Tuesday, January 31, 2012

Saksikan saya dalam iklan Promo Maulidur Rasul di TV9!!

Assalamualaikum semua..Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yang kita kasihi. Ingat lagi entri sebelum ni tentang Saya Berlakon Dalam Iklan TV9? Alhamdulillah iklan tersebut telah siap dan telah pun disiarkan di TV9 "Dekat di Hati"..=) Thanks to my friend, Razy from Media Prima who invited me as one of the talent for this promo video shoot.

So, saya kongsikan dengan anda video promo tersebut.=)


Terima kasih kerana sudi menonton promo ni. Simple je kan? Tapi tetap memberi makna.:) Mana-mana yang tak perasan wajah saya dalam iklan ni, boleh tengok minit mana gambar saya keluar. hehe..








Me with Faezah (from Media Prima).. Salah satu sifat terpuji Rasulullah, Bertawakkal kepada Allah..

Marilah kita sama-sama menghayati sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w sempena Maulidur Rasul yang bakal tiba.. 

Special thanks to crew dan TV9.. =)

InsyaAllah if ada rezeki, jemputlah lagi..~_^


Cik Misya : Walau diduga dengan pelbagai cabaran, akan ku tempuhi dengan penuh kesabaran dan keazaman sebagaimana ketabahan Rasulullah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan agama Islam. InsyaAllah..

Sunday, January 29, 2012

Luahan MAAf dari saya untuk semua..

Salam semua.. Kali ni entri agak jiwa-jiwa sikit. hehe. Don't worry lah, saya ok je. Cuma sejak kebelakangan ni banyak benda yang membuat saya terfikir banyak kali. Biasalah manusia kan.. That's why Allah kurniakan akal dan fikiran untuk kita berfikir secara waras dan dewasa. Alhamdulillah hari ni saya rasa lega sikit. 

Honestly, di sini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya. Tak kiralah family ke, saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga, musuh-musuh dan kenalan-kenalan secara langsung mahupun tak langsung. Saya menyusun 10 jari memohon maaf dari anda semua jika selama ni saya ada terkasar bahasa, mengguris hati, dan sebagainya.

Tak lupa juga buat ex-ex boyfriend (macam ramai sangat!!) muahaha..:p Takpela, saya minta maaf jugalah. Tak dinafikan kita berpisah atas sebab takde jodoh. Tapi yela, mungkin kita sama-sama buat silap dan menyimpan dendam di hati. Kalau anda rasa terluka, saya pun terluka juga. Bukan ingin menuju pada sesiapa tapi buat kawan-kawan kat luar tu, if pernah bercinta ngan sesiapa janganlah bermusuh k. Cukuplah sekadar jadi kawan yang saling memahami. Terpulanglah pada cara masing-masing kan. Kita minta maaf, kita dapat pahala. Orang nak maafkan, terpulanglah.. Beban tu dah terpikul dek orang yang kita minta maaf. Yang penting kita ikhlas minta maaf. Right?:)



Seriously kadang-kadang memang saya jenis suka melaser orang. Now, saya sedang cuba mengurangkan kelaseran saya. huhu. Tapi bergantung pada keadaan jugalah. Kalau bab kerja, saya sangat serius. If u main-main and nak ambil kesempatan, memang saya laser. Mana-mana yang terasa tu saya minta maaf k. Yang penting kerja jalan! huhu.. 

Oklah, point utama saya wat entri ni memang tujuannya nak minta maaf. Takkan nak tunggu hari raya baru nak minta maaf kan? Incik J saya pernah nasihatkan, "Walaupun keadaan takkan kembali seperti dahulu tapi at least kita minta maaf. Settlekanlah masalah dan leraikan dendam sebab nanti kita akan terseksa di dalam kubur bila dah mati". So, sama-samalah kita bermuhasabah diri. InsyaAllah..

Firman Allah s.w.t : Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Surah Ali Imran/3: 133-134)

Surah Asy-Syura: 40 Allah juga berfirman: “…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.”

Sekadar berkongsi rasa dengan anda.. Jom minta maaf ok!^^

Cik Misya : Leganya rasa hati ni! Alhamdulillah...=)

Thursday, January 26, 2012

Another photoshoot for Top 10 Finalists of NMS Next Top Model

Assalamualaikum semua.. I'm back with my new modelling portfolio.. Before this saya ada mention dalam previous entry about contest Nurmayangsari (NMS) Next Top Model. Dan Alhamdulillah saya tersenarai dalam Top 10 Finalists. For the next stage, organizer iaitu Ain Sibon anjurkan 1 sesi photoshoot dan gambar yang terhasil digunakan untuk sesi undian kedua yang akan bermula pada 29 Januari 2012 nanti. Tunggu ok!

Now, saya tampilkan koleksi photoshoot saya bersama NMS dan finalis-finalis yang lain..

