Friday, June 24, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Perubahan Superman dulu hingga kini...

Salam. Tak sangka superhero sepanjang zaman iaitu Superman ni dah berpuluh tahun wujud. huhu.. Bukan wujud dalam realiti tapi dalam filem Hollywood. Apa yang menariknya tentang Superman ni, perubahan imej dan kostumnya dari tahun ke tahun. TAPI ada 2 benda masih sama, Superman tetap pakai seluar dalam kat luar! hehehe.. One more thing adalah style rambut dorang wajib ada sedikit jambul di hadapan. Cliche sangat... haha... Husband saya pula kata the best part yang masih sama adalah gaya percakapan dorang yang agak skema dari filem hitam putih sampailah yang paling latest. Apa-apa pun jom tengok imej Superman dari zaman hitam putih hingga kini.. Tapi yang terkini tu memang macho la kostum dia. Nampak kesadoan si hero.. hehe..



Misya : Minat Thor

Thursday, June 23, 2016

Hanya RM1.90 per dish di Aroi Thai Food!!

Salam. Wow, mana nak dapat setiap makanan dijual hanya RM1.90 kalau tak di Aroi Thai Food, Cyberjaya!! 1st time my officemate bawa datang ke tempat ni teruja sebab semua menu hanya RM1.90 jek! Apa lagi, orderlah banyak-banyak! hehe.. Tapi setiap hidangan tu takdelah dalam portion yang banyak. Dihidangkan dalam mangkuk-mangkuk kecil tapi puas juga makan kalau order setakat 5-6 mangkuk sorang. Tak rugilah if order 10 mangkuk sekalipun sebab setiap hidangan memang sedap. hehe..


Haaa inilah dia cara hidangan setiap dish di Aroi Thai. Boleh pilih macam-macam jenis- nasi, ayam, sup, mee dan sebagainya. Basically bercirikan masakan Thai la. Jangan risau, dijamin Halal.:)

Nampak macam sikit tapi actually mengenyangkan juga. Secara tak langsung control kita supaya makan dengan portion yang sepatutnya. huhu

Minuman dihidangkan dalam kole camni. Ada 2 jenis air. Teh ais @ green tea ais. Pun RM1.90 juga.

Ahha desert yang paling wajib uols rasa ada ulut mangga ni. Memang sodap! Rasa tak cukup 1 mangkuk. huhu

Restoran ni terletak di Ground Floor, Shaftsbury Square. Sebaris dengan Guardian. Senang lah nak cari.

Masa kami datang ni waktu lunch so agak ramai orang. 

This is us! 

So kalau uols nak datang bolehlah datang time ni. Highly recommended la this place. Tak rugi mencuba. Cuma kalau uols jenis pemakan tegar maybe tak sesuailah kot datang sini. hehehe.. Nak suka-suka lepak-lepak dengan member boleh juga.=)



Misya : Orang Malaysia kuat makan.

Geram dengan kegebuan Arianna!

Salam. Geramnya bila tengok baby yang comel dan gebu. Salah seorangnya adalah anak kepada Shikin Maembong dan chef selebriti, Chef Rizz. Memang dan lama teringin nak dukung Arianna yang super gebu ni. Tapi masa tu dia kecil lagi tak berani nak dukung. La ni belum cukup setahun pun tapi mak aihh comel sangat-sangat Arianna ni! Gerammmmm tengok pipi, peha dan lengan dia. Rasa nak gigit-gigit! haha... 


Saya try dukung, MasyaAllah kusss semangat! hehe.. Sebab ibunya since pregnant amalkan produk Elken setiap hari, so Arianna lahir dengan sihatnya. Bayangkan keluar-keluar je dah 4.2 kg! Yang luar biasanya, ibunya masa bersalin tak alami kesan luka bersalin normal yang teruk. Ajaib kan? Dengan kuasa Allah dan pengambilan suplemen Elken dengan konsisten maka Arianna dan ibunya lahir dengan sihat.

Bayangkan lahir je dah 4.2kg, masa saya dukung ni tak sampai setahun lagi tau umur dia, leh bayangkan tak berapa kg dia? hehe.. Lenguh gak tangan tak larat dukung lama-lama. Haha..

Husband saya try juga dukung, terasa gak tegang otot-otot biseps dan triseps lepas dukung Arianna. Haha.. Tapi memang siapa jumpa Arianna semua orang geram dengan kegebuan dia. Berebut-rebut orang nak dukung tapi memang takkan lama la dapat dukung. hehe. 

Ahha jangan tak tahu, Arianna ni glamour tau. Siap pernah jadi cover page majalah Pa&Ma lagi. Moga Arianna membesar dengan sihat dan cergas serta menjadi anak yang solehah nanti. 



