Wednesday, June 30, 2010

Lagu-lagu feveretku wat masa ni...~_~

Sekadar berkongsi lagu2 kegemaranku wat masa ni.. Kat ofis or kat mana2 pun, lagu2 ni yang akan ku dengar.. Mungkin sedikit sebanyak ada kaitan dengan diriku... Kalau nak dengar, search dalam internet okeys... :) Selamat mendengar..~~


  • Elly Mazlein - Pendita Penipu
  • Britney spears - breathe on me [in the zone]
  • britney spears - brave new girl [in the zone]
  • Akon-Dangerous
  • Alyah - Realiti Dewi
  • Break the ice-britney spears(remix7)
  • Britney Spears - Circus
  • Britney Spears - Circus (Junior Vasquez Club Mix)
  • Britney Spears - If you seek amy
  • BritneySpears-Womanizer
  • Enrique Iglesias ft Ciara - Taking Back My Love
  • Faizal Tahir - Bencinta
  • Girls' Generation - Into The New World Remix
  • Justin Bieber Ft. Ludacris - Baby
  • Kat DeLuna ft Elephant Man-Whine Up
  • Kris Dayanti - Aku wanita biasa
  • krisdayanti & siti nurhaliza - amarah (adhaband.blogspot.com)
  • Lady Gaga & Beyonce - Telephone
  • Lady Gaga-Poker Face
  • lady_gaga_bad_romance_main_version_www.przeklej.pl
  • Mercy
  • One more time-britney remix
  • One Nation Emcees - Apa Ku Kisah
  • Piece of me-britney spears(remix1)
  • Pitbull - I know you want me (calle ocho)
  • Pussycat Dolls - Jai Ho You Are My Destiny
  • R0SSa-aYat-Ayat CIntA!
  • Rihanna - Russian Roulette
  • Rihanna-plz don't stop the music
  • Siti ft Kris - Jika Kau Tak Datang
  • SNSD - Into The New World
  • SNSD - Tell Me Your Wish (Genie)
  • Stacy-Gagap ~~~~~~~~~~~~~ Yang ni paling aku suka! Sesuai utk "seseorang". Special for u my dear!!;#
  • Toxic-britney remix
  • Wali Band - Cari Jodoh
  • Wali band - Yank
  • wonder girls - nobody (english version)_1
  • Wonder Girls - Nobody (Korean Version)
  • www.muaturun.org-Bunkface_Situasi(AJL)
  • www.muaturun.org-Dato_Siti_Nurhaliza_Lan-Lagu_Untukmu(AJL)
  • www.muaturun.org-Stacy_Pakai_Buang(AJL)

Tuesday, June 29, 2010

Geram yang teramat!!!;#

Tak tahu apa kena dengan ku hari ini. Semuanya serba tak kena. Ditambah pula dengan kerja pejabatku yg tak jalan2. Ni gara-gara external hard disk ku buat hal! Nak tunggu dia format berjam2. Folder2 kerja semua dah berterabur kat pc ofismate yg len. Jap lagi nak kutip balik. Sabar jela. Akibatnya,  1 hari ni aku mengadap fb tak berkesudahan berselang-seli dengan emel yang balik2 menunjukkan benda yang sama. Last2 aku kebosanan dan mati kutu! Dan jari-jemari ni pun rajinlah menaip kat blog ku ini..

Aku tak tahu nak cakap macam mana.. Hati ku ini rasa bermacam2 perasaan. Tapi sebenarnya perasaan geram dan marah melebihi daripada perasaan lain. Walaupun perasaan sayang dan rindu cube menenggelamkan perasaan geram dan marah tu. Dan kadang2 perasaan sedih dan kecewa hadir tatkala mendengar pendapat2 orang sekeliling yang menyentuh pendirian dan perasaan ku ini.

Entahlah.. Aku betul2 bingung.. Buntu.. Keliru.. ;( Aku lost di tengah2 lautan perasaan dan realiti alam kehidupan ini. Blurrnesssss.... Aku cuba menolak kemungkinan perkara itu yang sebenarnya terjadi pada seorang insan yang aku baru mula kenali. Tetapi daripada analisis dan pemerhatian ku serta penyiasatan ku sedikit sebanyak membuktikan kebenaran perkara itu. Tapi aku takut! Aku takut teramat sangat jika benar perkara itu berlaku. Aku takut tak boleh terima kenyataan. Selama ni aku berpegang teguh pada prinsip itu, tapi tak sangka perkara itu yang mungkin melanda diriku sekarang. Aku sendiri rasa lemas. Dan tak tau apa nak buat sebenarnya. Tempoh seminggu ni aku harap dapat mengumpul kekuatan untuk mendengar penjelasannya darinya. Aku harap aku bersedia dan tabah mendengar segala kemungkinan. Tapi sudah pasti aku akan menangis sekiranya itulah kebenarannya. Itu pun kalau dia nak mengaku. Tapi kalau telahan aku silap, Alhamdulillah...

Aku betul2 tak tahu nak buat apa sebenarnya. Aku cemburu pada orang yang tak sepatutnya aku cemburu. Benda yang tak logik dek akal. Sungguh! Aku sendiri rasa geram dan kalau aku mampu, sememangnya aku nak belasah je cukup2 manusia tu jika benar dia terlibat! Arrgghhhh!! Sakitnya hati!!!!