Talent : Aimi Syahirah
MUA: Marlynn Anies
Photog : Azmizapi Kospin & Zulfadhli Che Hassan
Organizer : Ain Sibon
Wardrobe : Aimi Syahirah
Location: Taman Metropolitan (Layang-layang), Kepong
Theme: Sweet, Simple & Style











With Scha yang comel..:) Both of us were make-up by sis Marlynn Anies.

8 of us.. Another 2 sedang di make-up masa ni. huhu..


With adik Epa San.. Wajah dia fotogenik bila pose muka serius.:)



Really love this photos! Friendship forever...

 


This one is second wardrobe shoot sponsored by NMS Bridal Gallery. Nantikan dalam entry akan datang. Cantik-cantik tau baju dia!=)

Yang nak kahwin boleh survey pakej perkahwinan di facebook NMS Bridal Gallery!



Cik Misya : Semua peserta hebat-hebat dan berbakat. Good luck for the next stage!=)

Sunday, January 22, 2012

Nak angpau!!

To all my Chinese friends out there.. Wishing you a prosperous Chinese New Year!! 


Tahun ni tahun naga. Mengikut kepercayaan orang-orang di negara China, naga sering dikaitkan dengan simbol kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah. Ke yi ma?? Itulah keunikan budaya pelbagai bangsa.:) Sesiapa dapat angpau tu, share2 lah dengan saya. Hehe.. Sharing is caring..;)

Gong Xi Fa Chai!!

Cik Misya : Last year dapat angpau dari bos. Tahun ni dapat lagi ke? hehe..

Photoshoot : I'm married!! by Sentuhan Nadhira

Salam semua.. Saya kahwin? Hehe.. Belum lagi lah.. This is my new modelling portfolio wearing bridal costume by Butik Pengantin Sentuhan Nadhira. As i mention in my previous entry HERE, so saya paparkan beberapa gambar hasil dari photoshoot tersebut. Ada 5 pasang baju pengantin yang saya telah gayakan dan semuanya design-design baru!! Mana-mana pasangan pengantin yang tercari-tercari lagi baju pengantin boleh survey-survey butik ni ok! Ada promosi sehingga 31 Januari 2012!! ^^

Talent : Aimi Syahirah 
MUA : Kak Liza
Wardrobe : Butik Pengantin Sentuhan Nadhira
Location: Banting








Jom tempah sekarang pakej perkahwinan dengan Butik Sentuhan Nadhira!!
Promosi akhir tahun 2011 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2012!!


Maklumat lanjut boleh ke blog Butik Pengantin Sentuhan Nadhira atau click banner di bawah untuk ke fanpage facebook.




Cik Misya : Nak shoot kejap je. Nak bersiap punya lama. huhu..

Blogger femes singgah blog saya! Thanks Cik Jejariruncing!^^

Salam semua..:) Tengah watpe tu? Tidur lagi?? Hello, wake up wake up! Walaupun hujung minggu, tetap kena bangun awal pagi. Baru sihat dan segar! ^^

Tadi jalan-jalan kat blog Cik Jejariruncing a.k.a Elia (ex-tunang goalkeeper Khairul Fahmi : bagi yang tak kenal ler). Hari tu saya join one of the segment anjuran beliau. Tak sangka dia datang jenguk dan jawab 3 soalan cepumas yang saya bagi! Seronok sangat-sangat. Hehe. Walaupun dia blogger femes tapi tak sombong, sudi gak datang ke blog-blog newbie macam saya ni. Terharu beb!!=') [over!!!]

Nak tahu apa soalan yang saya tanya beliau? Boleh tengok entri INI. So, ni jawapan Cik Elia.......


Kelakar juga Jejariruncing ni. huhu. Part yang paling best bila beliau follow blog saya! hehe.. Pape pun saya memang salute lah dengan semangat beliau masa hadapi krisis dengan goalkeeper Malaysia yang hot Khairul Fahmi Che Mat. Orang biasa pun mesti sangat sedih apetah lagi orang yang femes macam beliau. Now, Alhamdulillah beliau pun makin ceria dan semakin comel dengan imej bertudung. Hopefully dikekalkan imej sebegitu.. Amin.:)


Disebabkan segmen ni juga follower saya pun bertambah. Sebab Cik Elia senaraikan blog-blog yang dilawatinya dalam entri beliau di SINI. Link blog saya di nombor 5.=) Hari-hari dapat komen dari follower baru. Alhamdulillah sangat-sangat. Thank you so much sebab sudi jengah dan follow saya. InsyaAllah bila ada kelapangan saya akan blogwalking dan follow anda. Don't worry k!=)



Cik Misya : Bukan senang nak handle satu segmen blog.

Saturday, January 21, 2012

Calling for votes!! Cepat LIKE gambar saya! huhu...

Salam semua.. Panggilan untuk mengundi! Hehe.. Saya join contest lagi! 
"BROGA HILL TALENT SEARCH" 
Give me your support by voting me in this contest ya!^^ Anda nak join pun boleh.. Sila baca syarat dalam gambar di bawah ok.


