Thursday, July 29, 2010

Mana pergi subsidi kami?? oleh Dr Asri Zainal Abidin

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza
July 2010

Monday, July 26, 2010

Welcome to mY nEw JoB sCoPe:)

Wah, busy nyer aku hari ni...! huhu.. sempat jgk update blog yer... haha. Takpe, lunch hour. hehe. Urm hari ni mmg busy. Aku dah mula melakukan kerja-kerja2 cik Syahnaz yg bercuti sehingga rabu ni n akan mengambilalih tugas2 nya next week memandangkan dia dah dapat permanent n posting kat Klang. So sanaz, guide me ok if anything wrong..:)

Walaupun sibuk, tapi aku tetap maintain cool..;) Alhamdulillah takdela stress sangat walaupun banyak giler surat kena draf. Thanx Pn. Nik atas tunjuk ajar mu.. Lady boss tu still cuti, jadi byk kerja leh diselesaikan tanpa melalui dia. Kalau dia cuti panjang2 lagi pun takpe. hehe.

Pape pun, kalau betul tugas sanaz akan aku take over, aku kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Al maklumlah, tugas sanaz banyak deal dengan public. Dan banyak benda baru kena develop. Aku bersemangat jugaklah sebenarnya nak ambilalih tugas dia. Maybe sebab aku dah bosan wat modul yang membuatkan otak ku tak berkembang dengan baik. hehe. But seriously, i need something new in my job scope. Kalau tak nanti sampai bila-bila aku tak mencuba benda baru. Nanti time interview dengan SPA, takde apa nak jawab. Balik2 buat modul.. Buat modul.. Memang bosan. Walaupun wat modul tu bukannya senang sebab kena banyak berfikir. Sakit otak dibuatnya kalau dah hari-hari mengadap PC berjam-jam. Cari maklumat, gambar, design ilustrasi.. Kena create sesuatu yang baru dan lebih inovatif serta kreatif. Dan hasilnya alhamdulillah, aku berjaya menghasilkan 1 buku modul. Ada juga nama aku diabadikan sebagai AJK dalam buku tu. Harap-harap proses printing takde masalah. Amin.. Thanx buat kawan2 yang banyak membantu dalam memberi idea n pendapat. N juga wat En. Syah yang ntah ke mana menghilang. Merajukla kot. haha. By the way, thanx so much guys.. Kalau nak sebut nama sorang2 dalam ni memang tak habis. Kita tunggu jela buku tu dah publish nanti. Dalam tu ada senarai nama orang2 yang terlibat dalam pembikinan modul tu. Tapi sorry la buku tu only untuk kegunaan Food Handlers Training School. Tak dijual di mana2 kedai. ngeh3.. Kalau nak jugak, bukak lah sekolah ni..:)~~ Promote jap. hehe.

Em 5 minit lagi nak habis lunch hour. Nasib baik jugaklah aku berpuasa hari ni. Banyak masa leh guna untuk setel down kerja2 si sanaz. huhu. tapi aku rasa mesti pancit giler time nak balik nanti. Takpela, dugaan berpuasa.. Harap-harap dapat berpuasa dengan sempurna hari ni. Diberi kesihatan dan kesabaran oleh Allah s.w.t. Amin...

Ok guys, got to go..

Love~ Syahirah

Friday, July 23, 2010

MEmAnDu KeTa Ku

Wah bestnyer hari ni.. Aman! huhu.. Kalah AMAN Malaysia.. hehe.. Sebabnyer? Nak tau? Taknak bagitau.. haha..:p Takdela.. hari ni kan hari jumaat. hari yg dinanti2kan tiap staf gov. Rehat yang pjg. soknye cuti 2 hari..

N yang paling best, lady boss aq tu cuti hari ni n hari isnin. Memang aman ofis ni. huhu.. Tapi pape pun, tugas hakiki ku tetap berjalan.:) cuma saja gatal tgn nak menaip sesuatu dlm blog ni. nak cite tentang perihal aku bawak keta la plak. ngee...

