Tuesday, March 29, 2011

Siapa tahu cara nak pakai shawl gaya camni?

Salam semua..:) Korang pernah tengok tak orang pakai shawl macam gambar kat bawah ni?



Sukanya tengok dorang pakai.. Tapi sampai sekarang aku tak tahu/tak pandai/ tak jumpa cara sebenar nak pakai shawl camni. huhu.. 

Aku sangat suka sebab dia macam terletak camtu je atas kepala ala-ala pakai sweater yang ada cap tu. Stylo but still comel gitew.. huhu. Lain daripada yang lain! Aku try-try wat sendiri tapi tak menjadi. Macam pelik je aku lilit-lilit. hehe.

Kalau korang semua tahu cara-cara nak pakai shawl camni, share lah ngan aku. Kalau ada tutorial, video atau gambar kaedah pemakaiannya lagi bagus!: Tolonglah ye.. huhu...


Cik Mesya : Tengah obses membeli and memakai shawl sekarang nih! huhu..

Monday, March 28, 2011

Perasaan aku bila 1st time gi audit HACCP!

Salam semua..=) Harap korang semua sihat.. InsyaAllah..:) Perghh hari ni penat teramat. Satu hari tak masuk office sebab keluar gi audit for HACCP certification kat Kilang sos di Kepong. Perjalanan yang sungguh mencabar! huhu. Nasib ada kak Huda yang tahulah selok-belok jalan kat Kepong tu. Punyalah sesak! Plus dengan driver yang masing-masing "kurang ajar". huhu. Nasib baik bukan aku yang drive. Kalau tak.. Ceh.. Poyolah konon..:p 

Pape pun this is my first time ikut auditor gi audit untuk HACCP. Seronok!=) Sebab dapat timba pengalaman baru. Kilang yang aku pergi ni tak berapa besar. Jadi kerja-kerja pengauditan lebih mudah. Sebab production plan dia tak besar and tak terlalu complicated. Produk dia pun tak banyak setakat 4 jenis sos. 

Mula-mula tu sesatlah. huhu.. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai di Kilang ni pada pukul 10.00 pagi. Masuk-masuk je Kilang ni dah terbau aroma buah tomato yang sangat masyuk!! huhu.. Lepas sedikit briefing, kitorang pun melawat sekitar kilang dari tempat pemprosesan, cookin area, packaging area, storage area dan sebagainya. Sambil-sambil audit tu kenalah check mana-mana kriteria yang tidak mengikuti syarat persijilan. 

Cerita punya cerita, korang tahu ke HACCP tu apa? huhu.. HACCP tu short form untuk Hazard Analysis for Critical Control Point. CCP ni biasanya terletak pada parameter yang digunakan seperti suhu, masa, dan sebagainya yang kita boleh ukur dan kawal julatnya supaya level kepersisannya tak lari jauh. Then, produk yang terhasil juga sentiasa konsisten dari segi kualiti, saiz, berat, dan sebagainya. Jadi, kilang-kilang makanan yang apply untuk dapatkan sijil ni perlu menjalani proses audit. Bermula dengan pre-liminary audit, compliance audit, and surveillance audit. Kalau untuk renewal, juga perlu audit untuk renewal. Kalau tiada CAR (Corecttive Action Requirement) yang perlu diambil, baru sijil akan diberikan. Kalau baca ni, nampak macam senang. But its not easy to become auditor. Kena ambil kursus dan dilantik sebagai auditor baru leh audit. Aku ni kebetulan kena attachment dengan seksyen audit jadi peluang gi audit ni takkan disia-siakan!:) 

Walau pun penat tapi bestlah sebab dapat belajar bagaimana audit dijalankan. Document checking je mengambil masa beberapa jam to ensure semua process flow dalam penghasilan produk makanan mengikut spesifikasi ditetapkan. Then kena makesure semua setiap CCP dipantau setiap masa bagi menjamin konsistensi kualiti produk. Kalau nak cerita tentang HACCP ni memang panjang. Nasib baik dulu aku practical kat Kilang Roti yang memang menjalankan HACCP ni. So, pengalaman practical tu aku gunakan sikit-sikit dalam audit hari ni. Kira takdelah terkejut beruk tengok bertingkat-tingkat dokumen yang perlu disemak. huhu..

