Friday, December 28, 2018

Ubat Kumur Mu'min, berlogo Halal pertama di pasaran?

Salam. Sejak dah buang braces ni mulalah mencari produk penjagaan mulut yang sesuai. Selain ubat gigi dan berus gigi, jangan lupa kumur mulut dengan ubat kumur mulut. Supaya nafas lebih segar dan kuman-kuman celah gigi dan gusi tu dapat dihapuskan dengan lebih berkesan. Biasanya ubat kumur yang saya gunakan jenama Listerine. Tapi hari tu cari-cari kat Aeon Alamanda, terjumpa ubat kumur  Max Oral Care jenama Mu'min ni. Terus berkenan then beli.

Saya tertarik sebab tak pernah nampak brand Mu'min keluarkan ubat kumur. Biasanya ubat gigi je. Atau saya yang ketinggalan zaman? Wakaka.. Lagipun lebih confident la nak kumur mulut lepas sebab  produk keluaran orang Islam kita sendiri. 

Banyak kebaikan dalam ubat kumur Mu'min ni. Yang penting takde bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan. Lebih terjamin keselamatannya. Disebabkan dia takde bahan pelik-pelik tu, saya rasa selesa gunakan brand ni. Tak pedas sangat macam jenama lain. Sebotol 750ml ni dalam RM15++ if tak silap.


Yang wat saya lagi confident adalah produk ni ada logo Halal JAKIM. Dan berdaftar pula dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Bagus kan? Sebab bukan apa, rasanya belum jumpa lagi ubat kumur yang ada status Halal di pasaran. Ni kira ubat kumur Halal pertama yang saya jumpa. Mungkin ada brand lain tapi saya tak pernah jumpa. Almaklum biasanya saya beli botol besar untuk tahan lama. Tu kadang tak tahu kalau ada produk baru keluar di pasaran. Bukanlah nak kata yang lain tak Halal cuma sebagai Muslim why not support produk Muslim rite? Tu yang excited nak share kot ada juga yang tercari-cari ubat kumur Halal. So mana yang nak try, bolehlah beli kat Aeon or Mydin. Sebab 2 tempat ni je so far saya nampak ada jual. 



Misya : Kurangkan membawang supaya tak jadi mulut longkang.

Thursday, December 27, 2018

Avoid makan di Saba Restaurant, Cyberjaya?

Salam. Bertahun-tahun Saba Restaurant di Cyberjaya ni sejak dibuka dan dah famous diviralkan, baru kali pertama saya dapat makan di sini. Kebetulan my officemate Kak Rizaiton teringin nak makan nasi Arab so dia ajaklah saya follow sekali teman. Mula-mula sampai tengok ramainya customer. Which keramaian ni lah yang wat saya tak pernah singgah makan kat sini sebelum ni. Huhu. But rezeki kami ada seat untuk kami berdua. So merasalah makan makanan Arab di Saba Restaurant ni. 


 Menu utama kat sini of course Nasi Arab. Kak Riz memang biasa makan di sini sebab nasi Arab nya sangat sedap katanya. And kualiti kekal sama dari dulu. 

Patutlah ramai orang restoran ni sebab memang sedap Nasi Arab ni. Kami order Nasi Arab Kambing. Share 2 orang sepinggan ni sebab portion dia sangat banyak. Then boleh ambil sendiri kuah yang kita nak kat station disediakan. So nak ambil banyak mana pun ambillah.


Saya seperti biasalah if makan kat kedai Arab, menu wajib order adalah Chicken Shawarma. Nasib baik ada. Sebab mostly susah nak cari Shawarma ni. 

Shawarmanya sedap seperti di tempat lain. 

Benda alah ni one more yang wajib saya order. Garlic Sauce! Cicah dengan Shawarma or french fries, perghhhh sedap sangat-sangat. Lemak-lemak masam gitu, memang terangkatlah! haha..


Minuman saya order Carrot Susu. Rasa dia agak unik maybe dia pakai susu cair kot. huhu. Tapi sedap. 

Ni lah my friend Kak Rizaiton. Dah bergelar Hajah tau. Selalu juga termotivated dengan kisah-kisah beliau menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang single mom. Anak beliau bergelar seorang doktor dah sekarang. Tabik spring!

Selalu juga lepak-lepak ngan Kak Riz ni. Sonok juga berbual melepaskan tension kerja di office. Sambil-sambil membawang! Wakakaka...

Tengoklah suasana restoran ni. Full house! Maybe sebab kami datang waktu lunch hour tu yang ramai. Plus tengah cuti sekolah, ramailah datang bawak family.