Misya : Suka picit-picit baby tembam.


Wednesday, June 22, 2016

Nak jadi model? Belajar dulu @Muslima Model Class!

Salam. Ramainya yang pm, wasap dan sebagainya bertanya saya camne nak jadi model? Soalan tu nampak senang tapi jawapannya agak panjang. hehe. Tapi if uols benar-benar berminat nak jadi model, perkara 1st kena buat adalah rajin membaca untuk cari info. Maybe entri saya di SINI boleh membantu uols. TAPI ada lagi yang lebih penting if nak jadi model. Iaitu kena ada ILMU! Mana nak dapat? Ahha even saya dah bertahun jadi model pun saya masih belajar untuk memantapkan ilmu dan pengetahuan saya, Antaranya saya hadir ke kelas modelling anjuran Muslima Model by supermodel Muslimah Ara Lee.


Kebetulan saya memang salah sorang peminat kak Ara Lee, bila beliau announce kat fb akan wat modelling class, terus rasa teruja nak join. Bukan senang nak dapat peluang tuntut ilmu dengan model yang berpengalaman. So saya join this class. Seriously memang best! Biasanya kalau saya join mana-mana class, hanya belajar 1 benda je. Kalau catwalk, catwalk je. Nak belajar photoshoot, kena attend sesi lain, bayar lagi. Tapi modelling class by Kak Ara ni all in 1 day! Memang berbaloi dengan yuran RM250.00. So apa yang ada dalam kelas ni?


1st session, saya belajar tentang catwalk dengan supermodel Kak Syifa Aishah. Perghhh memang cantik giler kak Syifa catwalk. Memang gaya international la! Secara tak langsung, sesi ni mengajar semua talent dan model jadi lebih yakin terhadap diri sendiri. 

Kak Syifa siap share lagi tips dan pengalaman beliau dalam dunia peragaan Muslimah. Tq Kak Syifa!

Next, the best part dalam kelas ni kami dapat belajar tentang make-up. Yes, model mesti tahu dan pandai make-up! Untuk sesi ni, make-up artist Kak Etty Garib share banyak tips tentang make-up, penjagaan kulit dan kesihatan diri. It was really good sebab model memang kena ada kulit yang bersih. Supaya bila shoot tak perlu nak kena edit terlampau banyak. So, if anda ada masalah kulit, kena buat something dulu ya. :) 

Then, make-up time! Bestnya kelas ni sampai make-up pun disediakan! Ini 1st time la saya attend class siap dimekapkan sekali. 

Hasilnya, inilah! hehe tq Kak Dya Zara yang mekapkan saya. Really like it!

Ok kan Kak Dya mekap? Suka sangat! hehe.

Orait, now is photoshoot session! Kat sini kami belajar camne nak beri pose yang betul. Dengan kerjasama photographer berpengalaman dari The Scope Studio memang senanglah kerja saya. 

Alhamdulillah dapat beri the best untuk sesi photoshoot. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Yang paling best, siap dapat compcard free lagi! Penting tau compcard ni untuk apply apa-apa modelling job, client mesti minta compcard sebab dalam tu ada gamba dan details kita.

Sekali imbas tengok kat laptop hasil kerja The Scope Studio. Saya puas hati! hehe..

After shoot, melaram sat dengan selempang ala-ala Miss World Muslima Model.. I loike...;)

Test shoot dengan rakan-rakan model dan my MUA, Kak Dya Zara.. Hehe dia malu-malu nak snap gambo so dia hide kan mukanya.

Inilah Kak Ara... Kurus tinggi orangnya, memang sesuai lah jadi model. 

Selain belajar, kami dapat ramai kawan baru!






 Alhamdulillah kami dapat banyak ilmu dari kelas ni. Actually bukan sekadar nak jadi model je boleh attend this class. Tapi kalau teringin nak tambah keyakinan diri, nak belajar jadi cantik dan upgrade penampilan diri, wajib join next batch! =) 

Apa-apa boleh visit page Muslima Model & Talent


Misya : Suka wanita yang berkeyakinan dan menjaga penampilan diri.





SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT

Klik untuk join

Monday, June 20, 2016

Bangsa Miskin, Bangsa Tak Membaca

Salam. Saya tertarik dengan artikel ni. So tergerak nak share dengan uols untuk dijadikan sebagai panduan. Biar miskin harta, jangan miskin ilmu. Bila kaya ilmu, confirm kaya harta. Lets read...

Tak, kita miskin hari ini bukan sebab kita beli Honda. Bukan sebab kita tak beli rumah dulu. Bukan sebab kita tak melabur di ASB. Kita miskin bukan sebab kita pakai Proton masa beli kereta pertama.


