Thursday, June 23, 2016

Hanya RM1.90 per dish di Aroi Thai Food!!

Salam. Wow, mana nak dapat setiap makanan dijual hanya RM1.90 kalau tak di Aroi Thai Food, Cyberjaya!! 1st time my officemate bawa datang ke tempat ni teruja sebab semua menu hanya RM1.90 jek! Apa lagi, orderlah banyak-banyak! hehe.. Tapi setiap hidangan tu takdelah dalam portion yang banyak. Dihidangkan dalam mangkuk-mangkuk kecil tapi puas juga makan kalau order setakat 5-6 mangkuk sorang. Tak rugilah if order 10 mangkuk sekalipun sebab setiap hidangan memang sedap. hehe..


Haaa inilah dia cara hidangan setiap dish di Aroi Thai. Boleh pilih macam-macam jenis- nasi, ayam, sup, mee dan sebagainya. Basically bercirikan masakan Thai la. Jangan risau, dijamin Halal.:)

Nampak macam sikit tapi actually mengenyangkan juga. Secara tak langsung control kita supaya makan dengan portion yang sepatutnya. huhu

Minuman dihidangkan dalam kole camni. Ada 2 jenis air. Teh ais @ green tea ais. Pun RM1.90 juga.

Ahha desert yang paling wajib uols rasa ada ulut mangga ni. Memang sodap! Rasa tak cukup 1 mangkuk. huhu

Restoran ni terletak di Ground Floor, Shaftsbury Square. Sebaris dengan Guardian. Senang lah nak cari.

Masa kami datang ni waktu lunch so agak ramai orang. 

This is us! 

So kalau uols nak datang bolehlah datang time ni. Highly recommended la this place. Tak rugi mencuba. Cuma kalau uols jenis pemakan tegar maybe tak sesuailah kot datang sini. hehehe.. Nak suka-suka lepak-lepak dengan member boleh juga.=)



Misya : Orang Malaysia kuat makan.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...