Tuesday, July 28, 2020

Sugu Pavithra come back dengan video masakan terbaru

Salam. Wow tak sampai seminggu memadamkan semua video masakannya, Youtuber masakan yang popular 1 Malaysia iaitu Sugu Pavithra kini kembali beraksi. Rata-rata ramai yang happy dengan come back Sugu Pavithra dengan memuatnaik video masakan Dalca Tulang Kambing hasil air tangannya.


To Sugu Pavithra, kipidap! Apa yang berlaku jadikan pengajaran. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ramai peminat uols yang support and always menantikan video hasil masakan uols. Yang dah mencuba recipe dorang pun ramai dan berjaya melakukannya. Always think positive and rilex-rilex je. Dongibab okeys!


Misya : Masih merangkak as Youtuber.

Monday, July 27, 2020

Black Forest Pie by McD

Salam. Ahha now McD tengah promo aiskrim dan pie perisa Black Forest. So baru-baru ni sis berpeluang try Black Forest Pie. Actually sis macam fobia sikit nak makan pie from McD ni sebab pernah beli yang perisa chocolate sebelum ni sangat mengecewakan. Tapi sis bagi peluang untuk try flavour black forest ni pula. On tak on? Lets see..


Bila sis keluarkan pie ni warnanya coklat gelap mengingatkan sis kepada pie coklat yang kureng sedap sebelum ni. haha boleh plak gitu kan? Takpe-takpe sis kena cuba juga sebab dah beli, rugi tak rasa. 


And hasilnya sis suka pie ni! Sedap sangat gabungan rasa cream dan black forest yang tak terlalu manis. So, thank you to McD kerana mengembalikan kepercayaan sis terhadap your pie. haha. So sis bagi 4/5 bintang! Mana lagi 1 star? Sebab warnanya gelap sangat kot. hahaha.. Sis bukan rasis tau. Tapi entahlah, first impression itu penting. Giteww.. But pie ni sedap. Uols patut try. 




Misya : Hitam itu menawan.

Resipi Bayam Masak Lemak Putih Cendawan

Salam. Semalam saya try resipi sayur bayam masak lemak. Sebab dah bosan asyik makan sayur sama je, balik-balik, kobis-sawi-kobis-sawi, so kali ni tukar selera pula. Kebetulan asyik nampak lauk ni dok lalu-lalang kat fb orang share, sis pun try la masak. Cuma sis improvise sedikit dengan menambah cendawan. Serius sangat sedap! Husband sis berkali-kali kata sedap sambil makan. huhu. Jom lah try kot boleh memikat hati suami uols (if ada suami la). hehe..


Bahan-Bahan

Sayur Bayam (1/2 ikat)
Cendawan (1 peket kecil)
Cili Merah (1 batang)
Bawang Merah (3-4 biji)/Besar (1 biji)
Lada Hitam (Secubit)
Santan (1 kotak kecil)



Cara Memasak

1. Tumbuk bawang dan lada hitam sehingga pecah (tak perlu terlalu halus). Jangan lupa potong dan basuh sayur bayam dan cendawan terlebih dahulu.


2. Masukkan santan, bawang dan lada hitam yang ditumbuk tadi berserta sedikit garam dan gula secukup rasa.


3. Agak-agak santan hampir mendidih, masukkan sayur bayam, cendawan dan hirisan cili merah. Kacau sehingga mendidih. (Kena rajin kacau untuk elak santan pecah minyak - tekstur kuah tidak cantik)


Siap dihidangkan. :)




Misya : Masak lemak lawannya ikan atau ayam goreng pun dah cukup.


Tiada lagi Youtuber Sugu Pavithra

Salam. Gara-gara kontroversi yang melanda Youtuber masakan terkenal Malaysia iaitu Sugu Pavithra, maka mereka mengambil keputusan untuk memadamkan semua video di dalam Youtube channel. As we all know, baru-baru ni Sugu telah ditahan kerana memukul Pavithra (baca SINI) tapi Pavithra menarik balik laporan polis terhadap suaminya, Sugu dan memaafkan suaminya. Sungguh kental ya hati Pavithra ni. Maybe dengan limpahan income dan populariti secara mendadak menyebabkan pasangan ni mengalami sedikit tekanan. Almaklum bila dah terkenal, segala cerita luar dan dalam akan dikorek oleh media dan netizen. Kesian juga kat dorang.



