Tuesday, September 29, 2020

Cakes from Mamasab Bakery

Salam. Rasanya kalau sebut Mamasab, warga Lembah Klang mesti familiar kan? Especially dengan produk bakery keluaran Mamasab. Actually just nak sharing my first time try beli kek Mamasab Bakery. Kebetulan craving pula nak makan kek creamy-creamy yummy gitu. So dalam group komuniti tempat sis memang ada agen Mamasab ni. Teruslah drop order. Petang tu juga sampai kek yang diidamkan depan pintu rumah. Kebetulan ada promo Combo 2 jenis kek dalam 1 pek. Memang rembatlah. Boleh rasa both flavours. Red Velvet Cheese dan Chocolate Moist.

Ginilah rupa kek Mamasab yang sis order. Tengok rupanya pun dah sangat tempting, tak sabar nak rasa. Sis memang suka tengok kek ada krim banyak camni. hehe..


Kotaknya pun comel je.

Bagusnya Mamasab ni dah dapat beberapa award daripada majalah NONA dan Superbrands. So, thats why kualiti produknya mendapat positive feedback.


See... Kek coklat moist nya bukan setakat ada kek dan krim tapi ada topping melt chocolate if tak silap. Ke caramel? I don't know exactly but the truth is memang sedap! Makan seketul kek ni pun dah rasa macam kat syurga. haha..

Red Velvet Chese pun sama juga ada extra topping kat bawah creamnya.Seriously sangat yummy!


Overall sis bagi 4/5 stars. Hehe.. Why less 1 star? Because kek nya kurang moist compare kek sama sis pernah rasa. Maybe ada sebab kot tak terlalu moist sebab perlukan delivery ke sana ke mari so nak bagi ianya lebih tahan lama. Yang lain dari segi rasa, size, ketebalan, topping semua memang tiptop! Uols bolehlah order from agent-agent Mamasab berhampiran. Confirm ada punya tu. Anytime je dorang boleh hantar. Sebab agennya ramai dan jualan Mamasab sendiri pun dah mencecah jutaan ringgit. Sangat bagus for those yang wat part time business di rumah. Really helpful for those yang nak jana side income. Moga Mamasab terus maju jaya.. 


Misya : Mama Erina dan Soffea. 

 

Tuesday, September 22, 2020

Resipi Tomyam Santan Seafood

Salam. Sesekali menu makan malam di rumah pekena tomyam, syok juga. Kebetulan hari tu sis gi Kelate, beli perencah Tomyam dari Thailand yang orang selalu beli tu so sis trylah masak tomyam guna that perencah. Kali ni sis masak Tomyam Santan Seafood. Gambar kat bawah ni maybe kurang menarik tapi percayalah, rasa dia memang marvelous sampai licin pinggan sis, husband dan anak sis makan. Wakaka.. Done angkat bakul. :p Ok sis nak share resipi Tomyam Santan Seafood ni.


 Bahan-Bahan

1. Udang

2. Sotong

3. Isi Ayam (jika mahu)

4. Perencah Tomyam (Guna Adabi pun boleh)

5. 1/2 kotak santan

6. Serai

7. Daun Limau Purut

8. Limau Kasturi

9. Cendawan

10. Daun Ketumbar

11. Lengkuas


Kaedah Memasak

1. Tumiskan perencah tomyam dengan sedikit minyak.


2. Masukkan kepala udang, akar daun ketumbar (basuh bersih-bersih tau), serai dan lengkuas.



3. Selepas pecah minyak dan terbit aroma, bolehlah masukkah santan separuh kotak sahaja.


4. Then masukkan air sukatan terpulang nak kepekatan ikut citarasa masing-masing.


5. Agak-agak dah nak mendidih, bolehlah masukkan udang, sotong, ayam dan lain-lain bahan / seafood yang digemari. Boleh juga tambah cendawan atau carrot (tak digalakkan sebab nanti hilang rasa manis udang), baby corn dan lain-lain bahan yang disukai.



6. Perahkan asam limau dan taburkan daun limau purut. Nak lagi masam, letak lebih lagi.


7. Dah siap, bolehlah dihidangkan.


Lebih padu tomyam ni dimakan dengan sambal belacan, kangkung belacan dan telur dadar. With nasi panas-panas, perghhhhhhhhhhhh marvelousssss! hehehe..


Cuma sis prefer masak tomyam hanya menggunakan perencah tomyam Adabi. Baru kena dengan tekak sis sefamily. Tak boleh ngam la dengan perencah tomyam Thai ni. Nak acah-acah oversea kononnya tapi tak boleh pi orang Utara kata. hehe.. Lain orang, lain citarasa ye dok? Ok selamat bertomyam!





