Saturday, October 29, 2011

Dah kat setahun tapi keputusan tak keluar-keluar juga! Aku teraniaya!!!;(

Em lepas aku belek-belek blog aku ni, baru aku perasan salah satu contest yang aku pernah join dulu sampai sekarang tak keluar-keluar resultnya!!! Aku join contest ni dalam bulan Januari 2011 kalau tak silap. Ni dah hampir hujung tahun tapi tiada dengar pape khabar berita. Bila aku tengok page organizer tu, Modelnya dah ada yang lain. Contest ni diberi nama Pencarian Model Habibi.. Organized by Precious Moment Photography dan Jubah Habibi Alkenali..


Pada asalnya, selepas proses undian tamat, Top 20 peserta yang mendapat vote tertinggi dalam facebook akan dipanggil untuk peringkat seterusnya. Aku tengok-tengok juga vote aku, dapatlah dalam 800 lebih votes. Banyak tu! Memang termasuk dalam Top 20 la kot. Hasil kerja keras aku promote sana-sini. Dan telah berjaya mempopularkan page fotografi ni. 

TAPI!

Apabila ditanya apa perkembangan seterusnya, tiada feedback! Rakan-rakan lain yang join pun tertanya-tanya juga apa sudah jadi? This is my first contest yang aku join for modelling. Tak sangka jadi macam ni. Tapi syukurla, selepas dianiaya ni rezeki semakin mencurah-curah. Walaupun tak sefamous Amber Chia atau Nasha Aziz, tapi aku dapat kembangkan bakat aku dalam modelling melalui kaedah lain.


Lama-lama barulah organizer maklumkan pencarian ini ditangguhkan sementara waktu akibat kekangan bajet dan masalah teknikal yang lain. But now dah nak habis tahun, takde pape berita langsung! Dahlah penat-penat promote undian, page dorang bertambah famous, sepatah ucapan TERIMA KASIH pun takde!! Aku bukannya nak kondem or pape tapi aku rasa teraniaya lah juga bila ada contest-contest camni, pihak-pihak yang terlibat taknak bertanggungjawab. Kecewa tau! huhu.. You all buat bisnes kat Malaysia ni, pusing-pusing situ juga jumpanya. Bukan bermakna aku nak memburuk-burukkan or pape tapi sebagai salah seorang model, aku tak berapa berkenan bila ada benda-benda gini. Nanti sok lusa, jumpa juga kan? Please la, to all organizer yang nak buat contest sebegini, makesure BE PROFESIONAL dan JANGAN ANIAYA orang lain. Ingatlah, rezeki yang Allah nak bagi atas daya usaha dan kebaikan anda serta doa orang-orang lain. 



Kecewa juga takde pape perkembangan. Teringin nak menggayakan jubah-jubah cantik daripada Habibi Alkenali tapi camni pula jadinya.. Hmm... Wallahualam... 



Cik Misya: Orang Melayu kalau wat bisnes memang camni ek?

Peluang menjadi model Butik MaMa!! Jom daftar sekarang!!

Teringin nak jadi model seperti saya?? Adakah anda Next Top Model Butik Mama?? Terhangat!!! Yang ditunggu - tunggu telah tiba. Pencarian Next Top Model Butik MaMa Pusingan 1. Jom sertai Team Butik MaMa, anda pasti akan menjadi lebih dikenali ramai!


Tarikh : 19 & 20 November 2011
Tempat : HQ Butik MaMa di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Antara syarat-syarat awal adalah seperti berikut:
1) Wanita muslimah berumur 18 - 35 tahun.
2) Datang ke Hari Pemilihan Model Butik MaMa dengan menggayakan Selendang Zulaikha mengikut kreativiti anda.
3) Datang dengan siap sedia setelah makeup (makeup sendiri).
4) Telah menjadi FanPage Butik MaMa dan anda harus mempromosikan Facebook FanPage Butik MaMa di wall anda dgn menggayakan Selendang Zulaikha (sebagai markah tambahan kepada anda di hari pemilihan )
5) Anda yang berminat untuk menyertai, sila hadir ke Butik MaMa atau call HQ Butik MaMa 03-89264412 untuk pendaftaran.
Sila nyatakan :
i) nama penuh
ii) umur
iii) nama Facebook
iv) tinggi, berat
v) HP no utk kami hubungi anda bagi menentukan hari pemilihan anda samaada 19 atau 20 November 2011 nanti.