Tengahri tadi, masa nak balik, aku drive la keluar dpd kawasan parking tu. Dengan lopak2 air nye terpaksa jugak meredah. Masa nak redah lopak last tu, aku terdengar bunyi berdetup. Sah! Mesti bawah bumper tu bercalar punyer.. aduss... N sampai2 uma je bila tgok mmg bercalar skit. Aku ingatkan ayahanda ku akan marah tapi alhamdulila dia tak marah. Dia just kata, "em biasalah tu.." ahakss..! Aku tak tau la tu ayat perli ke ape. Tapi masa dia tgok calar tu, muka dia relax je. Maybe kesan calar tu kat bhgn bawah bumper. memang tak nampak pun. Tapi serius aku rasa taknak lagi dah bawak keta g opis. Kalau lagi seminggu aku bawak, mahu jahanam keta aku. Yela kawasan opis ni parking macam siot. Ntah bila dia nak renovate kwasan tu bg proper sket. Nasib ayah aku kesian tadi, dia anta aku g keje balik. Tapi apa yg wat aku frust.. "My car"! dah byk dah calar2... huaaarggghhh..:( hari tu side mirror belah kiri.. terlanggar side mirror keta org parking kat tepi2 tu. serius mmg seriau aku kalau jalan sempit2 gitu. Tapi actually 3x jela aku pnah wat keta tu bercalar. huhu.. 1 st time masa ade keje kat UKM. Ntah macamana aku reverse, tak perasaan ada longgokan dahan2 pokok kat tepi jalan tu. Aku dok sedap reverse, tak perasan dahan2 tu dah terkena kat side belah kanan. Nasib baik lah tak ketara sgt. Sabar jela.. huhu

Tapi semuanya wat aku jadi lebih berhati2 nak drive kereta. Keyakinan pun semakin bertambah. Dulu memang takut giler r kalau drive masuk KL. Tapi alhamdulila la sekarang dah berani skit. Tips nye, kena jadi kurang ajar sket! haha.. Bukan ape, kalau baik sgt, alamat kena buli la ngan driver2 len tu. Tambah2 kte ni perempuan. Konon2 "Lady driver". Lagila dorang kurang ajar. (Jgn mara ye abg2 KL) hehe..

Okla, pjg jugak aku berceloteh ni. Nak sambung wat koje. huhu.. Bos takde, lehla curi2 tulis blog ni.:p
Ok c u guys in next blog.

~syahirah~

Thursday, July 22, 2010

Congratz+Gud Luck

Alhamdulillah setel masalah tu.. Nasib baiklah aku tak naik hangin ngan minah tu tadi. Terpaksa lah aku wat muka kesian. Thanx Shahrul sebab tolong gantikan i jaga pameran kat PWTC hari ni. Sabtu ni i gantikan u plak ye.. Thanx also to Mr. Thayalan yang bagi pelepasan kat Shahrul. Kan best dapat bos macam dia. Tak banyak songel.. huhu..

Em baru je lepas lunch. Hari ni aku bawa bekal nasi berlaukkan sardin. Syoknyerr.. haha.. Feveret tu.. Kalau ada kangkung goreng ikan masin lagi meletop! huhu.. Minggu ni tetiba rajin nak memasak hari-hari. So hari-hari lah aku bawa bekal ke ofis. Jimat ongkos! hehe.. Takpela, nak belajar jadi seorang wanita yang akan berumah tangga.. ahaksss!! Mengarut! Ntah bila aku akan berumah tangga agaknya.. Tapi honestly sekarang ni aku rasa pelik dengan diriku. I don't know why.. Tapi itula aku rasa. Aku rasa aku macam aku dah berkeluarga. Kena jaga makan pakai orang2 kat rumah tu. Mungkin sebab tinggal aku n ayahbonda ku kat rumah, jadi tanggungjawab jaga rumah tangga family aku dah jatuh 100% kat aku. Yela, angah dah masuk UPNM. Adik lelaki kat Kolej Yayasan Melaka. Sunyi pun ada kadang-kadang. Kalau ada angah, lehla kitorang bergurau senda di waktu lapang seperti kanak2 riang. hehe..