Tu jela kot aku nak story hari ni.. Aku harap 1 hari nanti aku dilantik sebagai auditor. Amin..:) Teringin nak gi kilang-kilang makanan yang lebih besar macam Nestle ke, Yakult ke, Gardenia ke... Nak tengok camne dorang hasilkan produk makanan. Inilah salah satu tugas aku sebagai Food Technologist.=) Tapi aku masih  baru dan lambat lagi nak jadi auditor. Sebab auditor ni biasanya dah bekerja selama 5 tahun ke atas. Pape pun thanks to En. Amran, Kak Huda and Shahrul yang banyak beri tunjukajar semasa audit tadi. :)

Tapi kalau aku jadi auditor, mesti aku ni jenis straight kot. Ada CAR je, siaplah! huhu.. Yela, kena makesure produk makanan yang dikeluarkan selamat untuk dimakan oleh pengguna. Berat tanggungjawab tu tau.=)

Okla, tu je nak story. Aku tak leh cerita detail sangat tentang kilang ni. Tapi don't worry, kilang ni ok je. Sos dia ni tak lama lagi akan dipasarkan ke US tau. Siap ada branch kat Australia lagi. Ok, jumpa di entri lain.. Take care semua. ^_^

Salam...


Cik Mesya : Aku ni jenis tegas (+ garang) sikit, habislah company makanan kalau kena audit ngan aku. ngehehe..;))

Friday, March 25, 2011

Hebat sangat ke DSAI??

Salam semua.. Wah, tajuk entri pon dah panas! huhu.. Korang tahu ke siapa DSAI tu..? Cuba teka.. huhu.. Kalau korang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair kita yang tercinta ni, mesti kenal DSAI ni siapa.. Beliau adalah tokoh politik paling hebat di alaf ini. huhu.. Hebat kerrr...???;) Siapa lagi kalau bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim.. Short form nya DSAI..=)

Huhu.. Buat penyokong DSAI, jangan marah-marah dulu.. Don't worry, saya adalah penyokong setia DSAI tau!:) Yes, memang DSAI ni hebat. Walaupun tak pernah bertentang mata, bertemu muka, tapi saya tahu beliau adalah sangat hebat. How you know Cik Mesya??;)

Actually sejak aku berusia 12 tahun aku dah mula kenal tentang politik. Tabiat aku dari kecil, aku suka mendengar orang dewasa bercerita then kadang-kadang suka menyampuk. hehe.. (pastu kena marah):p Masa tu orang-orang politik yang popular adalah Tun Mahathir a.k.a Cik Det dan juga DSAI. Tapi dalam pada-pada hebatnya Cik Det masa tu, aku tetap tertarik pada DSAI. Aku suka dengar cerita tentang beliau. Bila tengok gambar dia kat paper dan TV, sejuk je memandang berbanding tengok Cik Det. Bayangkan, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun boleh suka kat ahli politik! haa... Jangan fikir serong ok! Cubit karang! huhu..

Tapi seriously, aku tertarik dengan kepimpinan dia. Ayah aku pernah cerita.. Masa DSAI masih jadi Menteri Kewangan, DSAI sangat mesra dan ramah dengan kakitangan kerajaan. Dalam majlis-majlis rasmi (contoh: Majlis Hari Raya), DSAI suka round 1 kawasan majlis dan bersalaman dengan semua kakitangan. Dan ketika itu, ayah aku juga sempat bertemu empat mata dengan pemimpin hebat ini. DSAI seorang yang suka berjenaka, mesra rakyat dan sangat disegani oleh rakyat. Suka gila aku dengar cerita ayah aku ni. huhu..

