Friday, September 21, 2012

Nasi Kukus, Seksyen 4 Tambahan, Bangi. Terbaekklah!

Salam semua. During lunch hour tadi, sempat singgah makan di Restoran Nasi Kukus, Seksyen 4 Tambahan, Bangi. Saya memang biasa makan kat sini sebab nasi kukus ayam berempahnya memang marvelous! Rasa sekali nak lagi. Cewah!


Hari ni kebetulan temankan one of my officemate jumpa tailor feveret saya untuk designkan baju tunang dia. Ideanya nak tambah renda-renda pada baju sedia ada.Tapi sayang kedai jual-jual renda tu off-day pula hari ni.

Maka back to the story, kami singgah ler lunch kat restoran nasi kukus tu. Dah lama nak share tempat makan ni tapi tak berkesempatan. Lauk pauk disediakan pun sangat banyak dan pelbagai pilihan. So, if korang tercari-cari tempat lunch yang menarik dan boleh tahan sedap, lehla datang sini. Heh. Tolong promote laks.


Apa yang menarik lagi, on Friday during kaum lelaki ke masjid tunaikan solat Jumaat, tiada layanan akan diberikan kepada pelanggan lelaki masa ni. So, lelaki yang berniat ponteng solat Jumaat tu jangan mimpila nak mengular kat sini. Hihiks.;-) Lagipun, staf wanita di sini semuanya berpurdah. Yang lelaki pula berkopiah. Respectla dorang. Alhamdulillah semakin berkembang perniagaan orang Islam. AMIN.


Cik Misya : Nasi lemak kukus pun sedap.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...