Dan yang paling terkesan bila mereka ambil keputusan memadamkan kesemua video dalam YT channel mereka. Menurut MStar, keputusan tersebut dibuat kerana mereka tidak mahu lagi ada kaitan dengan media YouTube tersebut dan mahu menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini. Walau bagaimanapun, channel Sugu Pavithra masih lagi wujud cuma tiada lagi video masakan mereka dipaparkan.


Mana tahu in future mereka buat come back? Wallahualam.. Sayang juga bila viewer dan subscriber dah banyak begitu, tetiba dipadamkan. Tapi yela, hanya empunya diri yang lebih mengetahui. Moga mereka baik-baik saja dan hidup dalam keadaan tenang tanpa gangguan daripada media dan netizen. All the best on your life Sugu Pavithra!



Misya : Pernah terfikir nak stop blogging tapi tetap kuatkan semangat.



Thursday, July 23, 2020

Cupcake sedap dari Suzana Kitchen

Salam. Ahha terliur tak tengok cupcakeni? Menarik kan hiasan dia? Saya tengok pun rasa sayang pula nak makan sebab cantik sangat. Hehe. This is one of the cupcake from Kak Suzana yang merupakan officemate saya. 


Kami 1 office share ramai-ramai beli cupcake ni, so saya order 2 biji je nak rasa dulu. Tak sangka sangat sedap cupcake ni. Nyesal order 2 jek. huhu

Keknya sangat lembut dan moist. Toppingnya pun sangat gebu then ada chocolate sauce ditengah-tengahnya. Ada taburan hiasan gold, red love plus blueberry yang sangat cute. Tetiba rasa mewah pula bila makan cupcake ni. Kira bila makan kek ni complete lah combination rasa manis masam masin creamy.


Sedap sangat wehh cupcake ni! Next time boleh order lagi. Sebiji cupcake ni RM4.00 je harganya.



So area Putrajaya dan berhampiran yang teringin nak makan cupcake or nak order macam-macam jenis kek lagi boleh visit IG Suzana Kitchen.


Misya : Pipi gebu sebab banyak makan.

Buku Bijak Urus Rumah Sewa

Salam. Dah lama rasanya sis tak baca buku. Since last month this book duk lalu-lalang orang posting kat wall FB sis. Menarik sangat ke buku ni sampai ramai orang baca? Bijak Urus Rumah Sewa. Mula-mula saya tengok cover buku ni pun dah wat saya tertarik. Ala-ala katalog IKEA pun ada. huhu. Memang gaya hipster design untuk cover buku ni. Saya pun belilah senaskah from my friend. Sebab saya dan husband pun ada rumah yang disewakan so hopefully dapat menambah lagi pengetahuan kami tentang pengurusan rumah-rumah sewa kami.


Buku ni ditulis oleh Bija dan Fida yang merupakan pasangan husband and wife which dorang telah involved dalam bidang hartanah (property) around 5 years. Sebelum ni wifenya Fida pernah berkhidmat as Food Technologist under our department but then full time wat property. Tu yang wat saya lagi tertarik nak baca this book bila mana penulisnya bekas rakan sejawat saya.


Ok buku ni yang bestnya bukan hanya diceritakan tentang nak uruskan rumah sewa, tapi rupa-rupanya diceritakan from A to Z how to involve in this field. Kira kalau yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang property ni elok sangat baca buku ni. Sebelum start lagi penulis bagi tahu do and don'ts sebelum terjun dalam property agar tak tersilap langkah dan mengurangkan risiko kerugian. 



