Tuesday, August 25, 2015

Rindu terubat dalam Terminator 5...

Salam.. Sape peminat pelakon Arnold Schwarzenegger (hope tak salah eja)? Ahha saya salah seorang yang minat pelakon otai ni. Hehe. Movie dia yang saya tak pernah miss tengok adalah Terminator. Daripada Terminator 1 sampailah yang ke-5 saya dah tonton. Since ternampak iklan di billboard robot jahat Terminator di tepi highway, terus tak sabar nak tengok sekuel terminator terbaru yang menampilkan kembali hero asalnya iaitu Arnold. Sebab yang dalam filem sebelum ni Arnold muncul sebagai jemputan je. So, ajak la incik suami pi tengok walaupun saya pasti dia tak minat sangat banding Transformer. If tak tengok dari No.1 memang korang akan pening sikit. Sebab story dia ada kaitan dengan sebelum-sebelum ni punya movie. Then, jalan cerita dia banyak bermain dengan putaran masa dahulu dengan sekarang. Kalau tak faham, wat-wat faham je la. Hahahaha...

Poster dia agak gempak la juga. Saya still ingat Terminator 2  si jahat yang beruniform polis dan boleh berubah jadi logam yang tajam tu sangat menakutkan. Bila ditampilkan watak yang sama tapi pelakon yang berbeza memang wat saya lagi teruja nak tengok.

Hoyeahhh terubat rindu nak tengok lakonan Arnold dalam Terminator!=) Robot yang bersalut kulit manusia yang asalnya disetkan untuk jadi pemusnah/penghapus (terminator) tetapi di resetkan untuk menyelamatkan John Connor (penyelamat manusia) akibat serangan nuklear dari virus internet Skynet. Fuh, takutnyer kalau betul-betul terjadi manusia dijajah oleh robot dan mesin.


Untuk terminator terbaru ni saya bagi 3 bintang je kot. Bukan tak best tapi story line dia kurang menyengat sikit. Dari segi lakonan semua memang superb dan banyak aksi yang mendebarkan sampai terperanjat penonton. Huhu.. Tak tahu la akan datang keluar lagi ke Terminator baru. Arnold dah tua tak larat dah nak berlakon. Tapi kalau umur dia panjang, mana tahu Arnold muncul lagi dan berkata 'I'm back!!' Hehehe.... Astalabesta bebeh!


Misya : Terminator 2 is the best.

Loose Piece DX/Charms boleh bayar ansuran AEON!

Salam semua!!! Berita baik!! Disebabkan kehebatan DX & Charms tanpa henti, maka ramai bertanya-tanya boleh tak beli loose piece secara ansuran AEON. Sebelum ni memang tidak dibenarkan sama sekali. Wajib ambil pakej baru boleh ansuran melalui AEON. But Alhamdulillah baru-baru ni company mengkhabarkan loose piece pun dah boleh buat instalment!! Syukur sangat-sangat. Saya dan para dealer lain yang masih aktif memang dah lama menantikan berita baik ini. Sebab ramai customer dah pernah beli set pakej then just nak add-on loose piece cuma tak mampu nak beli via cash/credit card. So, now anda berpeluang memiliki DX/Charms walaupun loose piece!! takpe, beli sikit-sikit nanti dapatlah 1 set!=)   


Harga Cash DP adalah harga ahli secara tunai. If nak guna kemudahan AEON Credit wajib register ahli RM79.50 sebagai syarat. Ezy Pay adalah via credit card 0% interest. Bagi tempoh AEON instalment depends produk apa yang nak dibeli. Instalment sudah termasuk interest 1%. Tetapi tawaran bayaran ansuran ini terhad sehingga 25 September 2015 sahaja!!! So, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat hantar kepada saya apa yang diperlukan untuk apply AEON di bawah. Senang saja.. 

Untuk yang bekerja : Ic copy, payslip 1 bulan, bank statement dan epf statement/surat pengesahan majikan (jika ada).

Untuk yang berniaga : Ic copy, salinan SSM, bank statement company 3-6 bulan, bank statement personal 1 bulan.

