Saturday, September 29, 2012

Waiting for photoshoot session.

Salam semua.. Wah bestnya uols dapat rest weekend ni. Dapat bergelumang atas katil with all pillows sampai matahari terpacak. Huhu.

But not me. Ada tugasan yang perlu diselesaikan. Photoshoot job by Myra Luminous at Serindit Photo, Setapak. Now waiting my turn for make up session. Sempat tido lagi ni. Ada sofa yang empuk. Ahakss..
Harap dapat wat yang terbaik hari ni. Dah lama tak shoot kat studio. Tq to sis Myra yang sudi invite. :-)















Cik Misya : Boleh terlena masa make up.

Friday, September 28, 2012

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING

Salam semua.. Di tengahari Jumaat ni nak join satu segmen anjuran seorang blogger jejaka E'Raz Fadli  Haipp! Tak gi solat Jumaat ek?? Hihi.. Gurau je.. Selalu gugurl-gugurl je wat segmen gini. Jarang orang laki nak buat. Hari Jumaat laks tuh! Hehe..;) Takpe, support aje segmen ni.. Nak join? Klik kat banner bawah k.


Sekali imbas ada iras wajah Allahyarham penyanyi Izwan Pilus penganjur ni.;) Yeke? huhu.. Wallahualam. Cecepat join sebab akan tamat pada 1 Oktober 2012!



Cik Misya : Lelaki tiada uzur syari'e.

BLOGWALKING DENGAN EMMA

Salam Jumaat semua.. Pagi-pagi terpandang satu entry tentang segmen anjuran Cik Emma yang mau blogwalking blogger-blogger yang join segmen dia. Apa lagi? Meh la klik SINI atau header kat bawah ni untuk join!=)



Tamat pada esok hari 29 September 2012. Cepat sebelum terlambat!=) 


Cik Misya : Biar lambat asal selamat.

Thursday, September 27, 2012

Segmen : Follow And Follow

Salam semua.. Em petang-petang gini, mau relax-relax kan diri dengan join segmen Qaleshya Umairah ni..

Klik banner di atas untuk join.

Tarikh tutup? Wallahualam.. Penganjur akan maklumkan bila tamatnya sebab ia baru sahaja bermula pada 25 September 2012 yang lalu.=) Tapi bukan main ramai  yang dah join! Dasat juga blogger neh. Huhu.. Jom join!



Cik Misya : Dulu-dulu ada produk penjagaan diri jenama Follow Me.


Senarai Peserta Segmen : Cik Misya Nak Follow!

Salam semua.. Pagi ni nak update dengan uols senarai peserta yang sudi join segmen terbaru saya yang dilancarkan semalam (26 Sep 2012). Nak join? Rugi tak join sebab 3 blogger bertuah berpeluang memenangi Topup RM5! And yang paling penting saya akan follow blog anda!!=) 

1. Nisha
13. Zakiah
30. Eraz Fadli
33. Zamani

Buat peserta semua, anda pun boleh follow-follow peserta-peserta yang lain. Dapat kita merapatkan ukhuwah sesam kita.=) Anda nak join juga? Klik SINI atau banner kat bawah ni untuk syarat-syarat penyertaan.



Nota : Nama yang dipotong adalah peserta yang linknya tiada. Mungkin telah dipadam/ taknak join. 

Cik Misya : Die Hard Fan.

Wednesday, September 26, 2012

Segmen : Cik Misya Nak Follow!

Salam semua! Wow tak sangka entry saya yang telah terpublish telah mencapai 600 entries! Follower saya juga telah mencapai 650 orang! [Ciput je tuh!] Heh, ciput-ciput pun dorang tetap paling saya sayang! As my appreciation, saya nak wat satu segmen untuk rakan-rakan blog yang singgah blog saya yang lite-lite neh. Antara sebab lain saya buat adalah sebab saya dah tak tahu nak follow blog mana satu bcos banyak segmen saya join then terlupa nak follow balik kawan-kawan yang lain. Cian dorang!

So, saya nak follow-up balik if saya lum follow tu, meh join segmen saya yang ntah pape ni  best ni.;) Di samping menambah traffic korang dan meluaskan empayar blogspot korang ke daerah yang mungkin belum diterokai. 


