Saturday, July 10, 2010

cAkAp tentang PoLiTiK

Melihat senario politik di Malaysia sekarang ni membuat aku terpanggil nak meluahkan sedikit pendapat dalam blog aku ni. Tiada angin tiada ribut, tetibe je ek aku nak cakap pasal politik. Em biasalah duk ngan parent.. Terutama ayahanda ku.. Tiap hari sentiasa update berita2 terkini tentang dunia politik Malaysia. Macam2 hal.. Tapi pape pun, aku tetap sokong yang satu. hehe..

Em aku pelik lah, nape ek ada pemimpin yang sanggup buat apa sahaja untuk menutup kesalahan sendiri? Menghabiskan jutaan wang rakyat untuk mengaburi pandangan umum, patut ke? Dan yang paling aku pelik, masih ramai lagi yang tahu tapi buat2 tak tahu, n ada yang tak tahu tapi taknak ambil tahu. Sebagai generasi muda, sedikit sebanyak kena juga ambil tahu tentang dunia politik negara kita. Akan datang kita lah pewaris negara Malaysia tercinta ni. Tapi masa ni pun dah banyak sangat penyelewengan, rasuah, penipuan, fitnah, pembohongan, pembaziran jutaan RM, hipokritasi dan macam2 lagi, mampu ke Malaysia ni bertahan?

Isu judi lah, isu nak wat istana lah, parlimen baru lah, dan macam2 lagi membuat ku rasa muak dengan kerajaan sekarang ni. Dah tahu judi tu haram, still juga taknak dengar suara rakyat. Jangan kata rakyat tapi judi tu pun memang haram dari segi agama Islam. Pelik tetapi benar, hanya pihak pembangkang yang lantang bersuara tentang isu judi ni. Mana pergi ulama2 yang konon2 masuk UMNO ramai2 hari tu? Takkan senyap je kot.. Macam mana la Malaysia nak maju dengan cara yang barakah bila sumber dan hasil kekayaan negara diperkotak-katikkan. Mendengar cerita ayahanda ku, orang-orang UMNO memang dah lama terjebak dengan benda2 judi ni. Masa kes 13 Mei dulu, PM pada masa tu rupanya sibuk main judi lumba kuda! Zaman tu memang popular dengan judi lumba kuda ni. Memang yang terbabit ramai warga pemimpin2 Melayu pada masa itu. Em aku pun tak tahu lah kebenarannya tapi yela, orang tua2. dia lebih tahu..

Pape pun aku berharap 1 hari nanti ada lah perubahan dalam kerajaan Malaysia ni. Yang mana masih tercari2 jawapan nak sokong mana, wat lah pilihan yang terbaik untuk masa depan negara. Aku ni tak pandai sangat cakap bab politik tapi bagi aku, politik wang dan korupsi takkan ke mana. Dia senang sekarang, sok lusa pasti susah. Yang paling best nya, ada seorang staf tempat kerja ku, mati2 aku ingat dia penyokong kuat UMNO. Sampai dia ajak nya aku jadi ahli Puteri UMNO. Tapi aku menolak dengan baik sebab aku taknak terlibat dengan politik2 ni. Rupa-rupanya dia join UMNO sebab senang nak dapat bisnes je. Dia ajak aku join pun sebab dia kata senang dapat jawatan tetap dalam gov nanti. Dasyat kan? Yela, UMNO memang lubuk duit. Senang dapat kabel, bisnes, tender n semua2 tu. Pada hal, staf ni penyokong kuat pembangkang. hehe.. Siapa? Sorry, identiti dirahsiakan.

Tapi istilah perjuangan dalam mempertahankan negara bukanlah wang ringgit tapi semangat perpaduan untuk agama, bangsa dan negara.. Aku harap orang2 yang tak pernah ambil tahu, n masih lagi tak buka mata, fikir2kanlah.. Sekadar berkongsi pendapat..

Tepuk dada tanya iman..:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...