Friday, April 21, 2017

Berkampung di MIMOS seminggu..

Salam. Pernah dengar ke tentang MIMOS? Tak tahu MIMOS tu apa? Ianya tiada kaitan dengan thermos air mahupun momok. hehe. Saya sendiri pun mula-mula tak tahu apa benda MIMOS ni. Until our department deal dengan MIMOS untuk create 1 online system for food safety in Malaysia barulah tahu oh wujudnya 1 company bernama MIMOS ni. MIMOS ni one of the company yang wat research and development dalam bidang ICT untuk government di bawah Malaysian Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). So disebabkan nak bina sistem ni bukan senang, maka setiap seksyen dalam department kami perlu berkampung di MIMOS seminggu untuk berdiskusi tentang work flow kami supaya nak bagi MIMOS faham apa yang perlu diterjemahkan dalam sistem nanti. 


Dah sampai MIMOS.. Agak teruja nak datang sini sebab di ruang legar dia ada pameran tentang sains dan teknologi ICT. Plus agak canggih sebab visitor kena scan pas pelawat macam nak naik tren.

Antara team yang turut terlibat dalam bengkel kali ni. Cayok-cayok!

This is my group..

Final day kebetulan team kami pakai black and white. hehe.

Disebabkan department kami banyak deal dengan public so memang kena discuss betul-betul supaya user sistem tu nanti mudah nak akses dan kami mudah nak proses.

Alhamdulillah seminggu berbengkel, banyak input dan output disalurkan untuk menghasilkan sistem online yang bagus. Bukan senang rupanya nak wat sistem ni. But I believed MIMOS boleh buat yang terbaik. Hopefully..

Inilah bangunan MIMOS. Terletak di kawasan Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil. Actually yang wat saya lagi excited nak datang sebab dulu my husband pernah kerja di kawasan TPM ni juga. Selalu lah jumpa dia lunch date bila kebetulan lalu kawasan sini. hehe..

Ok hopefully this workshop membuahkan hasil. Lama tu berkampung sampai seminggu sampai kerja kat office semua terpaksa ditinggalkan seketika. huhu. Takpe demi tugas. :)

Info lanjut about MIMOS boleh visit http://www.mimos.my/ 


Misya : Teringat sejenis tumbuhan bernama Mimosa Pudica.

Thursday, April 20, 2017

Mr. Kabab & Biryani, Cyberjaya marvelous dan murah!

Salam. Amacam terliur tak tengok roti nan cheese kat bawah ni? Hehe.. Just nak share 1 tempat makan best kat uols. Actually saya ke tempat ni tanpa sengaja. Sebab me and my husband dah ketagih sangat nak makan Shawarma Ayam which lately ni sukar nak cari. Tempat biasa kami gi tu dah tutup. Ada pula hanya Shawarma Daging which kami kurang berminat.

Tak jauh dari tempat favourite kami tu ternampak restoran Mr. Kabab & Biryani, Cyberjaya ni. Ada iklan Shawarma Ayam berharga RM5.00 sahaja! Wow, apa lagi kami terus singgah makan di sini.

Biasanya kalau datang restoran Arab ni confirm orang cari Nasi Arab but kami tukar selera sikit. Order Nan Cheese 1 dan Chicken Shawarma 1. Nak try samada mengenyangkan ataupun tidak dengan 2 jenis makanan ni sahaja. 
Ternyata tidak mengecewakan. Honestly nan cheese dia sangat sedap. Lembut dan penuh dengan cheese tak macam kat kedai mamak biasa.

Cicah dengan kuah dal, perghhh marvelous!

Hidangan sampingan kami, 1 set french fries. Ingatkan kecil je but sepinggan ni haa dia bagi! huhu


Ahha inilah Shawarma yang kami tergila-gilakan tu. Ramai tak tahu Shawarma lebih sedap berbanding kebab. Serius! Siapa pernah study di oversea besenya amat mengenali keenakan Shawarma ni. Yang bestnya Shawarma kat sini sizenya lebih panjang daripada tempat lain. Murah plak tu hanya RM5.00 je! 

Husband lepas gian nak makan Shawarma. Inilah makanan feveret dia masa study di Canada dulu. Ayam yang sangat juicy dipanggang dengan rempah ratus plus garlic sauce, adoyai terliur hakak!