Tapi pape pun aku bersyukur, adik-adik ku berjaya melanjutkan pelajaran. Walaupun yg adik lelaki just wat sijil kemahiran, sekurang-kurangnya dia nak juga sambung belajar. Daripada kawan2 yg senasib dengan dia dok tak tentu arah lepak sana sini. For angah, along doakan belajar rajin-rajin k. Bukan senang nak masuk U. Tak lama pun.. 3 tahun je.. Kuatkan semangat!

For my kazen, ikin.. Good luck 4 ur interview esok.. InsyaAllah ade rezeki dptla ko keje kat putrajaya ni. Ade jugak aku geng kat sini.. huhu..

Okla nak solat zohor.. To be continue...

Wednesday, July 21, 2010

Kerja, kije, koje

Wah.. sudah lama ku tidak mengupdate blog ku ini. lama ek? yela kot.. Alhamdulillah aku sihat walafiat.. Masih dipanjangkan umur utk menulis sesuatu dalam ni. Hari ni, macam2 berlaku dalam hidupku n lebih kepada urusan kerja la. Pagi tadi aku ke JKN KL kat Jln Cenderawasih. Meeting dengan SUB sana utk dapatkan pandangan dorang tentang pembangunan sistem utk sesuatu program. Selama ni kami terkontang kanting membangunkan sistem yang tak stabil, alhamdulilah dengan bantuan Bahagian Kompetensi, kami dah nampak jalan yang sepatutnya kami ikut utk bawa Program LPM spy lebih mantap n efisien! Thanx to Pn. Hasnah n Datin Norby. (Maaf kalau salah ejaan) huhu. Tapi memang idea n pengalaman dorang sangat2 mantap. Kalau lah dari awal kami diberi pendedahan sebegini, dah pasti program LPM ni jadi program terbaik dlm KKM. Yela, nak develop 1 sistem persijilan yang efisien seiring dngn enforcement Food Hygiene 2009, bukannya senang. Kena melibatkan org2 yang lebih profesional dan berpengalaman. Ini tak, kami dibiarkan terkontang kanting tanpa hala tuju oleh seorg ketua yang ntah tahu ke tak tanggungjawab sbg ketua. sabar jela.. hmm..

Hari ni, minah tu cari pasal lg ngan aku. Disebabkan tak bagi aku pergi jaga pameran kat PWTC sok, terus nak siasat aku mcm2. konon2 aku tak wat keje la apela. Aku jumpa klien printing modul aku pun dia tak percaya! Siap suh si liyana g siasat kat front desk. Aku suh lee tangkap gambo kalau dia tak percaya sgt. haha.. Tapi aku tetap akan ke pameran tu nanti sebab Pn. Timbalan Pengarah dah minit kat memo suh aku g. Arahan sape lebih berkuasa?? huhu.. Tapi maybe lewat skit kot. pagi2 kena menghadap dia dulu. discuss tentang pre & post test yg tak berkesudahan! Nak termuntah dah aku tengok benda tu. Sabar jela.. Saja taknak aku g pameran la tu.

Pagi tadi tetibe dapat mesej dari sorang kenalan pejabat. Ade plak nak sound2 aku pasal UMNGOK. Suka hati aku la nak sokong sape pun. Aku tak kecoh pun orang lain nak sokong apa. Dia sibuk je nak nasihat2 aku supaya sokong UMNO. Siap ugut lagi tu, "jangan bermain dengan api, nanti membakar diri". Hmm.. Itula orang2 UMNO. Tak profesional langsung. Walhal kat ofis ni berlambak2 lagi yang menentang kerajaan BN. Apsal tak sound? Tapi aku takde la nak balas balik.. I just smile..:) besela orang2 camni.. Lgpun UMNO memang dah terdesak skrg ni nak raih sokongan. PRU tak lama lagi kan.. Wahai org2 UMNO n sewaktu dengannya, tolongla buka mata skit k. Sebagai rakyat, kita kena amek tahu dan fikirkan apa yang pemerintah kita wat. Aku bekerja dalam gov, macam2 penyelewengan aku dapat lihat. Jadi jgn nak nasihat aku macam2. Aku lebih tahu byk maklumat yg org len tak tahu tentang pemimpin2 kita skg. Tapi aku malas nak cakap sebab yela, sapela aku ni.. cewah.. huhu..