So bolehlah datang tempat ni untuk makan makanan Arab. Cuma saya personally kurang gemar if terlalu ramai camni. If diberi pilihan saya akan avoid untuk datang. Sebab tak suka bersesak-sesak dalam suasana agak crowded ni. Tu saya lah. Kalau anda ok ramai orang proceed je. Because makanan dia memang sedap thats why ramai orang datang. Service tiptop walaupun ramai, laju juga pekerja dia melayan kami. Dulu pernah sampai orang beratur tunggu giliran nak masuk. Pape pun kipidap tu Saba Restaurant. Moga terus maju..


Misya : Sabar itu separuh daripada iman.

Wednesday, December 26, 2018

7 hari lagi Segmen Bloglisted 2019 by Misya akan tamat!!!

Salam. Guys! Tinggal tak sampai 7 hari lagi Segmen Bloglisted 2019 by Misya ni berlangsung. Yang still interested nak masuk my bloglist selama setahun mulai 1 Januari 2019 ni, cepat-cepatlah klik banner bawah ni untuk join. So far tak sampai 20 orang pun yang anta penyertaan. Wakaka nampak sangat saya blogger tak glamour. Hehe.. Tapi yang dah anta penyertaan tq so much. Really appreciate it sebab sudi luangkan masa join. Simple je syaratnya. If lepas tamat tarikh penyertaan segmen but still tak ramai join, berkemungkinan saya akan review setiap blog peserta. Tengok pada keadaan dan masa yang ada. So, sesape belum join cepatlah join! hehe.. 

Yang menyambut hari Krismas, Merry Christmast and Happy New Year. Selamat bercuti juga buat yang ambil cuti di hujung-hujung tahun 2018 ni. Wish uol di tahun baru 2019 ni semuanya baru. I mean azam dan semangat yang baru dalam menjalani kehidupan. Happy holiday!


Misya : Plan nak anak lagi di tahun baru? Oops!

Tuesday, December 25, 2018

Jadual Pembayaran Gaji 2019 Kakitangan Awam

Salam. Para kakitangan awam sudah boleh merancang perbelanjaan untuk tahun 2019 based jadual pembayaran gaji berikut. 



Apa-apa pun berbelanjalah secara berhemah dan jangan lupa menabung/menyimpan untuk masa depan. (Asal macam skema sangat?) Huhu. So far tarikh gaji  next year semua cantik sebab hujung bulan kecuali Ogos dan Disember. So makesure planning kewangan anda sebaik mungkin supaya tak kering-kontang nak tunggu next gaji. Bolehlah gunakan jadual ni as reference anda. 

Misya : Bilalah nak merasa bonus at least sebulan gaji. 


Monday, December 24, 2018

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

Klik banner untuk join

Beriani Hut, Desa Pinggiran Putra

Salam. For those yang tercari-cari tempat makan di area Desa Pinggiran Putra (berhampiran Putrajaya) bolehlah try Nasi Biryani di Restoran Beriani Hut. Kebetulan saya ke spa di area sini, habis treatment waktu tengahari memang dah kelaparan. Ternampak restoran ni terus singgah dan tapau 2 bungkus nasi biryani. 1 untuk saya, 1 untuk husband.

Saya pilih Nasi Biryani ayam goreng berempah.

Inilah restorannya.. Ada juga menu-menu lain dari negeri Johor. Dah nama ada darah bangsa Johor so memang kenalah dengan tekak menu di sini. Cuma saya hanya try beli nasi Biryani je dulu.

Antara list menu yang ada.

Suasana dalam restoran, bersih dan selesa. 

Husband saya order nasi biryani dengan lauk ayam biryani. Serius sedap!


If pilih ayam berempah, boleh pilih nak kuah sambal atau biryani. Saya pilih sambal masak merah ni.

Actually dalam sebungkus tu dibekalkan sekali dengan keropok papadom dan acar (jelatah). Completelah dan puas makan sebab nasi dia bagi banyak juga. Uols yang suka makan nasi biryani tapi nak kedai Melayu (sebab selalunya restoran Mamak je ada), disarankan singgah ke restoran Beriani Hut ni. If kena dengan tekak bolehlah datang selalu.


