Salam. Dalam kita menjalani kehidupan kita pastinya ada turun dan naik rite? Almaklum, hidup umpama roda. Tapi tak semuanya bersedia untuk jatuh (di bawah) dan bila dah jatuh, tak tahu bagaimana nak bangkit semula. Ada yang mungkin dibuang kerja, kehilangan orang tersayang, rugi dalam bisnes, gagal dalam rumahtangga, putus cinta dan sebagainya. Saya share dengan anda 10 tips mudah untuk bangkit semula selepas mengalami kejatuhan dalam hidup. Jangan sedih atau berduka kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
10 TIPS BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH
- Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap adalah berpunca dari kita. (Buang ego)
- Istighfar banyak-banyak. Reset diri sendiri ke zero point.
- Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.
- Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing.
- Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mix dengan positif people.
- On connection dengan Allah SWT sentiasa, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.
- Bahagikan masa kepada 3 bahagian iaitu rehat, kerja dan ibadat sebaik-baiknya.
- Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% bahawa anda akan bangkit semula.
- Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat hanyalah musibah atau pun pun kebaikan.
- Buat, buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri dan kanan. Kalau boleh, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja kecuali ketika nak melintas jalanraya. hehe..
Misya : Jangan gelakkan orang jatuh.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.