Friday, July 10, 2020

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat


Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 


1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghetti dalam air dan biarkan both mendidih sama-sama. That's why lah jadi kembang semacam spaghetti saya sebab over-boiled! Adoyai.. haha..


2. Once air mendidih je, masukkan spaghetti. Jangan dibasuh spaghetti tu ya! Kesilapan saya dulu, saya basuh dulu. Haha.. Almaklum OCD punya pasal semua benda nak basuh. Tu yang jadi lembik spaghetti saya agaknya.


3. Lepas semua spaghetti dah cukup kembang bolehlah off kan api dan toskan airnya. Then saya titiskan sedikit Olive Oil, gaul rata. Inilah rahsianya supaya spaghetti tak melekat! If takde olive oil, guna minyak masak pun boleh.


Bila dah ada spaghetti yang cantik barulah semangat nak makan. hehe.. Syukur dah tahu teknik atau rahsia sebenar nak rebus spaghetti supaya tak melekat dan cantik rupanya. Bolehlah dimakan dengan kuah Laksa Johor ke, carbonara ke bolognese ke dan sebagainya. Moga bermanfaat. :)


Misya : Jangan jadi manusia yang lembik.

13 comments:

  1. Alhamdulillah.Lakukan kesilapan itu proses pembelajaran..hingga kahirnya berjaya.Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Alhamdulillah dapat juga caranya. Tak cuba, tak tahu kan? :)

      Delete
  2. Saya pula letak sesudu minyak olive tu, minyak biasa pun boleh. Jadi dia shing2 tak lekat hehe

    ReplyDelete
  3. Saya letak garam dan butter. tak lekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya pernah try letak butter tapi still melekat. Pelik juga maybe air tangan org mempengaruhi juga kot. hehe

      Delete
  4. Ooo jadi minyak tu letak selepas tos spagetti tu ye? Saya biasa letak minyak masa rebus spagetti tu, jadi bila spagetti tu sejuk kadang2 dia melekat. Lepas ni saya cuba teknik ni. Thanks for the sharing ya awak!!!

    ReplyDelete
  5. tula dulu pun saya buat camtu letak minyak sekali masa rebus. still melekat.huhu

    ReplyDelete
  6. Owh. Myra selalu masa rebus tu dah letak minyak dan garam sikit. Lepas angkat dan toskan pun letak sikit lagi minyak.

    ReplyDelete
  7. sy pon selalu melekat.. sbb x sabar nak tunggu air mendidih hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Sama lah saya sebelum ni sebab nak cepat. hehehe

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...