Misya  : Tak berani nak wat nasi beriani. :p




Radio Islamik yang user friendly

Salam. Saya tahu ramai yang dah memiliki radio mini yang comel ni. Huhu.. Masa saya mula-mula beli dulu harganya agak mahal. Masa tu baru keluar dan tak ramai seller yang jual. Lama kelamaan ramai yang jual harganya menjunam habis. Nak kata nyesal beli awal tu taklah tapi nyesal juga. Haha teruk betul saya ni! But bagus radio ni. Saya suka pasang di rumah especially ayat-ayat Ruqyah. Rasa tenang je rumah. Memang complete bacaan Quran 30 juzuk yang kita boleh perdengarkan. Ada juga zikir dan doa-doa which sangat bagus untuk halwa telinga.  Memang Islamik radio ni. Hehe..

So saya rasa wajib setiap orang (Muslim only) atau rumah ada 1. Zaman sekarang ni orang tak beli radio besar-besar dah. If nak travel ke mana-mana pun senang sebab saiz dia kecik. Cuma kena charge siap-siap lah. But still user friendly.

If tak silap boleh juga dengar siaran radio yang lain. Tapi saya tak pernah try. I think my mom in law kot pernah try pasang siaran radio lain. Tryla beli dari mana-mana seller. :)


Misya : Dulu layan Sepahtu Sinar.

Mandi bunga di Dedaun Spa

Salam. Musim cuti hujung-hujung tahun ni buat para wanita yang selalu kesibukan bekerja, why not uols memanjakan diri di spa? One of my favourite spa is Dedaun Spa di Seri Kembangan. Dari sebelum kahwin lagi memang spa ni port saya memanjakan diri. Beurut, facial, mandi susu dan sebagainya. Dats why saya memiliki kulit yang sihat dan bersih. Gitewww....! Haha.. Tapi memang betullah, bila gi spa ni jiwa lebih tenang. So hari-hari berikutnya kita rasa lebih fresh dan bersemangat nak mulakan kerja. Skin pun lebih sihat dan cantik. :) 

Antara treatment yang pernah saya wat adalah mandi bunga. Orang kata mandi bunga ni untuk anak dara yang nak kahwin je.  Eh salah tu! Untuk mak-mak dara pun boleh uols. Huhu.. Saya pun tak tahu memula tu. Tetiba ada pakej promo mandi bunga plus treatment-treatment yang lain, saya pun trylah. 

Masuk je kat tempat nak mandi bunga ni terus feeling wow! Dengan bunga-bungaan segar dan harum, rasa excited nak berendam dalam air mandian bunga ni. 

Meriah kan warna-warna bunga ni? Hati pun berbunga-bunga dibuatnya. Haha. 


Bila mandi bunga ni secara tak langsung memberi aura positif dalam diri kita. Wanita kan memang suka bunga. So terasa diri ni disayangi dan dihargai. Getaran warna bunga dan haruman yang menyegarkan membuatkan jiwa lebih tenang dan relaks.


Sambil-sambil berendam tu terapis saya siram badan saya dengan air bunga yang telah dipisahkan kelopaknya. Bagi menambah seri kulit, gosok-gosoklah badan dengan bunga-bungaan ni.

Uniknya spa ni laluan ke tempat mandi pun sangat bercirikan alam semulajadi. Tak dapat nak ke hutan sebenar, kat sini pun dah feel macam duk ada dalam hutan. Feeling-feeling puteri yang tengah mandi kat sungai gitu. hahah..

Geram sebenarnya tengok bunga-bunga ni. Cantik sangat sebab multicolor. Pandai terapis cari bunga bermacam jenis. Automatik boleh menceriakan diri kita. 

Ada rezeki boleh datang lagi mandi bunga. Memang experience yang takkan dilupakan sebab treatment mandi bunga kat sini ala-ala kat hotel 5 star. Actually mandi bunga ni pun antara ikhtiar saya untuk hamil. Yela, dah penat bekerja, badan pun perlu rehat kat tempat begini. At least dapat bagi aura positif kat dalam diri. InsyaAllah mana tau berkesan beri efek positif kat jiwa dan fizikal kita, so dipermudahkan untuk hamil.

Investment untuk diri sendiri yang sangat berbaloi. Sekali sekala apa salahnya kan? 

 
Lepas treatment dihidangkan dengan teh halia dan sedikit kudap-kudapan. 

Thanks Ain, favourite terapis saya di sini. Antara terapis yang faham kehendak saya bila datang ke spa ni. Tapi dengar khabar Ain dah tak kerja kat sini. Frust juga tapi takpelah masih ada terapis yang lain pun bagus servis dorang. Moga Dedaun Spa terus maju hendaknya.

Untuk yang nak try gi dan nak tahu lebih details bolehlah visit fanpage Dedaun Spa. Yang penting spa ni untuk Muslimah only.



