Thursday, May 26, 2016

Dari penyelamat nyawa, kini business partner..

Salam. Ramai tanya saya, kenapa saya masih mahu melakukan bisnes yang sama, jual produk yang sama dan berkongsi peluang yang sama (kini di upgrade kepada lebih pantas). Jom baca story salah seorang rakan niaga saya. Walaupun kami tak pernah bertemu tapi dengan semangat pasukan yang sama terdetik nak share kisah mereka. By Zaman Shah Aiyan

Cerita Kami Bisnes Kami

Bisnes Dari Hati Ke Hati

Seusai dari Kursus Kecantikan (TBW) yang dianjurkan oleh syarikat, selepas mesyuarat ringkas bersama ketua kami, kami terus balik. Dalam perjalanan balik kami singgah di sebuah stesen minyak yang terletak di tepi lebuh raya.


Sewaktu saya keluar dari kereta, tiba-tiba saya ditegur oleh seseorang dari kenderaan yang berdekatan dengan kereta kami.

"Encik...encik...boleh tolong saya tak"

Sapa seseorang dari kenderaan tersebut.

"Kenapa Cik?"Tanya saya balik.

"Saya pening...darah tinggi saya naik, saya baru call wife saya... bateri hp pula habis..." Jawab Pak Cik tadi.

Dengan wajah lemah yang berkerut bagai menahan sesuatu. Memang sangat lemah kelihatannya. Baru saya teringat, kekasih hati yang masih di dalam kereta.

Saya terus segera meluru kepadanya dan memberitahu tentang seseorang yang memerlukan bantuan. Dia segera keluar dari kereta.

Saya menyuruh isteri membuat satu urutan terapi (urutan terapi tradisional cina Guasa) kepada Pak Cik tadi. Sebelum kekasih hati membuat urutan, saya memberi beberapa biji spirulina dan menyuruh minum air RO.

Selepas urutan, kelihatan segar di wajahnya. Menurutnya pening-pening sudah beransur baik. Wajah agak ceria, mengucapkan kesyukuran dan berterima kasihnya kepada kami.

Kami mengambil kesempatan untuk berkenal-kenalan. Namanya Pak Cik Yusuf, seorang guru rupanya. Dia dalam perjalanan balik ke Klang dari kursus,tiba-tiba rasa pening kepala sangat.


Sekali lagi dia mengucapkan terima kasih, seandainya jika kami tidak ada disitu apalah nasib dirinya seterusnya. Dia bertanyakan alat apakah yang diguna untuk mengurut dirinya tadi. Kami menerangkan serba sedikit tentang terapi urutan tersebut.

Tidak semena-mena Pak Cik tadi bertanya berkaitan keahlian untuk menyertai syarikat.
Saya berpandangan dengan kekasih hati. Kami hanya membantu yang termampu, kerana itu tugas dan tanggungjawab kami yang hanya mempunyai ilmu dan kemahiran yang sedikit.

Setelah menerangkan serba sedikit berkaitan syarikat dan produk. Kami hulurkan borang dan mengisikan maklumat dirinya ke dalam borang untuknya.


Tidak lama kemudian. Sampailah isteri kepada Pak Cik bersama anaknya. Kami saling berkenalan. Saya memberitahu perkara apa yang berlaku.

Azan berkumandang...masing-masing bersalaman. Sebelum pulang, Pak Cik Yusuf melahirkan kerterharuannya sekali lagi kepada kami.

Saya menyatakan, bahawa apa yang berlaku semua ketentuan Allah SWT. Bagi kami, ini satu ujian buat kami, Allah SWT uji kami sejauh mana keikhlasan dalam membantu orang lain.

Bisnes MLM Bisnes Dari Hati KeHati

Nah... buat kawan-kawan di luar sana. Bila Allah SWT, katakan sesuatu jadilah maka jadilah ia. Hari ini kita berhubung dengan manusia. Bertemu dan bercakap dengan manusia juga.

Prospek ada di mana-mana, adakalanya kita cari,adakalanya ia datang kepada kita. Jika kita lakukan kerana-Nya. Pasti dan pasti Dia pasti tolong kita. Yakin dan Percaya!

Beginilah bisnes MLM... bisnes lain pun begitu, berhubung dengan manusia. Buat dengan penuh kasih-sayang,ikhlas,jujur... InsyaAllah dipermudah jalannya.

Jika hari ini, ada yang kata susahlah mahu jumpa orang, susahlah mahu cakap dengan orang... susahlah.. susahlah... susahlah... payahlah... anggaplah kita sedang bercakap dengan 'bukan orang' Amacam?

Itulah sekelumit pengalaman kecil dan momen-momen indah yang kami alami selama beberapa bulan bergelumang dengan bisnes MLM NO.1 di Malaysia.

Semoga ianya
memberikan suntikan momentum berterusan untuk kami menjayakan bisnes ini.

Jayakan Anda Jayakan Bangsa!

Dari Hati Ke Hati, Dari Manusia Untuk Manusia!


Best kan? Ramai anggap negatif dan busuk tentang MLM. Tapi sebenarnya masih ada MLM yang telus dan ikhlas dalam membantu sesiapa saja. Dari segi kesihatan, kecantikan dan kewangan. Dengan ilmu yang ditimba, at least telah membantu di saat-saat kecemasan sebegini. Cer kalau tak? Confirm anda menggelabah dan tunggu hingga ambulan datang tanpa berbuat apa-apa rite? This is Heart to Heart business. Only at Elken!=)


Misya : Hanya yang terbaik untuk yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...