Thursday, March 30, 2017

Mesej Berantai adalah HARAM!

Salam. Selalu tak anda menerima mesej-mesej berantai? Tak kisahlah melalui emel ke whatsapp ke sms ke.. Confirm semua orang pernah terima. Termasuklah saya which kadang-kadang mesej berantai ni agak annoying! Siap penghujung mesej tu dia bagi warning lagi kalau tak forwardkan mesej tu. Aduhai.. Apa hukumnya menyebarkan mesej-mesej sebegini? Boleh baca artikel berikut yang dikongsikan oleh rakan saya di whatsapp. Hope lepas ni takdelah lagi muncul mesej-mesej berantai ni. Nak berdakwah bukan camni caranya..


Mesej berantai dijatuhkan hukumnya SYIRIK kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Contoh mesej mesej berantai :

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda". 

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang". 

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah". 

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bentuk seperti yang di atas yang perlu diabaikan dan dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri. Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu. Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM.

Sumber : Bahagian Dakwah, JAKIM, Malaysia.


Misya : Menyampah juga dengan perbualan whatsapp yang merapu.

3 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...