Selepas je beliau dipecat daripada UMNGOK, oppss! UMNO, terus beliau jadi perhatian 1 dunia! Ramai gila penyokong beliau mengadakan demonstrasi dan melaungkan REFORMASI di bandaraya KL. Aku pernah sekali melalui kawasan demonstrasi diadakan, kebetulan aku sefamily lalu situ, perghhh..! Memang semangatlah dorang nih! Yang muda, tua, lelaki dan wanita berganding bahu memberikan sokongan terhadap DSAI dan meminta Cik Det letak jawatan. Sampai kereta-kereta yang lalu pun turut membuka tingkap, dan sama-sama melaungkan Reformasi.. And yang paling kelakar, ada kereta tu siap keluarkan gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz! haha.. Memang semangat tul! So, DSAI memang hebat! Seluruh rakyat Malaysia bangkit masa tu demi pemimpin yang sangat disegani dan disayangi ini.:)

Aku pernah tonton video semasa DSAI ditangkap polis. Aku rasa sedih sangat-sangat kenapa beliau ditangkap dengan cara yang sungguh dasyat! Polis datang dengan memakai topeng dan memegang senjata, menyeludup masuk ke dalam rumah DSAI melalui tingkap dan sebagainya. Macam nak tangkap penjenayah berbahaya di dunia! Masa tu rumah DSAI penuh dengan penyokong-penyokong yang ingin mendengar ceramah beliau. Ramai yang menjerit-jerit dan menghalang polis menangkap DSAI masa tu. Siap ada wartawan mat saleh tau masa tu. Sungguh memalukan polis Malaysia ni. Aku bukan nak blaim polis tak tentu pasal tapi bila tengok kekejaman pasukan FRU semasa demonstrasi dijalankan dalam video tu, sedih sangat-sangat. Wanita dan lelaki diseret je atas jalan untuk ditahan. Siap yang dipukul berdarah-darah. And ada juga polis melepaskan tembakan! Kejamnya!!

Sehingga hari ini, aura kehebatan DSAI tak pernah surut. Kenapa musuh-musuhnya sangat takut dengan DSAI? Aku sungguh pelik! Tu sebab aku buat entri ni. Hebat sangatkah DSAI sampai pelbagai jenis manusia dari segala macam jenis buat macam-macam fitnah terhadap DSAI? Seolah-olah musuh-musuh DSAI ni sangat takut dengan kehebatan DSAI dan sanggup create macam-macam fitnah untuk jatuhkan DSAI. Dorang ada buat salah ke pada DSAI? Kot-kot DSAI ni akan bocorkan rahsia dorang kot. Ni kebetulan nak pilihanraya Sarawak. Perghhh... Memang nampak sangat! Dorang memang takut dengan DSAI. Sampai sanggup menggunakan taktik kotor untuk jatuhkan DSAI. Dari isu liwat si jantan lembik SAIFUL BUKHARI (member2 lelaki aku semua malu ngan perangai jantan ni), dari penjajaan fitnah oleh perempuan takde akal UMMI HAFILDA (lagi malu ngan perempuan sebegini), now kes video 18sx DATO' T pulak... Haish... Naik muntah, muak, jelak dengan permainan politik camni! Takde isu lain ke dorang nak mainkan? Balik-balik liwat, seks, liwat.. Lepas ni apa pula...~~~

Kes-kes berprofil tinggi macam altantuya tu apa cer? Yang rais yatim rogol amah tu apa cer? kes rasuah khir toyol apa cer? kes pemimpin makan rasuah dilantik jawatan-jawatan tinggi, ape cer? isu-isu rakyat: minyak naik, harga barang naik, gaji rendah, kemiskinan, gejala sosial, budaya sekularisme, dan sebagainya, apa cer? Ni semua bukan aku yang create tapi dah memang pernah terpampang di dada akhbar dan pelbagai sumber lain. Adil ke dorang ni? TV semua takleh pakai. That's why sejak aku mula memasuki alam persekolahan menengah, aku dah tak suka tengok TV. Sebab dorang suka menipu. Semua diputarbelit. Kawan-kawan aku kat sekolah yang memang mentah masa tu percaya je bulat-bulat apa dorang nampak dan dengar. Tapi Alhamdulillah mungkin aku dikurniakan akal yang panjang sikit, aku boleh berfikir segala sandiwara dan propaganda kerajaan masa tu. huhu..