Part paling best dalam buku ni adalah how to deco your houses sesuai dengan golongan sasar bakal penyewa. Nowadays orang muda yang mencari bilik or rumah sewa suka gaya ala hipster. So nak dapatkan penyewa yang baik dan appreciate rumah yang kita sewakan semuanya dinyatakan dalam buku ni. Almaklum kadang dapat penyewa dari neraka, habis rosak dan jahanam rumah kita dibuatnya. Camne nak elak? Kenalah baca buku ni.


Actually nak story 1 by 1 isi buku ni sangatlah banyak. Walhal buku ni taklah terlalu tebal. Saya boleh habiskan baca around 1 hour. Yang best buku ni dalamnya dicetak berwarna-warna dengan gaya penulisan yang santai tak terlalu formal. So memang tak bosan baca buku ni. For those dalam bidang property, I think this is the best book that you must read! Isinya ringkas, padat dan mudah difahami. Moga anda terus sukses dalam bidang hartanah yang anda ceburi. Selamat Membaca..



Misya : Muda-muda kumpul harta.

Wednesday, July 22, 2020

French Creme Brulee Sofuto by Family Mart, perfecto!

Salam. Sebelum ni bila Family Mart launching apa-apa produk aiskrim, saya wat tak tahu je. Maybe sebab tak kena dengan citarasa saya kot. Hehe. But now Family Mart keluarkan aiskrim new flavour yang diberi nama French Creme Brulee Sofuto. Fuh tersasul-sasul juga nak menyebutnya. Hehe. So mendengar namanya dan melihat rupanya dalam gambar, wat sis terus teringin nak rasa. Kebetulan lalu depan Family Mart maka singgah sat beli 1 aiskrim Brulee ni. 


Comel je kan size dan rupa dia? Harganya RM3.90 agak tinggi sedikit berbanding aiskrim sepertinya but for sure ada sebab kenapa.

Tengok je pun dah wat sis terliur. Then dia punya aroma aiskrim pun wat sis melting.


Ok sedap ke aiskrim ni? Honestly sis suka aiskrim ni! Sedap! Berperisa coffee tapi sangat light which memang sis suka sebab sis bukan penggemar coffee. Ada taburan caramel powder, then sweetness level dia pun sederhana. Konnya yang berperisa coklat dan rangup tu pun melengkapkan lagi rasa aiskrim French Creme Brulee Sofuto ni.

Disebabkan kesedapan aiskrim ni tak sampai 5 minit sis dah habiskan! Patutlah ramai suka aiskrim dari Family Mart ni. Not sure other flavour but this one memang sedap. Cute aiskrim yang senang didapati daripada mana-mana Family Mart. So sis bagi 5/5 bintang! Perfecto!



Misya : Feeling-feeling  makan aiskrim di oversea.



Suami Youtuber Sugu Pavithra direman kerana pukul isteri?

Salam. Rasanya satu Malaysia kenal dengan Youtuber masakan yang sedang popular sekarang kalau bukan Sugu Pavithra. Saya sendiri pun pernah share bagaimana Pavitra telah di makeover persis supermodel terkenal yang sangat cantik dalam entri INI. Walau bagaimanapun, hari ini dalam akhbar The Star melaporkan suami kepada S.Pavithra iaitu M.Sugu telah ditahan reman selama 3 hari oleh pihak polis kerana telah memukul Pavitra.


Menurut The Star, Sugu dalam keadaan mabuk cuba membuat kekacauan dan memukul Pavithra ketika Pavithra berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak melawat saudaranya. Dikatakan Sugu naik berang rentetan daripada Pavithra yang tidak menyebut namanya ketika menerima sebuah anugerah khas untuk anak kelahiran Ipoh, Perak yang pernah diberikan kepada Dato' Michelle Yeoh sebelum ini pada Isnin lalu. What happen after this, kena tunggu keputusan mahkamah selanjutnya.

Sumber : The Star.