Haa.. Cak! Ecehhh! Banner pun dah ala-ala nak terjah dah tu. Heh. Saya dah tak sabar nak terjah and follow neh. Yang dah pernah follow tu nak join pun boleh sebab saya akan beri anda hadiah topup  sebanyak RM5 untuk (tiga) 3 Top Referrals. Ahaks.. Tak banyak pun..;) Tapi okla tu kan? Heh. Nak bagi duit raya, Raya dah habis. :p

Ok merepek meraban, korang tengok kaedah nya!

1. Wajib ler follow blog saya. Nanti saya akan follow anda balik ok.=)
2. Wajib klik link INI  (Tanda sokongan anda) ^_^
3. Buat satu entry bertajuk Segmen : Cik Misya Nak Follow!
4. Tampalkan banner Arabian girl saya kat atas ni (copy SINI) dalam entri tu dan linkkan ke sini.  
5. Nyatakan jumlah follower korang dan explain secara ringkas nape korang nak follower ramai-ramai? ;)


6. Dah siap entri tu? Ok bolehlah hantarkan penyertaan dengan meng'komen' link entri korang di bawah ini. 



Okeys darling? Owh tarikh tutup penyertaan? Last date to submit your entry on 15 October 2012 tepat jam 12.00 tengah malam. Haa banyak masa lagi tu nak join. Ajak sesape lagi join k. Nak tag sesape lagi digalakkan! Huhu.. Harap ramai ler nak join. Maklumlah, blogger tak femes macam saya ni sape nak follow. Ahakss.. Ayat gatal!=P Selamat bersegmen..^_^



Cik Misya : Follow kata hati.




Segmen : Mari Berkenalan.

Salam.. Em salah satu segmen yang menarik dan membuatku tertarik nak join! Ngee. By adik comel Rien Rose.. Segmen ni sempoi je. Tarikh tutup pun takde! Heh. Yela, nak berkenalan a.k.a. making friends ni tak kira lah bebila masa pun kan.. Nak berkenalan juga? Klik SINI untuk join. Klik banner pun boleh juga.:)



Ini pertanyaan-pertanyaan Rien Rose kepada peserta yang join.. Owh malunya, macam zaman sekolah-sekolah dulu. Hehe..



Ni jawapan-jawapan nya..=)


1. My name is Aimi Syahirah anak kepada Incik Shokarny.


2. Agak-agak umur saya berapa? 20 tahun? Heh. Silap! Muda nya rasa.[Perasan!] Okla, lahir pada 10 September 1986 so umur saya... Kiralah sendiri. Ahaks..;)


3. Orang bumi. Hehe. Joking! Asal Kay Ell (KL) je. [Cett berlagak!] 


4. Perangai pelik? Err apa ek? So far takde lagi benda-benda pelik yang saya buat. Kadang-kadang jela suka bercakap sorang-sorang. Takpun ngan my Teddy Bear saya, Miss Japsterina. Heh. Hadiah pertama from incik tunang masa mula-mula bercintan-cintun.

5. My favourite blog is... ada beberapa la.. Antara 3 yang terbaik : 

Hanis Zalikha : Love her words in every entry. Very simple & santai. Beside, her beauty plus the way she bring herself in modelling beri saya motivasi dalam hidup.=)


Elia : Ex-tunang goalkeeper Malaysia, Apex. Saya suka baca penulisan dia yang sempoi. And yang paling penting, dia satu-satunya blogger femes yang pernah singgah blog saya!=) Tak caye? Leh baca SINI.

Milo Suam  : Yang ni blog ala-ala politik yang paling saya selalu baca. Kalau anda berani, bacalah! Hehe. Don't worry, so far this blog bila keluarkan sesuatu entri mesti berlandaskan fakta. Bukan apa, kita kenalah cari sumber lain selain TV dan Paper yang suka wat story ntah pape. Banyak yang di spin sampai orang Malaysia jadi biol. Opps!;) 
6. Em kenangan yang paling takleh lupa masa small-small, heh, kena buli kot! Ahaks.. Saya ni masa kecik memang kecik pun! [fizikal kecil] Dah tu pindah sekolah baru, apa lagi, bebudak kat sekolah tu sume nakal-nakal. Habis saya dibulinya. Masa tu bengong-bengong lagi taktau pape. Follow jela apa dorang suruh. Dia mintak duit, saya bagi. Dia conteng-conteng baju saya, saya diam. One day tu, saya demam kat sekolah. On the way balik rumah naik van sekolah. Tak tahan punya pasal, saya termuntah kat sorang budak nakal yang buli saya tuh! Ahakss.. Padan muka! Hehe.. Tapi sok pagi, kena ejekla saya sebab kes termuntah tu. Huhu dah nasib. Dapat pindah sekolah lama, Alhamdulillah bebas dari sekolah neraka tuh! Nak tahu kat mana sekolah tu? hehe ade ler..;))

Comel tak budak neh? Anak saya...;) Ahaks.. Ni wajah saya masa baby! Kecik-kecik dah pandai pose depan kamera. Heh.