Berani sungguh aku kan? Tapi ni blog aku, hak aku nak bercerita. Tiap orang ada tokoh favourite masing-masing. Kan? So, aku kagum dengan DSAI, jadi aku buat entri khas ni untuk DSAI. Apa yang aku cerita dalam ni bukan aku reka-reka tapi aku suka baca, lihat, fahami dan hayati apa yang aku dapat dari sumber mana pun. Kalau ada yang tak suka, minta maaflah. Aku bukan lagi rakyat yang berfikiran kolot dan duniawi semata-mata. Sebagai orang muda, generasi masa hadapan yang akan memimpin Malaysia. Kalau kita masih berfikiran di takuk lama, em sampai kiamat lah tiada perubahan. Tanpa pembangkang, musnahlah Malaysia ni diperlakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tak tahu kesusahan rakyat. Bagus tau ada pembangkang. Kalau takde, kita semua akan jadi pak turut kepada 100% perkara yang kerajaan buat. Fikirkanlah...
 
Buat DSAI, semoga anda tabah hadapi cabaran dan dugaan di dunia ini. InsyaAllah besar pahala anda dan ganjaran di akhirat nanti bagi orang-orang yang bersabar. Sesungguhnya saya amat kagum dengan DSAI yang sungguh tabah hadapi semua ni. Juga semoga Datin Seri Wan Azizah dan anak-anak juga tabah dan sentiasa bersemangat meneruskan perjuangan kalian! Lawan tetap lawan!!! Kalah di sini tetap menang di hati kami semua..=))))

Selamat berjaya DSAI!!:)



Cik Mesya: Tunggu jela pilihanraya nanti..;))))

Friday, March 18, 2011

Kuasa Sang Pencipta.. Tsunami di Jepun, bukti kiamat semakin hampir..


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 




Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.


Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.



::Credited to Jeming::


Cik Mesya : Sesungguhnya tiada siapa yang dapat melawan kekuasaan Allah s.w.t.. Wallahualam.. 

Thursday, March 17, 2011

Cik Syahirah tukar header lagi!! hehe..

Salam semua.. I'm back with new header! hehe.. Sekali-sekala kenalah tukar citarasa juga kan? huhu.. So kebetulan aku baru je photoshoot untuk Orange Photography hari Ahad lepas, jadi petang tu aku jalan-jalan kat Pullman Putrajaya with Mr. J. And dia pun try-tryla bakat jadi photographer.;p Balik tu aku edit-edit gambar dan banyaklah gambar-gambar yang terhasil.. Thanks Mr. J cause sudi temankan saya gi Studio Orange hari tu.. Em aku rasa aku tak menang kot sebab ada lagi peserta yang lebih cantik dan berbakat lebih sesuai untuk menang.:) Pape pun good luck to semua contestant. Sorang je pemenang yang akan terpilih.. Memang lagi sukar lah sebab saingan sengit. huhu.. Tapi pape pun Orange Photography ni memang best!! Layanan sangat baik dan mesra pelanggan. Giteww...:) Tak menang pun takpela asalkan ada experience gi photoshoot modelling kat studio.=)

Hasil photoshoot at Studio Orange Photography ..

Cenderamata special from Orange.. Sebuah frame gambar.. Nice!=)

Wah, excited plak cerita story pasal Orange ye. hehe.. Walaupun aku dapat rasa aku tak menang pun tapi aku suka contest ni sebab memberi peluang untuk aku melangkah ke dunia model. InsyaAllah..=) Juga thanks wat Zariya Collection atas T-shirt yang sungguh cantik dan selesa tu. Sempat aku beli secara online tau. huhu. So, aku sharelah beberapa foto yang aku shoot kat area Pullman tu..


