Thursday, December 28, 2017

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ

Klik untuk join

Segmen : REALSVIORS Bloglist !

Klik untuk join
Azam tahun baru? So far saya tak pernah set azam tiap kali masuk tahun baru sebab bagi saya everyday adalah hari yang perlu keazaman - means kena tahu apa nak buat setiap hari supaya hari tersebut produktif. Cuma maybe sebab tahun baru nanti saya bakal menjadi seorang ibu, so harapan saya agar dapat menjadi ibu yang baik untuk anak saya nanti. Amin.:)

Wednesday, December 20, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2017, iaitu tepat jam 6.00 petang sehingga hari esok, 6.00 petang 20 Disember 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2017.


Read more: http://www.mialiana.com/2017/12/segmen-24-jam-bloglist-28-mialianacom.html#ixzz51m31OyPz

Monday, December 18, 2017

Chicken Cheesy Bite bikin cheeselover tangkap leleh..

Salam. Dah try pizza terbaru from Pizza Hut? Takdelah baru sangat. Dah launch dari bulan lepas lagi. Saya je baru nak try sebab masa gi awal-awal hari tu boleh pula habis! Bukan 1 outlet, tapi beberapa outlet saya gi pun sama. Agak kecewa juga. Tapi last 2 weeks dapat juga merasa pizza Chicken Cheesy Bite ni di Pizza Hut Quill Mall, KL. Kebetulan ada urusan kerja kat KL beberapa hari, ajaklah husband gi makan pizza ni.



So ok tak rasanya? Siapa peminat cheese confirm tangkap leleh punya! Macam saya. Hehe. Topping dia biasa-biasa je rasanya. Tapi cheese nya sangat banyak wat kita lupa tentang topping. Hehe. Specialnya lagi pizza ni disertakan dengan sos cheese untuk dicicah. Tapi rasa sos ni macam cheesy wedges kfc punya. Haha. Uols bolehlah try selagi masih ada promo. Size regular ni kenyanglah makan untuk 2 orang. Tu pun saya siap bawak balik 2 slices sebab perut dah tak muat. Ngehehe..




Misya : Suka keju tapi tak suka susu.



Thursday, December 14, 2017

Tips Supaya Tak Sayang Buang Barang

Salam. Ahha, siapa kat sini jenis yang suka menyimpan barang sampaikan tiada space lagi nak letak? Ataupun barang yang bertahun-tahun tak pernah pakai tapi sayang nak dibuang sampaikan barang tu dah rosak, lusuh dan reput? Nasib baiklah saya bukan kategori orang sebegini sebab saya memang tak suka simpan barang-barang lama sampai last-last tak gunakan pun - dah ke arah pembaziran pun ada. Then jadi sampah dan tempat pembiakan makhluk-makhluk tak sepatutnya. So, buat sesiapa yang ada sikap "sayang nak buang barang", bolehlah amalkan tips ni.


1. Hargailah orang tersayang terlebih dahulu. 

Why? Sebab apa sahaja kat dunia ni memang bukan milik mutlak kita tapi milik Allah swt. Kita sayangkan sangat-sangat barang tu tapi kita lupa ada benda lain yang patut kita sayang. Apa dia? Suami/isteri, anak-anak, ibubapa, family, haiwan peliharaan dan sesiapa saja di sekeliling kita. Tuhan tu maha adil. If kita sayang barang (benda tak bernyawa iaitu harta benda melebihi segalanya), tak mustahil Allah akan ambil balik orang yang kita sayang. Banyak dah saya jumpa, orang yang jenis sayang barang ni mesti akan ada sesuatu yang kurang - contohnya ahli keluarga meninggal dunia atau family berantakan atau anak-anak degil dan sebagainya. Tapi ramai tak perasan walaupun yela kita kata ajal maut di tangan Allah. Tapi kena ingat Allah tu maha adil. Hargailah orang tersayang terlebih dahulu berbanding harta benda:)

2. Anggap barang tu bukan rezeki/milik kita

Kita membeli macam-macam barang tapi last-last tak pakai pun. If barang tu masih elok, mungkin ianya bukan milik kita. Maybe untuk disedekahkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Contohnya hantar ke rumah anak-anak yatim atau dermakan kepada orang susah. Nak cari orang susah ni tak perlu jauh-jauh even ahli keluarga sendiri pun kadang ada yang susah. Contoh pakaian yang still elok, bagilah pada anak buah terdekat atau perabot yang masih kukuh dan boleh digunakan, bagi pada saudara-mara yang baru kahwin untuk mulakan kehidupan. Maybe Allah pilih kita untuk beli sesuatu barang tu sebab kita ada duit lebih tetapi barang tu sebenarnya milik orang terdekat yang lebih memerlukan. Dapat tambah pahala.