Kalau itulah kebenarannya, sememangnya aku akan terluka kerana dipermainkan dan diperbodohkan sedemikian rupa. Tergamak sungguh dia wat begini padaku. Pandai sungguh mereka bermuka2 depan mataku seperti insan normal yang takde pape. Ya Allah hai... Bodohnya aku.. Napela aku leh percaya kat orang macam ni? Dan boleh pulak aku menaruh perasaan pada dia? Ya Allah... Sakitnya hati ini..;( Aku rasa jijik sangat2. Tapi aku tak salahkan dia. Aku geram pada mangkuk yang sorang tu. Aku rasa dia lah penyebab segalanya sehingga terjadi benda2 macam ni. Muka nampak baik ya amat! eeii bila aku tengok gamba dia dalam fb, aku rasa macam nak tampar2 je rasa! Minda ku asyik teringat dari detik pertemuan pertama sehingga terakhir. Berlegar2 mencari petunjuk daripada pertemuan2 tu. Dan terbukti ada logiknya! Tapi hati kecilku ini tetap menafikannya. Aku benar2 tak sanggup nak dengar tentang perkara tu. Entahlah.. Ya Allah hai.. bagilah aku kekuatan.. Tolonglah..

Aku berharap sangat semua tu tak terjadi. Aku berharap sangat apa yang ku sangkakan itu adalah salah. Aku berharap sangat dia bukan macam tu. Ya Allah tolonglah aku Ya Allah.. Aku benar-benar buntu dan keliru...:(

Monday, June 28, 2010

Want to know the truth!!

Hari ini tetibe aku dikejutkan dengan suatu benda yang tak disangka-sangka. Tu la, gatal tangan lagi nak siasat itu ini.. Tak pasal2 menggigil 1 badan bila dapat tahu! Tapi entahlah.. Aku tak berani nak decide apa2 lagi kerana kesahihan kebenaran itu belum diketahui lagi. Aku tak mahu menuduh atau membuat andaian bukan2 berdasarkan maklumat yang aku dapati. Tapi sekiranya petunjuk itu menandakan sesuatu yang sangat2 bertentangan dengan akal fikiran normal ku, aku sendiri pun tak tahu nak buat apa. Kepercayaan ku akan roboh sekelip mata dan mungkin akan melukakan hati ku untuk bertahun-tahun lagi. Entahla.. Ini baru je sikit aku siasat.. Kalau penyiasatan ku ini membuahkan kebenaran itu, apa yang harus ku lakukan? Sememangnya hati ku akan sakit yang teramat sangat. Aku tak suka mengetahui sesuatu itu dengan cara sebegini tapi keadaan  memaksa ku untuk mengetahui kebenaran itu. Aku harus tahu rahsia di sebalik selimut yang diselindung olehnya. Aku mesti tahu! Aku tidak mahu ditipu hidup2 olehnya. Kalau dia mengaku, Alhamdulillah.. tapi aku tak rasa dia akan mengaku mahupun memberitahu ku perkara sebenar jika benar itu yang menyebabkan dia sukar membuat keputusan. Tapi kenapa? Kenapa aku harus tahu perkara2 sebegini? N kenapa perkara ni jadi pada aku? AH! Aku betul2 buntu, keliru n serabut sangat otak ni! But i still want to know the truth! Ya Allah, please help me to find the truth n give me full of strenghtness to face it... Blurrnessssss....................!!!!

Sunday, June 27, 2010

Why that "name" again?? ~ at Treasury Sport's Day

Em hari ini berjalan seperti biasa. Cuma pagi-pagi lagi aku dah bangun awal pagi. Aku sekeluarga ke Stadium UKM untuk memberi sokongan buat ayahanda ku yang menyertai Sukan Perbendaharaan mewakili Jabatan Akuantan Negara dalam acara Jalankaki 5000m kategori veteran lelaki. Tak sangka ayahanda ku sememangnya cergas dan sihat! huhu walaupun umurnya sudah 50an.. Dapat tempat keempat daripada 7 peserta, cukup menggembirakan kami sekeluarga yang datang memberi support dan jeritan semangat buat ayah.. Tempat ke-4 pun dapat hadiah tau.. Maybe acara veteran kot.. Hadiah dapat sehingga tempat ke-5. Congratz dad!:)

Dan yang paling best, family kami dapat perhatian daripada staf2 AG yang hadir sebagai penyokong dan peserta. Rakan2 ayahbonda ku sememangnya suka mengusik kami sekeluarga. Mungkin ayahbonda ku merupakan pasangan seperti belangkas di pejabat. Dan mungkin juga kehadiran aku dan angah yang tak habis2 kena usik dek staf2 lelaki kat situ. Baik yang bujang mahupun yang dah berkahwin! Kelakar pun ada. Siap memanggil ayah ku "ayah" dan "abah"! Konon2 berangan nak jadi menantu.. Ahakss..

Tapi aku takleh lupa ada seorang lelaki tu.. Dari awal kehadiran ku, dia tak habis2 memandangku dari jauh. Pada awalnya aku tak kisah sangat tapi pandangan nya wat aku rasa pelik. Tapi pape pun, aku turut beri semangat kepada dia sewaktu dia di trek acara larian. Fuhhh..! Memang aku respek kat dia. Sememangnya dia pelari pecut yg hebat!:) Dan dia turut dianugerahkan sebagai olahragawan! Mana taknya, semua acara dia menang emas! Walaupun sekadar berbalas pandangan, but he really catched my mind today..;) Semoga dia berjaya dalam sukan kewangan nanti mewakili perbendaharaan. Good Luck!:) Cuma 1 je aku tak berkenan.. Nama dia mengingatkan ku pada seseorang. Kenapalah nama tu sentiasa ada?? S_A_R_L.. Takde nama lain ke? hmm....

Em nak upload gambar tapi masih belum transfer dalam laptop. Esok2 la kalau sempat.

