Tuesday, June 30, 2020

Resipi Almond Cluster guna 2 bahan sahaja

Salam. Ahha cluster dalam entry ni tiada kaitan dengan kluster Covid-19 ya. hehe.. But nak share resipi yang tersangatlah mudah iaitu Almond Cluster dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja! Bila-bila masa pun boleh buat untuk makan kudap-kudapan. Rasanya pun sangat-sangat sedap! Jom try buat..



Bahan-Bahan

Almond Stripes
Milk (Chocolate) Compound (Saya guna jenama Beryl's)

p/s : Untuk 250 gram almond, saya gunakan 500 gram chocolate compound.



Kaedah Membuatnya

1. Sangai (Bakar) almond stripes dalam oven dengan suhu 160°c selama 10-15 minit. If takde oven, sanggai atas dapur biasa pun boleh guna kuali. Makesure ianya berwarna kekuningan dan jangan sampai hangus Boleh balik-balikkan bagi rata. Tujuannya nak bagi almond tu rangup dan tak cepat lemau.





2. Panaskan chocolate compound menggunakan api perlahan atau double boil sehingga cair. Padamkan api dan masukkan almond stripes yang telah dibakar tadi. Gaul both bahan sehingga rata.





3. Then, sudukan atas tray ikut bentuk yang diingini. Certain orang letak dalam paper cup pun boleh. Next masukkan dalam peti sejuk dalam 5 minit.



4. If betul-betul sejuk, automatik almond cluster ni mudah ditanggalkan dari tray. Bolehlah dimakan terus begitu sahaja. Selebihnya simpan dalam balang kedap udara dalam suhu bilik. Jangan simpan di tempat panas nanti cair pula. 






Misya : Peminat coklat.







Monday, June 29, 2020

Genap 3 bulan usia Dhiya Soffea

Salam. Tiada yang lebih indah apabila melihat senyuman anak yang dikasihi. Happy 3rd monthsversary Dhiya Soffea! Alhamdulillah hari ni 29 Jun 2020 genap usia BabyS 3 bulan. BabyS juga membesar dengan sihat dan cergas.


Syukur sangat-sangat BabyS pun jenis tak kuat meragam. Walaupun fully breastfeed but takdelah asyik nak mengempeng 24 hours. Huhu. Once bagi bila dah kenyang dia terus stop dan tertidur. Tidur malam pun dari tengah malam (jam 11@12 pm/ sampai hampir Subuh baru BabyS terjaga. Allahuakbar memang senang nak jaga. Moga BabyS membesar jadi anak yang baik dan berguna kepada family, bangsa, agama dan negara in future. 

So far dah 3 bulan usianya ni BabyS dah pandai respon orang senyum kat dia. Macam-macam bunyi dah dia pandai buat. Kira BabyS ni sejenis yang ceria orangnya. Beza dengan kakaknya BabyE, kalau BabyS menangis terus bagi high-pitch. Haha. BabyE dulu start dengan mood sedih dulu then nangis sikit-sikit lama-lama baru high-pitch. Tak sangka bab nangis pun ada beza anak-anak ni ya. Huhu. Ingat sama je semua baby.

Dah pandai ajak orang borak-borak ngan dia. Mulut tu dah start nak cakap macam-macam. Tak tahu lah nanti dah besar sikit berdebatlah dengan kakaknya kot. Hehe. Takpelah nak, janji kamu membesar dengan sihat dan cergas. 


Misya : Sentiasa doakan anak-anak dilindungi Allah swt.

Friday, June 26, 2020

3 lagu berbeza, 1 melodi yang sama (Children's Songs)

Salam. Sejak PKP, bila duh rumah dengan anak macam biasalah sometimes kena melayan kehendak Erina nak tengok lagu-lagu favourite dia melalui YouTube kat TV. Bagi dalam sejam camtu untuk puaskan hati dia. Yang best 3 bulan ni bermacam jenis lagu kanak-kanak yang sis belajar. Bukan anak je hafal, mak dengan bapak pun sama terjebak! 

Setelah sis kaji dan perhatikan di usia sis yang bakal mencecah 34 tahun (bocor rahsia, hehehe..) baru sis perasan ada 3 songs yang selama ni kita dengar dari kecil rupa-rupanya menggunakan melodi lagu yang sama. Tapi kita (dalam hal ni, sis la) langsung tak perasan ingatkan ketiga-tiga lagu ni berbeza sebab liriknya berbeza.