7. Saya start blogging on year 2009. Entri pertama saya sangat simple! Leh baca kat SINI.

8. Em blog saya eh? Ala if korang tengok overall blog ni dah dapat agak kot apa yang nak disampaikan. Almost story about my career in modelling. Selebihnya hanyalah rojak pasembor! Heh. If klien nak tengok portfolio, senang dah ada dipaparkan. 

9. Jawapan sama seperti No. 8.=)

10. Komen blog penganjur : Simple and sweet!=) Saya suka blog yang simple, means tak terlampau padat ngan macam-macam benda alah like blink-blink, cursor berekor-ekor semua tu. Mudah dibaca dan tersusun kemas. InsyaAllah will come again for blogwalking. Korang yang nak follow tu dipersilakan ke link INI.


Ok siap my entry perkenalan untuk tatapan adik Rien Rose yang cute neh. Rerajin singgah sini ya! Dah follow kamu juga.:) Selamat berkenalan dan teruskan berblogging!^____^



Cik Misya : Lelaki yang message 'Hai, boleh berkenalan?' adalah teknik yang sangat lapuk.




Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Salam semua. Haa anda telah tertangkap!! hehe.. Meh la join segmen by Nabila Medan neh. Senang aje syarat penyertaannya. Boleh tengok di SINI or click aje banner di bawah.


So far my follower until this entry is written adalah seramai 650 orang. Alhamdulillah satu peningkatan yang memberangsangkan dalam seminggu dua ni. Bersusah-payah join macam-macam segmen sampai dah fenin-fenin mana satu segmen nak di follow mahupun di blogwalking. Heh. But ni salah satu cara terbaik untuk perkenalkan blog memasing. And Alhamdulillah saya dapat banyak frens baru.=)

Sape-sape yang membaca entri ini, automatically anda ditangkap a.k.a di tag! Hehe.. Ni salah satu syarat nya. Nak join ke taknak join, terpulang..;) Tamat pada 30 September 2012. Rugi tak join tau! Bukan calang-calang blogger Nabila Medan nih.=)



Cik Misya : Tangkap lentok.. Mengantuk!

Tuesday, September 25, 2012

Nantikan kemunculannya.....!

Salam semua. Event besar-besaran untuk talent/model berkonsepkan Muslimah/Hijab! Pengumuman rasmi oleh CEO ESM pada 1 Oktober 2012 ini! Buat para talent/model yang berminat, inilah masa yang dinanti-nantikan untuk serlahkan bakat anda dan berpeluang menggapai impian sebagai model muslimah/berhijab!! Jangan lepaskan peluang! Tunggu.........;)




Jumpa anda nanti!=)


Cik Misya : Realisasikan impian menjadi selebriti dalam Majlis Anugerah.




Monday, September 24, 2012

Pelakon Anne Ngasri dah berpisah dengan penyanyi Aliff Aziz!

Salam.. Ahha, sharing from AbangNara, rupa-rupanya hubungan cinta antara pelakon cute-miut Anne Ngasri dengan penyanyi a.k.a jejaka jambu Aliff Aziz telah pun berakhir. Perkara ini disahkan sendiri oleh Anne melalui temuramah oleh wartawan BiPop.


Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi.


Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.

Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berkomunikasi dan kekal berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.

Saya banyak berdoa dan melakukan solat istiqarah untuk membulatkan hati dalam membuat keputusan ini. Lumrah dalam hidup ini ada pertemuan dan perpisahan. Ia ujian buat saya. Siapapun jodoh saya selepas ini, saya mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan tiga anak saya.

Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi. Tak perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini dugaan kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia 2 bulan.




Saya cukup kagum la dengan beliau. Tabah hadapi kehidupan sebagai ibu tunggal. Dahlah cantik, putih-melepak! Heh. Saya pernah bertemu dengan beliau di Bandar Baru Selayang with her family. Kami makan di restoran Tuuu Dia... Pak Tam! then dorang duk sebelah meja saya sefamily. Masa tu dia still not married yet. Memang dia seorang yang sangat comel dan gebuss.;) Cuma tak sempat bergambar. Yela saya masih budak-budak sekolah lagi that time. Malu nak tangkap gambar ngan retis! Ngee...