Misya : Dah lama tak dapat bunga.

Friday, December 21, 2018

Rupa dan rasa sebenar buah bidara..

Salam. Selalu dengar orang sebut-sebut buah bidara, buah bidara. Tapi seumur hidup saya tak pernah lihat apetah lagi memakannya. Haha nampak sangat orang bandar tak reti sangat buah-buahan kampung ni.       
      
But today ada sorang kerani kat office bagi try sebiji. Mula-mula taknak ambil sebab seriously saya ingat buah ni masam. Then first time tengok begini rupa sebenar buah bidara. Disebabkan rupanya hijau so saya fikir mesti sangat masam. Terbayang apple hijau yang sangat masam. Last-last amik sebijik je. Yela orang dah bagi takkan sebijik pun taknak amik. Huhu


Kecik comel je buah bidara ni. Macam limau nipis. Kebetulan dua hari lepas memang ada orang jual kat jualan area office but tak terfikirlah pula nak beli. Tengok sekali imbas je. Sebab tak pernah makan. Dan tak reti nak makan camne. Haha teruk betul saya ni. Akak office tu kata gigit je macam buah jambu. 


Okla saya try gigit, sedikit keras tapi bila dapat gigit isinya start lembut sikit. Macam gigit buah apple je. Oh sangkaan saya buah bidara ni masam meleset sama sekali! Atau maybe saya dapat yang manis? ;) But 1st time rasa buah bidara ni, manis juga. Means takde lah manis sangat. Just nice la if nak wat kudap-kudapan. So don't judge fruit by its skin. Hehe..


Nyesal pulak amik sebijik je! Haha tula jual mahal lagi. Takpelah at least tahu dah camne rupa dan rasa buah bidara ni. Takdela jakun or blur kalau orang tanya next time. Hehe.. 


Misya : Zaman dara pingitan sudah berlalu.

Wajah pelakon telenovela Maria Mercedes dulu dan sekarang

Salam. Siapa masih ingat zaman telenovela dari Mexico, Maria Mercedes yang pernah meletup di TV long time ago? Masa tu masih di bangku sekolah. Mengisahkan gadis miskin bernama Maria Mercedes yang kahwin dengan orang kaya bernama Jorge Luis. Zaman tu tema sebegini memang jadi musim orang wat drama. Tahun lepas Astro Bella menayangkan semula telenovela tersebut. Saya pun follow lah drama bersiri lebih 100 episod ni. Sebab masa dulu tengok tak sampai habis so tak tahu kesudahannya camne. Sambil-sambil tu google lah apa perkembangan terkini para pelakon Maria Mercedes ni. Ada yang masih maintain lawa dan handsome. Ada juga yang telah meninggal dunia. Jom kita zoom...




Heroinnya, Thalia yang memainkan watak Maria Mercedes. Telenovela nilah yang menaikkan nama beliau dan dikenali sebagai Queen of Telenovela. Selain berlakon, Thalia ni juga seorang penyanyi. Masih cantik sampai sekarang walaupun dah berusia 40an. 

Heronya, Arturo Peniche sebagai Jorge Luis.

Watak ibu Jorge Luis, Malvina (Laura Zapata) yang membawa watak jahat dalam telenovela ni.

Pembantu rumah Malvina, Cordellio dilakonkan oleh Roberto Ballesteros yang turut bersubahat menjadi dalang menghancurkan kehidupan Maria Mercedes dan Jorge Luis.


Watak ibu Maria Mercedes iaitu Maria Magnolia dimainkan oleh Gabriela Goldsmith.

 Carmen Salinas yang membawa watak jiran Maria Mercedes yang baik iaitu Filogonia.

Mistica watak penggoda dimainkan oleh Nicky Modelinni

Pelakon Karla Alvarez yang membawakan watak adik kepada Maria Mercedes ni telah meninggal dunia pada tahun 2013 akibat menghidapi Anorexia Nervosa.


Fernando Ciangherotti memainkan watak Santiago yang mengahwini Maria Mercedes pada mulanya untuk mewariskan harta pusakanya kerana sakit tenat supaya tak jatuh ke tangan Malvina. 


 Carmen Amezcua memainkan watak Digna, adik kepada Jorge Luis

Fernando Colunga yang melakonkan watak Chico, jiran Maria Mercedes yang try tackle Maria mercedes tapi tak tercapai.

So far ini sahaja yang dapat saya search dan share. Mana tau ada yang merindui telenovela ni. Terubatlah sedikit kan? huhu. 


Misya : Impian nak beli Mercedes sebijik.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...