Em lapar la pulak.. Okla, mahu menikmati makan malam.. Sok dah start kerja balik.

Daa...

Friday, June 25, 2010

Migrain??

Apakah itu migrain? Kebelakangan ini aku kerap kali diserang penyakit yang di luar dugaan ini. Mengapa? Adakah sebab terlalu stress? Terlalu penat? Terlalu banyak menangis? Kurang tidur? Kurang makan? Kurang mengambil suplemen/makanan tambahan? Kurang bersenam? Entahlah..

Daripada maklumat ku cari, migrain sememangnya satu penyakit yang tak terjangka bila akan berlaku. Seperti juga sakit jantung. Semalam, sekali lagi aku diserang migrain. Secara tiba-tiba sahaja sedangkan sebelumnya keadaan ku elok sahaja. Mungkin akibat terlalu banyak sangat berfikir sambil menghadap komputer tanpa henti dari pagi.. Perut pula kosong kerana berpuasa. Tiba-tiba sahaja pandangan ku kabur.. Semua benda ku lihat kelihatan berganda-ganda dan tidak dapat dilihat dengan jelas. Aku cuba menenangkan diri tetapi denyutan di kepala semakin menjadi-jadi. Pandangan semakin kabur dan terus gelap. Tau-tau, aku telah terbaring di bilik solat belakang pejabatku. Entah aku sendiri yang berjalan ke sana atau ada sesiapa yang memapahku ke sana. Pabila ku sedar terus tekak ku terasa loya dan tanpa membuang masa aku terus berlari ke toilet untuk membuang segala isi perut tetapi hampeh.. Perut kosong.. Hanya sisa ubat migrain yang ku telan sahaja keluar. Baru ku sedar, aku telah memakan ubat tanpa ku sedari. Mungkin akibat terlalu sakit yang tidak tertahan, sempat juga ku capai ubat sebelum terbaring di dalam bilik solat. Tak dapat lah aku menghabiskan ibadah puasa ku sehingga waktu berbuka.. Mungkin ujian daripada Allah swt..

Bila ku fikirkan kembali, kadang2 aku menjadi risau bila memikirkan penyakit ku ini. Daripada pembacaan ku, aku juga boleh menjadi buta jika migrain ku menjadi terlampau teruk. Entahlah.. Tapi sekurang-kurangnya doktor kata, migrain ku masih di tahap rendah dan tidak merbahaya. Benarkah? Jadi, bagaimana dengan si F?  Aku pernah terjumpa berbuntil pil dalam dashboard keretanya. Bila ku tanya, F menjawab itu adalah ubat migrain. Pil yang berwarna kuning berbentuk bujur. Lain daripada pil yang ku makan. Bila ku cari maklumat, sememamngnya pil kepunyaan F untuk migrain di tahap yang paling teruk.. Aku sangat risau memikirkannya. Walaupun baru berkenalan, aku seperti dapat rasakan kesakitan yang ditanggung oleh F jika diserang migrain, Bayangkan aku yang masih di tahap rendah, sakitnya tak dapat ditanggung, apatah lagi F yang sudah di tahap yang agak tinggi.. Pernah ku tanya F adakah dia ada penyakit lain, tetapi lain yang dijawabnya.. Dan jawapan yang paling tidak ku senangi, "biasalah orang dah nak mati.." Kemudian F ketawa dan aku pun memarahinya kerana berkata sedemikian. Untuk F, saya harap awak jagalah kesihatan awak baik2. Walaupun hubungan kita ni masih tidak diketahui hala tujunya, tapi sememangnya saya ambil berat terhadap awak.. Apakah perasaan ini F? Entahla.. saya takut nak hadapi perasaan itu lagi.. Dah terlalu banyak mengecewakan dan dikecewakan.. Jaga diri baik2 ye En. F...:)

Em kat sini aku nak share sedikit maklumat tentang penyakit migrain ni. Ok selamat membaca..:)

-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

~sekian~

Thursday, June 24, 2010

Hurts!!!

"Kini baru ku tahu kau sebebnarnya duri dan sembilu.. Kini baru ku tahu fikiranmu pendita penipu!"

Em ayat2 di atas membuatku hatiku sakit teramat bila mengenangkan ape 'dia' buat padaku dan bekas sahabatku. Ku taktahu apa tujuan 'dia' wat begitu tapi mungkin kerana marahkan aku yang pernah meninggalkan 'dia'. Bukan niatku utk memburukkan sesiapa, tetapi luka di hati ini sangat berbekas dan menyakitkan! Hanya kerana kejadian di tepi jalanraya, aku dipersalahkan tanpa belas kasihan. Apakah aku yang hanya seorang wanita perlu berseorangan membantu seseorang yang aku tak tahu apa kejadian sebenar yang berlaku? Kalau apa2 terjadi padaku bagaimana? Betul kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada.. 

Hari ini, Alhamdulillah aku lebih tenang menghadapi kehidupanku.. Bersama semangat baru yg belum 100% pulih. Mendengar 1 berita yang sangat mengejutkan dan menyakitkan sememangnya meragut seluruh tangkai hati ini. Seharian aku menangis keseorangan di satu tempat yang tidak diketahui. Bayangkan selama ini aku rasa bersalah atas apa yang berlaku tapi tak ku sangka 'dia' lebih teruk dari yang ku sangka. Sedang aku baru hendak bertatih mencari semula kehidupan, 'dia' telah pun menyulam cinta dan bahagia bersama orang lain di atas penderitaan aku dan bekas sahabatku.. 'Dia' tak perlu rasa bersalah kerana dendamnya mungkin telah terbalas.. Takpe, akan ku kuatkan hati ini demi mencari erti kehidupan sebenar.. 