Misya : Tekak Melayu tetaplah nak 'rasa' Melayu.



Friday, September 18, 2020

Senarai Peserta Special September GA by Misya

Salam semua. Dah hantarkan penyertaan uols untuk memenangi 5 hadiah special dari saya? Kalau belum cepat-cepatlah hantar ya! Masih ada masa sehingga 30 September 2020 ini. Klik SINI untuk tengok apa hadiah-hadiahnya dan cara-cara nak join. Yang dah join, thank you so much atas sokongan anda. Jom semak if nama anda tersenarai dalam list peserta yang join. Sis dah asingkan ikut hadiah pilihan masing-masing. If ada nama tertinggal, inform sis ya. :)




Hadiah No. 1 

1. Atie Zieya (Blogger)
2. Fizah Abdul Halim (Blogger)
3. Ammi (Blogger)
4. Cuya (Blogger)
5. JMBELOG (Blogger)
6. Hezzy Alia (Blogger)
7. Inlove Wanda (Blogger)
8. Ieqynn Xtrada (Instagram) 
9. Aku Sang Lagenda (Blogger)
10. CT Cheery (Blogger)


Hadiah No. 2
1. Nrhsanahnbihah (Instagram)
2. Rayyan Arsalam (Instagram)
3. Azian Khalil (Blogger)
4. Farhana Jafri (Blogger)
5. Dunia Alam (Blogger)
6. Fiza Aizzawa (Blogger)



Hadiah No. 3

1. Sha Mohamed (Blogger)
2. JMBELOG (Blogger)
3. Nor Ain Rusli (Blogger)
4. Mia Liana (Blogger)
5. Shikin Razali (Blogger)
6. Shida Radzuan (Blogger)
7. Ira Fizah (Blogger)
8. Mamapp (Blogger)
9. Ibucida (Blogger)
10. Ejulz (Blogger)

Hadiah No. 4

1. Tiara Sapphire (Blogger)
2. Rasyidahshere (Blogger)
3. Nur Asyiqin (Blogger)
4. Ayu Idris (Instagram)
5. Radhia Razali (Blogger)


Hadiah No. 5

1. Fizah Abdul Halim (Blogger)
2. Ayu.Ju (Blogger)
3. Ombak Bergigi (Blogger)
4. Cik Nuralisha (Instagram)
5. Aienienka (Blogger)
6. Sheila Adziz (Blogger)

Wow nampaknya penyertaan daripada blogger amat memberangsangkan. Cuma saya belum masukkan semua peserta dari kalangan bukan blogger yang menghantar penyertaan di instagram saya @marvelousmisya. So yang ada blogger or takde blogger pun boleh join GA ni. Tak sabar nak umumkan siapa yang bertuah mendapat hadiah-hadiah GA saya ni. Dah boleh buat solat Hajat kot. hihihi.. Ok thank you again sudi join. Moga kita semua sama-sama dilimpahi rezeki. Sayang uolss..!




Misya : Agak sedih tak ramai blogger lelaki sudi join. Taknak ke hadiahkan something untuk orang tersayang?

Thursday, September 17, 2020

Resipi Teh Tarik Kow Homemade

Salam. Petang-petang pekena teh tarik panas-panas perghhh memang marvelous! Biasa kalau nak minum teh tarik mana lagi mau carik kalau bukan di restoran / kedai mamak. Tapi kali ni special sikit teh tarik sis buat sendiri selepas mendapat request dari incik suami tercinta. haha.. Rindu dengan my teh tarik katanya. hehe..


Takdelah susah mana nak wat teh tarik ni tapi kena cukup bahan if nak hasilnya ala-ala teh tarik mamak. Combination teh dan susu yang ok, confirm bergelas-gelas uols minum. huhu.. Ni sis share camne nak wat teh tarik sendiri kat rumah.

Bahan-Bahan
(Untuk 1 jug)

Serbuk Teh Masjid (5 sudu besar)
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (Depends nak manis mana)
Sedikit Garam

Kaedah Membuatnya

1. Rendam serbuk teh (masukkan dalam penapis uncang) dengan air panas. Biarkan dalam 5 minit then tambah lagi air panas sampai 3/4 jug.

2. Angkat dan perahkan penapis teh tadi. If rasa nak pekat lagi teh, boleh repeat lagi rendam teh. 

3. Masukkan susu cair dan kacau. Then masukkan pula susu pekat manis. If 1 jug, 1/2 tin kadang tak berapa manis. So add sampai jadi 3/4 tin. Terpulanglah kat uols nak manis camne. Buh sedikit je garam bagi lagi lemak berkrim.

