Thursday, August 6, 2015

Pesawat MH370 telah ditemui?!

Salam. Setelah 515 hari kehilangan pesawat MAS MH370, PM Najib telah umumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion merupakan milik MH370. Samada nak percaya atau tidak, wallahualam. Tapi Menteri Pertahanan Malaysia telah mengumumkan usaha mencari saki-baki pesawat tersebut sedang dijalankan. 


Menurut Bernama;

"Selepas penemuan bukti terbaharu itu, masih banyak lagi tugas yang diperlukan kerana ia tidak dapat menentukan di mana kedudukan sebenar pesawat itu.

"Ia bukan mudah. Itu kawasan terpencil, lautannya dalam dan bukan banyak peralatan di dunia ini yang boleh digunakan. Tetapi kita sudah lakukannya sebelum ini pada keluasan 60,000 kilometer persegi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pemaikan pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal pagi tadi yang mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lalu.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing hilang pada 8 Mac 2014 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.

Hishammuddin berkata memandangkan serpihan yang dijumpai itu merupakan serpihan terapung, para pakar harus mengenal pasti dari segi arus lautan untuk meneruskan pencarian pesawat.

"Tetapi dengan petunjuk yang kita ada sekarang di Pulau Reunion, kita boleh perkecilkan kawasan pencarian dan perkara ini saya percaya sedang dipertimbangkan bukan sahaja oleh Kementerian Pengangkutan tetapi juga pakar-pakar dari negara lain khususnya Australia dan China," katanya.

Jika benar serpihan bangkai pesawat MH370 telah ditemui, lega sikit keluarga mangsa nahas pesawat tersebut. At least dah tahu di mana mangsa-mangsa tersebut hilang dan bersemadi walaupun jenazah tidak ditemui. Ya Allah hai hebatnya kekuasaanMu. Di MyMetro juga penuh dengan kisah-kisah penemuan serpihan MH370 seperti flaperon yang disyaki milik MH370. Apakah sebenarnya terjadi kepada MH370? Hanya Allah sahaja yang tahu. Sama-sama lah kita berdoa moga teka-teki 515 hari ni dapat diselesaikan segera. Hope penemuan ini bukan digunapakai untuk menutup segala konspirasi besar yang melanda negara sekarang ni.





Misya : Manusia makhluk yang terbaik tetapi banyak kelemahan akibat kelalaian.


4 comments:

  1. takziah kepada waris mangsa MH370.

    jemput ke blog saya : http://www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  2. Takziah keluarga angsa nahas MH370 .

    http://stnrsyfh.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...