Buat 'dia', ku ucapkan selamat berbahagia.. Ibarat orang meninggal, kubur pun masih merah, 'dia' telah pun hidup bahagia bersama insan lain. Aku benar-benar tidak menyangka perkenalan yang amat singkat boleh membawa 'dia' sehingga ke ikatan itu, sedangkan aku yang bertahun2 kenal, langsung tidak merasa kebahagiaan.. Sebaliknya hanya penderitaan.. Perkataan yang paling tepat utk 'dia' adalah PENIPU. 'Dia' boleh menuduh aku macam2, tapi akhirnya, dia yang melakukannya.. How could 'he' become like dat?? 

"Don't say love if u can't take it, dont say forgiveness if u can't give it" 

~Syahirah~

Monday, June 21, 2010

~~Trust this 3 things~~

21 Jun 2010, 4.55pm: Em curi waktu kerja jap.. hehe..

Hari ni hari pertama bekerja untuk minggu ini.. Baru sehari, tetapi macam-macam dah berlaku.. Ada suka, ada duka, ada marah, emosional, ketawa, menangis, dan macam-macam lagi.. Daripada pemerhatian aku, kehidupan manusia sememangnya macam roda.. kejap naik kejap turun.. Diri aku pun begitu juga.. Kejap ketawa kejap nangis, kejap marah, kejap relax..

Tapi sedar tak sedar, sebenarnya semua tu memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Dulu kita tak nampak hikmahnya semasa kita happy atau sedih.. Tapi lama-kelamaan hikmah tu timbul tanpa kita sedari. Aku selalu lihat teman-teman seperjuangan ku menangis akibat ditimpa pelbagai masalah. Bila melihat semua itu, mengingatkan ku sewaktu aku susah dan pernah berada di tempat mereka.. Aku sangat memahami apa yang mereka rasa dan itulah pembakar semangat ku supaya tak mudah putus asa dalam kehidupan. Buat teman-teman ku terutamanya di pejabat, jangan putus asa k! Apa-apa yang berlaku hari ini dan semalam sebenarnya memberi sejuta pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk masa akan datang. Aku happy bila tengok korang happy.. Tapi kalau korang sedih, aku pun turut rasa sedih. Be strong ok!:)

Daripada pengalaman2 lalu, aku banyak belajar tentang kehidupan. Terutamanya tentang kepercayaan. Bukan semua benda kita perlu percaya, dan bukan semua benda kita tak percaya.. Apa yang perlu kita percaya?

1. Allah s.w.t~ Tuhan yang menciptakan kita dan sekelian alam yang indah ini.. Dia lah yang akan memberikan apa yang kita mahu. Ingatlah, dan percayalah segala kedukaan dan kesedihan yang kita alami kini ada hikmahnya 1 hari nanti.. Dan juga tanda kita disayangi oleh Nya..Berzikir la dan selalulah ingatkanNya..
2. Diri sendiri~ Tiada siapa yang akan percaya kan kita 100% melainkan diri kita sendiri kerana hanya yang empunya diri yang tahu 100% tentang diri kita, tentang perasaan kita, tentang minat dan kesukaan kita dan segala-galanya. Dan hanya kita tahu kemampuan sebenar diri kita yang kadang-kadang kita sendiri tak sedari..
3~ Ibubapa~ yang melahirkan kita ke dunia. Tanpa mereka, tiadala kita di dunia ini.. Apa-apa yang dilakukan oleh ibubapa kita adalah untuk anak-anak mereka. Mencari rezeki, menanggung makan pakai kita dari kecil hingga dewasa tanpa mengharapkan balasan. Mereka jugalah yang memahami sikap anak-anak dan tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. Jadi dengarlah kata-kata ibubapa dan percayalah semuanya demi kebahagian kita..

Selebihnya adalah kepercayaan untuk orang-orang sekeliling dan persekitaran kita. Jika kita percaya pada ketiga-tiga di atas, insyaAllah tiada anasir-anasir jahat yang boleh menguasai diri kita. Biar diuji macam mana sekalipun, kita kena kuat dan tabah menghadapinya.. InsyaAllah kita akan jadi kuat untuk meneruskan kehidupan selagi bernafas di muka bumi ini.. Dan mampu melangkah lebih jauh kehadapan! Jia you! Jia You!

So, guys out there, chill out!!:)

Syahirah

Thursday, June 17, 2010

"Menangis sekarang lebih baik daripada menangis kemudian hari"

Em terkadang memang kita akan menangis.. Kadang-kita ketawa.. Kecewa.. Sedih.. Marah.. Terharu.. Dan sebagainya.. Hidup ni memang penuh dengan warna-warni kehidupan makhluk Allah s.w.t dan alam yang dicipta olehNya.. Sesungguhnya aku bersyukur, walaupun sering menangis, alhamdulillah aku jadi semakin kuat. Mungkin aku menangis bila diuji.. Kecewa bila diduga.. Marah bila dicabar.. Ketawa bila gembira.. Tapi semua itu sebenarnya mematangkan diriku tanpa aku sedari.. Aku lebih berhati-hati dalam membuat apa jua keputusan. Walau menangis, aku bangkit teruskan kehidupan. Aku hanya rebah seketika tapi bangkit untuk melawan arus kehidupan yang penuh cabaran ini.

