Friday, May 29, 2015

Jom like page terbaru saya, MarvelousMisya!

Salam semua. If anda perasan di sidebar blog saya dah ada fanpage terbaru iaitu MarvelousMisya. Dah like? Jom pakat like ramai-ramai sebab kali ni page saya akan disegari dengan info-info lebih fresh, terkini dan sesuai untuk semua pembaca. Nak cantik, nak bisnes, nak travel, nak tips, and anything InsyaAllah akan dikhabarkan melalui page MM. So, jangan lupa like dan singgah ya!=)




For those yang dah like, terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda. Saya akan sentiasa memperbaiki apa yang kurang dalam bidang blogging ni. Love all of you!=)



Misya : Be a marvelous to get the greatest!

D'Zahra Spa, port baru saya memanjakan diri...

Salam. Haa sape suka gi spa? Saya salah seorangnya. Huhu. Almaklum penat-penat kerja, nak juga memanjakan diri kan? Kebetulan saya mencari tempat nak cuci rambut area Putrajaya. Jalan punya jalan ternampak spa D'Zahra ni kat rumah kedai area rumah mampu milik Presint 9. Try la masuk. Erm bagus layanan staf-staf kat sini. Peramah and cakap pun lemah lembut je. 1st time datang saya just cuci rambut sahaja. Perghhh best giler! Siap ada urut belakang sekali. RM25 tu rasa sangat berbaloi la. Tapi kat sini bukan untuk cuci rambut je. Nak berurut, refleksologi, facial, body scrub, pedi & meni, hair treatment semua ada rupanya.

Tempat berurut..

Sauna pun ada tau..

Naik je ke sini hiasan bertemakan bali menyambut kehadiran pengunjung.


Antara iklan promosi yang ditawarkan di sini. Murah je...

Fresh lepas dapat rawatan di sini.. Info lanjut boleh like page facebook dorang kat SINI.


Misya : Suka berurut.

Uncle sporting komit Biopure K200 + POEII

Salam. Pernah ada orang test air di rumah anda? If tiada, cepat-cepat hubungi saya ok! Alhamdulillah baru-baru ni ziarah ke rumah uncle my husband. Kebetulan lama tak jumpa. Insan yang kami gelar Ayah Ngah dan Mak Ngah ni sangat baik orangnya. Antara orang kuat TNB tau.;) 1st time jumpa dorang, saya boleh baca mereka orang yang baik-baik. Very friendly. Suka story macam-macam benda. Tak kedekut ilmu malah sangat positif dalam pemikiran. Ayah Ngah pula memang suka membaca siap ada mini library lagi kat rumah dia. Dats why he looks brilliant walaupun dia hidup dalam keadaan biasa-biasa saja. Seronok ada family baik-baik camni.



Kami pun berkongsi lah tentang kesedaran 'air sakit' yang semakin membimbangkan kat dorang. Alhamdulillah feedback mereka sangat positif. Selama ni tiada orang sampaikan ilmu tentang air sakit ni. Ayah Ngah pula memang jenis suka dengan ilmu baru plus ada bukti depan mata. Bukan sekadar cakap gitu-gitu saja. 

Inilah hasilnya bila test dilakukan. Alangkah terkejutnya dorang. Walhal dorang pakai penapis di rumah tapi unfortunately sistem tapisan tu tak jalankan tugas dengan sebaiknya. Maka Ayah Ngah dengan berbesar hati komit set Biopure K200 dan POEII demi kesihatan family nya. Sebab anak-anak, menantu dan cucu dorang duduk serumah. So sangat penting gunakan air sihat untuk kegunaan 
seharian.



Terima kasih banyak-banyak buat Ayah Ngah dan family. Walaupun bukan lah saudara dekat sangat pun tapi dorang layan kami macam anak sendiri. Terharu rasa...^^ Walhal tujuan kami bukan nak menjual produk pun tapi memang niat nak ziarah dan kalau berkesempatan nak kongsi ilmu yang kami tahu terutama buat saudara-mara tersayang. Hope Ayah Ngah dan sekeluarga sihat sentiasa dan Selamat Menikmati Air Sihat dengan BIOPURE..=)

Anda mahu juga? Ramadhan dan Syawal bakal tiba. Takkan masih nak pakai cerek karat dan bazirkan elektrik untuk masak air?  Hubungi saya di 016-9561764 untuk info lanjut.


