betul tak jauh dari tepi laut. Cuma tak banyak bilik yang menghadap pemandangan laut. Semasa tsunami, Pulau Sabang ni tidak terjejas teruk berbanding Banda Acheh. Maybe sebab dia agak terlindung but dikatakan batu-batu karang yang cantik-cantik turut termusnah dek tsunami. So now dorang tengah memulihara semula khazanah laut di sini.

Orait, goodbye Sabang Island! 


Misya : Berangan nak ada banglo sendiri di tepi laut.

Monday, November 13, 2017

Hip Hop Hotel, Acheh || Apa pendapat saya?

Salam. Dah baca entry saya melancong ke Acheh, Indonesia? Kalau belum bolehlah bermula dengan entry Part 1 ya. Kali ni nak review hotel penginapan saya stay sepanjang berada di sana. Mana la tahu kalau uols nak ke sana, ada juga idea nak stay hotel mana rite?


Ok nama hotel ni Hip Hop Hotel. Ahha jangan ingat orang Acheh tak tahu pasal hip hop hip hop ni. Hehe.. 

Sempat selfie dari luar hotel.

Kaunter di lobi.. Actually hotel ni baru dibina. Tourist guide bawa kami ke sini sebab selesa katanya berbanding stay di hotel sedia ada.

Lobinya agak luas dan banyak tempat duduk disediakan. Kami sampai je dihidangkan dengan air sirap tapi masyaAllah manisnya macam minum air gula time checkup mengandung. hehe..

Hotel ni sediakan breakfast. Comel je tempat breakfastnya. Akan datang dicadangkan ianya diperbesarkan lagi bila lebih ramai pelancong yang datang.

Ok one of kelemahan hotel ni, tiada lif disediakan. So kenalah memanjat anak tangga. Bagi warga emas yang dah tak larat nak naik tangga, dinasihatkan stay bilik ground floor walaupun agak sukar nak dapatkan kekosongan - kena booking lebih awal. Cuma salah sorang kawan Mak Lang saya yang follow kata kalau berlaku banjir tsunami, orang ground floor la yang kena dulu! Adoyai... huhu..

Orait inilah bilik tidur kami. Saya share dengan cousin. Kami berempat dan bilik ni berkembar. 

Bilik air yang bersih.

Tengok perabot pun tahu memang hotel ni sangat baru.

Bilik cousin saya yang berkembar dengan bilik saya.

Seperti biasalah ada TV, water heater dan lain-lain yang standard.

Ahha cuma bilik airnya agak seksi gitu.. Sebab dindingnya kaca. Nasib baiklah kami sume gigirl tapi segan juga. As conclusion kami tak on pun lampu. Walaupun cermin tu tak berapa transparent tapi kalau on lampu lagilah nampak dengan jelas bayang-bayang. hehe

Ok ini antara hidangan breakfast di hotel ni. Tidaklah semewah hotel biasa. Okla sebagai mengalas perut. Orang sini pagi-pagi macam di Kelantan - makan nasi berlauk. Cuma pilihan di sini lebih terhad. 

Ok dats all my review for Hip Hop Hotel at Acheh. Aktiviti pelancongan di Acheh ni baru nak berkembang so agak sukar nak cari hotel yang benar-benar selesa. But this one bagi saya dah cukup selesa. Yang penting bersih. Nak booking? Saya pun tak sure camne sebab saya ke sini pun diuruskan oleh travel agency. Maybe uol boleh google-google kalau nak stay di sini. Papai..


Misya : Pernah cuba-cuba belajar menari hip hop.


Segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah

Klik untuk join

Friday, November 10, 2017

Acheh Trip #11 || Kubah Terapung, PLTD Apung - Speechless!