Dahulu aku pernah diuji bermacam-macam perkara.. Waktu itu aku masih tercari-cari arah kehidupan. Bila gagal, aku down sangat2.. Ditambah dengan gangguan-gangguan asing yang tak pernah puas hati dengan kehidupanku. Ada sahaja nak diganggu.. Aku sendiri pelik kenapa pengganggu tu jadi sebegitu? Sebagai manusia biasa, seharusnya tiap orang nak hidup bahagia dan fikirkan tentang masa depan diri yang belum tentu bila penamatnya. Tapi hamba Allah ni macam ada sesuatu membelenggu dirinya yang membuatkan dia tak boleh keluar daripada kepompong hasad dengki, iri hati, cemburu, dan sebagainya.. Adakah kehidupannya tenang? Kebanyakan maklumat yang aku cungkil, golongan sebegini memang happy bila gangguannya berjaya tetapi dia sebenarnya tidaklah happy dari segi akal, perasaan dan naluri. Hanya orang yang normal gembira bila orang lain gembira. Sedangkan pengganggu2 ini tidak gembira sebab tiada ketenangan hati, tiada keimanan yang jitu, tiada matlamat hidup, dan tiada pegangan agama yang kuat. We can consider them as pshycology/mental problem. Mungkin di luar sana ada bermacam-macam lagi ragam manusia yang diduga dan menduga. Justeru, berhati-hatilah dengan orang-orang sebegini..

Kenapa terjadi sebegitu? Sudah semestinya Allah yang tentukan.. Mungkin Allah sayangkan kita, jadi Dia akan selalu menguji kita dan mencipta pelbagai dugaan agar kita lebih kuat, tabah dan sabar di samping meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri. Sesungguhnya aku sangat kasihan dengan pengganggu-pengganggu ini kerana tidak menyedari fungsinya hidup di dunia ini hanya sekadar sebahagian daripada pembantu syaitan yang takkan habis menggoda manusia sehingga hari kiamat. Allah langsung tak beri mereka peluang untuk bertaubat.. Ada, tetapi golongan pengganggu ini tidak mengambil peluang itu.

Sesungguhnya aku bersyukur setiap kali diuji kerana setiap kali itu aku rasa semakin dekat denganNya.. Bacaan Al-Quran, zikir dan doa itulah pengubat hatiku yang lara. Memang rasa lega sangat2.. Terutamanya selepas bersolat malam. Buat teman-teman, kalau ada masalah, sedih, marah, kecewa, mengadu lah pada Allah.. Menangislah sepuas-puasnya di atas sejadah dan luahkanlah segala yang terbuku di hati.. InsyaAllah, Allah sentiasa mendengar keluhan hamba-hambaNya selagi kita sentiasa mengingatiNya.. Alhamdulillah sejak amalkan nya, aku memang rasa lega dan ringan je rasa diri ini walaupun masalah macam2 ada dalam fikiran.

Salah seorang bos aku sendiri pernah menasihati sebegitu.. Apa-apa pun dugaan, kena banyak bersabar.. InsyaAllah kesabaran itu akan terbalas dengan nikmat kehidupan yang lebih baik satu hari nanti. Menangis sekarang lebih baik daripada menangis di kemudian hari.. Aku percaya setiap titisan air mataku yang telah mengalir, akan ada pengubatnya satu hari nanti.. 10 kali aku menangis sekarang, 100 kali aku akan diberi kegembiraan pada masa akan datang. InsyaAllah...:)

Crying again...:'(

FULL of FRUSTRATED!!! 


Hari ini hari yang paling sangat mengecewakan! Belum separuh hari lagi, aku telah kecewa teramat sangat. Dalam solat subuh ku, aku berdoa semoga diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa aku pada hari ini. Tapi tak ku sangka, baru 4 jam aku berpuasa aku diuji sebegini.. Sedihnya rasa hati ini.. Tak berhenti dilukai.. Apa salahku diperlakukan sebegini? Dibuang macam sampah! Why not dia berterus-terang saja pada aku? Tanpa kata-kata maaf, tanpa ucapan terakhir, tanpa balasan senyuman, tanpa huluran secebis semangat, kau pergi begitu sahaja!! Sakitnya hati ini Ya Allah.. Di saat hati sudah berbunga mengharapkan sesuatu, di saat itu juga hati ku diragut pergi tanpa belas kasihan.. Aku menangis lagi.. Dan mungkinkah terus menangis..?:'(

Thanks banyak2 buat my beloved aunty, Makcik Milah yang sudi meminjamkan telinga sebentar tadi. Mendengar luahan dan tangisan kekecawaan yang teramat akibat perbuatan si dia yang tiada langsung perasaan bersalah melukai hati aku. Aku tak salahkan Makcik Milah walaupun berkali-kali dia minta maaf kepadaku kerana aku jadi begini disebabkan "pertemuan" yang diaturkan olehnya. Mungkin itula suratan takdir..

But its not easy to accept all this thing.. Its really hard.. And Hurts...;'(

Ya Allah, kuatkanlah hatiku.. Aku nak berpuasa dengan penuh semangat hari ini.. Tapi aku tetap menangis..

Aktiviti hari ini: Mendengar lagu-lagu yang memberi semangat buatku!! Antaranya Pendita Penipu nyanyian Elly Mazlein... Walaupun tak 100% berkait dengan aku, tapi aku rasa lebih bermotivasi bila dengar lagu ni...


Alasan biar beribu
asalkan kau dapat apa yang kau mahukan…betul tak?

