Hai semua..
Yesterday i tengok movie kat TGV Mines. Dah lama tak tengok wayang sebenarnya. Lepas habis kerja kat office aku pun bergeraklah ke Mines with my Mr. J. Plan asal just nak gi makan je tapi masa masih awal. Try lah survey-survey kat kaunter TGV, movie apa yang tengah ditayangkan. Kitorang taknaklah balik lewat sangat. So, tinggal 2 options je masa tu. Filem Burlesque atau Kembar Siang. Yang lain-lain semua habis lewat malam. Bila fikir-fikir, baik ambil cerita omputeh sebab cerita Melayu ni tunggu Hari Raya nanti mesti keluar kat TV. So, kitorang pilihlah cerita Burlesque..
Counter girl tu kata, cerita ni dilakonkan oleh Christina Aguilera yang mengisahkan beliau nak jadi seorang penyanyi terkenal. Macam menarik! Sebelum masuk wayang, kitorang gi soru kat McD then gi solat Asar. (Sembahyang jangan tinggal tau!)
Masa masuk panggung tu, kitorang dah ketinggalan beberapa minit. Inilah 1st time aku dapat tengok lakonan Christina Aguilera. Dalam cerita ni dia berlakon sebagai seorang gadis kampung bernama Ali (Alice) yang tinggal sebatang kara. Ibunya meninggal ketika dia berusia 7 tahun. So, dia pun berpindah ke bandar sebab nak cari rezeki. Kehidupan dia sebagai penyanyi bermula apabila dia pergi ke sebuah kelab malam. Dari situ, dia sangat-sangat teruja melihat persembahan tarian dan nyanyian di atas pentas yang sungguh menarik. So, dia pun berusaha nak jadi macam dorang. Bermula sebagai pelayan dia terus berusaha mendekati pemilik kelab tu iaitu Tess yang dilakonkan oleh penyanyi Cher.
Actually cerita ni lebih kepada musical movie. So, lebih banyak nyanyian dan tarian ala-ala cerita high school musical. Memang sangat menarik koreografi dia dari awal cerita sampai habis. Walaupun masa awal-awal tu aku fikir mesti watak-watak dalam cerita tu pakai seksi-seksi. huhu. Tapi memang betul pun. :p Movie ni mengingatkan aku tentang filem Coyote Ugly yang pernah ditayangkan 1 masa dulu cuma yang ni lebih mantap kot. huhu
Apa yang membuatkan aku suka cerita ni adalah disebabkan pelakon utamanya iaitu Christina Aguilera membawakan watak Ali dengan sangat berkesan! Aku tak pernah tengok lakonan dia. Actually dia memang seorang yang sangat..... CANTIK!! Serius!!:) Walau tanpa make-up, dia tetap cantik. Kalau tengok dia berlakon dalam cerita ni dengan kelincahan dia di atas pentas, memang orang tak percaya dia sebenarnya telah bergelar seorang ibu di luar filem! Syabas Christina! Dari dulu memang aku minat dia berbanding Britney Spears. Suara Christina memang mantaplah! Dalam cerita ni memang terserlah bakat lakonan dia. Kalau dengar dia bercakap, memang tak percaya dia leh nyanyi macam orang negro! huhu. She's really gorgeous!!=))
Wajah-wajah Christina dalam filem ni.. Macam Paris Hilton pun ada.. She has natural beauty. Kalau tak make-up pun dah cantik.:)
Setting pentas di akhir filem yang sangat menarik!
Poster filem ini.. Gandingan mantap Cher & Christina Aguilera..
Hero filem ni.. Cam Gigandet, sangat menawan hati & handsome!! hehe..
Preview filem ni.. Kalau nak tengok, gi la panggung wayang. hehe..
So, untuk movie ni aku bagi 4.5/5.0 bintang. ngehehe.. Dari segi moral values, filem ni tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak sebab banyak menampilkan perkara 18sx but more on their costumes. Bab-bab tak senonoh tu kuranglah. Kalau ikut budaya di Malaysia, filem ni tak sesuai ditonton sebab ada selitkan unsur-unsur homoseksual iaitu gay. Walaupun dialog gay dalam filem ni kelakar tapi kalau ikutkan ia sangat menggelikan! haha.. Tolonglah ye, buat para lelaki di luar sana, jadilah lelaki sejati!:)
Pape pun, aku puas hatilah tonton filem ni. Thanks Mr. J sebab sudi temankan saya jalan-jalan lepas stress siapkan kerja kat office. huhu.
Jealous nengok gigi Mr. J yang putih and cantik! Takpe tunggu bila braces aku dah leh bukak nanti..;)
Sempat grab spec mata hitam satu. hehe..
Oklah, sok dah mula kerja balik. Tunggu story seterusnya ok. Tu pun kalau aku ada masa nak update. hehe.. Papai..
Cik Mesya : Suka tengok tarian lincah macam dalam movie ni tapi nak membuatnya, erk, tak terfikir plak. I menari tarian zapin bolehlah..^__^
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.