Misya : Air suci, tubuh bersih, hati baik.


Thursday, May 28, 2015

Pecah otak dengan SUDOKU!

Salam. Haa sape kat sini biasa main game Sudoku? Yang dah biasa tu ok la. Yang tak biasa tu why not anda try main game ni. Saya mula-mula tak pernah tahu pun camne nak main game ni. Tapi sejak saya tahu husband saya memang pemain Sudoku, saya start berjinak-jinak dengan Sudoku. Peringkat awal dalam otak saya fikir game ni susah sebab ada nombor dan mesti berkaitan dengan matematik. OMG i hate maths! Ahaks. But tekaan saya salah sama sekali. Takde melibatkan matematik langsung rupanya Sudoku ni. Plus takdelah sampai pecah otak. Hehe.



Just simple game yang memerlukan ketajaman akal dan penglihatan sahaja. Makesure sebaris dan sekotak (ada 9 kotak kecil) dipenuhi dengan angka 1 hingga 9 tanpa bertindih. Ahha sangat menarik sebenarnya game ni rupanya. Dats why otak husband saya agak bijak sebab memang dari kecil dah dididik main game ni. Dulu kena main kat PC now leh download dalam fon je kat Google Play. Daripada main PSII atau game entah apa-apa baik ajar anak-anak main Sudoku. InsyaAllah anak-anak saya nanti pun saya akan suruh main Sudoku. =)

Misya : Wanita bijak lebih cantik dan menarik.


Tahniah biz partners! MawarJeli, ShahrilAin & AcapAnimb...

Salam.. Wahh sekarang memang musim orang mengawan kahwin ya! Hihihi.. Mewah dengan nasi minyak every weekend. Dari Melaka ke Senawang then Bangi. Alhamdulillah masing-masing selamat mendirikan masjid. Mereka semua adalah biz partners saya! Walaupun ada yang tak aktif dah bersama saya wat biz tapi hubungan persahabatan masih dijaga dengan baik. Silaturahim berdosa jika diputuskan rite? Jom tengok siapa yang kahwin...

Dari Melaka... Ain & Shahril... Daripada customer DX Lingerie, jadi fighter saya then akhirnya mereka mendirikan rumah tangga. Actually dorang dah lama bertunang sebelum join saya lagi. Dah jodoh.. Tahniah Ain & Shahril! Merah putih memang legend!


Ke Senawang pula. Haaa ini wedding Acap & Animb. Si wife nya memang saya dah kenal lama during saya join modelling dulu. Salah seorang yang design baju yang saya peragakan masa shooting tema winter. Nak tahu baju mana? Klik SINI. Kerana jatuh cinta dengan DX Lingerie maka jadilah biz partner saya. Purple putih sungguh suci sungguh murni. ^^

Finally pasangan luar biasa dalam network bisnes saya. Dipertemukan dalam bisnes kami. Dah jodoh... Internet Marketer Hazli Khalim & jelitawan Mawar. Seronok kan wat bisnes, sama-sama berjaya then bertemu jodoh pula! Tahniah Mawar & Jeli! Hope wedding cake yang kami sponsor tu memuaskan hati. Hehehe..

Sama cantik sama padan!

Sama pulak warna kek n baju saya! Pink Putih so sweet....

Pape pun, si pengantin perempuan semua nampak gojes sebab pakai DX ok! Barulah body kemas dan terbentuk cantik bila sarung wedding dress. So sape-sape nak kahwin tu wajib ada at least DX sepasang! Bukan untuk pakai masa sanding or nikah sahaja. But untuk tatapan suami juga. Hehe.. Cepat dapatkan DX di SINI.


Misya : Rindu suasana during my wedding.


Wednesday, May 27, 2015

Bandung Trip #8 : Melawat MONAS & makan Nasi Padang terakhir..


Salam. Perghh sampai Part 8 dah! Huhu dah sampai last part pun. Hehe.. Yang belum baca part sebelum ni boleh baca Part 7 dulu ya! Jadi before fly balik KL, kami dibawa singgah ke Monumen Nasional Indonesia atau lebih dikenali sebagai MONAS. Ni kira kali kedua saya jejak kaki ke sini. Tempat ni merupakan mercu tanda negara Indonesia seperti mana tugu negara di Malaysia. Kira tempat untuk menghargai para pejuang Indonesia mempertahankan negara dorang. Lets zoom!