Apa benda ni? Inilah garlic sauce. Nampak macam mayonis kan? But seriously everytime saya makan di restoran Arab wajib order sos ni berserta french fries. Confirm tak menyesal sebab rasa dia lemak-lemak gitu. Makan ngan kentang goreng, perghhhhhhh........... meleleh!

Ginilah suasana restoran Mr. Kabab & Biryani, Cyberjaya ni. Deco dia memang warna-warni macam di negara Timur Tengah. Siap ada lagu rentak padang pasirun lagi.. Ewah! Kat Putrajaya pun ada juga branch restoran ni but unfortunately takde Shawarma di sana.:(

Apa yang mengejutkan, bila tengok bil, OMG murahnya! Saya bajet biasa RM40++ if datang makan kat kedai Arab ni. Terkejut saya dan husband, tak sampai RM30.00 tapi dapat makan makanan yang kenyangnya melebihi price tersebut. Serius boleh datang lagi.


Misya : Kurang makan nasi.

Segmen Tonton Ucing Nak Try Irama Melayu

Klik untuk join

Sesekali berpotluck di office..

Salam. Office saya ni rajin wat makan-makan bertemakan potluck. Kebetulan ramai staf bertukar keluar, so kami pun plan la wat sesi potluck sebagai farewell party. Ofis uols pun sama ke? Bestkan dapat kumpul ramai-ramai bersantai jap dari urusan kerja, then dapat makan macam-macam makanan hasil pelbagai air tangan. Paling best bila bos-bos pun sporting turut join sekali.

Special sikit kali ni kami order makanan berat dari katering. Hasil tabung collection kami.

Ada juga yang menyumbang potluck.

Ahha kat ofis saya ni ramai berbakat sebagai bakers. Antaranya Pn. Tosiah yang sangat pandai wat kek camni. Besar keknya memang puas lah semua orang dapat rasa.

Kemeriahan our potluck session!

Sesekali berpotluck, dapat eratkan silaturrahim. Plus time nila kadang nak berkenalan dengan staf-staf baru yang tak sempat nak berkenalan sebelum ni.

Happynya memasing dapat makan. hehe

Thank you also to Pn. Tos for sponsoring this cake. Sedap! 


Misya : Bosan asyik mengadap kerja.

Biskut Gery Perisa Coconut (Kelapa)

Salam. Ahha kelmarin saya dah announce yang saya ada jual biskut gery yang tengah viral tu. So nak inform uols selain flavour cheese dan coklat, ada 1 lagi flavour yang tak kurang lazatnya iaitu flavour coconut. Sedap ke? Honestly i tell you memang sangat sedap! So wajib kena dapatkannya.

Packaging dia pun saya suka sebab guna warna biru nampak macam mewah sikit.


Ahha apa yang menarik flavour coconut ni ada taburan kelapa di atasnya which menambahnaik perisa krim kelapa di atas biskut. Yummy! Aduhai menaip ni pun dah rasa terliur... haha..

Stock baru dah sampai. Nak order? Jangan tunggu lama-lama sebab stock biskut gery ni tak sampai seminggu dah kehabisan selalunya. Laku keras!

But at the same time flavour cheese dan coklat masih dijual lagi. Pioneer biskut gery kot... Cuma harga untuk perisa coconut lebih sedikit daripada cheese dan coklat. But still affordable dan berbaloi untuk kudap-kudapan anda. Nak order boleh PM/wasap saya di 016-9561764. Free COD area Putrajaya.



Misya : Dulu tak suka makan biskut.

Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu

Klik untuk join
Disebabkan segmen ni diadakan sempena birthday penganjur, so saya nak wish Happy Birthday to Miss Banu! Mog terus sukses dalam dunia blogging, dilimpahi rezeki dan happy always.. Muah3x! hehe..

Wednesday, April 19, 2017

Rezeki petang hari dengan keria bukan viral..