Erm bila suami atau isteri dah popular dan dikenali ramai, maka dugaannya akan ada mula ada sifat cemburu sebab yang popular akan mendapat perhatian lebih. Mungkin Pavithra tak sengaja terlupa nak sebut nama husbandnya masa terima award akibat nervous. Macam masa dia jumpa Perdana Menteri pun nampak betapa nervous nya dia. Tapi tak tahulah apa masalah sebenarnya dorang ni. Diharapkan apa-apa problem pun settle dengan cara yang baik. Sayanglah dah elok-elok jadi Youtuber terkenal sampai leh menjana income dan upgrade kehidupan dengan lebih baik, suddenly jadi camni pula. Sama-sama lah kita bermuhasabah diri juga.


Misya : Jauhi arak.

Tuesday, July 21, 2020

Laksa dan Nasi Ayam Berempah Sedap Bawah Pokok di Putrajaya

Salam. For thos yang suka makan laksa Utara atau Laksa Sarawak, bolehlah singgah ke salah satu kiosk bawah pokok di Presint 3 Putrajaya antara Menara Prisma dan Perbadanan Putrajaya. Disebabkan port ni kat bawah office saya je maka selalu jugalah lepak makan di sini. Pagi hari ada nasi lemak dan kuih muih. Dari segi rasa not bad bagi penggemar laksa. Kuahnya pekat cuma kena request kat tauke kedai supaya hidangkan panas-panas baru kick. huhu

Laksa Sarawak - biasa orang letak udang tapi sini digantikan dengan ayam bersaiz besar. Puas lah makan.

Saya biasa order nasi ayam penyet atau ayam goreng berempah. Terbaik ayamnya sebab digoreng garing-garing dan dihidang panas-panas with sambal yang sedap. Kira lunch hour if no idea nak makan apa, sinilah kami lepak.

My sweet friend Kak Riz, always menemani if ajak makan breakfast or lunch. Yela hadap kerja je bosan juga sesekali ngeteh jap. huhu. Tauke kedai ni pun baik hati kadang beli kuih dia siap bagi extra. huhu. Anyone if lalu tempat ni try lah singgah. Comel je kiosk nya macam pondok kecil di bawah pokok. Nyaman je rasa. Tapi weekdays memang ramai lah sebab staff gomen area situ serbu tempat ni. Weekend saya tak pasti buka ke tak. If lalu, buka then boleh singgah.


Misya : Jangan mengular time kerja.

Sunday, July 19, 2020

Resipi Ketam Goreng Bercili

Salam. Semalam saya order COD ketam dan udang murah from my friend, Kak Ayu. 1 set udang dan ketam mini berharga RM25.00 but only area Putrajaya je. Huhu. Dah lama tak makan ketam so request kat husband suh beli. Plan nak masak lemak cili api tapi disebabkan ketamnya kecil-kecil terlalu comel maka saya cili-cilikan ketam tersebut. Actually saya jarang masak ketam but today terus berjaya masak Ketam Goreng Bercili dengan sedapnya. Hihi sorry angkat bakul sendiri.

Bahan-Bahan

Ketam 
Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Sos Cili
Telur (Jika mahu)
Asam Keping
Serbuk Kunyit
Garam & Gula


Cara Memasak

1. Rendam cili kering dengan air panas dan kisar bersama dengan bawang merah, bawang putih dan halia.


2. Gaul ketam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat ketam dan asingkan terlebih dahulu.

3. Tumiskan bahan kisar menggunakan minyak gorengan ketam tadi then letak sedikit sos cili, sekeping asam keping dan taburkan sedikit gula. Tumis sehingga pecah minyak dan warna cili menjadi merah pekat gitu.

4. Lastly masukkan ketam dan taburkan garam secukup rasa. Jika mahu, boleh pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga rata dan sedia dihidangkan.


Misya : Tak pandai siang ketam.

Friday, July 17, 2020

Terpilih masuk bloglist Blog Shida

Salam. Pagi Jumaat yang barakah ni penganjur SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | WWW.DUNIASHIDA.COM umumkan senarai pemenang. Alhamdulillah walaupun tak menang hadiah utama iaitu cash RM50.00 but my blog terpilih untuk masuk dalam senarai bloglist penganjur. Happy juga sebab bukan semua peserta yang join akan dipilih rupa-rupanya. So sis rasa bertuah sangat sebab terpilih. Daripada 37 blogger yang join hanya 21 pemenang je dipilih. Thank you Shida for choosing me. Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya. 