"Nostalgia de amor" hehe.. Thanks laling! huhu



Sebenarnya tujuan asal entri untuk story about new header blog aku. Tapi tersasul plak cerita lebih-lebih benda lain. huhu.. So, Selamat Tinggal header lama and Welcome to header baru. hehe.. Thanks to my love Mr. J yang sudi jadi photographer tak rasmi kat Pullman hari tu. Itulah tempat pertama kitorang date dulu. hehe..@_@ Nostalgia beb!!;) So, jumpa lagi di lain entri. Papai.. 
Goodbye to header lama..=)


Cik Mesya : Sempat lagi update entri di malam-malam Jumaat ni ye.. huhu.. Tapi dah mengaji Quran dulu tau. Tu paling penting!=)

CONTEST : PHOTOSHOOT PERCUMA bernilai RM150 anjuran Faridism Photography

Assalamualaikum... Contest again!! hehe.. As usual aku suka join contest-contest berkaitan dunia modelling. But mestilah bertepatan dengan karakter aku sebagai Muslimah. So, now nak story tentang contest baru yang aku join anjuran FARIDISM photography (emm unique name) =).. First time aku tertarik tentang contest ni adalah disebabkan hadiah yang ditawarkan iaitu sesi photoshoot bernilai RM150.00. Menarik kan? Kalau tak percaya, boleh tengok kat blog FARIDISM photography ni..:)

Syarat-syarat contest, seperti biasa kena jadi follower blog FARIDISM dulu.. Done!=) then kena buat entry tentang contest ni. Mestilah sebab kalau tak camne penganjur nak tahu peserta tu join ke tak. huhu. Pape pun aku dah tengok hasil photoshoot Faridism ni. Sangat creative! I like! hehe..

Oklah taknak story panjang-panjang sangat nanti penat Faridism nak baca. huhu. Jadi, SEBAB apa aku harus dipilih untuk menang?? (Ni memang syarat penyertaan ye.. huhu) Aku rasa aku harus menang sebab aku memang dah jatuh cinta dengan dunia modelling especially photoshoot modelling. Tujuan utama aku menceburi bidang modelling ni adalah nak cari pendapatan sampingan sebenarnya. Kalau ada jodoh, InsyaAllah bolehlah aku gunakan pendapatan sampingan ni untuk membantu family dan si dia menyediakan keperluan majlis kami nanti. InsyaAllah. Tapi untuk contest ni hadiahnya bukan berupa wang tunai atau bayaran photoshoot. So, nape aku masih perlu menang?? huhu. Macam aku cakap awal-awal tadi, aku memang suka pada dunia photoshoot modelling. Aku banyak explore dalam blog-blog lain dan rakan-rakan yang pernah jadi model, membuatkan aku tertarik sangat-sangat nak jadi macam dorang. yang cantik-cantik, menawan dan gorgeous! Then, sekurang-kurangnya aku boleh tolong promote pakej FARIDISM photography ni supaya gunakan khidmat dorang. Ala-ala duta kecil.:) Sejak kecil memang aku suka bergambar. Bayangkan umurku baru mencecah 2 bulan dah ada  1 album gambar penuh!   huhu. (Zaman dulu kan susah nak tangkap gambar) Now aku dapat lihat banyak peluang-peluang nak jadi model ni. Sejak dari bangku sekolah ramai kata aku sesuai jadi model. Masa tu blur-blur lagi. huhu. 

Wow!! Panjangnya! hehe.. Tapi seriously aku memang nak menang sebab bukan semua orang bertuah dapat peluang sebegini. Aku ada juga join contest lain dan setakat ni hanya 1 sahaja yang berjaya sebagai pemenang. Yang lain masih dalam peringkat saringan. Harap-harap adalah rezeki untuk aku. Amin...

Next! TEMA photoshoot idaman aku sejak dulu adalah aku seorang diri berada di taman bunga yang sungguh indah dan cantik. Dikelilingi bunga-bunga segar dan rumput yang menghijau.. Itulah keindahan alam ciptaan Tuhan dan aku teringin mengekspresikan diri aku dengan alam semulajadi macam dalam gambar bawah ni...=)


 Tak lengkap  photoshoot tanpa pakaian atau props yang cantik kan? So aku teringin sangat nak pakai long dress macam girl dalam gambar bawah ni untuk photoshoot tu. Tapi taknak macam pengantin pula. (hilang seri nanti) hehe.. Berlari-lari di taman ala-ala bidadari kayangan kononnya!@_@ hehe..
 