Please hulurkan 1 minit untuk undi saya k! hehe.. Tak susah pun.. Kena ada akaun facebook je. Camne nak vote saya? 

Mula-mula klik page Online Hijab Boutique dan LIKE


Done? Next, korang klik pula link gambar saya dan LIKE

Makesure korang like gambar yang betul macam kat atas ni tau. 

Saja je mencuba.. Bosan plak bila tak join contest. Ada peluang apa salahnya kan?

UNDI SAYA TAU!

Thanks!


Cik Misya : Larat ke saya nak panjat Broga Hill tu? Mahu semput before sampai puncak.:p

OMG! I'm in newspaper!!

Salam semua.. Just want to share this with you.. Jom beli paper Mingguan Siasah Edisi 20-26 Januari 2012. Ada gambar saya di situ..:) Ingat lagi entri saya tentang 'My First Catwalk'? So, leh baca artikel penuh dalam paper ni.

Alhamdulillah 1st time wajah saya penuh masuk paper. Kalau anda tak percaya, silalah beli paper ni ya.:) Thanks to reporter dan photographer yang sudi masukkan gambar saya ni.^^

Ni saya masukkan lagi beberapa gambar kenangan event tersebut.


Sesi make-up dan lilitan tudung.. Thanks to Abg Bart yang siapkan saya. huhu. 


Yeah, ready for catwalk! Hehe..


With supermodel Kak Wan Robiah. Cantik kan dia? Winner 1st runner kategori Mrs.:) 


Dah macam Miss Universe plak.;p


Sesi memperkenalkan MUA dan hasil make-up.. Walaupun tak menang, we have done the best for that day!=)

Cik Misya : Paper lain ada ke nanti? huhu..

Bunyi aneh petanda kemunculan Dajjal???

Salam semua.. Beberapa hari ni kecoh cerita tentang bunyi aneh dan menakutkan kedengaran dari langit. Antaranya di Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ni. Yang mana tak pernah dengar bunyi aneh tu leh tengok video bawah ni..


Macam-macam reaksi yang saya baca. Ada yang kata menakutkan. Ada yang memperlekehkan, mengarut dan macam-macam lagi. Personally jika saya di tempat orang yang pernah dengar bunyi ni sudah pasti saya sangat takut. Apa yang tergambar dalam fikiran saya adalah akan turun bala bencana daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua insaf.. Kalau anda nak tahu, bunyi ni telah kedengaran di merata tempat di seluruh dunia!! Dan berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama bulan Januari 2012! MasyaAllah...


Saya dan angah saya try jugalah memikirkan apa yang berlaku sebenarnya. Ceh, nak jadi saintis. huhu. Apa yang kami fikirkan, mungkinkah itu bunyi suara dajjal yang sedang merintih untuk dilepaskan ke dunia? Even dalam video kedua kat atas ni pun pada awalnya dipaparkan lambang iluminati/freemason (piramid bermata satu). Actually banyak teori dan pendapat telah dikeluarkan untuk mengenalpasti bagaimana bunyi ni leh terhasil. Sampai kerajaan Malaysia tubuh satu pasukan penyiasat untuk siasat bunyi dari Sarawak tu. 


Papepun, kita sebagai umat manusia di bumi ni, sentiasalah percaya bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Wallahualam...


Cik Misya : Sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan lebih baik.. Dunia nak akhir zaman..


Friday, January 20, 2012

Jom datang beramai-ramai ke Butik Mama!! (New Outlet: Shah Alam)

Salam semua buat para gadis dan wanita di luar sana.. Jom memeriahkan majlis pelancaran outlet terbaru Butik Mama di Shah Alam pada esok (21 Januari 2012) jam 3.00 petang!! 


Macam-macam aktiviti ada!! Antaranya....

Door gifts
Pertunjukan Fesyen
Demo Tudung
Cabutan Bertuah
Persembahan Nyanyian

InsyaAllah WHI TV3, Safiyya TV9, Majalah Dara, Majalah Harmoni dan banyak lagi pihak media sudi bersama Butik MaMa pada hari Sabtu nanti. 


Jom ramai - ramai ke sana... Jumpa anda disana!!!



Cik Misya : Tak sabar nak shopping kat Butik Mama!

Peluang untuk anda jadi model Al Shawls!!

Salam semua.. Teringin nak jadi model? Peluang3x!!=) Before this saya pernah memenangi Pencarian Next Al Shawls Icon yang dianjurkan oleh Pwince Harry Photography  dan Al Shawls. Now, they open again a new contest untuk pencarian model! 


Nak tahu cara-cara nak join? Sila baca syarat-syarat dan kaedah dalam gambar di bawah ya..



Jadi, jom sertai! Maybe kita boleh bertemu dalam sesi photoshoot!=) For more details or would like to do online shopping, go to the Al Shawls facebook page HERE.



Cik Misya : Prepare untuk shoot bersama Al Shawls tak lama lagi.:)

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...