Boleh rujuk : www.butikmama2u.com


Cik Misya : Yang belum jadi mama pun boleh join juga.;)

Nah! Cer tengok sketsa pertama lakonan aku. Lawak giler lakonan aku!

Nak tengok aku berlakon?? Ahhaa.. Akhirnya keluar juga hasil assignment untuk finalis Gadis Warisan oleh Warisan Chanteq.. Iaitu lakonan dalam sketsa pendek.. First time berlakon, perghh gigil kepala lutut! huhu.. Dengan takde pengalaman, tak pernah gi kelas untuk belajar berlakon tetiba kena lakon sketsa pendek! 

So, jom tengok video yang kelakar ni! Tajuk: "Tersilap"


Dah tengok?? Huhu.. Kelakar? Teruk? Hampeh? Bagus? Terpulanglah korang nak cakap apa.. Yang penting assignment siap! hehe.. Tapi actually aku sangat-sangat berterima kasih kepada krew Warisan Chanteq yang menjayakan video sketsa ni. Especially to Abang Ery (Penulis Skrip), Abg Fendi & Suhaimi (Cameraman). Also to adik Faraidayu and her friend yang sama-sama berlakon dengan aku untuk video ni. Uols sume memang best!!=) 

Apa-apa pun teruskan mengundi aku untuk contest ni k! Klik SINI untuk vote gambar aku (Assignment Photography..)


Last sekali adalah assignment penulisan.. Erm yang ni payah sikit kot sebab idea tarrakkk!! huhu.. Tulis entri blog panjang-panjang boleh pulak ek? huhu.. InsyaAllah ada tu..

So, teruskan menyokong Cik Misya k! 
Will always pray for your happiness... ^_^


Cik Misya : Ramai bagi support untuk aku teruskan bidang lakonan plak. Adus... Tak boleh.. Modelling saja sudey...;)

Friday, October 28, 2011

Syukur..Aku tersenarai dalam Top 20 Pencarian Duta KrulMatric Photography!!

Salam semua.. Anda pernah vote/like tak gambar bawah ni..?

Kalau tak pernah takpelah.. Proses voting / menge 'like' pun dah tamat. hehe. Nak tahu lebih details leh refer SINI.

Lepas juri-juri daripada KrulMatric Photography membuat kiraan undian, Alhamdulillah aku mendapat tempat ke-4 dalam senarai Top 20 Finalis Pencarian Duta KrulMatric Photography.. 

Jadi, untuk assignment seterusnya, aku dan 19 finalis lain perlu menghadiri sesi beramah-mesra bersama-sama krew KrulMatric di STudio 88, Sri Pristana, Sungai Buloh. Jauh juga tempat ni sampai hampir putus asa untuk terus mencari studio akibat tersesat! Tapi demi minat dan kesungguhan, aku tabahkan jua ke studio ni. Nice design for this studio. Just sebuah rumah teres 2 tingkat yang serba-serbi lengkap dengan peralatan untuk photography dan videogrpahy. Memang lengkap dan profesional lah dorang ni!=)
Aku pilih gaya ala-ala Hana Tajima for this 'suaikenal' event.:)

1st task: Interview.. by orang kuat KrulMatric dan juri-juri yang profesional. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik setiap soalan yang dikemukakan. Ntah boleh terima ke tak jawapan aku, terpulang pada juri untuk menilai.:) Dan tanpa disangka pihak KrulMatric menghadiahkan aku sebuah hamper besar khas untuk 5 orang peserta yang mendapat vote tertinggi!!

Thank you so much to all my voters yang sudi like gambar aku untuk contest ni. Nak skit hamper ni? huhu ramai sangat..;p Pape pun thanks wat KrulMatric for this lucky prize! Tak sia-sia datang dari jauh.

Next task, apa lagi? Pose la! huhu.. Ada 4 checkpoint yang aku perlu selesaikan yakni photoshoot. Dari indoor sampai outdoor. Sangat best! Abang-abang photog semuanya baik-baik. Aku pun senang hati nak buat pose-pose yang menarik. Hopefully dapat bekerjasama lagi dengan dorang. Amin..

So, keputusannya? Erm nanti dulu.. Masih ada 2 assignment yang perlu diselesaikan.. Apakah ia? Tunggu......................;) Doakan aku nanti ek.

