Monday, November 30, 2020

KFC Crunchy Tandoori sedap tapi cukuplah makan sekali..

Salam. Semalam sis try makan KFC flavour terbaru iaitu Crunchy Tandoori. Sebab terpengaruh tengok iklan kat TV plus memang dah takde idea nak masak apa. Hehe.. Apa lagi, order KFC online je. Tak sampai setengah jam terus sampai! Kagum jap. Tapi maybe sebab tak banyak order kot. 

Kalau tengok dalam iklan, beginilah rupa dia. Sebut je Tandoori of course terbayang-bayang rasa ayam rempah ala-ala restoran mamak tu kan? Sis pun sama cuma tak boleh imagine dalam bentuk ayam KFC. Hehe. So thats why sis try. 

Om dari segi rupa almost exactly the same colour and texture. Sekali imbas ala-ala Ayam Goreng McD pun ada. Oopss! Hehe.. Sebab warna dan kegaringan kulit luar dia seakan-akan sama. Sis order online je so ginilah gaya hidangannya. Hehe. Dinner plate - 3 ketul ayam with mash potato, coleslow and drinks.

How about it taste? Bagi sis ianya tidak mengecewakan. Sis suka part rempah tandoori tu memang terasa especially bila makan part kulit ayam. Crunchy plus rasa spicy tandoori tu memang sis suka. Cuma untuk order lagi for the next time tu I don't think so. Cukup kot rasa sekali. Yang penting pernah rasa. Hehe. Sedap memang sedap tapi bak kata my husband, ayam tandoori kedai mamak lagi better kot. But maybe if penggemar ayam tandoori atau memang pencinta semua flavour KFC pasti suka. Lain tekak lain citarasanya. 

By the way good try KFC. Always berinovasi dengan tekak orang Malaysia ni. Hehe. Kipidap!

Overall sis bagi 3/5 bintang untuk KFC Crunchy Tandoori! Happy Deepavali! 

Misya : Perisa nasi kandar takdak ka?

Tuesday, November 24, 2020

Percutian ke Padang, Indonesia dibatalkan kerana Covid-19

Salam. Tak sangka dah nak penghujung tahun 2020 dah kita ni ya. Bila sis belek-belek kalendar, baru perasan sepatutnya hari ni sis dan family berangkat pulang dari Padang, Indonesia ke Malaysia. Penerbangan kami ke Padang adalah pada 21 November 2020. Plan asal kami nak pi holiday ramai-ramai ke sana with adik-beradik ayah sis. Almaklum arwah atok dan nenek sis berasal dari sana. Kira sis ni berdarah Minang la. Huhu. 

Tapi apakan daya, dek wabak Covid-19 segala planning terpaksa ditangguhkan. Taktahu la sampai bila sebab kes positif Covid19 kat Malaysia pun tak nampak tanda-tanda nak surut. Makin naik lagi adalah. Aduyai.. 

Nasib baiklah tiket flight yang dah booked tak burn. Tapi perlu convert ke dalam bentuk credit. Which boleh guna untuk book next flight within 2 years. Sis oernah share cara-cara nak refund tiket kepada credit ni dalam entry INI

Agak sedih juga, sebab memang awal tahun lagi dah booked tiket. Kebetulan ada promo. Memang kami excited sebab plan nak sewa bas segala ala-ala rombongan Cik Kiah gitu. Lagipun ada antara kami tak pernah sampai lagi ke sana. Tu teringin sangat nak balik ke Kampuang (bahasa Minang). Tapi takpela maybe ada hikmahnya. Yang penting keselamatan diri dan family. Jom sama-sama agar terhapus Covid19 dari muka bumi ni. Agar kita semua dapat jalani kehidupan seperti biasa. 

Misya : Rindu naik kapal terbang.

Monday, November 23, 2020

Review Blog || Ombak Bergigi by Om

Salam. Seterusnya blog ketiga terpantas (Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya) yang saya nak review ni adalah blog Ombak Bergigi by Om. Unik tak nama blog ni? Hehe.. Rasanya ramai kenal dengan blog ni sebab antara blogger yang rajin singgah blogwalking dan join segmen atau giveaway inilah blognya. :)



Ok bila jengah je blog Om ni saya suka sebab blognya kemas. Susun atur header, side bar dan footer dia nampak perbezaan. Even blog saya pun tak sekemas blog beliau. hehe. Seperti juga tagline blognya iaitu Lifestyle Blogger, memang begitulah juga content blog Om. Ada pelbagai kisah beliau share. Even ada resipi-resipi menarik yang boleh dicuba. Allrite, thank you Om sudi join my segmen dan sememangnya beliau peserta tegar mana-mana segment pun. hehe. Teruskan berblogging! 