Atau sebab kita hanya mampu bayar Kancil EX660 je. Bukan itu sebabnya kita miskin.

Kita miskin, kerna kita tak membaca. Negara China terbitkan sehingga 440,000 buku baru setiap tahun. Amerika yang aqidahnya kita kata tak betul tu, terbit sehingga 304,900 judul baru setiap tahun. England terbit sehingga 180,000 buku baru tiap tahun. Rusia terbit sehingga 101,000 judul baru tiap tahun.

India, 90,000 judul baru. 

Jepun, 82,589 judul baru.

Jerman, 82,048 judul baru. Ni semua angka purata terbitan judul baharu setiap tahun. Masakan negara ni terbit buku tapi orang tak baca? Penerbit terbit buku kerana adanya demand dalam pasaran. China, Amerika, England, India, Jepun dan Jerman ni semua negara yang mencorak teknologi zaman sekarang. Sebab tu depa boleh pi Marikh, lepak stesen angkasa ISS bila depa rasa nak melepak.

Daripada kereta, teknologi depa berkembang hingga buat kapal terbang. Daripada seleceh-leceh buat unit televisyen, teknologi berkembang hingga penuh 1 rumah dengan teknologi depa, peti ais mesin basuh dapur air cond semua benda lah. Depa jadi negara pengeluar.

Negara ni pula, semuanya negara yang aqidahnya bukan Islam tau. Padahal dalam Islam ni, Iqra tu kan tuntutan paling tinggi? Jadi kita pun tertanya-tanya, mana negara Islam ni pi? Sampai pi Mekah pun, tasbih kopiah jubah semua Made in China? Kita jadi negara pengguna.

Dan sebenarnya jauh sangat kalau nak pi banding sampai ke Jerman yang jaraknya 12 jam perjalanan kalau naik kapal terbang tu. Cuba lihat diri kita dulu? Kita membaca tak? Kalau baca, berapa buku setahun? Berapa buku sebulan? Berapa buku seminggu?

Dalam kariah, adakah kita jadi ahli yang aktif? Adalah kita ambil peranan dalam keputusan-keputusan pembuat dasar? Adakah kita bersuara ketika melihat ketidakadilan? Adakah kita bertindak untuk membetulkan ketidakadilan itu?

Atau adakah kita – semata-mata hanya menjadi warganegara yang pasif? Dah lah tak membaca. Beli Honda pula tu. Kondem Proton. Bila pemerintah buat salah – kita enjoi tonton sambil makan popcorn.

Dan kemudian kita tertanya-tanya – kenapa negara Muslim tak maju? 

Yang tak mau maju itu ialah kita sebenarnya. Yang tak mahu membaca. Dan tak pernah menjadi warganegara yang aktif.

Orang yang miskin bukan orang yang beli Honda dulu sebelum beli rumah pertama tau. Atau kereta pertama dia Kancil EX660. 

Orang miskin ialah orang yang tak membaca. Kita miskin sebab bangsa kita tak membaca.


Misya : Suka membaca tapi tak istiqamah habiskan setiap buku.

Wajah pelakon Harry Potter dulu dan sekarang

Salam dan Selamat pagi! Siapa peminat siri filem Harry Potter? Nak tahu tak wajah pelakon-pelakonnya setelah meningkat dewasa? Ada yang makin handsome malah yang makin cun dan seksi pun ada. Hehe.. Menarik juga dapat lihat perubahan pelakon-pelakon Hollywood ni dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Jom zoom!










So, yang mana 1 pilihan uols? hehe.. Tapi yang last tu tak sangka dari budak tembam kini dah jadi abam sado! Siap jadi model underware lagi. haha.. But ada beberapa yang masih sama je wajah walaupun dah dewasa. :)


Misya : Pengalaman mematangkan usia.

Sunday, June 19, 2016

Jom support saya || Pencarian Model Awfaa Medina!

Salam semua. Puasa tak? Hehe.. Dah terawih? Alhamdulillah kalau dah.. Jadi apa kata kalau anda sudi, support saya dalam contest Pencarian Model Awfaa Medina. ;) Tak susah pun nak support saya dengan hanya klik LIKE!=) How? Follow kaedah di bawah :

1. Log In Account Facebook anda
2. Then go to page Awfaa Medina
3. Next klik gambar saya di bawah dan tekan like. Done!


Buat yang dah undi fot saya, terima kasih sangat-sangat.:) Jasa anda Allah sahaja yang membalasnya. Hope ada rezeki saya terpilih jadi model untuk butik Awfaa Medina. 



Misya : Always ready.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...