Tapi apa-apa pun tetap mengekalkan ciri-ciri wanita muslimah seperti ini..:)

So, who i want to tag?;) 

Yang ditag jangan risau ye.. Kalau nak join pun boleh..:) Just sebagai cukupkan syarat penyertaan and korang kena tahulah aku join contest ni. huhu.. Thanks tau!^_^

Pape pun thanks wat FARIDISM photography yang anjurkan contest menarik camni. Kalau terpilih sebagai pemenang, terima kasih sangat-sangat. Really appreciate that. InsyaAllah...=)


Cik Mesya : Teringin nak belajar tangkap gambar plak..;)

Tips memilih pakaian mengikut kesesuaian bentuk badan

Morning semua!!=) Korang nak tahu cara memilih pakaian yang sesuai mengikut bentuk badan korang? Lets see the tips below..;)






Segi empat bujur

Wanita mempunyai garis pinggang yang kecil atau tiada langsung. Bergantung kepada berat badan atau ketinggian masing-masing, keseimbangan badan mampu diraih dengan menggunakan pakaian berlapik bahu, pemakaian vest, jaket atau fabrik lembut untuk pakaian bahagian atas.

Berlian

Bentuk Berlian dikategorikan untuk wanita yang mempunyai perut atau pinggul yang agak besar daripada bahagian dadanya. Untuk menampakkan bentuk badan seakan kurus perlu mengenakan aksesori leher yang labuh, pakaian bercorak sederhana, warna gelap atau gaun tanpa pinggang dan vest terbuka.

Bujur telur

Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana.

Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

Hourglass

Bentuk Hourglass diandaikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini memiliki ukuran dada dan pinggul yang agak sama. Sementara ukuran pinggangnya lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) lebih kecil daripada dada atau pinggulnya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti itu sesuai dengan apa saja pakaian. Membeli-belah cukup mudah untuk mereka.

Segi tiga terbalik

Bentuk badan seperti ini juga yang kedua paling diimpikan oleh wanita. Bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah.

Untuk menyeimbangkan bentuk badan itu, mereka harus memilih skirt bergaris A, tekstur yang garang, corak bergaris mendatar serta seluar labuh. Atau meminimumkan bahagian atas badan dengan mengenakan blaus berkolar luas, corak bergaris menegak dan tekstur fabrik halus.

Segi tiga (buah pir)

Bentuk badan yang biasa dimiliki oleh wanita. Bahagian pinggul lebih besar daripada dada. Wanita seperti itu perlu mengenakan pakaian yang mempunyai pelapik bahu, ia adalah aksesori penting mereka. Selain itu warna gelap termasuk hitam adalah sesuai pakaian untuk bahagian bawah seperti skirt atau seluar.


:: Credited to Dhani Fahrian & Taufiq Zakir ::
Cik Mesya : Pape pun bagi wanita muslimah, mestilah sopan dan menutup aurat tau!:)

Wednesday, March 16, 2011

Aku dah ada 50 FOLLOWERS!!=)

Assalamualaikum semua.. Welcome to my blog! hehe.. Em baru aku perasan selama aku berblogging ni bilangan follower aku dah bertambah.. Alhamdulillah..:) Belum sampai setahun aku memasuki dunia blogging ni, aku berjaya mengumpulkan 50 orang followers!=)

Terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda semua. Walaupun mostly aku tak kenal dorang tapi dengan dunia blog ni macam-macam benda dapat aku pelajari.. Thank you semua!!^^


Wah, over ye cik mesya! huhu.. Orang lain ada yang beribu-ribu dah follower.. Aku baru je nak bertapak dalam penulisan blog ni. Pelbagai perkara suka-duka aku alami selama berblogging ni. Semuanya mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan.:)

Kena kutuk-kutuk tu dah jadi lali dah. Aku ingatkan aku sorang je yang kena benda-benda camtu tapi bila tengok blogger-blogger lain even yang dah famous sangat-sangat pun alami benda yang serupa. Kena kutuk, maki, hina, carutan, kritikan dan sebagainya dah tak kisah dah. Yang penting tujuan kita berblogging untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat diri kita dan orang lain. Ni hak kita untuk bersosial tapi ada batasnya. Kena pandai pilih apa yang perlu dan tak perlu untuk ditulis. Sebab kadang-kadang benda tu boleh memakan diri kita balik. Tul tak?