Good luck juga untuk 19 finalis yang lain.:) Comel-comel adik-adik yang datang. Good! Teruskan keyakinan untuk capai kejayaan. InsyaAllah..



Cik Misya : Aku suka bila dapat bekerjasama dengan photog yang profesional tapi tak sombong.:)

Cer tengok header baru aku ni!!

Akhirnya..... Cik Misya tukar header blog!! hehe.. Di tengahari Jumaat yang hening ni, sempat juga aku menggodek-godek blog ni. So, header blog aku ni telah diberi nafas baru. Sesuai dengan apa yang sedang aku lakukan atau ceburi.. Modelling, kisah kehidupan, segala macam info dan kisah cinta. merupakan intipati blog aku ni. 


Maybe dari segi design for the whole blog ni pun akan diupdate dari masa ke semasa. So, jangan lupa singgah selalu blog saya ni k. InsyaAllah will always update my entry if ada kesempatan.

Therefore, Goodbye to my old header.. hehe...



Cik Misya : Kematangan berblogging juga perlu meningkat sejajar dengan peningkatan usia. Cewah! Tua dah rasa.. Hehehe..

New photos!! Beauty Makeover Photoshoot..

Salam semua.. Another portfolio by me...

MUA: Produk Cosway
Photog: Group Photgraphy
Wardrobe: Namirah Haniz Zulkefly
Location: Cosway Seksyen 8 Bandar Baru Bangi (maybe will blacklist this stockist because..??) 









 

 




Cik Misya: Photog sangat best sebab dia tunjuk 1 by 1 camne nak pose.. huhu..

Wednesday, October 26, 2011

Believe it or not that... I'm married!;)

Salam.. Hi guys! This is my new modelling portfolio. Lets see me in this photoshoot event!

Theme: Modern and Classic Wedding
Make-up artist by Que Ninie
Photographer by Md. Rosman & Sapphire Black
Organizer: Sentuhan Wan Eiza
Wardrobe by Yon Ramzie Collection
Location: Taman Bukit Jalil



























Cik Misya : Ala-ala pengantin Gothic Style pun ada. hehe...

Friday, October 21, 2011

Camne nak menangis? [Tetibe tak reti menangis] :p

Salam Jumaat semua..:) Haa.... Siapa tak pergi solat Jumaat tu??? Please ya kaum Adam, tunaikan tanggungjawabmu ok. Barulah Cik Misya suka!^^

Adus.. Hari shooting video klip SATU dah nak tiba dalam 2 hari lagi..! Mood, tolonglah mood.. I need mood untuk menghayati watak yang diberikan. Dahulunya aku memang seorang gadis yang mudah menangis, lemah semangat, dan kerap putus asa. Tapi tu semua masa lalu.. But now, i need them back!! huhu.. Only for a while. Only-only for the video shoot. Kalau korang tertanya-tanya apa yang aku merepek ni, please refer entri sebelum ni atau klik SINI.

Dalam video ni aku perlu banyak menangis. Kisahnya begini..... Ooopss! Mana leh bagitahu...;) Nanti korang tengokla apa kisahnya. Rahsia hoccayyyy! Sekarang adalah waktu menghafal skrip dan menghayati watak. Yes, tadi dah try berjaya juga air mata ini keluar.. Wakaka...

Aiyo.. Dulu punya senang aku nak menangis but now nak menitis 1 titik pun payah!;p Agaknya segala pengalaman lalu telah berikan aku kekuatan yang aku sendiri tak jangka. Syukur Alhamdulillah segala onak duri aku dapat tempuhi walaupun sentiasa bergenang dengan air mata.. Yes, aku boleh gunakan kenangan itu untuk membuatkan aku menangis. Thanks Abang Razzi Rahman cause beri kepercayaan untuk aku pegang watak yang agak heavy ni. Walaupun tak 100% tapi dalam 50% tu sedikit sebanyak ada juga kena mengena dengan diriku...

InsyaAllah aku dapat bawa watak ni dengan baik.. Menangislah sepuas hatimu Aimi Syahirah... Kau telah lalui pelbagai dugaan dan rintangan untuk mencapai ke tahap ini. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan berterusan dalam menempuhi hidup ini. Amin...

So, kawan-kawan semua, ada tips tak bagi mudah menangis???;p Huarggghhhhh.................



Cik Misya : Letak eyemore je leh tak? hehe.. Jangan mara ye Brother Love..@_@

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...