Okla, sekadar berkongsi luahan rasa.. Tiada niat untuk menyakiti sesiapa.. Kita demokrasi.. Takkan semua benda nak sekat kot macam akhbar milik PR.. Oops! hehe..

So, tepuk dada tanya iman...:)

Wassalam...

Friday, July 16, 2010

~aYaT-aYaT cInTa~

Pabila ku mendengar alunan lirik lagu ini, hatiku menjadi sayu.. sedih.. hampa.. sudah berapa kali air mata ku mengalir tatkala mendengar lagu ini.. Ayat-ayat cinta..  Sebuah kisah yang penuh dengan pengorbanan, sarat dengan kasih sayang, keagamaan dan kecintaan kepada keagungan Tuhan. Ternyata Allah itu maha agung yang menciptakan kasih sayang sesama manusia. Seperti yang aku sedang lalui, aku tidak mengetahui bilakah aku jatuh cinta, mengapa dan bagaimana aku boleh jatuh cinta.. Sedar2 aku sememangnya menyayangi dia.. Tapi apakan daya, kasih sayang itu milik Allah. Dia yang berkuasa memberi dan mengambil semula. Aku hanya mampu berdoa agar kasih sayang itu milikku.. Segalanya ditentukan oleh Nya.. 

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung 
ku pertaruhkan


maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud


Aku bukanlah wanita sempurna.. Aku hanya wanita biasa..  Yang ingin mencintai dan dicintai. Yang hidup dan matinya hanya untuk Allah yang maha esa.  Sekuat mana pun seorang manusia itu tetap tak dapat melawan takdir yang telah ditentukan untuknya. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya Dia yang tentukan.. Cuma yang menjadi tanda tanya dalam diriku, apakah hikmah kasih sayang yang diciptakan dalam hatiku ini untuk si dia? Sedangkan dia sudah ada kasih sayang yang lain? Aku yakin pasti ada sebab aku diciptakan untuk menyayangi dia.. walaupun tak mungkin aku dapat menggapai kasih sayang daripada nya.. Aku inginkan jawapan... Mengapa? Wallahualam..

Wednesday, July 14, 2010

ApA kU kIsAh!!~by O.N.E

Bercerita lagi lagi dan lagi
Tentang penggantiku dah kau jumpa
Uh dia lebih bergaya
Bicara semanis kola
Dia itu dia ini dia la la la


Mungkin kau tak tahu
Ku tak seperti dulu
Selama bersama
Ku bukan dicinta tapi diperguna
Hanya sia-sia


Apa ku kisah
Kau mainkan rasa
Kau punca segala
Kau takkan berubah
Apa ku kisah
Kini ku berdiri
Rela ku sendiri
Tak lagi peduli
Apa ku kisah
Akan tiba satu masa
Kau akan terkena
Apa ku kisah
Apa ku kisah
Apa apa ku kisah
Apa ku kisah apa ku kisah


Dulu ku memang naïf
Sekarang dah naik tarif
Keinsananmu hilang
Janji langsung tak pegang
Aku tak kisah sama siapa engkau bersama
Kau umpama musuhku untuk sekian lama


Kepala pusing
Pusing tidak menentu
Aku bosan caramu
Buatku bercelaru
Orang suka kata-kata yang dusta
Sebelum kau jadi ratu
Baikku jaga (ka-ching) di saku


Tak kisah tak peduli
Di sana kau berdiri
Rasa resah gelisah
Kerana ku tak peduli
Dengan segala kata janji
Yang tak mungkin terjadi
Tak mungkin terjadi

Yang hidup pasti akan MATI...