3 lagu tersebut adalah Twinkle Twinkle Little Star, ABC dan Baba Black Sheep. Mula-mula tak perasan, tapi bila dengar anak nyanyi berulang kali baru perasan 3 lagu ni memang menggunakan melodi yang sama. Tetiba rasa macam kanak-kanak ribena pulak bila sis dapat tahu. Hihihi.. Yela masa kita kanak-kanak follow jela orang lain nyanyi. Tahu-tahu dah terpahat dalam minda lagu-lagu ni until now.

Bagusnya lagu-lagu ni membuatkan Erina jadi cepat hafal sesuatu benda. Vocabulary nya pun semakin bertambah. Alhamdulillah.. Walaupun ada lagu-lagu baru macam Baby Shark but still lagu-lagu lama ni bagus didengari. I thing sampai bila-bila pun lagu-lagu ni tetap jadi lagu kegemaran kanak-kanak. Dah jadi evergreen but still fresh untuk didengari.



Misya : Didik anak guna Bahasa Melayu dan English.

Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis Perencah Adabi

Salam. Semalam sebab terliur tengok blogger Wonderfull Jannah share air tangannya iaitu Nasi Goreng Ikan Bilis, so hari ni sis pun nak cuba juga. Tapi sis modified sikit ikut my version menggunakan perencah nasi goreng Adabi. Senangje resipi ni confirm makan sampai menjilat pinggan. Hehe..


Bahan-Bahan

Nasi Putih
Ikan Bilis
Perencah Nasi Goreng Adabi
Bawang Kecil 2 biji
Sayur Campur (Yang ada carrot, kacang peas & jagung)
Telur 1 biji
Isi Ketam (Jika mahu)
Sedikit Garam

Kaedah Memasak

1. Tumiskan hirisan bawang kecil sehingga kekuningan. 
2. Masukkan perencah nasi goreng Adabi. Then masukkan ikan bilis. Goreng semua bahan sehingga hampir garing.
3. Masukkan isi ketam dan sayur campur, kacau semua bahan sehingga rata.
4. Pecahkan telur dan kacau semua bahan. Letakkan 1 sudu kecil garam atau secukup rasa. Gaul semua bahan sehingga semuanya rata.
5. Akhir sekali masukkan nasi putih dan gaul kesemuanya sehingga masak. Siap dihidangkan.

Kalau rajin gorenglah menu sampingan seperti nugget/ keropok ikan / telur mata kerbau dan lain-lain sebagai penambah selera. Selamat bernasi goreng!


Misya : Masakan paling simple untuk habiskan lebihan nasi. 

Thursday, June 25, 2020

Apa nak buat dengan rambut BabyS ?

Salam. Satu lagi urusan tentang babyS selesai iaitu mencukur rambutnya dan ditimbang kemudian dinilaikan dengan harga emas semasa. Which hasil timbangan rambut babyS yang telah dicukur nilainya RM90.44 which boleh digenapkan kepada RM100.00. Agak banyak juga compare dengan kakaknya BabyE dulu nilai rambutnya dalam RM70.00. Walhal rambut dorang ni lebih kurang je bila lepas dicukur. Tapi maybe sebab mengikut nilai emas terkini, tak tahulah if nilai emas sekarang lebih mahal. But it's ok, takde masalah apa pun. Just sharing.. hehe..



Macam mana kami cukur kepala BabyS? Last time saya ada story kisah kepala BabyS berjaya dibotakkan dalam entry INI. So, dah tahu nilai rambutnya kena buat apa? Nilai wang tersebut perlulah disedekahkan kepada fakir miskin. Masa BabyE dulu, daddynya sedekahkan kepada salah seorang nenek saudara BabyE yang merupakan ibu tunggal dan tiada pekerjaan tetap. Untuk BabyS ni dah ada calon dah cuma belum berkesempatan untuk bertemu insan tersebut. Moga dipermudahkan urusan kami seterusnya. Kami pilih ahli keluarga yang susah terlebih dahulu. Sebab kadang-kadang kita sendiri terlupa yang kita ada ahli keluarga yang kurang berkemampuan tanpa kita sedari. So, dengan rezeki cahaya mata yang Allah kurniakan kat kami, kami panjangkan rezeki kepada ahli keluarga terdekat yang memerlukan pula. Dengan harapan kehidupan anak-anak kami juga sentiasa dipermudahkan. Amin..


