Tuesday, September 28, 2010

mEnGiNgAtI M.A.T.I

Rasanya dah seminggu sakit ku tak sembuh2.. kadang-kadang sampai tak boleh bangun. belakang badanku terasa sangat sakit sehingga ke menusuk ke dalam tulang belakang, dada, dan pinggang.. kenapa ya Allah? semalam aku bangun, aku demam. terus ke klinik untuk dapatkan mc. doktor syak maybe aku ada masalah buah pinggang. aku pun wat urin test. alhamdulillah takde apa2. tp pagi tadi aku bangun untuk solat subuh, alangkah terkejutnya aku, apabila sewaktu membuang air, air dan darah yg keluar.. tp betul ke darah? sbb warna nya seakan-akan coklat. aku ingatkan aku datang bulan. tp bukan..

jadi sekarang ni aku taktahu nk rasa apa dah. aku nak beritahu ibuku, tp aku taknak susahkan dia lg. adakah kesan dpd ubat yg ku mkn. ubat tahan sakit n urat? belakang ku masih juga sakit.:( aku hrp ini hnya sementara.sebab aku teringat dulu masa kecil2 aku pernah terdengar, aku ada masalah buah pinggang. sbb sering demam n jatuh sakit. tp tak pernah aku endahkan. tapi kali ni aku musykil. entahlah.. selagi aku leh bertahan, aku bertahanla. insyaAllah. aku harap sakit belakang ku ini cepatla sembuh. sesungguhnya aku tak dapat fokus utk bekerja dgn keadaan sebegini.

kadang-kadang aku terfikir, berapa lamakah aku akan hidup lagi? aku tiap hari berdoa semoga meninggal dunia dalam keimanan kpd Allah. dalam agama Islam pun menyebut, mengingati mati itu harus seiring dengan kehidupan kita. semua manusia akan mati cuma caranya saja yg berbeza. bergantung kepada amalan. kalau aku ada rezeki, aku teringin sekali ke tanah suci Makkah, dan meninggal dunia di sana.. dapatkah aku merasa semua itu?

wallahualam..

Monday, September 20, 2010

Hargailah wanita di sekelilingmu...


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehSeorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat2 rakaat solat dari wanita  yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

01.  Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

02. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

03. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

04. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yangmelihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

05. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

06.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakitakan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

07. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

08. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala sepertimeyapu lantai di Baitullah.

09. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yanghamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagaimati syahid.

13. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

14. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

15. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


16. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

  17. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukisyurga.  

 18. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.  

 19. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.  


"Seindah hiasan adalah wanita Solehah..."


Friday, September 17, 2010

CeRiTa SyAwAL SyAhIrAh:)

Fuh, fuh...! Tiup-tiup jap. Wah, sudah berhabuk blog aq ni rupanya.. huhu.. Dah lama tak update aktiviti ku dlm blog ku ini. Em actually aku terlalu busy dgn tugas harian dan tanggungjawab ku.. Alhamdulillah, selesai sudah umat Islam di dunia ini menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang lalu dan telah masuk minggu kedua Aidilfitri..

Sesungguhnya, Ramadhan kali ini memberikan ku ketenangan dan muhasabah diri yg terbaik utk menyucikan diri dan hati. Aku berpeluang menyertai aktiviti Tadarus Al-Quran di pejabat sekaligus khatam 30 juzuk Al-Quran, dapat menjalankan tugas dengan baik di pejabat dan di rumah, melakukan ibadah2 sunat dan yang paling penting, akulah orang yang paling gembira untuk menyambut Syawal kali ini.. Bermacam-macam peristiwa menggembirakan berlaku dalam hidup ku. Alhamdulillah aku semakin dapat melupakan perkara-perkara pahit yang lalu, dan kini aku bangkit meneruskan kehidupanku. InsyaAllah berkat doa ibu ayahku, sokongan kawan-kawan dan semangat yang ada pada diriku ini, akan ku tempuh kehidupan yang penuh dugaan ini.. Cuma 1 je yang takkan ku lupakan.. (N tak mungkin aku akan melupakannya sampai akhir hayat..)

