Monday, June 22, 2020

Abby Abadi kembali dalam Gerak Khas

Salam. Hari tu saya ada terbaca yang pelakon Abby Abadi akan kembali beraksi dalam drama bersiri Gerak Khas yang semua tahu drama tu bertemakan kepolisian. Kira macam reunion la tapi Datuk Yusof Haslam minta Abby turunkan sedikit berat badan sebelum masuk ke set penggambaran. Huhu. Almaklum Abby dah lama tinggalkan dunia lakonan. Saya yang mendengarnya agak teruja lah nak melihat Abby berlakon semula dalam drama ni. Tapi sayangnya ex-heronya iaitu Dato' AC Mizal menolak untuk terlibat sama. Erm kalau tak mesti lagi best.


Last week saya sajalah tonton Gerak Khas di RTM2 tak sangka Abby dah start muncul balik. Cuma babak beliau pendek je untuk episod awal ni. Memang Abby nampak chubby sikit. Hehe. But saya rasa dia akan muncul lebih banyak lagi dalam episod-episod seterusnya membawakan watak Inspektor Aleza. Sejak dulu lagi watak ni dah sebati dengan Abby. 

Dah nama pun drama polis, ada aksi lasak-lasak, nak tak nak memang Abby kena fit kan badan semula. All the best Abby! Selamat kembali ke dalam Gerak Khas. Confirm ramai merindui kemunculan semula Abby Abadi dalam dunia lakonan.


Misya : Aktif kadet bomba masa sekolah dulu.

4 comments:

  1. Ada lagi drama GK ni ya...dah lama tak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ada lagi. Sy pun dah lama tak tengok. Tapi drama ni mmg tak pernah stop cuma maybe kurang publisiti, so ramai tak tengok sgt.

      Delete
  2. memang suka tgk gerak khas dulu2... semuanya kerana abby dan AC. Gerak Khas the Movie pun pergi tgk kat wayang

    ReplyDelete
  3. Come back untuk musim baru Gerak Khas. Masa kecil dulu selalu tengok drama ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...