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahawa hari-hari yang anda lewati justeru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?

Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.

Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.
Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berfikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahwa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengelipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “selonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.

Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Berkas-berkas anda di pejabat akan dibuang atau diarsipkan. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung kerana tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.
Singkatnya, “longgokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi bahagian dari tanah.

Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?
Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini justeru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting
Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyadarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyadari bahawa ia memiliki suatu eksistensi di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya - yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.

Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan eksistensi sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Asumsi yang menyatakan bahawa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau kerana kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka! Semua orang berfikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.

Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat di pejabatnya juga berfikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan oleh mereka bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.

-Hikmah Kematian oleh Harun Yahya-

Saturday, July 10, 2010

cAkAp tentang PoLiTiK

Melihat senario politik di Malaysia sekarang ni membuat aku terpanggil nak meluahkan sedikit pendapat dalam blog aku ni. Tiada angin tiada ribut, tetibe je ek aku nak cakap pasal politik. Em biasalah duk ngan parent.. Terutama ayahanda ku.. Tiap hari sentiasa update berita2 terkini tentang dunia politik Malaysia. Macam2 hal.. Tapi pape pun, aku tetap sokong yang satu. hehe..

Em aku pelik lah, nape ek ada pemimpin yang sanggup buat apa sahaja untuk menutup kesalahan sendiri? Menghabiskan jutaan wang rakyat untuk mengaburi pandangan umum, patut ke? Dan yang paling aku pelik, masih ramai lagi yang tahu tapi buat2 tak tahu, n ada yang tak tahu tapi taknak ambil tahu. Sebagai generasi muda, sedikit sebanyak kena juga ambil tahu tentang dunia politik negara kita. Akan datang kita lah pewaris negara Malaysia tercinta ni. Tapi masa ni pun dah banyak sangat penyelewengan, rasuah, penipuan, fitnah, pembohongan, pembaziran jutaan RM, hipokritasi dan macam2 lagi, mampu ke Malaysia ni bertahan?

Isu judi lah, isu nak wat istana lah, parlimen baru lah, dan macam2 lagi membuat ku rasa muak dengan kerajaan sekarang ni. Dah tahu judi tu haram, still juga taknak dengar suara rakyat. Jangan kata rakyat tapi judi tu pun memang haram dari segi agama Islam. Pelik tetapi benar, hanya pihak pembangkang yang lantang bersuara tentang isu judi ni. Mana pergi ulama2 yang konon2 masuk UMNO ramai2 hari tu? Takkan senyap je kot.. Macam mana la Malaysia nak maju dengan cara yang barakah bila sumber dan hasil kekayaan negara diperkotak-katikkan. Mendengar cerita ayahanda ku, orang-orang UMNO memang dah lama terjebak dengan benda2 judi ni. Masa kes 13 Mei dulu, PM pada masa tu rupanya sibuk main judi lumba kuda! Zaman tu memang popular dengan judi lumba kuda ni. Memang yang terbabit ramai warga pemimpin2 Melayu pada masa itu. Em aku pun tak tahu lah kebenarannya tapi yela, orang tua2. dia lebih tahu..

Pape pun aku berharap 1 hari nanti ada lah perubahan dalam kerajaan Malaysia ni. Yang mana masih tercari2 jawapan nak sokong mana, wat lah pilihan yang terbaik untuk masa depan negara. Aku ni tak pandai sangat cakap bab politik tapi bagi aku, politik wang dan korupsi takkan ke mana. Dia senang sekarang, sok lusa pasti susah. Yang paling best nya, ada seorang staf tempat kerja ku, mati2 aku ingat dia penyokong kuat UMNO. Sampai dia ajak nya aku jadi ahli Puteri UMNO. Tapi aku menolak dengan baik sebab aku taknak terlibat dengan politik2 ni. Rupa-rupanya dia join UMNO sebab senang nak dapat bisnes je. Dia ajak aku join pun sebab dia kata senang dapat jawatan tetap dalam gov nanti. Dasyat kan? Yela, UMNO memang lubuk duit. Senang dapat kabel, bisnes, tender n semua2 tu. Pada hal, staf ni penyokong kuat pembangkang. hehe.. Siapa? Sorry, identiti dirahsiakan.