Misya : Mommy dulu lahir takde rambut. 

Resipi Sayur Kobis Masak Lemak

Salam. Kali ni sis nak share resipi sayur masak lemak which baru-baru ni sis ada share entry yang sis siapkan bekal makanan untuk husband sis, and one of lauk yang sis bekalkan adalah sayur kobis masak lemak. Boleh baca SINI. Nak belajar camne nak masak sayur kobis masak lemak ni? Jom scroll berikutnya.


Bahan-Bahan

Kobis
Carrot (Jika mahu)
Cendawan (Jika mahu)
Ikan Bilis/Udang Kering (Either one)
Bawang Besar (1-2 biji dikisar, 1 biji dihiris)
Santan Kotak
Cili Merah / Hijau
Cili Benggala (Jika mahu)
Garam

Kaedah Memasak

1. Kisar ikan bilis/udang kering dan bawang besar sehingga hancur.



2. Masukkan santan dalam periuk. Kemudian tuangkan bahan kisar ke dalam santan. On kan api dapur dan kacau bahan-bahan ini agar sebati. Biarkan dan selang-seli dengan kacauan hingga mendidih.




3. Lepas mendidih, masukkan sayur-sayuran yang kita dah potong dan basuh bersih-bersih seperti kobis, carrot dan cendawan. Macam saya suka sayur tu kelihatan berwarna-warni, tu yang letak macam-macam supaya tak pucat putih sahaja rupanya nanti. Even sayur lain pun boleh guna untuk menggantikan kobis.


4. Agak-agak dah nak mendidih sekali lagi, masukkan hirisan cili merah atau cili hijau atau cili benggala ikut suka. Juga hirisan bawang besar. Jangan lupa sedikit garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan siap dihidangkan.





Misya : Guna ikan bilis lebih tahan lama berbanding udang kering.

Non-stop makan Kacang Sedap Wany Snacks ni!


Salam. Siapa peminat kacang kat sini? Cubalah try Kacang Sedap keluaran Wany Snacks ni. Confirm start je makan, tak boleh non-stop! Sangat-sangat sedap, rangup dan cukup rasa lemak masin manisnya.


To be honest, sis bukan penggemar kekacang. Makan kacang banyak dalam hidup pun masa pregnant anak 1st. hehe. Sebab memang mengidam kacang tapi kacang yang jenis macam gajus atau pistachio camtu. But sis try kacang ni, terus wow! Sekali ngap, nak lagi dan lagi sampai hampir habis sebalang! Uish pelik tetapi benar. huhu

Siap ada tagline "Belum Rasa Tak Percaya, Dah Rasa Tak Boleh Berhenti Punya!" which memang benar buat sis non-stop makan kacang ni bila dah start. Aiyooo...

Actually ni kacang tanah bersalut tepung. Sis pernah ada experience makan kacang sebegini tapi keras sampai nak gigit pun kena kuat-kuat. Terus sis band makan kacang camni. Suddenly cousin sis kasi sis try this one, ok sis surrender! Memang rangup krup krap krup krap tak berhenti. Rasanya if korang peminat kacang tak cukup kalau order sebalang je.



Mana nak dapatkan kacang ni? Boleh roger my cousin Kak Yon di FB Norsham Yon Ali Affandi atau order je kat Shopee di shanaz_Gallery

Oh ya, kalau tak cukup beli dalam balang ni, haa boleh order dalam bentuk pek berkilo-kilo. Klik je whatsapp www.wassap.my/60177145931/kacangpekkiko



Misya : Husband tak minat kacang takut muka naik jerawat.

Chocolate Moist Cake bertukar menjadi Chocolate Larva Cake kerana Erina!