Thanks to my visitors...^_^ (Ni sebahagian je..)


Awal-awal dulu aku rasa blog aku lebih bersifat emosional. Biasalah, tak biasa kan.. Pastu main tulis je apa yang aku nak tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri dan orang lain. huhu.. Alhamdulillah sekarang aku rasa lebih matang dalam penulisan aku. Masih ada sifat gila-gila tu tapi untuk luahkan sesuatu yang terlalu bersifat peribadi tu tak sesuailah.. Kan?;)

Pape pun thanks kepada kawan-kawan di luar sana yang sudi menjenguk blog saya ni. Yang sempat singgah di chatbox, terima kasih atas kesudian korang meninggalkan jejak korang di situ. Yang mana rajin, jangan lupa letak wajah (gambar profile) korang kat ruangan Skodengers Face (left sidebar) tu ye.. huhu. Senang kalau ada masa aku jenguk-jenguk blog korang pula.=)

So, a big smile from me to all my followers!!=)))))) Selalu-selalu datang jenguk ya.. Thank you..=)


Cik Mesya : Seronok bila dapat kawan baru!!^__^ Selamat berkenalan semua..

Top 15 untuk BUTIK MAMA!! Syukur..=)

Syukur Alhamdulillah..:) Percubaan kali kedua dalam Pencarian Gadis Ainna Scarves anjuran Butik Mama membuahkan hasil!! Kalau korang selalu follow blog aku ni, for sure dah tahu kegilaan aku terhadap contest pencarian model muslimah. huhu. So, ni salah satu yang aku sertai.

Alhamdulillah aku terpilih dalam Top 15. Syukur..=) Mungkin disebabkan gambar yang aku hantar sebelum ni kurang menepati citarasa juri Butik Mama, so aku hantarlah gambar yang lebih sesuai..

Pusingan 4.. Tidak berjaya....

Pusingan 5.. Terpilih dalam Top 15...

Thanks to Butik Mama!!:) InsyaAllah will do the best for the next level.. Harap-harap berjaya terpilih sebagai pemenang. Amin..=)

Syukur Alhamdulillah.. Thanks to all voters and supporters yang sudi mengundi. Much loves from me..^^

Before this aku pernah join contest yang sama untuk pusingan 4 but unfortunately tiada rezeki untuk layak ke peringkat seterusnya iaitu Top 10. Memang agak frust jugalah sebabnya aku bertungkus-lumus kumpul vote dan berjaya dapat vote paling tinggi berbanding contestants yang lain. Tapi apakan daya, 70% markah datang daripada juri Butik Mama sendiri dan hanya 30% sahaja diambil daripada undian. So, kalau dapat 1 vote je pun tapi dapat full marks 70, dah boleh terpilih untuk next level. Yang paling aku frust, siap dah beli tau Busainna dan Tudung Ainna untuk bergambar! huu sedey..

Jadi, dengan kecewanya aku mengumpul semula semangat dan kekuatan untuk terus berjuang dalam pusingan ke-5! huhu.. Actually aku admire ngan jubah-jubah dan tudung Butik Mama ni. Murah dan selesa! Compare tu other brand yang lebih mahal dan kurang sesuai untuk semua functions. Aku pernah pergi ke Butik Mama ni kat Bangi. Memang menarik design butik ni. Ala-ala fashion designer yang terkenal seperti Rizalman, Joe Radzwill dan sebagainya. Banggalah juga dapat melangkah ke butik yang dimiliki oleh wanita Melayu yang sangat grand. huhu..

Excited dapat gi Butik Mama @Bangi. huhu.. Thanks to Mr. J yang sudi temankan saya ke sana.=)

Kalau korang nak tengok koleksi busana dan tudung yang dikeluarkan oleh Butik Mama ni boleh tengok kat www.butikmama2u.com. Boleh order secara online tau! Nak jadi pengedar pun boleh.. Just hubungi je butik ni.. Then, korang leh bergaya dengan busana muslimah moden tapi tetap mengekalkan ciri-ciri kesopanan sebagai wanita muslimah..:)

Melalui contest ni juga aku dapat berkenalan dengan peserta-peserta lain melalui facebook. Walaupun baru kenal tapi dorang sangat sporting dan baik budi pekerti.=) Antaranya macam Kak Mysha, Ayu, and Dayang. And dorang pernah jadi model tau.. Bilalah giliran aku pula.. huhu.. Doa-doakanlah k..:)

Cik Ayu.. First time tengok dia, teringat Nora Danish!=) Aku suka design busana dia pakai ni. Sangat sweet tapi sayang dah sold out. huhu..