Pape pun saya doakan dia bahagia. InsyaAllah ada hikmahnya atas setiap apa yang berlaku. Just teruskan kehidupan seperti biasa.=) Maklumlah orang yang berhijrah (dulu dia free-hair) ni mesti macam-macam dugaan datang bagi menguji kekuatan iman di dada. Suka dengan imejnya sekarang yang lebih sopan. Chaiyok-chaiyok!


Cik Misya : Rindu dengan iklan beliau dalam Fair & Lovely..! 

SEGMEN: JOM FOLLOW SAYA RAMAI-RAMAI

Salam.. Another segment yang ingin disertai.. Heh! Takpe, yang penting ini salah satu usaha menambah kenalan blogger dan meluaskan empayar www.aimisyahirah.com. Eceh! Jom join segmen Aieen Shuhadah ini by clicking HERE atau banner di bawah untuk tahu syesyaratnyer...;)


Siap! Spongebob bersedia diterjah oleh penganjur! Agagagaga....;p




Cik Misya : Suka Patrick Starfish.

Sambil Blogwalking Dapat Hadiah ! By Nurul

Assalamualaikum.. Yuhuu... Segmen lagi! Mesti korang dah bosan, dan jemu sampai nak termuntah asyik tengok saya join segmen. Heh. Takpe, gunakan beg plastik yang ada atau rakan sebelah pun leh jadi beg muntah anda.. Ahaks.. Ok stop! Jom story bout segment yang dianjurkan oleh sebuah lagi blog berwarna pink macam saya iaitu Mia. Syarat-syaratnya seperti dalam entri INI atau tekan banner di bawah.


Apa yang menarik tentang segmen ini adalah pelbagai hadiah yang ditawarkan kepada peserta bertuah oleh sponsor-sponsor segmen ni. Pergh ramai gak sponsornya! Murah rezeki si Mia neh. Hehe.. So jangan lupa share rezeki tu dengan saya.. Hihihi..;)

3 Header by Aiman Aziz (3 pemenang)
Header by Miss Z (2 pemenang)
Header by Nur Aina Nazura (2 pemenang)
Accessories by Vee Rao (1 pemenang)
Topup RM 5 by Siti Hajar (1 pemenang)
Cursors by Aieen Shitobi (3 pemenang)
Simple Header by Ain Farzana (5 pemenang)
Mustache necklace by Fash Burnout (5 pemenang)
Voucher by Kierah Closet (5 pemenang)
Perfumes,Blouse dan Handbag by Blouse Closet (3 pemenang-1 pemenang 1 hadiah)
Header by Anna Wafie (3 pemenang)
Brooch by Hotz Mumma-My Blog-My Story-My Life (2 pemenang)
Voucher RM 5 by ShawlsToLove (1 pemenang)
Voucher 5% by Maira Diana Shoppe (5 pemenang)
Topup RM 10 by Handmade by Ziah (2 pemenang)
Edited full blog by Liyana Hazid (1 pemenang)
Header Transparent by Liyana Hazid (3 pemenang)

Cuma yang peliknya nape masih Salam Ramadhan lagi ya masa opening entry segmen ni oleh penganjur? Masih mood puasa lagi kot.. Ke dah lama di publishkan before Raya lagi? Wallahualam..=)



Cik Misya : Ada sesiapa nak sponsor my wedding?;)

Segmen : Saya Nak Ramai Kawans Blog

Salam semua.. Sigh Monday blues...! Ahakss... As usual la kan mostly bila hari Isnin je, semua moody plus takde semangat nak berkerja. Oh cepatnya weekend berlalu.. Huhu.. Okla, sambil-sambil hilangkan bosan ni join ler sat segmen by Ain Dzaya neh. Follow aje syarat-syarat pernyertaan di SINI or click banner kat bawah ni..



Follower saya sekarang hingga entri comel ini direkacipta adalah seramai 630 orang. Masih jauh ketinggalan beb. huhu.. Ok darling, siap my entry to be submit to Cik Ain Dzaya..=)



Cik Misya : Mahu anjurkan segmen juga.

Sunday, September 23, 2012

Mahu beli rumah banglo di Taman Akademia?