Debaran di dalam dada
Semakin bertalu-talu (semakin bercelaru)
Berdetik telah berlalu
Ku mula merasa ragu

Semakin lama ku nanti
Semainku merindu (mulaku cemburu)
Kali kedua ketemu
Mungkin kau merasa jemu
*
Dari jauh ku lihat dua kekasih
Terdiam ku mendengar gema suaramu

Kini baru ku tahu
Kau sebenarnya duri dan sembilu
Kini baru kutahu
Fikiranmu Pendita Penipu

Oh bijak bermain kata
Alasan tak pernah satu (aku tak percaya)
Ada saja cerita menutup jejak langkahmu

Monday, June 14, 2010

Tabahlah wahai hati...:'(

Aaaarrggghhhh...!!! Hari ini aku rasa down sangat2! Entahlah... Aku rasa nak menangis sepuas-puasnya hari ini.. Kenapa jadi macam ni? Kenapa99x?? Aku sedih sangat2.. Kenapa bila kita tak mahu sesuatu tu, kita terpaksa juga belajar untuk menerima.. Tapi kenapa selepas kita dah boleh terima, lain pula jadinya?? Aku betul-betul fed-up! Stressnya.. Nasib baikla aku ni jenis cool.. Leh cover lagi sambil wat kerja di office.. Entahla.. Dahla hari ini aku berpuasa.. Mungkin satu lagi dugaan untuk hari ini.. Aku baru je nak rasa happy, rasa bahagia.. Tapi tiba-tiba mendung, dan hujan membasahi hati dan perasaan ku ini.. Kenapa Ya Allah? Aku sering sahaja diuji.. Sering sahaja menangis.. Aku takut Ya Allah.. Aku takut aku tak cukup kuat nak hadapi semua ni Ya Allah... Ampunkanalah segala dosa-dosaku Ya Allah.. Tolong lah kuatkan hati ini.. Tabahkan hati ini.. Berikanlah aku sinar kebahagiaan... Setelah bertahun-tahun aku menangis.. Tapi dugaan tetap tak pernah putus.. Tolong lah Ya Allah.. Tunjukkanlah jalan agar aku sentiasa dalam lindungan dan keberkatan dariMu.. Kuatkan aku Ya Allah... Kuatkanlah...:'( Amin...

Saturday, June 12, 2010

Jodoh??

12 jun 2010, 6.50pm- Hari ini walaupun cuti, aku bangun awal pagi.. Selepas solat subuh, aku bersiap sedia untuk jogging- aktiviti riadah yang dah berbulan-bulan aku tinggalkan. huhu.. Thanx ayah dan ibu sebab bagi perangsang. hehehe.. Em tapi disebabkan dah lama tak jogging, stamina ku memang pancit. Selain disebabkan aku dah lama tak involve dengan aktiviti tarian yang paling aku cintai! huhu Takpe, ni sebagai permulaan sebelum memulakan kelas tarian untuk Kelab Kebajikan dan Sukan BKKM.

Tengahari, selepas solat Zohor, aku ke kenduri kahwin sahabat lama bondaku yang dah bertahun tak jumpa. Kata ibuku, kawannya itu merupakan teman serumah semasa tahun 80-an. Kira masa zaman muda-muda dulula.. huhu.. Kenduri diadakan di Masjid Putrajaya yang baru atau dikenali sebagai masjid besi. Kerana struktur pembinaan masjid ini dikatakan 90% diperbuat daripada besi. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke masjid ini. Kali pertama juga sempena majlis kahwin kawan sepejabat ayahbondaku. Tapi kali ini lebih meriah dan kelihatan ramai tetamu. Mungkin anak sulong. Aku sangat suka dengan persalinan pengantin perempuan. Sangat cantik! Orangnya kurus sepertiku tetapi dengan pakaian nya, membuatku aku teruja..@_@ Tapi aku hampa sebab tak dapat merakamkan gambar bersama-sama pengantin sebagai kenang-kenangan.
    Kedua orang tuaku bersama ibu bapa pengantin. Ibuku glamor (baju gold berkilat) macam dia pulak jadi mak pengantin! huhu

Em seperti biasa ibuku akan berpesan macam-macam perkara buatku setiap kali pergi ke majlis kahwin. Mungkin dia teruja tengok rakan-rakan sebayanya ramai yang sudah bermenantu dan bercucu. Kasihan juga bila memikirkan impian ibuku. Aku sendiri pun tidak tahu nak cakap apa. Tentang jodohku, aku hanya berserah kepada takdir.. Walaupun aku agak kecewa dan pernah kecewa sebelum-sebelum ni, tapi aku yakin insyaAllah aku akan diberikan jodoh yang terbaik satu hari nanti. Apa yang aku harapkan, bakal suamiku nanti boleh membimbingku dunia dan akhirat.. Aku pasti Allah takkan hampakan aku. Biar menangis sekarang, daripada aku menangis tak sudah di kemudian hari.. Ibu, doakan selalu untuk along ye agar dipertemukan jodoh yang sebaiknya. Amin..

Em tu sahajala cerita hari ni.. Cuma aku berharap, hari-hari seterusnya memberikan sinar kegembiraan dan kebahagiaan buatku.. InsyaAllah...

Thursday, June 10, 2010

Ceritera Syahirah...

10 Jun 2010, 5.50 pm, BKKM- Assalamualaikum semua.. Em hari ini tak tahu nak cerita tentang apa.. Macam-macam perkara berlaku hari ini.. Mula-mula memang rasa tak best. Tapi sebenarnya ada hikmah yang saya tak sedari..

Jam 5.00 am, saya bangun pagi untuk bersahur bagi menunaikan ibadah puasa. Selera kurang di pagi hari, so just take nasi dengan telur hancur plus kicap. Nyam2! Sedap walaupun simple.:) Alhamdulillah rezeki untuk ku di pagi hari. Nasib baik ada nasi sebab semalam lupa nak masak nasi baru. Terpaksa bahagi 2 dgn kucing kesayanganku Ciko.. Nanti dia lapar pula takde nasi untuknya.. Lepas solat subuh, terus baca Al-Mathurat. Tenang je rasa hati ni.. Disebabkan mata agak berat, lelapkanlah ia sebentar..