3. Jangan malas!

Ini yang paling penting. Kena rajin-rajinkan diri untuk sentiasa sorting barang-barang yang kita ada. Jangan sampai 10 tahun baru lah nak sorting. Sorting ni maksudnya pilih dan tapis barang-barang yang kita ada. After 5-10 years nak sorting, masa tu barang-barang tu mesti dah rosak. Time ni nak sedekah pada sesiapa dah tak berguna. Sayang nak buang, simpan lagi lama-lama jadi sampah sarap. At least setahun sekali kena sorting. Jadi takdelah banyak sangat barang disimpan. Then simpan dan susun di tempat yang proper dan mudah dicari. Sometimes kita terbeli barang yang sama banyak kali sebab terlupa simpan barang asal kat mana. Kan membazir tu.. Takde masa nak sorting? Sebab tu kena tengok poin No. 4 berikut.

4. Kawal nafsu berbelanja. 

Yang ni memang kadang-kadang sukar dikawal. Rasa-rasa ada duit lebih dalam poket, mesti nak membeli sesuatu tiap kali keluar ke mana-mana. Dulu pun saya ada tabiat sedemikian. Kemudian atas kesedaran sendiri, saya semakin terkawal berbelanja. How? Setiap kali membeli, saya akan fikir masa akan datang- means barang tu saya akan pakai sampai bila, untuk apa? Kalau takat nak melaram untuk certain time, hentikanlah membeli. Duit tu boleh simpan untuk beli benda lain yang lebih penting. Plus kalau kita jenis pemalas nak sorting barang, henti-hentikanlah tabiat berbelanja tanpa hala tuju. Pakai apa yang ada.

5. Mesti ada sikap pembersih

Biasa kalau kita pergi rumah orang, kita boleh agak orang tu jenis camne kan? First impression masuk rumah pun kita boleh agak tuan rumah jenis pembersih atau tidak. Soroklah camne sekalipun, tetamu boleh hidu tuan rumah jenis pengemas dan pembersih atau tak. Tak suka orang datang rumah? Pelik tu.. "Tetamu" ni bukan manusia je. Malaikat, jin, iblis, syaitan, makhluk perosak, binatang buas. Kalau rumah kita kotor, bersepah, rasa-rasa apa benda yang suka duk dalam rumah kita tu? Malaikat pun taknak masuk so camne nak ada keberkatan dalam sesebuah keluarga rite?

6. Fikirkan keselamatan diri dan keluarga.

Yang ni berkaitan dengan barang-barang yang ada expired date. Contohnya makanan, alat solek, skincare, toiletries dan bahan-bahan kimia. Kena tahu barang-barang ni semua ada tarikh luput! Alat solek dan skincare biasanya tahan paling lama 3 tahun. Tapi jangan sebab sayang, simpan juga lipstik bertahun-tahun tak pakai. Ada sebab kenapa takleh pakai after 3 years. Tindak balas kimia dalam bahan tu mungkin akan menyebabkan keselamatan dan kesihatan diri kita terancam. Dari segi rupa dan tekstur produk maybe nampak elok but kadang-kadang tanpa kita sedari, dia maybe boleh mengeluarkan gas berbahaya atau tindakbalas kimia dalamnya boleh menyebabkan alahan atau keracunan. Plus barang tu maybe dah ada kesan najis haiwan perosak seperti tikus atau lipas yang sangat berbahaya untuk kesihatan. Kalau rasa tak sayangkan diri dan family, teruskanlah menyimpan barang-barang tersebut.

7. Didikan ibubapa

Perkara ni sebenarnya bergantung kepada didikan atau tahap asuhan ibubapa itu sendiri. Kalau ibubapa sendiri jenis tak suka mengemas, then suka menyimpan barang-barang, confirm anak-anak akan terikut tabiat yang sama. Even dari baby pun boleh didik anak supaya jadi pengemas dan pembersih. Kena displin. Jangan ada habit takpela, tak kisah, nanti-nantilah, bila-bila boleh buat - bad attitude! Hasil didikan ni bukan saja akan kelihatan di rumah tapi di tempat kerja, asrama sekolah dan lain-lain tempat. Ibubapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

8. Mati nanti tak boleh bawa masuk dalam kubur

Huhu agak kasar tips ni tapi memang betul kan? Simpan banyak-banyak barang, bila kita meninggal dunia nanti nak buat apa? Barang mungkin dah rosak, takleh nak sedekah kat sesiapa dah. Pastu menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup untuk tolong pilih dan kemaskan barang-barang kita.  Yang dibawa selepas mati hanyalah amalan kita. Barang tak pakai menimbun tu tak muat pun nak masuk dalam liang lahad. Ingatlah, bila kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita juga dipermudahkan.