Untuk agen insurans : Ic copy, statement komisen 3 bulan, bank statement 3 bulan, epf statement jika ada.

Tidak bekerja/suri rumah/ student/blacklist : Ngeeee this one special case.^^ Memang kena cash/credit card. Sometimes bad payment boleh try apply lagi.


Hope info saya ni dapat membantu anda merasai kenikmatan memakai DX/Charms yang superb ni. Info lanjut jangan segan-silu contact saya seperti berikut :


Kalau saya terlambat reply anda, jangan risau saya tetap akan reply. Cuma sometimes tengah ada urusan yang tak dapat dielakkan. Saya sayang semua customer saya. Lets shopping!=)


Misya : Sudah ada 5 set.

Monday, August 24, 2015

Thy Executive Hotel, JB || Apa pendapat saya?

Salam semua.. Ada sesiapa nak ke Johor Bahru? Bolehlah try menginap di Thy Executive Hotel, Plentong, Johor Bahru. Saya stay sini masa raya hari tu. Jom tengok apa ada di hotel ni.

Mendengar nama hotel je saya rasa hotel ni mahal ratenya. Tengok gambar macam biasa-biasa tapi bila sampai, erm not bad.. Memang nampak eksklusif. Lobi dia luas.

Check-in! Biliknya luas dan bersih. Selesa la if duk dengan family pun sesuai ada space untuk tambah tilam.

Ada TV, meja solek, locker..

Ada tingkap comel ni rasa cute je. huhu..

Toiletries yang disediakan.

Tiada bath tub. Hanya shower saja. Toilet nya bersih tapi saya tak sure sama ada bilik saya sahaja yang ada masalah bau kurang menyenangkan keluar daripada saluran toilet. Sepanjang masa kena pasang exhaust fan sebab hidung saya sensitif pantang ada bau-bau tak best. 

Ni seperti biasa la. Huhu

Breakfast disediakan di Thy Cafe level paling bawah hotel.

Suasana dalam cafe..

Tak banyak pilihan sangat breakfast disediakan. Tapi ada sijil Halal.

So, kalau nak cari tempat yang selesa dan tak mahal sangat boleh try Thy Hotel ni. Saya puas hati lah sebab bilik luas dan bersih. Tapi saya rasa kalau cat dinding bilik ditukar kepada wallpaper mesti lagi menarik hotel ni. Sebab bila cat lama-lama warnanya luntur menjadikan hotel ni kurang eksklusif. Rate? Saya tak berapa ingat tapi sebab nama pun eksklusif so lebih sikit harganya banding hotel bajet biasa. More info boleh terjah ke http://www.thyexecutivehotel.com/ 

Address: Lot 64302, Jalan Mutiara 1,, Taman Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Phone:+60 7-353 2888


Misya : Tilam hotel tak pernah mengecewakan.




Wednesday, August 19, 2015

Bloglist September Nyamuk Terbang

Sila klik untuk sertai.

Siapa-siapa yang baca entry ini automatik anda di tag! hehehe..

Segmen "AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS" by OmbakBergigi

*Klik Gambar Untuk Join*

Jom Join "Segmen' AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS' by OmbakBergigi. " .Kali ni korang wajib beri satu kritikan sama ada negative atau positive kepada belog OmbakBergigi. Kerana kritikan korang begitu begitu berharga. Jadi~ Apa hadiahnya? Apa syarat-syaratnya? sila klik gambar di atas untuk ke entri Segmen. :)

Jom Support Wahai Kawan-Kawan Blogger :)

Berikan satu kritikan kepada belog OmbakBergigi

1 je?? Komen saya..

HOT!!! 

Hehehe segmen HOT gini mesti datang dari blog yang HOT dan dari tuannya yang HOT juga!



SEGMEN : OHSEM BLOGLIST by safurara.com

Klik untuk join

SEGMEN KLIK-KLIK NUFFNANG

Klik untuk join

Monday, August 10, 2015

DX Beauty Journey by Misya in 3 languages!

