Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah Ya Tuhanku, kepada Mu aku memohon..
Sesungguhnya saya bersyukur kerana masih ramai orang yang senasib dengan saya malah menghadapi pelbagai dugaan lebih hebat daripada saya. Antara inspirasi yang membuatkan saya lebih kuat hadapi dugaan adalah kata-kata dari blogger Adibah Amalina. Dalam entrinya bertajuk Kemaafan adalah Dendam Yang Termanis sangat menyentuh jiwa dan sangat kena dengan diri saya. Itulah yang selalu saya hadapi. Marah dan benci tatkala disakiti tapi akhirnya tetap berdoa yang terbaik untuk mereka yang menyakiti. Itulah juga penawar terbaik di hati yang sedang terluka dek perbuatan sang manusia yang tiada lelah menyakiti hatiku.
Now, saya nekad! Takkan menoleh lagi. Kata-kata manusia hanyalah racun. Samada pujian mahupun kutukan. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara. Kalau taknak, sudah...! Full stop! Jangan dihina hasil titik peluh ku. Hasil penat lelah ku yang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Jangan dicampak setiap usaha ku lakukan untuk dapatkan hasil itu. Kalau tak mahu, tak mengapa. Allah itu maha adil-seadilnya. Rezeki itu Allah yang beri. Bukan dia atau dia atau dia. Mungkin air mata yang mengalir itu satu hari nanti ia terpercik ke muka sang manusia itu. Maka terjagalah mereka yang menyakiti dengan harapan mereka bertaubat dan insaf. Amin.. :)
Sumber doa : Farah Alias.
Cik Misya : Menangis kerana Allah s.w.t.
saya masih teringat kata2 ni juga
ReplyDeleteBersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu…
@AINI CHE DIN Ya Allah terharunya dengan kata-kata ini!=') Tq so much Che Aini..
ReplyDeletethanks for sharing...segala yang baik datangnye dari Allah swt dan yang buruk dari kita sebagai manusia ni..
ReplyDeleteitulah kan , kita ni manusia biasa...masa baca ni ingat je dan pasti akn buat tp bila dah kena...hilang pertimbangan semuanya bagai tak penah tahu sblm ni.
ReplyDeleteThnks. Moga kita tak lupa.
sememangnya Islam tiada mengajar zalim dibalas zalim, padahalnya adalah berlawanan, disakiti, semakin menyanyanginya.
ReplyDelete