Dayang.. Suka tengok gambar-gambar photoshoot dia.=) Dia pernah terpilih untuk Photoshoot Exclusive Butik Mama tau.. Ni salah satu tudung yang digayakan. Aku suka warna ni. Sweet! huhu..

So, for the next step, aku diperlukan untuk menghantar gambar kepada Butik Mama dengan menggayakan Busana dan tudung keluaran Butik Mama.. Harap-harap ada lah rezeki untuk kali ni. Peserta-peserta lain pun cantik-cantik dan hebat-hebat juga..=) Good Luck untuk semua k! Kalau ada photoshoot exclusive untuk semua Top 15 kan best! huhu.. Ok papai semua..\^_^/



Cik Mesya : Nak minta tolong siapa ek untuk tangkap gambar aku pakai baju Butik Mama ye.. huhu. Kak Adah! hehe..;)





Tuesday, March 15, 2011

Perhatian kepada kaum IBU! Jangan pakai botol susu bayi polikarbonat!!

PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.

Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.  

Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web KEMENTERIAN-KESIHATAN-MALAYSIA atau BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN.  

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
 14 MAC 2011 


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Cik Mesya : Nasib baik belum ada anak lagi. hehe.. Panduan untuk masa depan.=)

Monday, March 14, 2011

AMARAN!! Pencemaran radiasi nuklear mungkin berlaku??



Ni info yang aku dapat daripada Mr. J dan juga rakan-rakan dari facebook. Kesan daripada gempa bumi dan Tsunami yang melanda wilayah Honshu di Jepun telah menyebabkan loji nuklear di negara tersebut meletup dan boleh mengakibatkan kesan radiasi kepada manusia sekitarnya. Kalau dengar pasal nuklear ni, for  surelah kesannya memakan masa agak panjang dan sukar dipulihkan. Pape pun kalau betul pencemaran radiasi telah berlaku, sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga sebab kesan nuklear ni boleh merebak ke merata tempat sehingga beribu-ribu batu jauhnya!!




WARNING!!!

 A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. 

If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be 

sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. 

You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass,

stay safe and remind everyone you know... PLEASE ALERT!!!




Cik Mesya : Kalau setakat khabar angin, Alhamdulillah.. Biasalah orang suka sangat menyebarkan mesej-mesej palsu untuk menakutkan orang ramai. Hmm...

Mustahil ke nak berubah?


Salam semua.. Aku tertarik dengan satu artikel dalam web IluvIslam.. Berkenaan dengan keinginan manusia untuk melakukan perubahan. Bagus artikel ini sebab kebanyakan manusia sukar nak lakukan perubahan terutama kepada perubahan positif. Tapi tiada yang mustahil kalau kita sentiasa istiqamah dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi kepada mereka-mereka di luar sana, anda semua boleh berubah jadi lebih baik dan janganlah memperlekehkan orang lain yang ingin berubah jadi lebih baik. Bagilah sokongan dan dorongan kepada mereka untuk menjadi insan berguna di dunia ini. Soal niat atau sebagainya itu urusan Allah s.w.t.. Kalau baik niatnya, baiklah jadinya. InsyaAllah..=)
Jom baca!!

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur (sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien).
:: Credited to iluvislam.com ::

Cik Mesya : Kalau nak berubah, biar disebabkan ikhlas atas keinginan sendiri. Bukan atas sebab lain seperti cinta, pengorbanan dan sebagainya. Kalau tak, perubahan itu hanya bersifat sementara dan akan memburukkan lagi keadaan sedia ada. InsyaAllah, Dia akan memberi petunjuk kepada kita kalau kita ikhlas mahu berubah..=)

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...