Salam semua.. Haa ingat lagi saya pernah war-warkan saya di invite untuk sesi photoshoot sebagai salah seorang model Beauty Journey untuk perkongsian kehebatan DX Lingerie?  Actually dah lama fotonya keluar cuma tak sempat nak update dengan anda semua. Alhamdulillah dapat berikan pose yang terbaik dan kisah saya sebagai pengguna DX Lingerie diterjemahkan ke dalam 2 lagi bahasa selain Bahasa Melayu iaitu English dan Mandarin. Hope perkongsian saya tentang rahsia saya kekal langsing dan sembuh dari masalah tulang belakang membengkok dapat menjadi inspirasi untuk anda di luar sana yang alami masalah yang sama macam saya.. Bukan sekadar wanita atau gadis Melayu malah bangsa lain pun boleh gunakan testimoni saya sebagai rujukan. =)


Boleh baca SINI kisah di sebalik tabir sesi photoshoot ini.

Malay version

Mandarin version

English Version

By the way saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat company Elken Sdn. Bhd. yang beri peluang kepada saya terlibat dalam sesi photoshoot Beauty Journey ni. Bukan senang nak dapat peluang sebegini oleh syarikat direct selling gergasi No. 1 di Malaysia! Alhamdulillah berada di company yang betul, produk yang superb, budaya yang baik dan memberi pulangan berbaloi-baloi. Nak tahu details tentang DX Lingerie? Jangan segan-segan wasap/call saya di 016-9561764. Free fitting & free consultation!


Misya : DX bukan sekadar pakaian dalam.

Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Thursday, August 6, 2015

Original Raw Cushion Foundation from GoShop

Salam. Hola! Shopping kat GoShop lagi.. Hehe.. Last time saya pernah beli bedak foundation di GoShop juga tapi jenama Laneigh. Boleh tengok kat SINI. Kebetulan Laneigh punya dah nak habis maka saya ingat nak beli yang baru tapi nak try brand lain pula. Buka channel GoShop then ternampak Original Raw Cushion Foundation ni. Harganya lebih murah banding Laneigh. 2 set siap refill hanya RM169.00 jek! Saya survey-survey juga kat web ternyata GoShop sangat murah. Apa lagi, jom shopping!

Inilah dia Original Raw Cushion Foundation.. Servis GoShop memang cepat dan puas hatilah. Excited nak pakai sebab since pakai Laneigh ramai tegur saya pakai apa untuk jaga kulit. Tak make-up tebal-tebal pun tapi wajah nak glowing dan fresh. Alhamdulillah diberi kulit yang bersih, senang nak jaga.


Macam Laneigh juga, Original Raw disapu sebagai alas mekap a.k.a bedak asas. Tak perlu topup bedak-bedak lain just tambah pakai eyeliner, celak sikit then lipstick. Siap! Tahan lama juga Original Raw ni. Berbaloi lah dengan harga cuma lama-kelamaan saya lebih suka Laneigh sebenarnya banding Original Raw ni. Especially part bau Laneigih lebih menyegarkan. Original Raw ok juga sebab harga lebih rendah banding Laneigh. Apa-apa pun saya tetap puas hati sebab produk GoShop memang berkualiti! Ada TV, boleh beli!


Misya : Benda best memang mahal.

Pesawat MH370 telah ditemui?!

Salam. Setelah 515 hari kehilangan pesawat MAS MH370, PM Najib telah umumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion merupakan milik MH370. Samada nak percaya atau tidak, wallahualam. Tapi Menteri Pertahanan Malaysia telah mengumumkan usaha mencari saki-baki pesawat tersebut sedang dijalankan. 


Menurut Bernama;

"Selepas penemuan bukti terbaharu itu, masih banyak lagi tugas yang diperlukan kerana ia tidak dapat menentukan di mana kedudukan sebenar pesawat itu.

"Ia bukan mudah. Itu kawasan terpencil, lautannya dalam dan bukan banyak peralatan di dunia ini yang boleh digunakan. Tetapi kita sudah lakukannya sebelum ini pada keluasan 60,000 kilometer persegi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pemaikan pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal pagi tadi yang mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lalu.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing hilang pada 8 Mac 2014 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.