Pagi-pagi bila sampai office, jumpa seorang staf. Mengharapkan berita gembira tentang tuntutan perjalanan ku untuk tugas sekretariat di Wisma KFC KL bulan lalu. Tapi hampa tersangat999x sebab claim tu tak lepas. Disebabkan ayat dalam memo menunjukkan aku tak layak buat claim. So frustrated... Dahla keluar duit banyak hari tu.. RM500 lebih!! Suku dari gaji aku.. Nak bayar hotel, minyak, parking.. Sedih sangat-sangat.. Memang pagi tadi mood aku tak baik langsung.. Sorry ya wat kawan-kawan yang tengok aku serius je pagi tadi. Tapi now sekarang dah ok.. Aku lupa hari ini aku berpuasa.. Sesungguhnya itu adalah satu ujian buat aku.. Sabar dan redha....:) Mungkin Allah nak beri hadiah tadi sebab aku hampir-hampir nak terminum air!! Huhu..

Em okla, hari dah lewat.. Jap lagi ayahanda ku akan datang menjemputku. Ready for break fasting. But still do not have any idea what menu i want to take. Takpela, asalkan halal, aku dah bersyukur..

Ok jumpa lagi..
Assalamualaikum....:)

Tuesday, June 8, 2010

My feveret song nowadays..

8 Jun 2010, 11.25am- Just want to share one song that i really love. When hear this song, automatically it gives me strength and spirit in my life. Althouht i do not understand the meaning but the song really meaningfull for me.. huhu Into the new world by Girl Generation (Korean Artist). I also learn the dance steps for this song from the video clip. Yeah, all the girls in the video are very energetic!! like very much.. Must try hard to get all the steps! Jia you! Jia You!

Nak dengar? Click here...:)


Yang ni, remix version. Best giler step dorang!



Lyrics to Dashi Mannan Segye (Into The New World) :

Jeonhaejugoshipeo seulpeun shigani

da heuteojin hu-eya deulrijiman

nuneul gamgo neukkyeobwa umjikineun maeum

neoreul hyanghan nae nunbicheul

teukbyeolhan gijeokeul gidarijiman

nunape seon uriui goechin gileun

al su eobsneun miraewa byeok bakkuji anha

pogihal su eobseo

beonchianheul sarangeuro jikyeojwo

sangcheoipeun nae maeumkkaji

shiseonsokeseo maleun pilyoeobseo

meomchwijyeo beorin ishigan

saranghae neol ineukkim idaero

geuryeowassdeon hemaeimui kkeut

isesang sokeseo

banbokdoeneun seulpeum ijen annyeong

sumanheun al su eobsneun gilsoke

huimihan bicheul nan jjochaga

eonjekkajina neo hamkke haneungeoya

dashi mannan naui segye



teukbyeolhan gijeokeul gidarijiman

nunape seon uriui geochin gileun

al su eobsneun miraewa byeok

bakkuji anha

pogihal su eobseo

byeonchianheul sarangeuro jikyeojwo

sangcheoipeun nae maeumkkaji

shiseonsokeseo maleun pilyoeobseo

meomchwojyeo beorin ishigan

saranghae neol ineukkim idaero

geuryeowassdeon hemaeimui kkeut

isesang sokeseo

banbokdoeneun seulpeum ijen annyoung

sumanheun al su eobneun gilsoke

huimihan bicheul nan jjochaga

eonjekkajina neo hamkke haneungeoya

dashi mannan uriui

ireohge kkamanbam holro neukkineun

geudaui udeureoun sumgyeoli

isungan ttaseuhage gamgyeo oneun

modeun naui tteolrim jeonhalrae

saranghae neol ineukkim idaero

geuryeowassdeon hemaeimui kkeut

isesang sokeseo

banbokdoeneun seulpeum ijen annyoung

neol saenggakmanhaedo nan ganghaejyeo

uljianhge nareul dowajwo

isunganui neukkim hamkke haneun geoya

dashi mannan uriui 

Monday, June 7, 2010

Rindu ke??

7 Jun 2010, 1.00 pm- Bila dengar lagu ni Realiti Dewi nyanyian Alyah, rasa macam ada kena mengena dengan perasaan ku.. How to settle this feeling?? Honestly, aku memang sukakan dia.. Tapi tak tahu macam mana nak cakap. Mungkin sebab aku seorang perempuan, ada rasa malu yang teramat.. @_@ Aku dah cuba buat apa yang terdaya. Harap-harap dia pun ada perasaan yang sama macam aku. Tapi entahlah.. Sejak kebelakangan ni, macam lain je rasa. Tak call, tak sms.. Is he angry with me? Kalau betul dia marahkan aku, aku rasa bersalah sangat2.. Aku dah minta maaf kalau disebabkan aku, dia dapat macam2 masalah. Aarghh entahla.. Mungkin dia busy dengan kerja nya atau dengan family.. Tapi sememangnya aku rindu pada dia...............................!!! Oh Tuhan, tolonglah.... Pape pun aku kena bersiap sedia atas risiko yang mungkin aku kena hadapi. Harap2 lah tiada kekecewaan melanda diri ini.. Amin..

