Salam. Ramainya yang pm, wasap dan sebagainya bertanya saya camne nak jadi model? Soalan tu nampak senang tapi jawapannya agak panjang. hehe. Tapi if uols benar-benar berminat nak jadi model, perkara 1st kena buat adalah rajin membaca untuk cari info. Maybe entri saya di SINI boleh membantu uols. TAPI ada lagi yang lebih penting if nak jadi model. Iaitu kena ada ILMU! Mana nak dapat? Ahha even saya dah bertahun jadi model pun saya masih belajar untuk memantapkan ilmu dan pengetahuan saya, Antaranya saya hadir ke kelas modelling anjuran Muslima Model by supermodel Muslimah Ara Lee.
Kebetulan saya memang salah sorang peminat kak Ara Lee, bila beliau announce kat fb akan wat modelling class, terus rasa teruja nak join. Bukan senang nak dapat peluang tuntut ilmu dengan model yang berpengalaman. So saya join this class. Seriously memang best! Biasanya kalau saya join mana-mana class, hanya belajar 1 benda je. Kalau catwalk, catwalk je. Nak belajar photoshoot, kena attend sesi lain, bayar lagi. Tapi modelling class by Kak Ara ni all in 1 day! Memang berbaloi dengan yuran RM250.00. So apa yang ada dalam kelas ni?
1st session, saya belajar tentang catwalk dengan supermodel Kak Syifa Aishah. Perghhh memang cantik giler kak Syifa catwalk. Memang gaya international la! Secara tak langsung, sesi ni mengajar semua talent dan model jadi lebih yakin terhadap diri sendiri.
Kak Syifa siap share lagi tips dan pengalaman beliau dalam dunia peragaan Muslimah. Tq Kak Syifa!
Next, the best part dalam kelas ni kami dapat belajar tentang make-up. Yes, model mesti tahu dan pandai make-up! Untuk sesi ni, make-up artist Kak Etty Garib share banyak tips tentang make-up, penjagaan kulit dan kesihatan diri. It was really good sebab model memang kena ada kulit yang bersih. Supaya bila shoot tak perlu nak kena edit terlampau banyak. So, if anda ada masalah kulit, kena buat something dulu ya. :)
Then, make-up time! Bestnya kelas ni sampai make-up pun disediakan! Ini 1st time la saya attend class siap dimekapkan sekali.
Hasilnya, inilah! hehe tq Kak Dya Zara yang mekapkan saya. Really like it!
Ok kan Kak Dya mekap? Suka sangat! hehe.
Orait, now is photoshoot session! Kat sini kami belajar camne nak beri pose yang betul. Dengan kerjasama photographer berpengalaman dari The Scope Studio memang senanglah kerja saya.
Alhamdulillah dapat beri the best untuk sesi photoshoot. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Yang paling best, siap dapat compcard free lagi! Penting tau compcard ni untuk apply apa-apa modelling job, client mesti minta compcard sebab dalam tu ada gamba dan details kita.
Sekali imbas tengok kat laptop hasil kerja The Scope Studio. Saya puas hati! hehe..
After shoot, melaram sat dengan selempang ala-ala Miss World Muslima Model.. I loike...;)
Test shoot dengan rakan-rakan model dan my MUA, Kak Dya Zara.. Hehe dia malu-malu nak snap gambo so dia hide kan mukanya.
Inilah Kak Ara... Kurus tinggi orangnya, memang sesuai lah jadi model.
Selain belajar, kami dapat ramai kawan baru!
Alhamdulillah kami dapat banyak ilmu dari kelas ni. Actually bukan sekadar nak jadi model je boleh attend this class. Tapi kalau teringin nak tambah keyakinan diri, nak belajar jadi cantik dan upgrade penampilan diri, wajib join next batch! =)
Apa-apa boleh visit page Muslima Model & Talent
Misya : Suka wanita yang berkeyakinan dan menjaga penampilan diri.
ooo.. begitu rupanya nak jadi model ye..attend kelas tu memang perlu ya untuk jadi model ni.. ni blog kedua yang saya tahu mengenai model ni.. hehe.. ramai juga blogger yg jadi model ye.. semoga terus berjaya ye..
ReplyDeleteBlogwalking sini, jom baca
Uber Taxi Malaysia article....