Misya : OCD - tak boleh tengok benda tak teratur.

Review Blog || Monolog Kak Mim

Salam. Blog kedua terpantas (Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya) yang akan saya review hari ni adalah blog Monolog Kak Mim oleh Kak Mim. Tahniah juga kat Kak Mim disebabkan entry penyertaan beliau, Kak Mim menerima hadiah special dari saya. :)




Ok blog Kak Mim ni simple je tapi apa yang membuatkan pembaca tertarik nak jengah rasanya adalah gaya penulisan beliau yang santai dan terlihat keikhlasan beliau menulis tu dapat dirasai oleh pembaca macam saya. hehe. Yela, especially bila dah bergelar seorang ibu maka secara tak langsung kadang mempengaruhi juga gaya bahasa kita. Tu yang saya rasa nak bagi special gift lepas baca entry penyertaan beliau dalam segmen saya tu. The best thing no short form ya dalam tulisan Kak Mim yang buat saya suka nak baca. :)

Basically entry-entry beliau berkisar tentang her life. Simple, short and sweet. Haa gitu. hehe.. Orite, jemputlah ke blog beliau ya. TQ Kak Mim sudi join segmen saya. Nanti dah dapat hadiah share kat entry tau. hihihi.. Moga memberi manfaat buat Kak Mim.. Teruskan berblogging okeys!


Misya : Saya seorang ibu juga tapi rasa macam penulisan saya ganas. hahaha..

Sunday, November 22, 2020

Pelawak Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia

Salam. Allahu mendapat khabar berita sedih tentang one of my facebook friend, pelakon dan pelawak Pak Lah Cecupak yang meninggal dunia hari ini kerana menghidap kanser usus sejak Julai lalu. 

Sis menulis ni sebab arwah adalah artis pertama yang pernah wish Happy Birthday kat sis. Dan everyday memang arwah akan wish birthday kat anyone yang celebrate birthday dalam FB beliau. Masa dalam PKP around Mac lalu memang sis ada ternampak beliau update status tentang kesihatan beliau dan perlu ulang-alik ke hospital untuk diagnose apa penyakit beliau. Sis ingatkan maybe sakit-sakit biasa saja. Then after that sis dah jarang nampak beliau update status atau sis yang tak perasan status beliau. Tahu-tahu hari ni dapat berita sedih ni. 


Menurut Berita Harian, Pak Lah atau nama penuhnya Nor Affendi Nurdin meninggal dunia pada usia 53 tahun di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 11.07 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 

Mungkin ada yang tak kenal dengan Pak Lah Cecupak ni. Which beliau ni dulu terkenal dengan kumpulan lawak Cecupak seangkatan dengan kumpulan Senario masa tu. Now ahli kumpulan Cecupak membawa haluan masing-masing dan yang masih aktif keluar TV adalah Ropie. Pak Lah ni pula setahu saya dia banyak bekerja di belakang tabir dan terlibat dalam mencipta lagu. 

Actually terkejut dengan berita ni. Rasa macam baru je beliau tegur sis di FB sempena my birthday beberapa tahun lepas. Kira beliau antara artis yang tak sombong dan rajin layan peminat walaupun beliau tak sepopular dulu. 

Ucapan takziah buat keluarga arwah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah..


Misya : Sis tak popular. 

Penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19

Salam. Baru sahaja tadi pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar dikhabarkan telah didapati positif virus Covid-19 di laman instagram beliau. Sis agak terkejut sebab sis antara yang mengagumi bakat Alif Satar ni plus beliau pun bersih daripada sebarang kontroversi. Bila dapat tahu tentang ni, terus rasa nak share berita ni.

Di dalam posting beliau juga menyatakan kerisauan terhadap keselamatan isteri dan anak-anak, rakan-rakan di set penggambaran dan kontak rapat dengan beliau. Alif Satar memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap diberi kesembuhan dan kekuatan sepanjang menjalani rawatan. 

Alif juga memaklumkan sedang menjalani proses kuarantin cuma tidak dinyatakan lokasi sebenar beliau.

Di ruangan komen, rakan-rakan artis, para peminat malah YB Khairy Jamaludin pun turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Alif sembuh segera.


Hari ni kes positif terbaharu Malaysia mencatatkan 1096 kes manakala kes sembuh adalah sebanyak  1104 kes. Allahu bilalah nak surut ya wabak pandemik Covid-19 ni ya? 

Jom kita sama-sama doakan Alif Satar dan seluruh dunia bebas daripada Covid-19 ni supaya kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Buat Alif Satar, stay strong and stay safe. Moga cepat sembuh dan boleh beraksi kembali! 

Misya : Bukan Alif Aziz atau Alif Shukri.

