Wednesday, March 1, 2017

Hong Kong Trip #6 || Went to Disneyland!

Salam. Hoorayyyy hari yang paling dinantikan telah tiba!! Sebab apa? Sebab saya nak ke Hong Kong Disneyland! Yahooo.... Terbayang zaman kanak-kanak, with Mickey Mouse, Donald Duck & etc. Walaupun saya pernah pergi HK Disneyland sebelum ni but pengalaman kali ni lebih bermakna sebab datang honeymoon with hubby. Jom kita ke Disneyland! Jangan lupa baca Part 5 juga.

Keluar je hotel, mak aii sejuknya hari ni! Tengok cuaca kat hp, wow 5 darjah celcius ok! Uish patutlah sejuk semacam. Husband saya terus naik ke hotel balik untuk tukar jacket yang lebih tebal. Rupa-rupanya bila balik Malaysia, berita melaporkan HK alami musim sejuk bersuhu paling rendah sejak berpuluh tahun lalu. Cuma takde salji je lagi. MasyaAllah.. 

Nasib baik standby winter coat extra sebab takut alami musim sejuk yang melampau macam kat Istanbul, Turki last time. Ok dari hotel kami naik MTR turun ke station Mei Foo.


Then kena transit ke MTR yang lain pula. Turun di stesen Sentral / Tsuen Wan.

Sampai di stesen Sentral tukar tren lagi menuju ke Tung Chung/Disneyland Resort. 

Then sampai di Tung Chung, naik tren khas direct to Disneyland. Tengoklah design tren ni bertingkapkan Mickey Mouse. Huhu wat saya teruja!

Walaupun cuaca sejuk tapi ramai juga yang datang ke Disneyland ni. Dapatlah tengok ramai parents bawak anak memasing habiskan weekend mereka di sini.

Yeayyy finally sampai juga di HK Disneyland. Rindu tempat ni sebenarnya. Sebab dulu masa gi tu saya tak berapa nak enjoy sangat sebab masa tu tak biasa gi oversea so tak berapa prepare sangat nak enjoy.
Husband saya dah ready nak layan kerenah kebudak-budakkan saya lepas ni. haha.. Sorry ye abang. Sesekali jadi kanak-kanak riang. hehe..
Wefie itu wajib! Alhamdulillah dapat juga kami berdua ke sini.

Ahha on the way nak ke tempat membeli tiket ada pelbagai deko dan replika menarik dibina. Contohnya replika Mickey Mouse yang ala-ala terapung atas air tu.

Orait tiket dah dibeli. Oh ya untuk makluman tiket Disneyland ni memang mahal. Dewasa sorang je dah RM250-300++ bergantung pada nilai matawang RM. Masa saya gi time ni around RM250 sorang. Lebih kurang HK$500 ++ camtu. Sekarang mata wang Malaysia makin jatuh, confirm lagi mahal tiket. But takpela sesekali datang hiburkan diri bersama yang tersayang. :)


Masuk-masuk je dah nampak kedai souvenirs. Oh sebelum masuk, akan ada pemeriksaan keselamatan. Sape yang ada bawak makanan berat tak dibenarkan masuk. Even nak bawak monopod pun tak boleh! But kalau korang pandai, makanan ringan macam coklat ke biskut ke selit-selitlah dalam poket baju dan seluar. Sebab kat dalam susah nak cari makanan Halal. Standby makanan ringan sesambil berseronok. Itu yang untungnya time winter sebab memang pakai coat tebal-tebal boleh sorok makanan. Wakakaka.. Sebab dia check beg je.;)



Hujan turun renyai-renyai tapi tak mematahkan semangat kami untuk meneruskan journey di Disneyland ni. Yang bestnya kami  sampai awal pagi around 9.00 am camtu, orang tak ramai sangat plus cuaca sangat sejuk so heaven la!

Ahha jom naik keretapi enjin stim! Kelihatan orang tengah beratur tunggu giliran. 

Ok sampai giliran kami, keretapi dah sampai..

Haha muka excited! Keretapi ni direka tempat duduknya mengadap pemandangan luar. So nanti leh tengoklah segala macam pameran dan replika haiwan dan karakter Disney yang boleh dilihat sepanjang perjalanan menaiki keretapi ni.

Kami turun di Fantasy Land. Teringat filem Harry Potter masa dia naik keretapi di platform 3/4. Hehe..


Ok next, kami melihat show pertama iaitu bertemakan light and magic. Disebabkan show ni dalam bentuk 3D maka kami diberikan spec 3D ni.

Masa mula-mula sampai tak ramai orang. Makin lama makin ramai. Show ni if tak silap setiap jam ada. But okla orang tak bertolak-tolak atau berebut nak masuk.

Ok kami nak masuk dah. 

Sebelum show bermula.. Actually takleh snap gambar. Tapi saya snap jela mana sempat. Wat kenangan. hehe

Disebabkan ni show 3D so bila snap gambar ginilah jadinya. hehe

Ada Peter Pan! By the way show ni ringan saja. Sesuailah untuk kanak-kanak. Around 10 - 15 minit camtu habis dah..


Orait habis show kami keluar ke tempat souvenirs. Banyak lagi tempat kami terokai di Disneyland ni. Kira seharian di sini puaslah kami berjalan di sini. Nanti saya sambung lagi ya dalam Part 7. Stay tune...



Misya : Setiap orang ada sifat kebudak-budakan.


2 comments:

  1. Bestnyaaa. Dapat rasa pengalaman jadi budak2 balik. Hihi

    ReplyDelete
  2. @Ana Fatihah hehe tu la.. nnt ada rezeki lepas ni Ana pula ke sana. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...