Wednesday, October 5, 2011

Cara memilih ikan keli haram atau halal

Korang suka makan ikan keli tak? Aku pulak... Tak suka! hehe.. Tak pernah terlintas pun nak makan ikan keli. Entahlah, sampai sekarang tekak dan perut ini sukar nak terima ikan seperti ikan keli. huhu... Aku tengok ramai kawan-kawan aku suka sangat makan ikan keli. Tapi terfikir tak korang status kehalalan ikan tu. Mungkin benda ni dah lama tersebar tapi tak semua orang tahu. Jom semak ciri-ciri ikan keli tu halal ke haram!

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Camni ke V-shape? 


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

U-shape ke ni?

Aku tak makan ikan keli jadi tak pandai la nak nengok sangat bentuknya.. huhu.. Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. Pandai-pandai korang ek.. huhu..


Cik Misya : Salah seorang lecturer pernah cerita, beliau pernah tarik diri daripada audit halal salah sebuah kolam ikan keli ni kerana tak sanggup bersubahat (dibayar) untuk bagi approval sijil halal sebab makanan yang diberi kepada ikan keli tu memang dari sumber khinzir. Dari atas kolam tak nampak. Tapi bila dinaikkan tapak/jaring bawah kolam tu, kelihatanlah tulang-temulang dan sisa daging khinzir..

2 comments:

  1. perghhh...
    ina suka makan ikan keli..tapi tak tau lak pasal nih...adeihhhh...

    ReplyDelete
  2. huhu takpe, yg pnting be careful after this..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...