Hishammuddin berkata memandangkan serpihan yang dijumpai itu merupakan serpihan terapung, para pakar harus mengenal pasti dari segi arus lautan untuk meneruskan pencarian pesawat.

"Tetapi dengan petunjuk yang kita ada sekarang di Pulau Reunion, kita boleh perkecilkan kawasan pencarian dan perkara ini saya percaya sedang dipertimbangkan bukan sahaja oleh Kementerian Pengangkutan tetapi juga pakar-pakar dari negara lain khususnya Australia dan China," katanya.

Jika benar serpihan bangkai pesawat MH370 telah ditemui, lega sikit keluarga mangsa nahas pesawat tersebut. At least dah tahu di mana mangsa-mangsa tersebut hilang dan bersemadi walaupun jenazah tidak ditemui. Ya Allah hai hebatnya kekuasaanMu. Di MyMetro juga penuh dengan kisah-kisah penemuan serpihan MH370 seperti flaperon yang disyaki milik MH370. Apakah sebenarnya terjadi kepada MH370? Hanya Allah sahaja yang tahu. Sama-sama lah kita berdoa moga teka-teki 515 hari ni dapat diselesaikan segera. Hope penemuan ini bukan digunapakai untuk menutup segala konspirasi besar yang melanda negara sekarang ni.





Misya : Manusia makhluk yang terbaik tetapi banyak kelemahan akibat kelalaian.


SAYA NAK MASUK BLOGLIST VITAMIN WAWA OGOS-SEPT 2015

Tekan banner untuk join

Tuesday, August 4, 2015

Askar wanita Slip Disc pakai DX

Alhamdulillah thank you Puan Yati shopping Dx Lingerie with us.. Tahniah my partner NikEpong dapat bantu Puan Yati untuk cantik dan sihat dengan DX. Hope masalah slip disc Puan Yati dapat berkurangan. Close deal RM2908 cash Body Shaper set. Thanks for shopping with us!

Sape nak juga jangan tunggu lagi! Jom wasap 016-9561764. Ada tawaran menarik menanti anda sehingga 15 Ogos 2015 ini khas yang untuk pembeli yang membeli dengan kami! ^_^

Monday, August 3, 2015

Shopping Raya istimewa di Elken with Misya!

Salam semua!! Ahha saya tahu ramai kat luar sana peminat produk luar biasa Elken. Sebab di bulan perayaan ni, bertalu-talu wasap saya terima. Ada yang nak cantik, nak slim, nak sihat, nak bagi hadiah pada yang tersayang dan macam-macam lagi. Jadi untuk memeriahkan lagi musim Raya ni saya akan bagi sesuatu yang istimewa jika anda membeli-belah dengan saya. Nak tahu apa dia? Kenalah wasap saya dulu. Hanya yang bertuah saja saya akan berikan tawaran istimewa ini!>_~ Special price ke?? Ada diskaun ke??;) Jeng-jeng-jeng surprise!!! Jadi, apa tunggu lagi? Terhad sehingga 15 Ogos ini sahaja!!! Jom cantik, sihat dan bergaya di Hari Raya dengan Elken! 


Misya : Suka jualan murah.

Thanks Kataubaid review blog Misya....^_^

Salam. Erm rasa cam dah lama tak di review. Almaklum tak  fofuler sangat hehe. So kena la rajin segmen macam segmen anjuran blogger Kataubaid ni. Saya blogger pertama di review hasil daripada penyertaan segmen tersebut. Simple review tapi tetap nak ucap thanks pada Ubai. Uols pun dialu-alukan singgah ke blog Kataubaid ni ya. Nak nampak lebih jelas apa yang Ubai review saya silalah klik SINI atau klik gambar screenshot di bawah.



Misya : Teringat pejuang Islam Khalid bin Al Walid.

Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015

Klik banner if nak join

Blog saya mengenai anything yang saya suka untuk coretkan..=)

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015

Klik banner untuk join

Pencarian Bloglist Aisyhah Nyais Ogos 2015

Klik banner untuk join

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...