Salam semua. Ok selesai berfantasi di Istana Disney dalam Part 7, kami ke Tomorrow Land which menempatkan permainan-permainan berkaitan angkasa lepas. So kat sini ada roller coaster dan spaceship .
Space Traders, inilah roller coaster pertama yang pernah saya naik. Saya ni sebenarnya penakut orangnya. Wakaka.. Lepas turun je terus cari toilet sebab pening sampai termuntah. huhu. But kali ni, saya pula yang terlebih excited nak naik roller coaster ni dan yang paling best saya dah tak pening lagi! hehe.
Space Traders ni adalah indoor roller coaster so tak nampak dari luar. Ibarat kita menaiki kapal angkasa so terbang di angkasa lepas. Really excited!
Selesai roller coaster, kami lihat jam, Disney Show dah nak start. Sebab show ni sehari dalam 2 kali je. If terlepas kena tunggu belah petang. Timing ok kami pun terus masuk ke auditorium.
Seperti biasa Disney Show memaparkan karakter-karakter dalam Disney. But kali ni show nya berkisar tentang sambutan tahun ke-10 Hong Kong Disneyland. Shownya digambarkan seperti buku cerita. Ada dalam bahasa English dan Kantonis.
Memang gempak la stage dan performance dia. Backdrop dia bertukar-tukar dengan pantas.
Ada little mermaid kat situ..
Final show menampilkan Elsa dari filem Frozen. Punya terang lighting sampai takleh nak amik gambar dengan jelas.
Tapi kan actually takleh amik gambar sangat masa ni. Nak wat kenangan so dapatlah beberapa snap. hehe. Show dia best penuh warna-warni dan kelincahan para penari but jalan cerita dia macam kurang menarik sampai husband saya boleh tertidur! Adoyai.....
Ok next kami singgah ke tempat menjual souvenir berkaitan Buzz Lightyeardari kartun Toy Story.
Macam-macam ada dijual tapi yela dah dewasa ni takdelah teruja nak beli pun. Huuhu
If anda peminat siri superhero Marvel semua ada dijual di sini.
And the best part kami dapat bertemu Buzz Lightyear secara live!!! Ini jela salah 1 watak Disney yang sempat kami snap. Yang lain tak jumpa plus punya panjang kena beratur.
Antara permainan yang uols boleh cuba kalau datang sini. Saya tak gemar sangat games yang pusing-pusing gini sebab takut pening.
Dari Tomorrowland ni boleh nampak Fantasy Land. Hujan membasahi bumi HK Disneyland. Dah lah sejuk, bertambah-tambah lagi sejuk!
Ok dah waktu lunch, perut dah berkeroncong. So kena cari tempat makan. Ada 1 tempat ni makanan segera ala-ala McD but kami tak confident nak makan takut non-Halal.
But don't worry. Kat sini ada restoran makanan Halal. Ditempatkan di Adventure Land, ada 1 food court menjual makanan Halal bernama Tahitian Terrace.
So far hanya restaurant ni sahaja ada makanan Halal. Kelihatan ramai warga Malaysia, Indonesia, Arab dan sebagainya makan di sini.
Cari booth Asian ni. Tak banyak pilihan but okla untuk kenyangkan perut sebab banyak tempat lagi nak berjalan ni.
Saya pilih coconut rice (nasi lemak). Sedap juga. But 1 set ni lengkap dengan air harganya almost RM50. Ahakss memang mahal. Tapi nak wat camne. Ini je Halal Food yang ada. :)
Husband saya pilih nasi briyani. So dapatlah kami share rasa 2 jenis makanan.
Dah kenyang.. Kami ke mana pula? Orait saya sambung dalam entry Part 9.
Misya : Pengalaman tak ternilai.
best nya jalan-jalan kat hong kong..
ReplyDelete@Anum Abdullah Alhamdulillah.. Lepas ni anum pula sampai sini. :)
ReplyDelete