Saturday, March 31, 2012

Photoshoot || Zira Collection

Salam semua.. Em lama sungguh tak update blog. Seriously sangat busy nowadays dengan pelbagai tugas dan aktiviti. Alhamdulillah hari ni baru dapat rehat sepuasnya. :) So, saya share dengan anda my new portfolio in modelling. Special thanks to Zira Collection yang sudi pilih saya sebagai model untuk koleksi terbarunya baru-baru ini. Pelbagai warna blouse dengan design yang eksklusif beserta pashmina shawl yang boleh digayakan dengan pelbagai cara sedang on-sale sekarang! So, jangan lepaskan peluang untuk grab koleksi terbaru ini ok! Hanya di Zira Collection!

Talent : Aimi Syahirah
MUA: Dalila Noor
Photog & Wardrobe: Zira Collection
Location: Pullman Lakeside View, Putrajaya







Nak order? Boleh hubungi owner Zira Collection iaitu Zafirah di link INI. Korang juga boleh membeli alat solekan di Zira Naturactor tau! Happy shopping ya!:)



Cik Misya : Walaupun panas terik tetap beri yang terbaik untuk setiap pose..



Tuesday, March 20, 2012

Pesanan buat kaum WANITA || Berhati-hati apabila memandu berseorangan!

Salam semua.. Pagi ini saya mendapat pesanan dari seorang ayah saudara saya melalui emel. Sebagai wanita, saya rasa bertanggungjawab untuk saling berpesan dan mengingatkan rakan-rakan wanita yang lain agar sentiasa berhati-hati apabila memandu. Jom lihat apa pesanan dari uncle saya ni.. HARUS BACA!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.


Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.


Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.


Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !



Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.

Berhati-hatilah!


Cik Misya : Sentiasa berteman bila nak ke mana-mana..

Sunday, March 18, 2012

Jom undi saya dalam Qaisya Damia!!

Assalamualaikum.. Sebelum tidur, saya nak update satu entri tentang contest yang saya baru join.:p Maaflah if membosankan anda semua. Tapi ni blog saya, ada saya kesah?? hehe jangan marah...;) Okla, contest ni saya join atas jemputan rakan modelling saya Cik Ayu yang comel lote.. Dia baru je buka perniagaan onlinenya sendiri yang menjual pelbagai tudung bercorak menarik. Jadi, dia anjurkan satu contest untuk peminat-peminat page online bussinessnya iaitu Qaisya Damia. Jom undi saya di facebook k! Mudah je.. Just click LIKE!=)

1st Open your facebook account
2nd Go to Qaisya Damia's page by clicking this LINK
3rd Click LIKE that page
4th Go to my photo like below by clicking this LINK
5th Click LIKE below the photo



Done? Great!! Thank you so much for your support. Contest ni akan berlangsung sehingga 15 April 2012
Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah seperti berikut:

Tempat pertama: 
~koleksi dari qaisya damia yg bernilai rm300
~sesi photography percuma di white room studio orange-photography bernilai rm500 
~dvd percuma
~makeover 
~cenderahati daripada pihak qaisya damia

Tempat kedua
~koleksi dari qaisya damia bernilai rm200 
~sesi photography percuma di white room studio 
orange-photography bernilai rm500 
~dvd gambar
~sesi makeover
~cenderahati dari qaisya damia

Tempat ketiga
~koleksi qaisya damia yang bernilai rm100
~sesi photography di white room studio orange- photography bernilai rm500 
~dvd gambar
~sesi makeover
~cenderahati dari qaisya damia

dan 1 pemenang pilihan juri(tidak mengira undian,tetapi berdasarkan gaya yang paling kreatif)
~koleksi qaisya damia yang bernilai rm100
~sesi photography di white room studio orange-photography bernilai rm500
~dvd gambar
~sesi makeover
~cenderahati dari pihak qaisya damia

DAN! mungkin salah seorang yang bertuah dari kalangan pemenang atau peserta yang tidak menang,akan dipilih untuk menjadi model photoshoot Qaisya Damia.. (tanpa mengira vote)

So, pada sesiapa nak join lagi pun still dialu-alukan. Anda juga boleh shopping tudung & shawl yang menarik di Qaisya Damia. Salam..




Cik Misya : Cik Ayu ni memang comel..^^ 

Saturday, March 17, 2012

Kali kedua join SBSM.. Jumpa pelakon sinetron Nada Cinta!!