Tak percaya, sila klik gambar ni.

Misya : Duit bukan segala-galanya.


Thursday, July 16, 2020

BabyS dah pandai pegang botol susu sendiri

Salam. Semalam saja test bagi BabyS pegang sendiri tangkai botol susu and then she made it! hehe.. Like her sister, umur around 3-4 bulan dah pandai pegang tangkai botol susu. Comel je la bila baby dah pandai pegang sendiri botol susunya. Dahlah size botol hampir nak sama besar dengan saiz muka sendiri. Menambah-nambah lagi kecomelannya. Mommy geram so mommy snap lah gambar wat kenangan.


Alololo.. Melting tengok dia. 


Tapi sekejap jela dia pegang. Masih belum pandai sepenuhnya lagi nak control tangkai botol tu. But tak kisahlah because this is another perkembangan yang baik kan? Janji BabyS membesar dengan sihat.

Dah puas menyusu dia jelir-jelir lidah pula. hehe

Ok dah kenyang! Alhamdulillah.. So far BabyS masih fully breastfeed. Belum lagi campur bagi minum susu formula. Like her sister mommy bagi fully exclusively BF until 6 months. But kakaknya masuk 8 bulan dah start mix dengan susu tepung kambing jenama Ar-Rayyan until setahun 6 bulan which mommy disahkan pregnantkan BabyS time tu. So hopefully BabyS dapat breastfeed lebih lama. Moga ada rezeki BabyS. At least untuk 2 tahun. Amin.. 



Misya : Baby girl memang suka bergambar.

Choco Choco Nutty Frappuccino by Starbucks mengecewakan?

Salam. Starbucks Malaysia again mengeluarkan minuman terbaru yang diberi nama Choco Chococ Nutty Frappuccino (tergeliat juga lidah nak menyebutnya!). Haha.. Dan memang masa saya drive true beli frappe ni pun tersasul-sasul nak menyebutnya sampai girl yang ambil order tu tolong betulkan sebutan saya. I think this is kesinambungan dari Fish Tail Frappuccino yang meletops saya share hari tu. 


First of all why saya tergoda nak try this beverage adalah sebab chocolate lover. And of course benda-benda melibatkan coklat ni saya mesti nak try. Tu yang bila nampak orang dok share pasal edisi Choco Nutty ni saya pun try lah juga.



If tengok rupanya memang nampak menyelerakan. Mewah dengan whipped cream, ada chocolate sauce dan taburan kacang hazelnut. Memang teruja lah nak minum!


But to be honest, ianya below my expectation!  Nama je choco choco bagai tapi rasa coffee yang mendominasi. Sis ingatkan this one memang akan rasa coklat yang sangat mewah sampaikan ada yang samakan dengan Ferrero Rocher. Serius? Huhu..

Maybe untuk tekak sis kurang sesuai sebab sis kurang gemar minum coffee. Compare dengan fish tail sebelum ni still ada rasa coffee tapi tak strong macam this one. Plus level kemanisannya agak tinggi bagi sis. 

Overall sis bagi 2 1/2 bintang untuk Choco Choco Nutty Frappuccino. Yela, dah nama pun frappuccino mestilah rasa coffee yang akan mendominasi. But sis rindu dengan fish tail frappuccino. Hope dia keluarkan balik in future. Tak sempat nak repeat.


Actually untuk latest edition ni, selain Choco-Nut, ada juga Berry Hibisus Cold Brew dan Mango Matcha Freeze but so far sis tak terfikir nak rasa. Sebab bila dengar Starbucks je pasti dalam kepala terfikir coffee not juice like this. hehe.


Ok for those penggemar coffee Starbucks, i think this is good try for you. Bukan kata tak sedap, still sedap but not suitable for me. Jangan marah ya Starbucks! ;)


Misya : Mula kurangkan pengambilan gula.


Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...