Assalamualaikum.. Em siang tadi saya sefamily sempat singgah ke sebuah tapak projek perumahan di area Semenyih. Pernah dengar Bandar Akademia tak? Mungkin agak asing kot bagi korang tapi warga disekitar Bangi, Putrajaya, Kajang, Serdang mahupun area berhampiran mesti pernah dengar nama bandar ni..

Dalam kepala otak  saya now tengah berfikir tentang perancangan masa depan. Cewah! Benda pertama selepas memiliki sebuah kereta, haruslah pula nak miliki sebuah rumah. Ermm Bandar Akademia? Tak sangka projek bandar ni rupanya bukan me and my family je yang tahu, but at office also kecoh tentang bandar baru yang akan dibuka soon!



You know what, antara daya tarikan bandar ini adalah harga rumah yang dijual sangat murah! AND! Bukannya rumah teres bercantum-cantum share dinding dengan jiran sebelah-menyebelah but u can get 1 unit  your own bungalow! Oh my.. Mahu tak teruja when i heard about it?? Huhu. Nak beli teres 2 tingkat kat area sini pun berpinar otak fikir harganya yang quite expensive. Yela, mana nak dapat dah rumah teres below then RM200k especially nearest to Putrajaya or KL.

Tadi dah jenjalan area Bandar Akademia tu.. If lalu highway from Putrajaya, then u need to pay RM3.10 for 3 kali tol. RM1+RM1+RM1.10.. If lalu jalan dalam takdelah kena tol. Memang agak jauh sebab perlu melalui kawasan-kawasan kampung.. But love the scenery sepanjang jalan. Banyak rumah-rumah kampung and rumah batu besar-besar yang dibuat atas tanah sendiri. But along the way banyak juga projek-projek perumahan sedang membangun. Like a.. Pelangi Semenyih, Parkland, and macam-macam lagilah.


Sesampai je kawasan Bandar Akademia.. Masih belum banyak rumah dibina.. 

At administration office.. Ramai betul visitor yang berminat ngan projek kat sini. We all terpaksa menunggu giliran sebelum dilayan. So, we all layan dulu replika-replika rumah yang ada for every design..







Landmark Bandar Akademia seluas errr.. taktahu berapa hektar. Heh. Tapi memang luas kawasannya. Dah nama pun bandar kan..;)

Pemandangan di luar pejabat pemaju. Kelihatan ada tasik.. Hopefully bukan loji najis. Ahaks..


Ok now saya di salah sebuah rumah separa siap.. Jenis Helix katanya.. 3 rooms conner lot. Pergh memang besar tanah dia. If nak renovate tambah 2-3 bilik pun boleh lagi. This one harga bout RM230k something.

Kitchen.. My mom said, alahai cikainya sinki dia! Hehe.. After duduk pasanglah kitchen cabinet sendiri. huhu..

Ruang tamu.. Agak besar..

Now we all di rumah jenis Springdale (if tak silap). Seriously sangat besar.. 50x80 feets! Including halaman, belakang, kiri dan kanan. 4 rooms! Tengah-tengah ada ruang untuk bersantai outdoor. But my mom tak berkenan becos ruang outdoor tu. Nanti banyak sliding door then kena tempah banyak langsir! Heh.

Another one.. Same patern..

Ada bath-tub lagi okey...!;)

Inside.. Haa tula ruang outdoor yang i cakap tu.. Nak buat landscape like air terjun or letak pergola memang sesuai la kot.

Dapurnya di sana..

Went back to the office.. 

Cuci-cuci mata again melihat other patern..

Yes, really adore this design! Hampir sama dengan Springdale but no ruang outdoor tu. Hall terus bercantum dengan dapur. So akan menjadikan rumah lebih besar! Harga about RM240k++. Oh love this!! 


So, my decision is... Hehe mana leh bagitahu..;) For me, memang i sangat berkenan dengan rumah dan harga yang ditawarkan. But many things perlu difikirkan before decide nak beli rumah. Depends on commitment lain yang perlu ditanggung. Actually ia berkonsepkan beli 1 tapak tanah then pemaju akan binakan sebuah rumah untuk anda. Konsep ni sebenarnya dah ada di Putrajaya iaitu Presint 10. One of my friend tinggal situ. =) Pape pun doakan saya dilimpahkan rezeki agar dapat memiliki sebuah rumah sendiri satu hari nanti. Muda-muda ni la nak kumpul harta kan? InsyaAllah...=)



Cik Misya : Jemu duduk apartment kerana kerenah manusia atas, bawah, kiri dan kanan.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...