Salam semua.. Wow! Sepanjang saya involve dalam bidang modelling tak pernah terfikir pun bahawa Fashion Show sebenarnya boleh dibuat dengan cara yang sangat berlainan. Ingatkan sekadar stage panjang dan model-model pun beratur menunggu giliran memperagakan rekaan fashion from various designer.. Yang buat fashion show guna keranda pun ada!! Haa jangan tak caya... But sememangnya fashion show perlu ada elemen-elemen gempak supaya audien tak bosan dan teruja nak tengok setiap rekaan busana yang ditampilkan oleh barisan model... Nak tengok stage dan decoration yang menarik dan pelik-pelik? Jom view 7 pentas fashion show yang paling extravaganza untuk musim luruh & dingin 2012 ....
By Viktor & Rolf.. (Amsterdam) Para model perlu berposing atas conveyor belt before doing catwalk..
By Burberry.. Jenama yang tak asing lagi. Hujan buatan menggunakan cebisan kertas sambil model-model memegang payung, pergh dramatik sungguh! Oh teringinnya nak catwalk di pentas sebegini...^_^
By Chanel.. Pun jenama terkenal.. Ala-ala telemovie Smallville, pentas dihias dengan kristal-kristal kryptonite.. Macam kat angkasa lepas pun ada.
By Manish Arora... If tak perasan, tak nampak pun ada model sedang runway kat situ.. huhu.. Pelukis grafitti mencorakkan latar belakang menjadikan pentas runway ni berwarna-warni. Memang kreatif!
By McQ... Pentas penuh dengan daun yang berguguran dan para model akan berjalan atas daun-daun tu. Bila tamat, backdrop suasana di rimba menerangi pentas..
By Vivienne Westwood... Bertemakan 'Mother of Punk', disinari pancaran lampu laser dan sebagai finale seorang model menunggang basikal sambil berkasut tumit tebal dan tinggi. Dah macam Lady Gaga pun ada.
By Thom Browne... Yang ni paling menyeramkan! Kepala model terbungkus dengan kertas putih then keluar sorang demi sorang dari keranda..! Haishh kalau dapat offer catwalk tema camni, err takpela... Jauh menyimpang dari tujuan sebenar saya bermodelling.
But bila melihat pentas runway yang bermacam-macam rekabentuk ni membuat saya lebih teruja nak dalami dunia modelling. Cuma saya terlalu jauh la nak sampai ke peringkat International sebegini. Plus i'm not free-hair and peluang untuk model berhijab amat kurang. Di Malaysia masih boleh lagilah kot..:)
Sumber : Jelajah Unik
Cik Misya : Nak bersara awal dari modelling.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.