Tuesday, July 7, 2020

Drama Magnificient Century versi Malaysia?

Salam. Belek-belek album lama masa kemas rumah hari tu, terjumpa gambar dalam frame saya dan husband berpakaian ala-ala Kesultanan Turki. Masa ni kami holiday kat Istanbul, Turki 4 years ago. Masih elok gambar-gambar ni. Bila tengok lama-lama teringat drama bersiri popular yang pernah jadi kontroversi masa disiarkan kat Astro iaitu Magnificient Century. Mengisahkan kerajaan Turki Uthmaniyah yang dinaungi Sultan Suleyman Khan which empayar kerajaan Islam paling berjaya dan gah ketika itu. Kerana drama ni lah saya minat dengan pelakonnya yang memainkan watak Sultan Hurrem (isteri kepada Sultan Suleyman iaitu Meryem Uzerli). Masa pregnant kan BabyS, almost everyday saya layan drama ni. Tu agaknya kulit BabyS putih melepak. hehe.


Gambar ni diambil masa kami visit Muzium Medusa. Full story boleh baca SINI.

Ahlan Wasahlan Ya Habibi... 


Amacam, ada nampak kami macam Sultan Suleyman dan Sultan Hurrem tak? hehe giteww.. Versi Malaysia konon-kononnya. Actually masa gambar ni diambil, saya tak tahu pun kewujudan drama Magnificient Century ni. Tak sangka bila jumpa gambar ni, terus rasa wow! Macam dejavu pula. hehe.


Inilah pelakon utama Magnificient Century. Drama ni actually sangat terkenal kat negara-negara Eropah sampai ada beratus episod. Saya suka watak Hurrem (Meryem Uzerli) sebab dalam sejarah beliau dikatakan seorang yang sangat bijak pandai,  berbakat, cantik dan penuh matlamat daripada sekadar seorang hamba abdi sampai boleh jadi isteri kepada Sultan Suleyman Khan (Halit Ergenc) yang digeruni seluruh dunia time tu. Sedangkan wanita-wanita yang bekerja di istana ketika itu hanya dianggap sebagai hamba yang perlu melayan keluarga Diraja bila perlu. Actually drama ni sedang ditayangkan kat Astro. Details boleh tengok SINI. So, bolehlah tonton. 



Misya : Syukur hanya jadi rakyat biasa.
 

6 comments:

  1. Kita layan juga cerita ni cumaa hehe banyak episode dah terlepas

    ReplyDelete
  2. Sally tau pasal cite tu tapi tak pernah rasa nak tgk...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. @Sally Samsaiman hehe saya pun dulu tak teringin nak tengok sebab dengar macam2 kontroversi tapi sekali tertengok, best jugak. so terjebak! hehe

    ReplyDelete
  4. Saya suka tengok drama dan filem turki.... best

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...