Monday, March 13, 2017

Mengapa orang berjaya boleh berjaya?

Salam. Ramai orang hanya tahu macam mana nak berjaya tetapi ramai tak tahu mengapa Orang Berjaya itu Berjaya? Dats why ramai orang nak berjaya tapi tak berjaya-berjaya pun sampai sekarang. Jom kita compare adakah sikap kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya ni?


Sikap mereka berbeza
Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar, banyak tunggu dan nanti. Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja.

Mereka sentiasa pantas
Pantas buat keputusan. Pantas buat tindakan. Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak.

Mereka sentiasa invest untuk kejayaan mereka
Invest ilmu. Invest wang. Invest tenaga. Invest masa. Invest pengorbanan.

Mereka membina networking yang bagus
Apakah maksud networking? Anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan-kawan yang berjaya, mereka pasti berjaya. Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan-kawan anda. Jangan sembarangan memilih kawan.

Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya
Sebelum bertindak, mereka dah set dalam minda untuk sukses dan hebat.

Mereka berkawan dengan orang yang betul
Mereka belajar cara orang berjaya lakukan.

Mereka tidak bertangguh
Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.

Mereka tidak terpengaruh dengan kutukan orang sekeliling
Jangan melayan cakap orang. Mereka tidak hiraukan perkara remeh-temeh. Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang.

Mereka fokus
Fokus pada satu bisnes sahaja. Fokus pada satu bidang sahaja. Di mana ada peluang, di situ ada kekayaan.

Mereka konsisten dan persisten
Tidak mudah putus asa. Tak mudah mengalah. Mereka sentiasa excited dan melakukan yang terbaik untuk diri mereka.. Mereka buktikan pada orang lain di luar sana kerana mereka adalah yang terbaik di kalangan yang terbaikk..!!!


Misya : Mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.


2 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...