Tuesday, March 28, 2017

Penginapan Unggul di Thistle Port Dickson

Salam semua. Mostly semua orang suka bercuti rite? Sama macam saya. Pantang ada cuti weekend panjang sedikit atau lebihan cuti last year, mesti akan decide nak bercuti kemana-mana. Almaklum dah penat berkerja di bandar so nak restkan fikiran wat seketika. Next destination agak-agak anda dah ada idea nak ke mana? If anda nak ke tempat yang tak jauh dari Kuala Lumpur but still boleh menikmati keindahan alam semulajadi, why not anda ke Port Dickson (PD)? Kedengaran macam biasa je kan PD ni? But actually PD bukan tempat biasa-biasa tau! Ada banyak tempat menarik yang ramai pengunjung tak tahu. Selain bersantai menikmati keindahan panorama di Pantai Teluk Kemang, ada banyak jenis aktiviti boleh dibuat di sepanjang pesisir pantai ini. Antaranya anda boleh bermain bola tampar pantai, naik speed boat, banana fun ride dan jugak try naik buggy ride. Ahha jangan lupa kat Port Dickson ni ada juga PD Ostrich Show Farm, PD Waterfront dan macam-macam lagi. Banyak kan? So wajib datang!
Tapi bila bercuti ni, perkara paling penting yang nak difikirkan adalah penginapan. Betul tak? Tak syoklah kalau bercuti tapi tak dapat menginap di tempat yang selesa dan berpatutan harganya. Lagipun bukannya selalu dapat bercuti rite? Yang paling penting berbaloi dengan apa yang dibelanjakan. Actually saya nak story tentang 1 tempat penginapan yang wajib anda stay if datang ke PD. Takkan menyesal punya. Hehe..

So dalam entry ni saya suggest kepada anda sebuah hotel yang sangat menarik untuk anda menginap iaitu Thistle Port Dickson Resort sebab konsep resort di sini sangat sesuai untuk macam-macam aktiviti such as berbisnes, honeymoon, percutian bersama keluarga ataupun bersama best friends anda. Lokasi resort ini actually berhampiran dengan beberapa tempat menarik di PD untuk dikunjungi so secara tak langsung dah jimat masa untuk berjalan-jalan contohnya Blue Lagoon dan Muzium Tentera Darat. 


Nak tahu tak resort ini mempunyai 251 bilik! Wow banyak tu..! Ada pelbagai jenis bilik contohnya Superior Twin/King, Deluxe Sea Facing Twin/King, Premium Seaview Suite, Indigo Suite dan Presidential Suite. Yang paling best setiap jenis bilik ada keistimewaan yang tersendiri! Pilih je mana-mana anda suka.

Untuk pasangan yang tengah honeymoon atau bakal honeymoon, Indigo Suite paling sesuai dipilih sebab biliknya berkonsepkan romantika di amor giteww.. So sweet! hehe.. Confirm taknak keluar bilik kalau punya selesa and awesome deco cenggini. Ahaks..

Basically di setiap bilik disediakan kemudahan peti ais, jakuzi, meja kerja dan banyak lagi hinggakan suasana percahayaan pun dititiberatkan!

Tengok dalam bilik pun dah sangat awesome, kat luar bilik lagilah awesome!  Sebab ada kolam renang, padang golf dan gym. If anda datang dengan anak-anak, jangan risau pasal keselamatan anak-anak sebab di sini terdapat zone kanak-kanak dinamakan Kid Wet Play Zone yang dikawal ketat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. For ladies like me, of course lah nak manjakan diri dengan rawatan spa. Tak perlu keluar dari resort untuk cari spa. Don’t worry sebab di resort ini memang terdapat sebuah spa iaitu The Puteri Dew Spa. Syok if dapat urut badan lepas penat berjalan. Memang kewajipan saya tu kalau bercuti mesti nak berurut at least refleksologi. Lega je rasa lepas urat saraf ni diurut.

Suka makan? Tipulah kalau tak suka makan. Orang Malaysia memang kaki makan. Hehe. Kalau suka, anda boleh try masakan cina-senzhuan di Chinoise. Sesekali tukar selera apa salahnya kan? But kalau suka masakan Itali, boleh try makanan original Itali di Glass. Plus untuk pasangan honeymoon memang sesuailah dinner kat sini sebab suasananya romantik sambil menikmati pemandangan indah. Sesekali spending time together di tempat sebegini apa salahnya rite? Menyemarakkan kasih sayang gitu..🏩

Actually ada lagi tempat makan best di resort ni seperti Step dan Fresh. Dengar nama restoran je pun sangat menarik dah membangkitkan selera nak masuk dan try menu yang ada.. So tak bosanlah sebab ada pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih.

Asyik story part honeymoon je, untuk businessman terdapat juga kemudahan untuk mengadakan meeting ataupun apa-apa event. Erm bagus ni if wat kursus atau workshop kat tempat camni. Nak kahwin? Pun boleh……. Sebab resort ni ada menyediakan kemudahan bagi yang feeling-feeling nak kahwin di resort. Bolehlah start planning dari sekarang!

Serius memang complete lah resort ni. Confirm balik dari bercuti anda tersenyum lebar. ^_^ Oh jangan lupa, sebelum datang sini better anda booking dulu. Senang je nak booking. Just ke traveloka.com atau klik sahaja logo di bawah untuk dapatkan Thistle Port Dickson promotion deal! Selamat bercuti!!! :)




Misya : Gaya, mutu dan keunggulan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...