Tapi istilah perjuangan dalam mempertahankan negara bukanlah wang ringgit tapi semangat perpaduan untuk agama, bangsa dan negara.. Aku harap orang2 yang tak pernah ambil tahu, n masih lagi tak buka mata, fikir2kanlah.. Sekadar berkongsi pendapat..

Tepuk dada tanya iman..:)

Thursday, July 8, 2010

~~Aku Wanita Biasa~~

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kenapa aku jadi begini Ya Allah..? Aku cuba untuk menerima dugaan ini Ya Allah.. Tapi semakin kuat ingatan ku dan cintaku kepadanya.. 
Sakit nya teramat Ya Allah..
Tiap saat aku memikirkannya.. 
Tiap kali ku celikkan mata, pasti aku akan teringatkan nya..
Tiap pancainderaku mengingatinya..
Tiap masa aku menangis merinduinya..:'(
Aku tak tahu Ya Allah..
Aku buntu...
Perpisahan kali ini benar-benar menyakitkan..
Menusuk ke sanubari..
Ibarat dihiris jutaan sembilu..
Sesungguhnya aku memang sayang dan cintakan dia
Sejak bila, bagaimana, mengapa?
Aku sendiri pun tak tahu..
Aku hanya berpura-pura kuat
hakikatnya tiada siapa tahu hati ku ini
Kalau aku masih ada peluang itu..?
ya Allah, bantulah aku.. 
Tunjukkan jalan keluar daripada kemelut ini ya Allah...
Rasa nya sangat 'menyakitkan' Ya Allah..
Sakit sangat.....;'(




Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku.
.


Tuesday, July 6, 2010

Am i like baby?

Setelah apa yg aku lalui beberapa hari ni, tetiba aku rasa seperti bayi yg baru lahir.. Terkapai-kapai mencari kehidupan.. Macam lirik lagu Justin Bieber ni..

And now I'm like
Baby, baby, baby noo
I'm like
Baby, baby, baby noo
I'm like
Baby, baby, baby noo
I thought you'd always be mine (mine)
Baby, baby, baby noo
I'm like
Baby, baby, baby noo
I'm like
Baby, baby, baby noo
I thought you'd always be mine...

Apa2 pun, Allah maha mengetahui perasaan ini.. Aku masih mengharapkan sinar kebahagiaan itu.. Mampukah aku? Wallahuallam...

4 watak isteri di dalam Al-Quran..

Sekadar berkongsi pengetahuan....:)


"kalau isteri tidak beradab terhadap suami masa baru kawin tu kenalah dididik. Tapi kalau dah lebih sepuluh tahun kawin dan anak berderet tapi masih akhlak sebegitu maknanya suami yang gagal mendidik isteri. - ummimq

Suka untuk aku kongsikan artikel ni dgn semua.. Khas untuk golongan yg belum kahwin. Juga pedoman untuk org yg sudah berkahwin.. Atau utk yang tambah bini (hehe.. gurau².. jgn marah). -amaran keras buat lelaki! hehe..

Di manakah kedudukan kita..? bersediakah kita..? Harap artikel ini dpat memberi manfaat pada semua..


(Gambar Hiasan)

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.

Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"

Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.


Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"

Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.
Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.
Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.
Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.


Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.
Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.

Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.
Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.


Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut. Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:

"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"

Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.
Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.


Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yangHananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yangSyadaqah.”

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Sumber: Syifa Penawar
Perbincangan Lanjut: Al-Fikrah
Saranan blog untuk di baca: Mencari dan terus mencari cinta Ilahi





Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...