9. Masih tak berkesan? Anda sebenarnya ada penyakit mental yang dipanggil Hoarding Disorder




So, buat anda yang ada masalah sayang/sukar nak buang barang ni, diharap tips saya beri ni sedikit sebanyak dapat beri panduan. Tips No. 1 tu yang paling utama sebenarnya. Selalu berpegang kepada Allah maha adil. Kita sayang sesuatu melebihi tahap sepatutnya, so Dia akan ambil benda lain yang kita tak berapa sayang/tak ambil peduli. Especially golongan mak-mak yang selalu anak-anak nasihatkan untuk kemas barang tapi degil juga nak simpan. Semuanya terletak pada fikiran dan attitude masing-masing. :)

Baca Juga : Tips Membersihkan Rumah

Misya : No mercy dalam bab membuang barang.


My First Giveaway and Pyka B'day Giveaway

Klik untuk join
Penambahbaikan yang penganjur boleh buat pada blog nya adalah ---->  Maybe boleh letakkan border untuk setiap widget supaya kelihatan lebih kemas dan teratur.:)

Tuesday, December 12, 2017

Motivation inspired from Fareeda, Dato Vida, Dato Aliff dan YB Ahmad Maslan

Salam. Saya tertarik dengan kata-kata motivasi ni dipetik dari group whatsapp. Especially untuk orang yang mudah putus asa dalam sesuatu perkara. Maybe boleh dijadikan motivasi buat anda untuk sentiasa bersemangat dan berusaha lebih gigih untuk mencapai impian anda. All the best! :)

Jenama tudung Fareeda kena kutuk satu Malaysia
Sikit pun tak nangis.

Dato' Vida kena gelak sana sini
Sikit pun dia tak heran.

Dato Aliff kena cemuh di FB,
tetap makan durian kat KLIA.

PM kita kena maki hamun hari hari,
dia tetap naikkan jari 1 Malaysia

Ahmad Maslan kena boo,
dia tetap buat lawak untuk rakyat senyum.

Kita,

Baru sorang customer maki,
Baru sorang kawan kutuk,
Baru sorang kawan buat kau down,
Baru sorang kawan tekan kau masa tengah sakit,
Dah masuk tandas menangis.

Kental tak kental hati tu?
Boleh la dijadikan kayu ukur
Tapi tebal atau tak tebal poket?

Korang pernah tengok citer DOREMI time Mi pergi mintak kerja?

Kebolehan tahan maki. Itulah mesej dia nak sampaikan. Berapa orang yang nak berjaya yang ada kebolehan tahan maki? Setakat tahan kentut okay lagi lah. 

Orang kutuk ke, maki ke, tahan je janji kau cari makan dengan cara halal. Mulut orang ni kalau boleh, time mati tu pun dia nak bercakap lagi.

Dapat sesuatu?? 

#Motivasi




Sumber : Shakira Sahbudin


Misya : Nak dapat lebih, kena buat lebih.

Tanda-tanda awal KANSER...

Salam. Hasil pembacaan saya terjumpa artikel tentang beberapa tanda awal anda bakal mengalami penyakit kronik iaitu kanser. Kanser memang menakutkan. Sometimes anda tak tahu pun yang anda ada kanser tiba-tiba bila detect terus stage 4! Allah hai.. Moga kita dijauhkan daripada penyakit yang sukar diubati ni. Bukan apa, selain kena tahan dengan segala macam rawatan, mental dan fizikal juga kena kuat if nak melawan penyakit ni. Dan peratusan mereka yang berjaya melawan penyakit kanser ni tidaklah tinggi. Jom kita lihat tanda-tanda awal beberapa jenis kanser sebagai rujukan anda agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang sihat.











Misya : Penyakit jiwa dan hati pun bahaya.

Tips Bersihkan Rumah

Salam semua. One of my hobby is actually mengemas rumah. But not all the time ada kerajinan nak kemas rumah. hehe. Cuma bila mood mengemas tu datang, segenap inci dan ruang rumah serta perabot akan saya kemas. Rumah kemas dan bersih buat jiwa tenang je setiap kali nak keluar dan pulang ke rumah. Feeling duk rumah kemas dan bersih ni akan terasa lagi keberkatannya sebab selesa untuk kita tinggal dan beribadat. So saya share la beberapa tips atau petua mengemas dan membersihkan rumah dari facebook Anak N Ibu Shop Zona ni untuk dijadikan panduan. 









Misya : Jangan sampai rumah jadi macam tempat kucing beranak.

Monday, December 4, 2017

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia

Klik untuk join

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...