Salam. Baru-baru ni teringin nak makan chocolate moist cake. Sis ni takdelah pandai sangat buat cake. So belilah tepung kek coklat segera dari Shopee. Bagusnya tepung ni semuanya disediakan termasuk topping dan chocolate rice untuk hiasan kek. Tapi bila dah siap, tetiba Chocolate Moist Cake tu bertukar menjadi Chocolate Larva Cake. Potong je, terus mengalir toppingnya macam gambar kat bawah ni.



Asal-asalnya kek ni bentuk dia biasa je. Tapi mungkin kerana tengah kek ada lekuk sedikit dan anak sis si Erina yang sangat ringan tulang telah menabur chocolate rice di kawasan tengah kek sahaja menyebabkan topping tu mengalir deras lepas kek dipotong.

Ginilah rupa asal kek coklat moist sis.

Anak dara sorang ni tetiba rajin masuk dapur tengok mommy dia buat kek, dia pun nak menolong.

Sis kasi chance la kat dia suruh taburkan chocolate rice atas keliling kek. Tapi last-last dia letak chocolate rice tu kat tengah-tengah kek je. Banyak pulak tu! hahaha.. Puas sis pegang tangan dia suruh pusing keliling kek untuk tabur but still tengah-tengah juga dia stop. 

Dah buat salah, sengih-sengih kat mommy ya?


Tengoklah tu wajah notty dia after dah rosakkan kek sis. huhu.. Tapi bagus juga sesekali bagi anak explore benda gini. So dia tahu yang dia makan tu chocolate cake. Mana tahu if dah besar dia minat memasak boleh jadi chef kan?

Takpelah nak, janji boleh makan kek ni. Yang penting rasa kek ni sangatlah sedap. Nanti sis share tepung kek segera apa sis gunakan. Memang mudah dan sedap keknya. 




Misya : Kurang berbakat jadi baker.



Cara membuka akaun CIMB bank anak

Salam. Alhamdulillah selesai satu lagi urusan iaitu pembukaan akaun bank CIMB anak kedua saya, BabyS. Senang untuk depositkan wang simpanan nanti. Akaun CIMB untuk kanak-kanak boleh dibuka since lepas lahir lagi dengan syarat dah daftar kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 


Untuk CIMB, akaun anak bawah 18 tahun dipanggil Junior Savers Account. Nanti lepas buka akaun, anak akan dapat buku bank berwarna maroon ni. Bila-bila boleh hadir kat mana-mana Cawangan CIMB untuk update baki terkini akaun atau nak buat sebarang pengeluaran.

Di Putrajaya, saya ke CIMB Bank Cawangan Putrajaya di Presint 2 bertempat di bangunan Kementerian Kewangan Malaysia.


Saya cuba dapatkan waktu berurusan bank CIMB ni tapi hanya nampak signage waktu berurusan Fast Banking sahaja. But rasanya as always waktu urusan bank sama saja seperti bank-bank lain.


Ok, masuk je dalam CIMB ni nanti ada kaunter receptionist akan menyambut so informlah pegawai di situ untuk buka akaun bank CIMB anak. Then, terus je dia bagi nombor giliran. Tak perlu isi apa-apa borang pun. Yang penting, bawa dokumen-dokumen berikut :

- MyKad Ibu/Bapa/Penjaga (Siapa yang hadir ketika itu) (Ori)
- MyKid anak (Ori)
- Surat/Sijil Kelahiran anak (Ori)
- Wang deposit minimum RM100.00


Dah dapat nombor giliran, tunggu sehingga dipanggil oleh mana-mana kaunter. Proses pembukaan akaun anak memakan masa dalam 10-15 minit sahaja. After dah dapat buku bank anak, terus ke mesin deposit tunai (CDM) untuk depositkan wang RM100.00 (lebih pun boleh) ke dalam akaun anak. Dah deposit duit, kembali ke kaunter receptionist untuk update buku bank anak. Nanti terpaparlah jumlah wang yang telah didepositkan. Then, selesai. Oh ya, selain kemaskini buku bank, kita boleh juga semak akaun anak melalui CIMB Clicks. Dengan syarat kita sendiri memang ada akaun CIMB Clicks sebab dia akan auto-link kan akaun penjaga dan anak. Mudah je kan? Harap dapat membantu uols yang nak buka akaun CIMB bank anak mengikut prosedur terkini.



Misya : Saving anak boleh jadi lebih banyak daripada ibubapa.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...