Salam semua.. Again, kita bertemu dalam entri saya tentang Empayar Siti Murni Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai ESM. Before this saya pernah story kepada anda semua tentang ESM yang memberikan khidmat sebagai sebuah akademi yang membantu talent-talent baru dalam bidang modelling. Entri penuhnya di SINI

Baru-baru ni saya sertai lagi sekali kelas modelling Sehari Bersama Siti Murni (SBSM) bagi memantapkan lagi skill catwalk saya. Alhamdulillah kali ni saya rasa lebih confident berbanding masa mula-mula join kelas SBSM especially semasa catwalk. And saya juga berpeluang belajar benda baru iaitu menjadi seorang koreografer bagi sesi photoshoot. Ingatkan tarian je perlukan koreografer, rupa-rupanya photoshoot pun kena ada koreografer! Best! Tapi agak mencabar sebab bukan semua orang leh jadi koreografer yang baik walaupun dia model yang baik. Thanks abg Sham for sharing this knowledge.:)

Jom tengok hasil aktiviti saya sepanjang kelas SBSM kali kedua saya join! Bertemakan warna-warni, memang wardorbe saya pun colourful! huhu..=)

 Hasil koreograf my team.. Kak Nora Bella & Bella Nabila.. Best 1 team ngan dorang! Kecoh 1 studio.. huhu..


 This is us! Me, Bella Nabila & Nora Bella..


 6 orang.. Peserta SBSM.. Seronok jumpa dorang. Hope to see you again guys!=)


Combination of 3 poses.. Rasa suka pulak dengan warna turqoise ni..;)


1,2,3 smile!!=)



Posing di sisi bunting ESM.. Semuanya lady-lady ESM yang gojes dan telah dilantik bagi membantu perjalanan ESM..


 With lady Shaz.. My junior masa study di UKM! Tak sangka jumpa di ESM setelah lama tidak bertemu.. Tak sangka dia dah jadi model cun-melecun!=)

Cer teka, sape ni??;) If anda peminat setia sinetron Nada Cinta, inilah pelakon watak antagonis (Jahat) bernama Cynthia.. Saya tak follow cerita ni tapi tetap nak ambil gambar dengan beliau. huhu.. Orangnya comel je..


Cik Misya : Berharap untuk melangkah lebih jauh...

Monday, March 12, 2012

Jom shopping baju kurung terbaik hanya di DJC!!

Salam semua.. Just updating my new portfolio from Dlia Jane Collection (DJC). Alhamdulillah saya telah terpilih sebagai peserta peringkat akhir Pencarian Model DJC sesi 2012/2013 setelah berjaya memenangi Pencarian Model DJC bagi bulan Januari 2012. Terkejut sangat-sangat masa terpilih sebab semua peserta hebat-hebat dan cantik-cantik.. Jutaan terima kasih diucapkan buat owner DJC  yang sudi memilih saya dalam pencarian ini. So, saksikan beberapa keping gambar dari DJC untuk tatapan anda. Credited to Allong Putra Jaya for the make-up. He was so profesional MUA yang saya pernah bekerjasama. Thanks Allong!  

This is me! Doa dan sokongan anda semua diharapkan untuk saya hadapi peringkat akhir nanti. Yang nak beli baju kurung cantik-cantik dari DJC, leh contact saya k.:)

 Wajah saya menghiasi page DJC.. Thanks DJC!=) Jom shopping di DJC ok!=) Please refer link berikut untuk tempahan..
or my facebook ESM Aimi Syahirah.. Message je saya untuk order.:) 

Lets view beberapa pasang kurung pahang yang saya peragakan dalam sesi photoshoot bersama DJC. Cantik-cantik sangat. Harga pun berpatutan untuk dimiliki!

 
CODE : DJ 243 01 12 
TONE : BIRU 
SIZE AVAILABLE : XS, S DAN M 



CODE : DJ 243 01 12 
TONE : OREN/BIRU 
SIZE AVAILABLE : XS DAN M 



CODE : DJ 243 01 12 
TONE : PURPLE/PINK 
SIZE AVAILABLE : XS DAN M 




CODE : DJ 243 01 12 
TONE : PINK/HIJAU 
SIZE AVAILABLE : S DAN M




CODE : DJ 243 01 12 
TONE : KELABU/OREN 
SIZE AVAILABLE : XS, S DAN M 



 The making of.. With Allong Putra Jaya (MUA) and Deyna (Supermodel)





This is us!=) Happy time... Best dapat jumpa dorang.. Tak sombong walaupun dorang dah famous. Allong dengan sentuhan make-upnya memang ramai yang teruja dengan hasil beliau. Deyna, Top Model kebanyakan butik di Malaysia. :)


Cik Misya : Berdebar menanti peringkat akhir.. Saingan mesti hebat-hebat belaka!

Sunday, March 11, 2012

Cuti-cuti to Singapore (Part 2)

Salam semua.. Ok ni cerita saya tentang Cuti-Cuti to Singapore Part 2. Yang Part 1 boleh baca di SINI. So, saya nak sambung cerita tentang keseronokan saya selama 2 hari berada di Singapura. Jom view! 