Salam. Yeah finally dah nak habis entry trip saya ke Acheh. hehe... Jenuh gak nak habiskan. Bolehlah baca Part 10 dan sebelum-sebelumnya ya! Destinasi kami seterusnya adalah melawat tapak di mana menempatkan sebuah kubah masjid yang terdampar di kawasan tengah sawah padi sebuah kampung ketika kejadian tsunami.

Ahha inilah kubah yang dimaksudkan. Kubah ni actually datang dari sebuah masjid di sebuah kampung balik bukit tapi dihanyutkan oleh tsunami lebih kurang 20 km if tak silap. Bayangkan kubah sebesar dan seberat ini boleh dibawa oleh arus deras tsunami!

Apa yang menakjubkan kubah ini telah menyelamatkan beberapa orang penduduk kampung dan seorang bayi. Bayi tersebut kini dah berusia 12 tahun dan dijaga oleh pakciknya. Tapi tiada gambar dapat dirakamakan atas permintaan 'kanak-kanak' tersebut. Yang kesiannya parent baby tersebut tak dapat diselamatkan.:(

Selepas kejadian tsunami, mayat-mayat bergelimpangan di kawasan ini. Dikatakan di bawah kubah ini juga mungkin terdapat mayat yang terhempap. Wallahualam..

Kami dibawa mendengar taklimat oleh penjaga tempat ini.

Kisah bagaimana seorang bayi terselamat dan bagaimana kubah tersebut terpisah daripada masjid asalnya yang musnah diceritakan.


Terasa betapa maha berkuasanya Allah swt sampai boleh mengalih kubah ini  jauh dari masjid asalnya. Masjid asalnya bukan dekat tau dan kawasan ini actually dikelilingi bukit bukau. Ketika kejadian siapa yang terselamat memang nampak kubah ni terapung-apung dibawa arus air tsunami dan akhirnya 'landing' di sini.


Ok selesai melawat kubah terapung. Next our final destination melawat kapal penjana elektrik yang juga turut dihanyutkan oleh bah tsunami.

Sampai tempat yang dituju.

Antara monumen yang dipamerkan.

Ahha inilah dia kapal PLTD Apung yang seberat 2000 tan terdampar di tengah bandar Acheh. 

Kapal ni sebenarnya asalnya terletak di tengah-tengah laut. Kuasa Allah swt, tsunami telah menghanyutkan kapal ini ke daratan dan akhirnya mendarat di sini. Bayangkan kapal seberat 2000 tan ni pun boleh terangkat dek tsunami!

Sesuatu yang rare bila dapat selfie dengan kapal besar ni dari dekat.



Yang bestnya kat Acheh ni boleh sentuh dan melihat dengan mata kepala sendiri kesan tsunami walaupun dah bertahun-tahun berlalu.


Kalau ada masa lebih nak naik atas kapal ni pun boleh tapi sebab kami semua dah kepenatan tak mengapalah.

Speechless... 

Mungkin puluhan mahupun ratusan mayat juga terhempap di bawah kapal PLTD Apung ni. Mana bisa nak angkat kapal seberat 2000 tan ni kan? Kren yang ada pun takkan mampu nak mengangkatnya. Allah sahaja yang tahu apa ada di bawahnya.

Ok selesai sudah trip kami di Acheh. Alhamdulillah sampai juga kami di bumi Acheh ni. 


Tiba masa untuk pulang ke Malaysia.

Mengabadikan kenangan bersama our tourist guide, Ridha Sahputra (2 dari kiri) from Glory Tour. Tq so much atas layanan dan servis yang sangat baik sepanjang kami di sana. Highly recommended!

Sebelum berlepas sempat singgah minum jus alpukat (avocado). Wajib rasa bila datang ke Indonesia sebab kat Malaysia nan hado ok! huhu..

Nak kulit cantik amalkan jus alpukat ni selalu. Hehe..

Ready for boarding.



Selamat tinggal Acheh! Will miss you... InsyaAllah akan promote kengkawan dan family untuk datang ke sini. 



Misya : Percutian yang penuh bermakna.





Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...