Friday, November 20, 2020

Review Blog || Kasihku Amani by Sha Mohamed

Salam. Seperti yang dijanjikan dalam Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya sebelum ini, 10 blogger pertama yang join akan di review oleh sis. So, today sis start dengan blogger pertama yang join iaitu blogger Kasihku Amani atau nama pemiliknya Sha Mohamed. Tahniah sebab jadi peserta No. 1! hehe..



Blog Kasihku Amani ni simple but nice. Seperti di header nya ada dinyatakan 'A blog about personal life experiences, sharing story, travel, food, recepies and hobby' memang isi kandungan blog pun begitu. Cuma rasanya hobby penulis membaca novel dan menonton movie melebihi dari segala-galanya maka entry-entry beliau banyak berkisar tentang sipnopsis novel dan filem. hehe. Sampai buat saya tertarik kat part bawah blog ada koleksi e-novel yang beliau pernah baca. Sampai saya pun jadi tertarik nak baca juga.


Overall this blog sangat informative untuk penggemar buku dan filem which boleh dapatkan info ringkas tentang content sesuatu buku or movie yang nak ditonton. Yang bagusnya boleh terapkan amalan budaya membaca di kalangan blogger. Membaca kan jambatan ilmu kan? Orite Sha, kipidap dan teruskan berkarya di blog anda ya! :)


Misya : Pernah gila baca novel suatu ketika dulu. 

Monday, November 16, 2020

Semua ini RM49 sahaja!!!

Salam semua. Ramai tanya sis, bag F.Timber takda yang berharga below than RM50 ke? Yes, TIADA. Hehehe TAPI bulan ni sempena 11.11 sales, F.Timber bagi diskaun untuk selected item yang berharga RM99 diskaun sehingga 50%!! So anda hanya perlu bayar RM49 only for the bags. Wow!! Beg mana tu? Jom scroll ke bawah.

Guys, semua ni tengah hot selling okeys!! Bila lagi nak merasa beg original brand F.Timber rite? Beg-beg comel ni hanya offer sehingga 30 November 2020 ni tau. After that, ia jadi RM99 semula. Dan ada warna yang tinggal beberapa unit saja lagi. 



Cantik-cantik kan? So cepat-cepat pm/dm sis okeys di IG : @ftseller_bymisya untuk dapatkan beg uols. Stock terhad sebab once release je awal November hari tu, ramai dah grab. Sampai sis tak sempat nak update kat blog. Ngee.. 

Dan sis juga telah update katalog beg-beg baru di IG sis tau. Banyak design dan warna yang cantik-cantik serta pelbagai fungsi. Semuanya ada 15% diskaun okeys!! Jemput join group F.timber Catalog di telegram okeys. 

Cepat-cepat grab selagi stock masih ada! Boleh hadiahkan buat yang tersayang juga. Happy shopping! 


Misya : Peminat setia jenama F.Timber.

Friday, November 13, 2020

FB Live F.Timber bag by Misya

Salam semua. Siapa free jam 1.00 tengahari ni? Jom tonton FB Live sis di page Original F.Timber Bag by Misya


Siapa yang bertuah like, share dan komen, sis akan bagi hadiah istimewa. Mungkin FREE BAG? Kenalah tengok okeys! ;)

Sis akan explain dan tunjuk demo bags yang ada supaya semua customer kesayangan nampak lebih jelas gambaran beg yang ingin dibeli. Yang paling best semua bag (non-promotional item)diskaun sehingga 15% tau! Tapi terhad sehingga 15 November ni saja. So kalau ada beg yang anda minat, cecepat grab okeys. 

Ni antara bag yang sis akan tunjuk demo dalam Live nanti :


So ada sling bag, bagpack, shoulder bag, handbag and clutch bag. Jadi jangan lupa tonton ya. Like dulu page FB kat atas tu tau. Ajak ramai-ramai tonton. Mana tahu ada luck anda dapat special gift. Ready untuk tonton, like, komen dan share if anda nak menang hadiah special nanti. See uols 1pm okeys!

Misya : Takut tersasul-sasul time live.

Monday, November 2, 2020

Senarai Peserta & Pemenang Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

Salam semua. Anda dah jadi orang terpantas dalam segmen ni? Jika ya, tahniah! :) Blog anda akan di review 1 per 1 okeys. Makanya, dengan ini tamat sudah Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya. Terima kasih buat yang sudi sertai. Yang tak dapat jadi 10 terawal menyertai segmen ni don't worry. Masih ada peluang untuk terpilih memenangi hadiah misteri yang sis maklumkan sebelum ini. So, sis senaraikan peserta dan pemenang hadiah misteri yang terpilih di sini ya. 


 10 Peserta Terpantas

4. Ammi


Peserta Seterusnya...