 Yeah! Itulah dia Bumblebee & Optimus Prime yang sebenar!! Mereka wujud! hehe.. Actually mereka hanyalah robot yang direkacipta. Tapi seriously sangat teruja tengok dorang! Berebut nak bergambar dengan dorang.

Termasuklah kami!=) Inilah peneman setia saya, Mr. J.. Dan juga peminat setia Transformer.. Cayalah Bumblebee! huhu

Perarakan bermula! Hanya di Universal Studio Singapore.. Mengenali pelbagai karakter-karakter Hollywood dari dekat.

 Woody Woodpecker!

 Persembahan tarian oleh... Taktau binatang apa. hehe

 Itu dia karakter singa dalam Madagascar!

 Si Tupai poyo ni pun ada!

 Suka yang ni! 3 ekor penguin nakal!

 Zirafah dalam Madagascar..:)

 Wow! Seksinya si badak air ni.. Menari ala-ala Hawaiian!=)

 Kuda belang..

 Shrek!! Dia lambaikan tangan kat saya! huhu

 Close-up Mr. Shrek!

 3 ekor tikus yang comel..

 Kartun pujaan saya!! Puss in Boots!! Tapi dia mengadap penonton belah sana. Kalau dapat ni memang i peluk-peluk!! Sebelah tu watak Pinochio...

 From Jurassic Park, T-Rex!!

 The Scorpion King!! Tapi bukan The Rock...

 Yang baju pink tu Betty Boop! She was so sweet.. Bila dia lalu depan saya dan Mr. J, dia terus pandang kami dan buat bentuk LOVE!! Merah kot pipi saya! haha..

Again, me and Mr. J with karakter kesayangan Mr. J.. Optimus Prime! He's so happy bila dapat jumpa Optimus Prime nya..

Kenangan di depan patung unta... Dah nak balik dah..

 Sempat singgah di Pameran MEMA sebelum pulang ke hotel.. Sebuah tempat khas untuk mempamerkan pembangunan maritim/aktiviti perdangangan di Singapura..

Inilah dinner kami from The Chicken Rice Shop.. Jangan risau, di Singapura makanannya labih kurang di Malaysia dan berstatus Halal. Cuma harganya lah dua kali ganda daripada Malaysia. Lapar punya pasal, hentam sajalah..

Love you, honey! Pagi-pagi sebelum check-out, sempat singgah ke Wisma Mustaffa.. Ala-ala Pasaraya Mydin. Nak shopping pun boleh tapi mahallah.. huhu

Itulah hotel kami...

 Salah satu nama jalan di Singapore..

 Ini bilik saya.. Dah nak check-out..


 Dah macam pergi honeymoon pula. huhu.. Kat depan hotel. Nak bergerak ke tempat seterusnya sebelum ke airport.

 Nak ke mana-mana mudah je Singapore ni.. Directions lengkap tersedia.

 Berada di tengah-tengah kota Singapura yang maju dan bersih..



Dah sampai.. Di Merlion Park.. Menempatkan mercu tanda Singapura iaitu Singa! Berbentuk seperti ikan duyung, jadi diberi nama Merlion.. 

Ni anak Merlion. hehe

 Itu dia... Marina Bay kalau tak silap namanya. Rekabentuk pembinaan bangunan ni diambil dari kisah Tsunami dimana arkiteknya mendapat ilham dari kapal-kapal yang terdampar di atas rumah selepas kejadian Tsunami. Maka terhasillah bangunan ini. Dikatakan untuk bermalam berharga RM1200++ untuk semalam. Takdelah mahal sangat macam kat Dubai. hehe..

 Haa nila Merlion! Berlatarbelakangkan bandaraya Singapura.. Seperti berada di New York..

 Yes, i'm here! Wish can come again here.. 

Berlatarbelakangkan Marina Resort.. Terbaekklah! hehe..

Merlion di belakangku...  

 Shopping time! At Bugis Junction.. Tempat ni macam Time Square.. Member saya tu tak berapa arif sangat kat tempat ni.. Jadi belilah jela pape yang patut..

 Suasana di dalam Bugis Junction..


 Now.. Sudah tiba masa untuk pulang ke Malaysia..  Penat tapi puas!

 Inilah lunch kami.. Burger King..

 Flight kami telah menanti untuk berlepas.. 

 This is us! Selamat tinggal Singapore.. Maaflah tak dapat siarkan gambar member lagi sorang atas permintaan beliau sendiri.:)


Goodbye Singapore... InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.. Ceh, macam jauh je Singapore ni. Seberang tambak tu kampung bondaku.. Tak pernah pula nak menyeberang kan? haha.. 



Cik Misya : Planning nak ke negara lain pula.. Jauh perjalanan, luas pemandangan...

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...