Tahun ini, 1 Syawal sangat bermakna apabila jatuh pada hari lahir ku iaitu 10 September.. Memang akulah paling sakan melakukan persiapan raya di rumah. Buat kuih raya, siapkan baju raya untuk family (tolong gosok je) ahakss.., pasang langsir, beli macam2 kelengkapan untuk rumah dan lain-lain. Tak kisahla berbelanja lebih sikit asalkan dapat menggembirakan family ku.Tambahan, adik-adik ku pulang bercuti lebih awal. Jadi memang meriah rumahku. Dan kebetulan sepupuku yang baru sahaja mendapat kerja sambilan di Putrajaya menumpang seketika di rumahku. Jadi, rumah ku takdela sunyi..:)

Pada 1 Syawal, selepas solat sunat aidilfitri, kami sekeluarga bermaafan.. Syahdu sangat2 tatkala aku memeluk ayahanda dan bonda ku.. Aku doakan mereka dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin.. Selepas itu, sempena hari lahir ku dan kebetulan ayahanda ku juga menyambut hari jadi ke-55 tahun pada 6 September, kami pun berkongsi memotong kek hari jadi.. Alhamdulillah dipanjangkan usia kami.. Genaplah aku berusia 24 tahun.. Sweet 24th! ahakss...;)
Birthday Cake "Bolton Cheese"

Em itu lah kira kenangan raya paling manis bagi ku..:) Tapi... ada satu lagi kenangan manis..! jeng3x...;) Alhamdulillah genap 31 Ogos yang lalu bersempena hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53, aku terbuka hati untuk menerima seseorang dalam hidupku.. Setelah aku berfikir semasak-masaknya, kenapa aku tidak memberi peluang pada seseorang yang sebenarnya ambil berat tentang diriku tanpa aku sedari.. Yang sentiasa buat aku ketawa dengan jenakanya.. Yang sentiasa memberi pendapat dan semangat tiap kali aku ditimpa masalah. Kira tak kering gusi lah! huhu.. Yela, sejak aku dikecewakan oleh insan yang kaya harta tapi miskin dengan hati dan perasaan, aku jadi fobia untuk ada apa2 hubungan dengan mana2 lelaki. Aku berharap aku dapat terima si dia dengan sepenuh hati. InsyaAllah.. Aku masih belajar lagi dan kalau ada jodoh, takkan kemana.. Yang paling tak ku sangka dalam pada-pada perangai gila2 dia tu, sempat juga dia hadiahkan ku teddy bear yang sangat besar!! Aku terharu sangat2.. Seumur hidupku tiada siapa pernah beri aku hadiah bufday "sebesar" tu. haha.. 
See.. Lebih besar dari badan aku!:p

N untuk rakan-rakan yang wish birthday untuk ku, terima kasih sangat2.. I really appreciate it.. Yang wish awal pun ada.. Terharu sangat2..:) Aku berharap kehidupanku bertambah baik selepas ini.. Dan kepada sesiapa yang aku pernah wat salah dan silap, aku mohon ampun dan maaf banyak2.. N pada sesiapa yang masih lagi ada rasa tak senang dengan ku (@en. T?y?l), buat2lah bertaubat dan sucikan hati.. InsyaAllah, anda akan beroleh ketenangan tak terhingga.. Kalau tak, ke neraka la anda jawabnya. huhu. 

So, selamat hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin.. 

p/s: Duit raya hanya untuk mereka2 @ saudara-mara yang masih melanjutkan pelajaran sahaja yakni yang belum bekerjaya. huhu.. Tapi kalau nak kuih raya, datangla ke rumah..:)

~syahirah~

Friday, September 3, 2010

30 perkara lelaki tak tahu tentang wanita....:)


Sekadar berkongsi link dengan anda~~

 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...