Friday, December 21, 2018

Wajah pelakon telenovela Maria Mercedes dulu dan sekarang

Salam. Siapa masih ingat zaman telenovela dari Mexico, Maria Mercedes yang pernah meletup di TV long time ago? Masa tu masih di bangku sekolah. Mengisahkan gadis miskin bernama Maria Mercedes yang kahwin dengan orang kaya bernama Jorge Luis. Zaman tu tema sebegini memang jadi musim orang wat drama. Tahun lepas Astro Bella menayangkan semula telenovela tersebut. Saya pun follow lah drama bersiri lebih 100 episod ni. Sebab masa dulu tengok tak sampai habis so tak tahu kesudahannya camne. Sambil-sambil tu google lah apa perkembangan terkini para pelakon Maria Mercedes ni. Ada yang masih maintain lawa dan handsome. Ada juga yang telah meninggal dunia. Jom kita zoom...




Heroinnya, Thalia yang memainkan watak Maria Mercedes. Telenovela nilah yang menaikkan nama beliau dan dikenali sebagai Queen of Telenovela. Selain berlakon, Thalia ni juga seorang penyanyi. Masih cantik sampai sekarang walaupun dah berusia 40an. 

Heronya, Arturo Peniche sebagai Jorge Luis.

Watak ibu Jorge Luis, Malvina (Laura Zapata) yang membawa watak jahat dalam telenovela ni.

Pembantu rumah Malvina, Cordellio dilakonkan oleh Roberto Ballesteros yang turut bersubahat menjadi dalang menghancurkan kehidupan Maria Mercedes dan Jorge Luis.


Watak ibu Maria Mercedes iaitu Maria Magnolia dimainkan oleh Gabriela Goldsmith.

 Carmen Salinas yang membawa watak jiran Maria Mercedes yang baik iaitu Filogonia.

Mistica watak penggoda dimainkan oleh Nicky Modelinni

Pelakon Karla Alvarez yang membawakan watak adik kepada Maria Mercedes ni telah meninggal dunia pada tahun 2013 akibat menghidapi Anorexia Nervosa.


Fernando Ciangherotti memainkan watak Santiago yang mengahwini Maria Mercedes pada mulanya untuk mewariskan harta pusakanya kerana sakit tenat supaya tak jatuh ke tangan Malvina. 


 Carmen Amezcua memainkan watak Digna, adik kepada Jorge Luis

Fernando Colunga yang melakonkan watak Chico, jiran Maria Mercedes yang try tackle Maria mercedes tapi tak tercapai.

So far ini sahaja yang dapat saya search dan share. Mana tau ada yang merindui telenovela ni. Terubatlah sedikit kan? huhu. 


Misya : Impian nak beli Mercedes sebijik.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...