Realiti Dewi - Alyah

Adakah ku sedang mimpi
dipuncak awan kita menari
mungkin fantasi
bagai ilusi
hanya ku impi

Tawamu penawar hati
buatku tenang dimalam sepi
direaliti yg kuhadapi
sepanjang hari

Hilanglah perasaan ini
terpadam rindu bila kau kembali

Kaulah
dewa yg aku puja
bukakanlah hatimu
untuk cinta

Aku
dewi yg kau merindu
pencinta yg setia
oh sayangku

Dengarlah pintaku ini
luahan hati tidak bertepi
hasrat si dewi
agarmu dewa ada disisi

Friday, June 4, 2010

Colourful of BKKM

4 Jun 2010, BKKM, Putrajaya: Waktu tengahari di hari jumaat.. sangat menenangkan.. hehe.. Tiada siapa di ofis kecuali kami bertiga.. Aku, syahnaz dan Liyana.. Lunch tadi kami menikmati nasi Ambang yang dibeli kat Aditorium Parcel E.. Sedap sangat.. Puas la makan untuk harga nasa RM5.00 sebungkus. Huhu..

Cerita tentang office, ada 1 perkara yang menarik.. Dalam sebulan mesti akan ada geng boria yang tak diiktiraf. hehehe.. Yang menariknya, geng ni akan pakai baju yang berwarna sama tanpa diketahui oleh empunya badan.. Macam hari ni, ramai betul yang pakai warna pink.. So today we call it as pinky day..:)

  

Before this, pernah juga tema warna merah dan biru... Nak upload gambar tapi server slow sangat..

By the way, BKKM sememangnya penuh dengan pelbagai ceritera yang berwarna-warni.. Ada sedih, ada gembira, ada kemarahan, ada keceriaan dan macam-macam lagi.. Bekerja di sini memberikan pelbagai pengalaman menarik.. Dapat mengenali pelbagai ragam manusia yang berbeza latarbelakang, status, perwatakan, sikap dan sebagainya. Ini baru di BKKM. Di tempat lain, berjuta jenis manusia dapat dilihat. Semuanya ciptaan Yang Maha Agung menciptakan manusia dalam pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Baru aku sedar, aku perlu meluaskan lagi pergaulan ku dan mencipta silaturrahim sesama manusia. Dulu aku agak konservatif. Hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja. Sedangkan ramai kawan itu sangat penting. Kita dapat melihat pelbagai sudut pandangan yang berbeza dan tidak terlalu bergantung pada orang tertentu sahaja. Dalam Islam sendiri menggalakkan kita mengenali antara satu sama lain. Kalau ada masalah, kita dapat mempelbagaikan pendapat dan menggabungkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk atasi masalah itu. Alhamdulillah, cara ini memang berkesan. Sebelum ini aku selalu buntu, keliru.. Bila tak boleh selesai masalah, mulalah stress dan memakan diri sendiri. Harapan lepas ni, Allah akan permudahkan jalanku untuk menghadapi dugaan hidup ini. Amin...

(Tips dari kak Siti Noraini: Jangan terlalu rapat dengan sesiapa- boleh digunakan ke? huhu..)

Jumpa in the next blog.. Salam Ukhuwah...

Syahirah<_@

Thursday, June 3, 2010

Simple school reunion

Reunion SMKDE.........

Pada 29 Mei 2010 yang lalu, 1 reunion yang simple tapi happening telah diadakan di P3, Ulu Yam.. Yang hadir, aku, Laili, Ahmad dengan wife nya n Zahir (Their cute baby):), Jay, Amarlina, Salleh, Farid, Yun with husband and Rose with husband.. Walaupun tak ramai, tetap meriah especially melayan keletah si zahir.. Bukan main lagi dapat didukung n dimanja2 oleh aunty-aunty yg comel2.. hehehe.. Thanx Laili sebab tumpangkan kereta.. Next time kalau ada lagi leh pergi sama2..:)

     Dengan Laili... Bertahun tak jumpa.. Akhirnya jumpa juga...:)

Dalam perjalanan, kami tersesat ke kawasan lain. Rupanya P3 adalah kawasan air terjun paling atas sekali.(Kata adik yang jual barang tepi jalan) huhu.. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Tapi tak sangka sekarang dikenakan bayaran RM1.00 untuk masuk. Maklumlah dah lama tak jejak kaki ke Ulu Yam. Last pergi masa zaman sekolah dulu. Excited jugalah nak pergi walaupun ada juga rasa segan nak jumpa kawan-kawan lama.. ngeee...

Aktiviti pertama, BBQ.. Ramai-ramailah kami memanggang ayam, hotdog & udang sebagai hidangan utama. Ahmad memang bestla.. Macam2 makanan dia bawak.. Ada oselow (betul ke eja) hehe, nasi goreng dan lain-lain. Lepas melantak ramai-ramai, kami pun terjun ke dalam air sungai yang sangat lah sejuk! Dah lama tak mandi air terjun, memang excited sangat. Tapi air nya memang sangat sejuk! huhu.. Sesiapa yang tak mandi tu rugi tau..;)



Then sambung makan lagi.. Pastu sambung mandi sambil tangkap gambar sebagai kenang-kenangan.. Disebabkan hari pun semakin kurang cerah, kami pun berkemas dan bersedia untuk pulang.. Walaupun penat, terpaksa juga gagahkan diri naik tangga yang tinggi tu.. Apa-apa pun, semua pulang dengan hati yang gembira..:) Kalau ramai lagi mesti lagi best. Ramai yang cancel last minute.. Tapi takpela, sebagai percubaan untuk diperbaiki pada masa akan datang..

So, hopefully will be another reunion.. Windu kat kawan2 sekolah semua.. Yang dah kahwin, dah ada anak.. Happy nya tengok kawan-kawan happy.. Aku akan doakan kebahagian semua kawan-kawan aku... Doa-doakan untuk saya juga okeys...:)

      With Zahir (Anak amad) yang sangat sporting! Rindunyer.. huhu

Daa...

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...