12. Ika.S
16. Mrs. A
19. Pha Is


Alhamdulillah thank you semua yang sudi join. Walaupun tahu maybe tak dapat jadi 10 terpantas but still luangkan masa join. :) Apakah hadiah misteri tersebut? Tarraaa... Sebuah folder case untuk letak any documents from SkirtbySisters. Jadi siapakah pemenang bertuah tersebut?

So, untuk hadiah misteri tersebut pemenangnya adalah :

Tahniah Mrs. A


Allrite disebabkan sis murah hati lagi kali ni sis tambah 1 lagi hadiah misteri untuk diberikan kepada salah seorang peserta terpantas. Which lepas membaca entry beliau kaitan angka 10 dengan beliau, membuatkan sis rasa dekat sangat dengan diri sis eepecially part beliau menceritakan pengalaman beliau melahirkan cahaya mata yang pertama. Maybe sebab sis pun bergelar seorang ibu, so sis rasa nak hadiahkan sesuatu buat beliau.. So tahniah buat blogger kedua terpantas iaitu Kakmim!

Apa hadiahnya?

Seutas tasbih putih comel ni.. Moga bermanfaat buat Kakmim. :)


Ok, kepada 10 terpantas, tunggu saya review anda 1 by 1 ya. Maybe ambil masa sebab almaklum kekadang ada pelbagai kekangan yang tak dapat dielakkan. ngee..

Untuk pemenang hadiah-hadiah sis, boleh emelkan details seperti nama, alamat (berserta poskod) dan nombor telefon anda ke aimi@aimisyahirah.com. Tak pun message je sis kat instagram @ftimberbymisya_putrajaya. Lagi cepat hantar details lagi cepat sis poskan hadiah, 

Ok yang tak berjaya menang jangan sedih-sedih tau.. Sis tetap visit entry anda dan sis ucapkan berbanyak terima kasih again sebab sudi join. InsyaAllah next time sis buat segmen lagi jangan serik join tau. Moga kita semua terus maju jaya as blogger! 


Misya : Review blog bukan menilai orang.


Giveaway by ejulz & radhia

 

Klik untuk join

Sunday, November 1, 2020

Neelofa bertunang dengan PU Riz?

Salam. Baru je rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita gembira perubahan imej selebriti Neelofa Mohd Noor, 31 kini berpurdah, hari ni ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini memberi bayangan melalui laman instagram beliau bahawa puteri kesayangannya, Neelofa telah pun dirisik oleh jejaka pilihan hati Neelofa iaitu PU Riz, 25 atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang merupakan salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah musim 2016.

Menurut Astro Awani, majlis merisik Neelofa dijalankan secara tertutup dan sederhana. Dikhabarkan mereka akan disatukan pada Mac tahun hadapan dan pertemuan hari ini turut membincangkan majlis tersebut termasuk jumlah hantaran dan sebagainya. 

Wah for sure ramai yang gembira especially para peminat Neelofa yang akhirnya berjaya menemui cinta hati beliau. Hehe. Moga urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin. Confirm ramai nak sponsor macam-macam wedding dorang kan nanti. Siapa tak kenal Neelofa kan? Suatu kelainan nanti bila wedding melibatkan artis berpurdah. Pasti ramai ternanti-nanti wedding Neelofa & PU Riz. Doakan yang baik-baik untuk mereka. :)


Misya : Sis akad nikah pun berniqab.

Promo October F.timber bag extended to 2 November 2020!!

Hola hola hola!! Disebabkan sambutan hangat terhadap promo Oktober set Tote dan Sling Bag F.timber ni, makanya F.timber baik hati melanjutkan promo ni sehingga 2 November 2020! 

Jadi yang mana inform tunggu gaji baru masuk semalam dan hari ni even esok pun masih sempat untuk beli this bag set. Sis sendiri pakai this set sebab sangat-sangat best. Memang kena dengan golongan yang sentiasa membawa pelbagai barang ke mana-mana. Dalam masa yang sama still boleh bergaya dengan sling bag yang stylo. 

So cepat-cepat wasap sis di SINI to make your order. After this promo, tiada lagi promo sebegini beli 2 beg F.timber dengan harga yang sangat murah. Sebab harga asal both bags ni RM218 tapi this promo hanya RM139. Berbaloi kan? Tak jumpa kot bag branded original with high quality dengan harga below than RM150 for 2 bags. Apa tunggu lagi, nanti terlepas lagi. Yang nak bagi hadiah kat kawan, mak, adik, kakak, wife or anyone sempena birthday or anniversary memang terbaik! Uols amik 1, 1 lagi hadiahkan kepada sesiapa. See.. Banyaknya manfaat! Hehe. Cepat-cepat grab ok! 


Misya : Membeli dengan bijak. 

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...