Salam. Petang-petang hari pulang je rumah lepas balik kerja mesti nak cari kudap-kudapan. Nak masak, takde idea nak masak apa. Tengah belek-belek wasap suddenly my neighbour, Fathiah wasap tanya saya ada di rumah ke tak? Erm pertanyaan yang buat hati saya berbunga-bunga. Hehe. Almaklum saya dan Fathiah memang kami sering bertukar-tukar makanan. So rezeki hari ni, sebungkus kuih keria yang sangat sedap tiba di pintu rumah. Hehe. Tq jiran! 

Nampak sangat menyelerakan! Huhu serius memang sedap. But keria ni bukan keria antarabangsa dari Melaka yang tengah viral tu. Homemade by her mom's friend katanya. Wow serius terornya leh wat keria sebijik rasanya sama macam yang viral tu!


Memang rezeki betul dapat 10 ketul untuk saya dan husband makan. Memang puas! Hehe..

Alhamdulillah.. Tq again to Fathiah! Nanti kita exchange makanan lagi. Hehe..

Misya kini seller Biskut Gery Viral @Putrajaya!

Salam. Hola! Siapa tahu tentang Biskut Gery yang tengah viral meletop-letop tu? Teringin juga nak beli? Berita baik! Now saya adalah salah sorang seller Biskut Gery ni! :) Ramai betul peminat Biskut Gery ni. Mula-mula saya try dulu beli beberapa pek. OMG memang sedap! Terus jatuh cinta dan jadi seller cum supplier untuk area Putrajaya. So rakan-rakan di Putrajaya atau sekitarnya yang teringin nak makan Biskut Gery boleh dapatkannya melalui saya ya! Ada 3 perisa iaitu Cheese, Chocolate dan Coconut. Semua flavour sedap-sedap je saya jual. Hehe.. Free COD sekitar Putrajaya. Boleh contact saya di 016-9561764 (Misya) untuk info lanjut. Selamat berkudap-kudapan dengan Biskut Gery!^_^






Misya : Beli borong saya bagi harga murah.

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.

Copy dan klik banner untuk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.

Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Jom join Giveaway Jiakreatifelt!

Klik banner untuk join

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist

Klik banner untuk join
Orait short review saya tentang blog Seorang Syed, firstly tengok header pun dah wat orang tertarik nak singgah. Saya suka headernya. Kreatif! Dari segi pengisian, dah nama pun blogger lelaki so designnya lebih simple dan kemas. Bukan selalu keturunan Syed-Syed ni nak berblogger. hehe. Kipidap!=)

Tuesday, April 18, 2017

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Klik untuk join

Hotel Selesa, Pasir Gudang || Apa pendapat saya?

Salam. Kalau anda berkunjung ke Pasir Gudang, Johor dan tak tahu tempat mana nak stay, bolehlah menginap di Hotel Selesa Pasir Gudang. Kebetulan my uncle kerja sini so dia inform ada promotion voucher untuk rate sebilik (2 orang) RM120.00 sahaja. (Around August 2016). Now tak sure berapa rate nya. 

Hotel Selesa ni dulu memang terkenal dan ramai VIP/VVIP akan stay sini if ada apa-apa event. But since di JB banyak lagi hotel-hotel baru dibina maka Hotel Selesa semakin kurang mendapat perhatian. But my uncle said, kalau ada event sukan mostly para atlet ditempatkan di hotel ni. Pelancong-pelancong luar negara juga banyak pilih stay di sini.

Masuk je bilik, wow nice. Selesa..

Yang penting bersih, tilam dan bantal empuk serta tiada bauan kurang menyenangkan. hehe.


Seperti biasa ada water heater untuk bancuh air panas.


Ada laundry service

Alolo toiletries nya tak banyak.. Oklah as long as ada sabun mandi. 

Bilik air boleh kategori bersih but masih boleh dipertingkatkan. Hotel ni agak lama but still kira boleh maintain lah dari segi kemudahan yang ada.

Oh ya, penginapan termasuk breakfast. 

Nasi goreng dia sangat sedap! huhu.. Boleh datang stay sini lagi.

Cuma komen saya, kekalkan kebersihan dan perlu penambahbaikan dari segi perabot yang digunakan. Sebab lambat-laun perabot menjadi semakin lama dan akan menghasilkan bauan yang kurang enak. Overall saya bagi 3 bintang! hehe..

Untuk booking boleh terus emel ke resv@selesapg.com.my

Misya : Selesa itu penting.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...