Perjalanan diteruskan dari Bandung Ke Jakarta.
Singgah sebentar di R&R... 

Antara tugu yang dipamerkan di sini.

If nak masuk dalam Monas ni pun boleh tapi sebab masa suntuk maka kami hanya berjalan di sekitarnya sahaja.


Eh eh eh... Nasib bek tak tumbang Monas tu! Huhu..

Amboi adik saya ni bukan main posing!


Posing dengan banner travel agent kami di sana. Servis dorang memang superb!

Dah puas berjalan... Ok lets go for lunch! Special hari terakhir maka kami request nak makan masakan Padang. Kalau dah darah minang tu, minang juga kan! Huhu. Kali kami ke restoran Masakan Padang Sederhana. Nampak sederhana tapi tempatnya agak best juga.



My cinta hati saya, ibu dan ayah...


Sian adik saya hari terakhir dia demam selesema. Demam terkejut agaknya. Huhu..


Haaa seperti biasa macam-macam lauk akan dihidangkan. Pilih yang mana nak makan sahaja ok. 

Restoran ni betul-betul berhadapan shopping mall terbesar di Jakarta iaitu Manga Dua.

Tuu dia Manga Dua..

Masing-masing dah keletihan maka kami tak singgah ke Manga Dua. Nanti leka shopping terlepas flight pula. hehe.

Sibuk betul bandaraya Jakarta ni. Semakin membangun.

Dah bertahun-tahun saya tak datang sini, banyak juga perubahan di sekitar bandar Jakarta ni dapat dilihat. Bangunan tinggi-tinggi sudah banyak dibina. Hope Indonesia terus maju.

Ok tiba masa pulang ke tanahair...

Ready to check-in.

Menanti flight tiba..

Sambil menunggu flight, singgah minum dulu. Kebetulan saya beli manisan dari Amanda ni boleh terus makan!




Makanan kami dalam flight. Nasi beriani ayam merah, sedap!

KLM flight superb! Selamat kembali ke Malaysia.... Walau hujan emas di negeri orang, tetap baik di negeri sendiri. Bye bye Indonesia...!

InsyaAllah ada rezeki dan jodoh pasti ke sini lagi. Syukur impian saya untuk bawa my family bercuti ke luar negara tercapai. Walaupun sekadar negara seberang tapi dengan rezeki yang ada dapat juga impian saya direalisasikan. If anda ada impian, kejarlah ia. Usaha, doa dan tawakal pasti capai 1 hari nanti. Jangan tangguhkan usaha nak capai impian anda sebab ibu ayah kita sampai bila nak menanti lagi. I love my family so much! TQ Allah...^_^


Misya : Ibu ayah tiada galang gantinya.















Bandung Trip #7 : Kartika Sari & Amanda syurga manisan!


Salam. Ok dah sampai ke Part 7 iaitu hari terakhir saya dan family berada di Indonesia. Oopss jangan lupa baca Part 6 dan sebelum-sebelumnya ya!;) Sebelum fly balik ke KL masih sempat shopping dan singgah ke beberapa tempat penting di Bandung dan Jakarta. Pernah dengar Kartika Sari? Mesti ramai biasa dengar kan. Tempat untuk membeli brownies, kek, biskut yang terkenal di Bandung. Yezza, jom shopping!

Selamat Tinggal Danoufa Hotel! Will miss this place..

Dah sampai, apa lagi jom serbu!


Uish rambang mata! Macam-maca manisan ada... Cookies, candy, snack, cake, muffin, nrownies semua ada!





Boleh dijadikan souvenir untuk kengkawan dan saudara-mara di Malaysia.



Benda paling disukai sekali dan banyak dikirim adalah pisang salai ni. Memang sedap. Boleh pilih nak yang original atau perisa coklat.


Beli jangan tak beli.. 

Tak cukup di Kartika Sari, kami singgah pula ke Amanda. Pun tempat membeli ole-ole manisan. Kata supir tempat ni pun ok juga untuk beli brownies.


Suasana di Amanda.


My mom and dad pun shopping ole-ole untuk kengkawan di Malaysia.

Tambahkan manisan dalam senyuman...

Setel... Aktiviti shopping di Bandung berakhir di sini. Perjalanan diteruskan ke Jakarta, Indonesia pula. Jom baca Part 8!


Misya : Kurangkan gula dalam makanan nanti kena kencing manis.:p





Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...