4. Next tuang dalam gelas ka, jug atau kole lain, then tariklah ikut suka mana. Lagi tarik banyak kali, lago banyak buih terhasil. Dan rasanya lebih kick!
 




So daripada keluar mengeteh kat luar, better ngeteh kat rumah je. Bikin sendiri teh tarik, boleh minum ikut mana suka hati. Then boleh control berapa banyak gula diambil. Kalau kat kedai kadang terlebih manis la, kurang teh la kan. Why not try wat sendiri kan? 



Misya : Teh O lemon pilihan untuk breakfast.

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

Click to join

 

Tuesday, September 15, 2020

Kisah Dhiya Sherina dan bendera Malaysia

Salam. Bila anak sendiri dah kenal bendera Malaysia.

Erina : Mommy, Daddy!

Mommy/Daddy : Yes?

Erina : Malaysia!! Many.... Malaysia!

Begitulah every time apabila kami ternampak bendera Malaysia di mana-mana. Kebetulan bulan Ogos dan September ni bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, Jalur Gemilang berkibar di mana-mana sahaja. So, melayanlah kami ragam Erina. Kalau 10 kali nampak, 10 kali lah kena jawab benda yang sama. haha..




Actually dia tak tahu pun itu adalah "bendera". Dia hanya tahu benda ni dipanggil 'Malaysia'. Even nampak dalam TV pun dia panggil Malaysia. 




Its okey la anak, as long as kamu tahu Jalur Gemilang yang megah berkibar tu adalah 'Malaysia' pun dah wat mommy and daddy rasa bangga. One day nanti kamu akan tahu bahawa Malaysia adalah negara kita tercinta dan sentiasa sematkan cintakan tanahair kita. 

Happy National Day (31st August) and Happy Malaysia Day (16th September)!


Misya : Malaysia is Septemberian like me?

 

Preloved Giveaway by Raydah

Click to join

 

Friday, September 11, 2020

Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020

Salam. Baru-baru ni on 3rd September 2020, sis terlibat dengan Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 dan Pelancaran Garis Panduan Pengiklanan Makanan. Like usual, sis ditugaskan sebagai usherer VVIP. Last year event yang sama di E-Curve, Damansara sis usherer YB Menteri Kesihatan lain, this year usherer YBMK lain pula. Next year? Hehe wallahualam. Ok bukan nak story pasal politik ya! 


Back to the story, event World Food Safety Day tahun ni dibuat dengan cara sederhana mengikut norma baru. Tetamu pun limited, duduk jarak-jarak, kena pakai mask all the time. Gambar atas tu dah habis acara tau. hehe..

Pemilihan urusetia /petugas pun sangat limited. Maybe sebab guests pun tak ramai so need urusetia ramai-ramai. Rezeki kali ni masih terpilih untuk bertugas sebagai usherer lagi sekali. Yela, dok office je kadang bosan juga. hehe..


Beginilah suasana event WFSD kali ni. Di Dewan Serbaguna KKM, Kompleks E, Putrajaya.


Hikmahnya event kali ni bila tetamu tak ramai, memudahkan tugas kami para urusetia. Majlis pun smooth je.. But this is the first time majlis KKM melibatkan Live Streaming dengan 15 buah negeri seluruh Malaysia which takde Kementerian lain pernah buat rasanya. Huhu..

Acara launching berjalan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah..


Nampak siapa tengah berucap kat belakang tu? Our YBMK laa. hehe.. Dato' Sri Dr. Adham Baba. Sepatutnya hero Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah pun join sekali tapi tak dapat hadir. Kalau tak mesti ramai berebut nak selfie dengan beliau.





Sempoi ja YBMK ni. Cuma sis tak sempat nak ajak bergambar dengan beliau. Nak tahan, segan pula. hehe.. Takpalah janji dapat jumpa depan mata dan mengenali, this is my Minister.


 

Ok dah habis acara, kami kasi pulun lah bergambaq! haha..

Inilah team kami.. Berempat jadi usherer lead by Nida, sebelah sis.





Kami hanya sempat bergambar dengan Dato' Dr. Rohaizat yang dah bersara tapi dipanggil bertugas balik di KKM bagi membantu menguruskan kes Covid-19.

TQ Dato' sudi luangkan masa snap gambar dengan kami.





Happy World Food Safety Day!!


Ok tahniah to my division, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan for organizing this sweet and simple event. To all my friends here, always utamakan keselematan makanan dan elakkan keracunan makanan ok!



Misya : Pantang tengok dapur kotor.


Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...