Saturday, December 31, 2011

Portfolio for New Year 2012

Sempena Tahun Baru 2012 aku update 1 lagi profile modelling aku yang terkini.. Bertemakan fancy make-up plus warna-warna pelangi musim mekap 2012.. 

Talent : Aimi Syahirah
MUA : Shovana Balan
Photog : Che Lat
Organizer : Azura Lath
Wardrobe : Aimi Syahirah Collection
Location : Taman Tasik Kemuning, Shah Alam

Apa yang menariknya photoshoot kali ni, kami berpeluang menjalani sesi photoshoot di dalam restoran McDonalds!! Kebetulan masa lunch lepak kat situ, sementara tunggu hujan reda, kami minta izin manager restoran tu untuk shoot then dia bagi. Apa lagi, dapatlah snap beberapa keping gambar dalam McD! huhu.. Korang ada? huahua.. 
Hasil tangan Shova.. She's so talented doing fancy make-up.

At McD.. With Siti Hajar and Dina Masnan...




Di tepi Tasik Kota Kemuning yang dingin dan indah..



Antara MUA yang terlibat.. Abg Jalel & Shazli




Feeling like a mermaid! hehehe..

I'm like a queen.. [berangan]


Di hujung jeti.. Gayat woo! 





Make-up for year 2012? ;)

Sejuk sangat masa ni sebab angin tiup dengan kencang..

With my MUA, Shovana Balan.. Sanggup datang dari Kuantan, Pahang untuk menjayakan event ini. Good job!


So, to all my friends and family out there, wish you all Happy New Year 2012!! Diharapkan dengan semangat tahun baru ini, kita akan menjadi lebih baik dan berjaya dari tahun sebelum-sebelumnya. Amin...=) 
Kalendar khas untuk tahun 2012.. Thanks Che Lat!


Cik Misya : Sambutan Tahun Baru? Tak pernah ku pergi event sedemikian.. Tak perlu pun. Kan?

Tengok Jack & Jill buat aku mengimpikan anak kembar

Salam semua.. Tengah watpe tu? Mesti ramai menunggu-nunggu ketibaan tahun baru 2012. Tak gi countdown ke? Sorrylah aku tak berminat nak ke tempat sebegitu. Cukuplah berdoa dan bersyukur dipanjangkan usia ke tahun baru..

Hari ni cuti, so aku pun luangkan masa with my Mr. J. Lepas ke wedding my friend dan menyelesaikan beberapa perkara kitorang pun gi la Alamanda.. Try tengok showtimes kat wayang, banyak gak movie menarik tapi sayangnya waktu tak berapa nak mengizinkan. Last-last aku pilih cerita Jack and Jill. Walaupun dalam hati takdelah teringin sangat nak tengok cerita ni. Layan jela..


Rupa-rupanya movie ni mengisahkan suka duka kehidupan sepasang kembar lelaki dan perempuan bernama Jack and Jill. Dan sememangnya sepanjang menonton lebih kurang 1 jam setengah kitorang tak kering gusi!! Kelakar sangat-sangat. Especially watak Jack dan Jill dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Adam Sandler. Serius memang tabiklah sebab berjaya membawa 2 karakter berbeza dalam masa yang sama. Plus penampilan khas wife Tom Cruise yang comel Katie Holmes sebagai wife Jack.


Di awal dan akhir movie ni diselitkan kisah lucu beberapa pasang kembar dengan pelbagai gelagat dan perangai. Tak sangka ramai juga kembar dalam dunia ni. Suka sangat tengok kembar dari dulu lagi. Sampai aku pernah mengimpikan untuk dapat anak kembar bila dah kahwin nanti. huhu. Mesti comel!=)




Comel kan? huhu..


Cik Misya : Aku ada makcik kembar yang dibezakan melalui tahi lalat di muka..

Updated portfolio from KrulMATRIC Photography

Salam semua.. Ni aku update gambar-gambar terkini sempena Pencarian Duta KrulMATRIC 2011. Aku merupakan salah seorang finalis yang bertanding. Sebelum ni aku ada masukkan entri berkenaan assignment pertama pencarian ini. [sini] Pihak KrulMATRIC baru sahaja update gambar yang dorang shoot masa assigment tu. Thanks so much for fantastic photos from them. Ada banyak lagi gambar tapi aku just paparkan yang terbaik untuk korang semua. 




























Cik Misya : Bila dah selalu photoshoot, aku dah semakin pandai memberi idea kepada photog untuk dapatkan shoot yang menarik.:)

Friday, December 30, 2011

I'm the 1st winner for Next Al Shawls Contest!!

Syukur Alhamdulillah Pencarian Next Al Shawls telah berakhir dengan jayanya. [details] Dan paling menggembirakan aku ialah aku berjaya mendapat tempat pertama dalam contest ni! Syukran! Thank you so much kepada yang mengundi terutama yang mengundi untuk kali kedua bagi finalis Top 8..

Pemarkahan dinilai seperti berikut : 

Pemenang dikira berdasarkan 50% markah LIKE, 50% markah crew.

Pengiraan markah:
(jumlah markah juri/150 x 50% = markah juri)
+
(jumlah like/Like tertinggi x 50% = markah like)

So total marks yang aku dapat adalah 55%..^_^

Hadiahnya seperti berikut:


Tempat kedua dimenangi oleh Cik Hifzanur manakala tempat ketiga oleh Cik Wawa Shauqi. Nanti dapatlah kami bertiga bertemu dalam sesi photoshoot. InsyaAllah...

Thanks also to pihak penganjur iaitu Pwince Harry Photography dan Al Shawls.. Kalau ada lagi contest camni, korang try la join k.



Cik Misya : Mungkin nak stop dulu join contest lepas ni. Mahu fokus on photoshoot job yang makin banyak. Alhamdulillah rezeki..:)




Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...